Anda di halaman 1dari 3

SOLUTASI

Satu Malaysia satu bahasa,


Menjadi penghubung pelbagai ungkapan;
Berbagai agama berbilang bangsa,
Rakyat didahulukan pencapian diutamakan.
Yang Berbahagia __________________________________
hakim pertandingan, rakan rakan guru, saudara saudari peserta
pertandingan pidato, dan seterusnya hadirin yang dimuliakan.
Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.
Yang dikasihi hadirin dan hadirat sekalian.
Selamat Datang ke Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah SK Sg Kapit
2015.
Hadirin yang dihormati sekalian, dimohon berdiri bagi menghormati dan
menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
Hadirin Dipersilakan duduk.
Kalungan bunga terima kasih buat semua
PERTANDINGAN
Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan;
Satu Malaysia membawa keamanan,
Rakyatnya makmur menjadi idaman.
Bagi meneruskan Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah SK SG Kapit 2015.
Izinkan saya memperkenalkan tiga orang panel hakim pertandingan.
Yang pertama, selaku ketua hakim.
Kedua,..
Ketiga,
Keputusan hakim adalah muktamad, dan sebarang bantahan tidak
dibenarkan.
Diperkenalkan juga penjaga masa pertandingan kita iaitu
.................................

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Hadirin sekalian,
Berikut merupakan syarat-syarat pertandingan Pertandingan Pidato Peringkat
sekolah SK SG Kapit.
1. Tema pidato mestilah bertemakan ..
2. Masa yang diperuntukkan bagi seorang peserta ialah 8 minit.
Loceng akan dibunyikan sekali pada satu minit yang pertama.
Loceng akan dibunyikan sekali pada dua minit yang terakhir.
Dan loceng akan dibunyikan dua kali masa tamat.
3. Peserta akan dinilai berdasarkan
Isi 15 markah,
Huraian 20 markah,
Contoh 5 markah,
Bahasa dari segi intonasi, sebutan tatabahasa 25 markah,
Persembahan dari segi gaya dan keyakinan 25 markah
Peserta juga dinilai dari adab dan penampilan 10 markah.
PERTANDINGAN
Bagi memulakan pertandingan kita pada petang ini, dipersilakan peserta yang
mendapat cabutan yang pertama Saudara/ri___________________________
dengan tajuk pidatonya yang bertajuk________________________________
Majlis mempersilakan,
Terima kasih diucapkan kepada
Saudara/ri_____________________________
Seterusnya majlis mempersilakan peserta yang kedua
saudara/ri______________________________ untuk menyampaikan
pidatonya yang bertajuk_____________________________.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada
saudara/ri___________________________.
3
4
5
6
7
8
Demikianlah tadi, Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah SK Sg Kapit 2015.

Kini, dijemput Ketua hakim _________________ bagi memberi sedikit ulasan


dan komen.
Terima kasih diucapkan kepada ketua hakim atas ulasan dan komen yang
membina sebentar tadi.
Dengan ini berakhirlah sudah Pertandingan Pidato Peringkat sekolah SK Sg
Kapit 2015.
Untuk makluman para hadirin, pemenang akan diumumkan semasa
perhimpunan pagi sekolah.
Bagi mengakhiri majlis pada petang ini, marilah kita berdiri tegak dan
bersama sama menyanyikan lagu sekolah sebagai tanda kecintaan,
kepada sekolah tercinta.
Saya selaku pengerusi majlis ini memohon maaf sekiranya ada terlanjur
bicara semasa mengendalikan pertandingan ini.
Jejaran mengkudu bias kesuma
Di celah angsana di Kuala Sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali
Sekian.....saya dengan sukacitanya menjemput para tetamu menikmati
kudapan.
Bersurai

Anda mungkin juga menyukai