Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM 81800 ULU TIRAM JOHOR

LAPORAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR

VISI SKUT SEKOLAH UNGGUL MENJANA GENERASI TERBILANG

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR


1. Tajuk 2. Tarikh 3. Masa 4. Tempat

: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR : 28-29 Mei 2010 : 2 hari 1 malam : Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur

5. Matlamat: Melahirkan murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) yang mampu menikmati dan menyesuaikan diri dengan pelbagai aktiviti yang dapat mendedahkan mereka dengan corak kehidupan bermasyarakat, penggunaan kemudahan awam serta cara pengurusan diri dan persekitaran. Melalui aktiviti ini juga diharapkan dapat membentuk keyakinan diri murid, melatih mereka untuk berdikari, mengamalkan sikap bekerjasama dan menyemai sifat kepimpinan selain menggalakkan interaksi, komunikasi dan integrasi di dalam dan luar sekolah.

6. Objektif:

5.1 Memupuk minat dan membantu meningkatkan kefahaman murid mata pelajaran Sain Sosial Alam Sekitar.

dalam

5.2 Mewujudkan suasana Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang menyeronokkan dan berkesan. 5.3 Membentuk disiplin diri dan memupuk sahsiah serta nilai murni yang terpuji. 5.4 Melatih murid-murid memahami dan mematuhi peraturan dan arahan di tempat-tempat awam. 5.5 Mendidik dan memimpin murid supaya boleh berdikari dalam pengurusan diri. 5.6 Memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan awam dan menghargai kemudahan yang disediakan. 5.7Membentuk keyakinan diri dalam diri murid.

7. Jadual Program Tarikh 8:00 10:00 11:00 2:30 4:00 8:00 9:00 8:00 9:45 10:30 12:45 2:30 6:00 Masa pagi pagi pagi petang petang malam malam pagi pagi pagi tengahari petang petang Tempat Lawatan Dan Aktiviti Bertolak ke Pedas, N.Sembilan Sarapan pagi di R&R Pagoh Wet world Pedas, Negeri sembilan Bertolak ke Kuala Lumpur Check-in hotel Makan malam Berjalan-jalan disekitar KL Sarapan pagi di hotel Check-Out hotel Mendaftar masuk ke Petrosains Mendaftar masuk ke Jejantas Udara Mendaftar masuk ke Akuaria KLCC Bertolak balik ke SKUT, Ulu Tiram

28 Mei 2010 (Jumaat)

29 Mei 2010 (Sabtu)

8. Butiran Kewangan
SUMBER KEWANGAN RM8880.00 Guru-Guru Pendidikan Khas SK Ulu Tiram PENGANGKUTAN RM2000.00 TEMPAT PENGINAPAN RM1720.00 MAKAN DAN MINUM RM 860.00 PERBELANJAAN : Bas Sewa : RM20.00 X 86 : RM 10.00 X 86 (sarapan pagi di hotel) : LPBT Ibu/bapa/penjaga yang menyertai rombongan

LAIN-LAIN : RM 50.00 x 86 RM4300.00 (tiket masuk dan lain-lain) JUMLAH PERBELANJAAN RM8880.00 :

9. Cadangan Penambahbaikan Masalah-masalah yang dihadapi sepanjang lawatan ini:


1.

Terdapat sedikit kekalutan semasa aktiviti di Wet World Pedas iaitu seorang bapa (bukan peserta rombongan) telah bertindak kurang

baik kepada murid pendidikan khas iaitu Megesteran a/l Chandra Mohgan akibat sedikit salah faham. 2. 3. Kemudahan di dalam bilik hotel yang kurang mesra OKU walaupun mereka telah diberitahu sebulan sebelum program berlangsung. Jadual perjalanan yang sedikt terlewat walaupun pada mulanya perjalanan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Akibatnya ada di antara aktiviti yang rancang lambat untuk dilaksanakan dan terdapat juga aktiviti yang disingkatkan tempohnya.

Cadangan Penambahbaikan: 1. Guru-guru perlu memastikan bahawa pihak Wet World Pedas perlu mengumumkan kehadiran murid pendidikan khas di kawasan mereka agar orang awam peka tentang kehadiran murid istimewa ini agar mereka tidak bertindak melulu apabila berlaku kejadian di luar jangkaan mereka. Akan datang guru akan cuba memilih hotel yang mempunyai banyak kemudahan yang lebih mesra OKU. Pihak guru perlu memastikan bahawa pihak pemandu bas tidak terlalu kerap membuat hentian agar tidak mengganggu jadual perjalanan yang telah dirancang.

2. 3.

Tarikh Masa Tempat

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 2010 : 28-29 Mei 2010 : 2 hari 11 malam : Kuala Lumpur : 86 orang (2 buah bas)

Jumlah Peserta

Laporan Aktiviti: Lawatan Pendidikan Khas ke Kuala Lumpur telah didakan selama 2 hari iaitu pada 28-29 Mei 2010. Lawatan ini telah disertai oleh 80 peserta yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru-guru Pendidikan Khas, guru-guru aliran biasa, ibu bapa murid pendidikan khas, murid-murid pendidikan khas dan murid-murid aliran biasa. Semua peserta telah berpeluang merasai pengalaman bermandimanda di Wet World Pedas dan menaiki jambatan tertinggi iaitu Sky Bridge KLCC. Murid-murid juga dapat menerokai alam sains di Petrosains KLCC dan melihat sendiri keunikan haiwan air di Aquaria KLCC. Keseronokan meneroka pelbagai aktiviti di tempat lawatan berbeza ini amat berharga untuk dijadikan satu pengalaman menarik.

Walaupun terdapat beberapa masalah sepanjang program ini dilaksanakan tetapi guru-guru pengiring telah bertindak dengan bijaksana untuk menyelesaikannya sehingga tamat perjalanan program ini. Semua ibu bapa dan murid amat menghargai usaha AJK pelaksana program lawatan ini kerana usaha yang berterusan menyediakan program pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah bagi membantu murid lebih berdikari pada masa akan datang. Disediakan oleh, ............................................... .................... (ROHANI BINTI JAMBO) Setiausaha, Unit Aktiviti Luar, Kelas Pendidikan Khas, SK Ulu Tiram. Disahkan oleh, ................................. (MARIANA BT ISNIN) GPK Pendidikan Khas, Kelas Pendidikan Khas, SK Ulu Tiram.

ER

LOKASI: AQUARIA, KLCC

AKTIVITI SEBELUM BERMULA LATIHAN BOWLING

GURU MELATIH MURID BERMAIN BOWLING

Anda mungkin juga menyukai