Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS PELANTIKAN & PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS PSS SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS) TAHUN

2011 Bissmillah........................Assalamualaikum Wrt. Wbt. & Salam Sejahtera Yang ... Encik ., Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan, Yang dihormati Tuan Haji Kamaruddin bin Ibrahim, Pengetua Cemerlang SMK Batu Kikir (Model Khas) Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1, Puan Shanti a/p VK Raman Guru Penolong Kanan Hem, Encik Razali bin Md Taib Guru Penolong Kanan KoKurikulum, Puan Mazlina binti Mohamad Barisan Pentadbir SMK Batu Kikir (Model Khas) Guru-guru Pemimpin Pengawas Pusat Sumber, Guru-guru wacana kegemilangan Barisan Pengawas Pusat Sumber Tonggak Kecemerlangan Aspirasi Kepimpinan Dan Seterusnya para pelajar warga SMK Batu Kikir yang dikasihi sekalian Awal Bismillah pembuka bicara,...selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Sesungguhnya rahmat Allah begitu besar nikmatnya...... Justeru,... setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Ilahi atas limpahan taufik dan perlindungan-Nya.... dapat kita berkumpul pada pagi yang penuh indah ini. Tanggal 7 Februari 2011 bersamaan 4 Rabiul awal 1432 Hijriah untuk menjayakan Majlis Perlantikan & Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber SMK Batu Kikir (Model Khas) bagi Tahun 2011............ _______________________________________________________________________ _ Bersinar mentari di alam maya Cantik cahaya penuh berserakan Pengawas cemerlang teraju jaya Gemilang sekolah menjadi kebanggaan Guru2 dan para pelajar sekalian, Pengawas Pusat Sumber atau lebih dikenal dengan gelaran Pustakawan dan Pustakawati adalah NADI sekolah, mereka merupakan pelajar2 yang dipilih kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang.Secara amnya, pengawas pusat sumber sekolah berperanan sebagai pembantu guru., bertugas membantu guru menyelia perpustakaan sekolah. Organisasi Pusat sumber Sekolah tidak akan berjaya merealisai visi & misi tanpa sokongan dan paduan tenaga ahli-ahlinya yang dedikasi dan berwibawa...Justeru, Majlis Perlantikan & Penyerahan watikah para Pengawas Pusat Sumber sekolah ini merupakan agenda tahunan bagi mengiktiraf Barisan Kepimpinan Pelajar. Guru2 dan para pelajar sekalian, Meneruskan acara pada pagi ini, marilah kita dengarkan ucapan yang akan disampaikan oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Ibrahim, Pengetua SMK Batu Kikir (Model Khas).... Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

_______________________________________________________________________ _ Jutaan terima kasih majlis ucapkan kepada Tuan Pengetua Cemerlang atas teguran dan nasihat yang diberi. Guru2 dan para pelajar sekalian, Pengawas pusat sumber yang berdaya saing adalah menjadi harapan sekolah, sekaligus menjadi role model yang mampu merealisasikan matlamat ke arah melahirkan disiplin unggul, generasi syumul. Majlis perlantikan dan penyerahan watikah kepada ......... orang pengawas Pusat Sumber pada hari ini diharap dapat menyuntik semangat dan menjadi pendorong kepada pelajar2 lain... Kain Berlipat Dari Istana Buat Puteri Raja Kayangan Secebis Nasihat Insan Berguna Secubit Budi Jadi Kenangan Hadirin sekalian, Majlis kini diteruskan dengan ucapan oleh Yang.. Encik .................., Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan dan kata-kata nasihat daripada / serta kesudian Encik _______________________________________ . untuk hadir di/ merasmikan Majlis Pelantikan dan Penyerahan Watikah Pengawas Pusat Sumber SMK Batu Kikir (Model Khas). Acara pagi ini diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber SMK (Batu Kikir (Model Khas) Tahun 2011....Bagi menyempurnakan Majlis, dipersilakan Tn. Pengetua Cemerlang utk mengiringi Yang Encik __________________________________________ untuk menyampaikan watikah perlantikan.... Kalam Tulisan Indah Seninya Halus Buatan Sutera Andalus Pengawas Melangkah Penuh Bergaya Dedikasi Di Jiwa Tersemat Tulus Mendahului senarai penerima watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber pada hari ini ialah : ___ orang ahli jawatankuasa tertinggi Pengawas Pusat Sumber, diikuti ____ Pengawas Pusat Sumber SMK Batu Kikir (Model Khas) , _______________________________________________________________________ _

Hadirin sekalian, Demikianlah berlangsungnya acara penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Pusat Sumber SMK Batu Kikir (Model Khas). Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik _________________________________.

Sungguh Di Barat Terbit Suria Bintang Beribu Jua Dinanti Sungguh Benar Bagai Dicita Tekun Bekerja Akhlak Terpuji Seterusnya, mari kita dengarkan Bacaan Ikrar oleh barisan Pengawas Pusat Sumber SMK Batu Kikir (Model Khas) yang akan diketuai oleh ................................................................... _______________________________________________________________________ _ Majlis mengucapkan tahniah kepada para pengawas pusat sumber yang telah dilantik, harapan kami agar semua pengawas pusat sumber dapat melaksanakan taklifan yang disandang dan amanah yang dipikul dengan sebaik mungkin...... Guru2 dan para pelajar sekalian, Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tn. Pengetua Cemerlang untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang .. Encik . Kalau ada pangkin di ladang Bolehlah hamba menumpang diri Kalau ada peluang mendatang Sudilah tuan menjenguk kami lagi Majlis melabuhkan tirai di sini , sebelum bicara ini terhenti .saya mewakili majlis menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada keterlanjuran kata yang menghiris hati, mencuit jiwa,.meluka rasa,.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik..barisan pentadbir dan seluruh warga SMK Batu Kikir (Model Khas) atas komitmen dan sokongan menjayakan majlis pelantikan & penyerahan watikah pengawas pusat sumber tahun 2011... Sekian, Dengan lafaz yang mulia.............................Wabillahi Taufik WalHidayah.

Anda mungkin juga menyukai