Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacaraan Hari Kanak-kanak Sedunia 2012

15 Okt 2015........
.. ..
Yang berusaha, ________________________________Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Jalan Yusof,
Yang Berusaha YDP PIBG SKJY ____________________________
Yang Dihormati Naib YDP PIBG SKJY_______________________________
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,
Puan Hajah Ngatimah bt. Abd Karim, Penolong Kanan Pentadbiran,
--------------------------------------------, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
--------------------------------------------, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia penuh ceria
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat
Allah swt. Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita
dipertemukan lagi pada pagi ini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa
Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis menjemput
_________________________untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.......
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Us Mohd Azrai b.
Mohd Salleh atas bacaan doa sebentar tadi.
________________________________________________________________________________
Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Adik __________________________untuk
menyampaikan ucapan wakil murid. Dipersilakan........
Terima kasih diucapkan kepada Adik _________________________.
___________________________________________________________________________________

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, YDP PIBG SKJY
_______________________ untuk menyampaikan ucapan perasmian. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.........
Buah Longan beli sekati,
Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, YDP PIBG SKJY ___________________.
_____________________________________________________________________________________
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Enam 6A / 6M untuk
membuat persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah __________________.
Dipersilakan........
Begitulah seronok dan hebatnya persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid Prasekolah untuk membuat
persembahan
Betapa cilik dan bergayanya adik-adik prasekolah membuat persembahan. Semoga
sidang hadirin terhibur........
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun 5 A untuk membuat
persembahan sketsa yang bertajuk________________________ . Dipersilakan........
Terima kasih diucapkan.
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun 4 A untuk menunjukkan
bakat nyanyian mereka. Tajuk lagu mereka ialah ________________. Dengan
sukacitanya, majlis mempersilakan........
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 4A atas nyanyian yang begitu
merdu sebentar tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun 3A untuk membuat
persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah ___________________________________.
Dipersilakan........
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun 2 A untuk membuat
persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah ___________________________________.
Dipersilakan.....
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun 1 A untuk membuat
persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah Sahabat Selamanya .
Dipersilakan...

Dengan berakhirnya persembahan daripada murid-murid skjy


sebentar tadi maka, berakhirlah acara kita pada hari ini
Burung kelicap makan padi,
Padi datang dari Medan,
Perut kini sudah berbunyi
Tibalah masa untuk santapan.
Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan diraikan dengan
jamuan..SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA...Jumpa lagi pada tahun hadapan,
InsyaAllah..
Ribuan kemaafan kami berdua pohon andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum
wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
Acara permainan Sukaneka :
Setiap Kelas acara permainannya adalah berbeza mengikut acara yg telah
ditetapkan.
Iaitu:
Thn 1_______________________________________________
Thn 2_______________________________________________
Thn 3________________________________________________
Thn 4__________________________________________________
Thn 5__________________________________________________
Thn 6__________________________________________________
Majlis Menjemput YDP PIBG SKJY ____________________________________ diringi
____________________ Untuk menyampaikan hadiah kpd para pemenang.
Penyampaian Hadiah:
Thn
Thn
Thn
Thn
Thn
Thn

1______________________________________________
2_______________________________________________
3_________________________________________________
4________________________________________________
5_______________________________________________
6____________________________________________________

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


__________________________________dan__________________________________ kerana sudi
menyampaikan hadiah.
Diucapkan tahniah kepada para pemenang.

Anda mungkin juga menyukai