Anda di halaman 1dari 2

3.

Kurikulum transformasi adalah suatu tindakan yang diambil demi memastikan


pendidikan yang relevan dalam menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran
dunia masa kini. Transformasi dalam kurikulum dimulakan dengan melaksanakan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2010.

Jelaskan dengan terperinci 6 tunjang yang menjadi gabungan dominan ilmu dan
kemahiran insaniah dalam pembangunan modal insan.
(20 markah)

,,5,3
i. Komunikasi
O Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi
secara verbal atau non berbal.
O Menekankan penguasaan kepelbagaian kemahiran berbahasa-
contoh:murid boleh menulis dan menyampaikan hasil
penulisannya secara lisan.
O Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan
kaum di Malaysia.

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
O Menekankan penghayatan amalan agama kepercayaan, sikap
dan nilai.
O Menepati Prinsip Rukun Negara yang pertama
O Sebagai perisai untuk melindungi Negara daripada ancaman
liar dan tidak berperikemanusiaan.

iii. Kemanusiaan
O Menekankan penguasaan ilmu dan amalan tentang
kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, Negara dan global
serta penghayatan patriotisme dan perpaduan.
O Unsur-unsur geografi dan alam sekitar mendekatkan rakyat
Malaysia dengan pemahaman terhadap kepentingan alam
sekitar.

iv. Keterampilan Diri
O Menekankan pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
O Aktiviti kokurikulum yang cemerlang mampu menyediakan ruang
pengalaman yang sihat dan mencabar.

v. Fizikal dan Estetika
O Tumpuan diberikan terhadap perkembangan jasmani dan
kesihatan untuk kesejahteraan diri serta pemupukan daya
imaginasi, kreativiti, bakat dan apreasiasi.
O Bergantung kuat terhadap keupayaan guru mengurus dan
mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
O Ditekankan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual.

vi. Literasi Sains dan Teknologi
O Memastikan kehebatan rakyat Malaysia dalam persaingan
global, elemen penguasaan terhadap pengetahuan sains,
kemahiran matematik, serta sikap saintifik adalah sangat
diutamakan.
O Antara pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan rakyat
Malaysia memiliki daya maju dan daya saing yang kuat.

Anda mungkin juga menyukai