Anda di halaman 1dari 5

1

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan unit-unit beruniform adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu,poh dengan kerja sama Pusat Kokurikulum-Pulau
Pangkor. Program ini boleh disertai oleh murid yang menjadi ahli Pengakap , Tunas Kadet
Remaja Sekolah, Tunas Puter,Puteri slam dan PBSM. a akan diadakan di Pusat Kokurikulum
Pulau Pangkor Perak. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu
wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam
melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti
perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin
yang perlu ada dalam setiap pelajar. a bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta
menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini
agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam
menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian
untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan
yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program
kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

2

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 16 September hingga 18 September 2011 iaitu pada
hari Jumaat sehingga hari Ahad
4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana nstitut Perguruan poh :
5.1 Pihak Pusat kokurikulum akan menyediakan tapak perkhemahan yang lengkap.
5.2 Kemudahan asas yang lengkap serta guru sebagai fasilitator.
5.3 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti.
5.4 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada
peserta dalam aktiviti mereka.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah peserta : 80 orang (pelajar Tahun 3,4,5 dan Tahun 6)
(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)
7.2 Jumlah guru : 12 orang guru SK Taman Bersatu









3

.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : Puan Zainab bt Hj Hussin (Guru Besar)
Puan Rohana bt Ngah Abdul Samat
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Ketua fasilitator : Puan Salmah bt Mat Rashid (Pengakap)
:Tn Hj Mohammad Ridhauddin b Mohamed sa
(Tunas Kadet Remaja Sekolah)
Fasilitator : (1) Encik Nazri b. Ahmad Ghoni
(2) Encik Mohd Azhar b. Mohammad
(3) Encik Mohd Roslan b. Mohd Rasidi
(4) Puan Rubiah bt Mohd Kurdi
(5) Puan Nor Azah bt Baharul
(6) Cik Haezah bt Abdul Karim

Jawatankuasa peIaksana
Penyelaras 1 : Puan Salmah Mat Rashid
Penyelaras 2 : En Nazri b. Abd Ghoni
Pengerusi : Pn Norhaniza bt Shahabuddin
Setiausaha 1 : Puan Rubiah bt Ahmad Kurdi
Setiausaha 2 : Puan Nadia Nurelina bt Mohammad Najib
Bendahari : Tuan Haji Ridhauddin b Mohd sa
Kem Komandan : Encik Mohd Azhar b Mohammad
: Encik S.Samprizal b S. Selamat

AHLI JAWATANKUASA
AJK Makanan : Puan Norhaida bt Noorsam
Puan Nadia Nadia Nurelina bt Mohammad Najib
AJK Kerohanian : Encik Nazri b. Abd Ghoni
AJK Hadiah dan Sijil : Puan Vijaya a/p Kunchuni
AJK Disiplin : Puan Nor Azah bt Baharul
AJK Kebajikan : Puan Rubiah bt Ahmad Kurdi



4


.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:


BIL PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM
1 Kutipan daripada 80 orang ahli
rombongan :

(80 X RM 80)

RM 6400.00
Sewa Bas
(2 X RM 900.00)

Feri
(80 murid X RM5.00)

Bas dari Feri ke Pusat
Ko- ke Feri
(80 murid X RM 2.00)


Makan & Minum
|80 murid X RM
40.00)

Kecemasan

Cenderahati
RM 1800.00


RM 400.00


RM 160.00




RM 3200.00



RM 800.00

RM 40.00
JUMLAH RM 6400.00

O Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi program ini adalah RM 6400.00
( Ringgit: Enam Ribu Empat Ratus sahaja)













5

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti
perkhemahan unit-unit beruniform ini akan dipraktikkan dalam kehidupan
seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...
( SALMAH BT MAT RASHD ) (ZANAB BT HJ HUSSN)
Guru Penasihat, Guru Besar,
Pengakap, SK Taman Bersatu
SK Taman Bersatu 31300 poh
31300 poh

Anda mungkin juga menyukai