Anda di halaman 1dari 3

TUTORIAL A Soalan : Negara membangun seperti India mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat.

Bincangkan kesan buruk yang dihadapi oleh negara tersebut akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat. Kadar pertumbuhan penduduk biasanya merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik, atau berkurangan di sesebuah negara pada satu tempoh tertentu. Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Misalnya kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia pada tahun 2000 adalah 2.53% per 1000 = 25 orang/1000 (Pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000 orang penduduk). Negara-negara sedang membangun yang lain mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi dalam setahun antaranya seperti India 2.4%, Brazil 3.0%, dan Thailand 3.1%. Kadar pertumbuhan penduduk dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pertumbuhan semula jadi atau kadar pertumbuhan kasar pertumbuhan bersih yang mengambil kira perbezaan nilai antara imigrasi dengan emigrasi. Keadaan ini berlaku apabila suatu keadaan di mana bilangan penduduk menjadi terlalu ramai berbanding dengan sumber alam, sama ada yang sedang dimajukan atau belum dimajukan. Oleh itu, jika pertumbuhan penduduk tidak diikuti dengan kemajuan penghasilan sumber alam dan perkembangan sektor perkhidmatan, maka keadaan lebihan penduduk mungkin wujud. Terdapat 2 jenis lebihan penduduk iaitu lebihan penduduk mutlak. Wujud apabila usaha-usaha pengeluaran telah dilakukan sehingga ke had mutlak yang maksimum sedangkan taraf kehidupan masih lagi rendah. Manakala jenis kedua pula ialah lebihan penduduk relatif. Merujuk kepada keadaan di mana usaha-usaha pengeluaran masih belum memadai untuk menampung keperluan penduduk sedangkan penghasilan keluaran yang lebih tinggi masih boleh dijalankan. Terdapat beberapa faktor-faktor pertumbuhan penduduk yang pesat ini iaitu pertambahan penduduk yang amat pesat sama ada secara semula jadi atau migrasi

menyebabkan sumber yang ada tidak mampu menampung bilangan penduduk yang ramai. Selain itu, kemerosotan bekalan sumber alam akibat eksploitasi berlebihan untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah serta berlaku kemerosotan permintaan terhadap tenaga kerja. Hal ini berlaku apabila kegiatan ekonomi merosot menyebabkan tiada peluang pekerjaan baru diwujudkan. Tambahan itu, pertumbuhan penduduk yang pesat di India terutamanya memberi kesan positif terhadap status sosioekonomi iaitu yang pertamanya adalah dapat membekalkan tenaga buruh yang ramai. Bilangan penduduk yang ramai menyediakan tenaga kerja untuk menggerakkan industri dalam negara. Selain itu, hal ini juga dapat meluaskan pasaran domestik bagi barangan dan perkhidmatan ekoran bilangan penduduk yang ramai serta penerokaan sumber dapat dipergiatkan kerana tenaga kerja yang banyak dan cukup. Tambahan itu, ancaman terhadap keselamatan negara dapat dikurangkan kerana memiliki saiz anggota tentera yang besar. Pertumbuhan penduduk yang pesat di India akan menjadikan industri mengeksport tenaga buruh ke luar negara berkembang maka berlakulah aliran tukaran wang asing Selain itu, pertumbuhan penduduk yang pesat akan mengakibatkan pembangunan tanah untuk pertanian dapat dimajukan iaitu dari segi pertanian dimana pengeluaran bahan makanan meningkat lantas menghasilkan bahan mentah yang banyak dan meningkatkan eksport. Namun begitu, terdapat juga kesan daripada pertumbuhan penduduk yang pesat ini iaitu tekanan terhadap sumber dan ancaman kepupusan atau kehabisan sumber serta ekonomi negara sukar dimajukan. Hal ini berlaku kerana, taraf hidup penduduk rendah maka kemiskinan berleluasa. Pendapatan perkapita penduduk di India rendah dan berada di bawah paras kemiskinan. serta wujud persaingan dan pengangguran. Tambahan itu juga, taraf sosial penduduk rendah kerana kurangnya kemudahan pendidikan, kekurangan kemudahan asas seperti sekolah dan hospital. Hal ini menyebabkan tidak semua rakyat dapat menikmati peluang pendidikan dan ini akan menyebabkan kadar buta huruf meningkat.

Selain itu, kurang infrastuktur spt elektrik dan jalan raya mengakibatkan kemudahan-kemudahan asas tidak dapat disediakan dan tahap ketersampaian rendah. Hal ini juga akan menyebabkan pertambahan tanggungan atau beban kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas pendidikan, kesihatan bagi menampung keperluan penduduk muda. Pertumbuhan penduduk yang pesat juga mengakibatkan kekurangan makanan untuk penduduk kerana taraf kesihatan penduduk rendah kerana amalan pemakanan yang rendah lantaran kemiskinan. Kesan negatif daripasa segi sosial pula adalah wujudnya banyak masalah sosial seperti jenayah & pelacuran serta berlaku kesesakan perumahan yang tidak mencukupi seperti setinggan.

Anda mungkin juga menyukai