Anda di halaman 1dari 2

DAKWAH RASULULLAH SEBELUM HIJRAH Terima kasih tuan pengerusi majlis............ Barisan hakim yang arif lagi bijaksana........

Tuan tuan , puan puan hadirin dan hadirat yang saya hormati. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Tersebutlah qisah nabi yang agung..... Penyuluh hidup kala kegelapan...... Pembawa syiar seluruh alam.... Kekal terserlah ke akhir zaman... Kekasih Allah...Pembawa rahmat.. 17 Ramadan adalah merupakan tarikh keramat bagi nabi Muhammad SAW dan seluruh umat islam. Dimana pada malam tersebut wahyu perta diturunkan oleh Allah melalui perantaraan malaikat Jibril yang berbunyi bismilllahrahmani rrahim Iqra..... ( SAMPAI AKHIR ) yang bermaksud : bacalah. Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan. Yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Selepas turunnya wahyu pertama tersebut maka turun lagi wahyu kedua surah al-Mudassir ayt 1-7 yang menyuruh nabi mengajak manusia untuk menyembah kepada yang satu yakni Allah SWT. Maka bermulalah dakwah nabi secara sembunyi sembunyi. Orang yang pertama menerima dakwah tersebut Siti Khadijah, SaidinaAbu Bakar as-siddik, Saidina Ali bin Abi Thalib. Nabi Muhammad (saw) berdakwah secara sembunyi selama 3 tahun. Selepas itu turunlah wahyu yang menyarankan nabi berdakwah secara terang terangan sebagaimana yang telah dirakamkan dalam al-quran surah al-hijr ayat 94 ; yang bermaksud: berterus teranglah wahai Muhammad ! dengan apa yang telah diperintahkan kepadamu. Langkah pertama yang diambil oleh Rasulullah ialah dengan mengumpul kaumnya disuatu tempat kemuadian Rasululullah berkata kepada mereka : wahai kaumku jika sekiranya kau mengatakan bahawa dibelakng bukit ini ada musuh yang hendak menyerang kita, adaka kamu percaya?. Orang Quraisy Mekkah menjawab: kami percaya kepadamu Muhammad kerana engkau tidak

pernah berdusta. Kemudian nabi berkata lagi: kalau saya mengatakan lagi bahawa dibalik bukit ini ada singa yang hendak menerkam kita, adakah kamu percaya?. Jawab mereka; kami percaya hai Muhammad kerana engkau orang yang benar. Maka nabi berkata lagi: jika demikian, sekarang saya ingin menyampaikan berita penting iaitu , saya sesungguhnya telah diangkat oleh Allah menjadi seorang rasul, menyampaikan kabar takut bahawa Allah akan menyiksa kepada sesiapa yang tidak menyembahNya. Oleh kerana itu, tinggalkanlah penyembahan berhala, dan kembalilah kepada Allah yang menjadikan kita dan alam semesta ini. Mendengar sahaja penerangan nabi serentak berteriaklah Abu Lahab memaki hamun nabi: adakah berita ini yang hendak kau sampaikan muhammad. Berita yang mempersendakan tuhan nenek moyang kami. Sungguh celaka engkau Muhammad. Maka turunlah surah al-masad yang menempelak Abu lahab. Walaupun seruannya kali ini tidak mendatangkan banyak hasil malah tohmahan yang dilemparkan namun. Rasulullah tidak berputus asa. Nabi Muhammad mengadakan pertemuan kali kedua dengan kaumnya. Dalam pertemuan tersebut nabi menyebut mereka satu persatu kemudian mengaitkan keturunannya hingga kepada keluarganya sendiri, dengan memperingatkan bahawa seksaan Allah amatlah pedih. Namun pertemuan kali ini juga tidak berjaya. dalam nabi menyebarkan dakwah. Bapa saudara nabi Abu lahab juga meningkatkan usahanya untuk mempengaruhi qaum quraisy agar memusuhi ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah. Bahkan Abu Thalib yang memelihara nabi sejak kecil, juga dihasudnya. Dan menyarankan supaya dakwah anak saudaranya itu diberhentikan kalau tidak padah akibatnya.

Anda mungkin juga menyukai