Anda di halaman 1dari 8

PSK 3103

Kaedah Pengajaran Pendidikan


Sivik dan Kewarganegaraan
Tajuk 6: Kaedah Pembelajaran
Kolaboratif
Nama Ahli Kumpulan
Faridah Binti Hj.Emran
Nurimah Binti Juhor
PENGENALAN
Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu
metodologi dalam sistem pendidikan. a
menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif
dalam proses pembelajaran. Semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan,
interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan
pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan pengajar.
Pegertian PembeIajaran KoIaboratif
Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif
melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan
perkongsian hasil penemuan dan hasil pembelajaran baru.
Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif
dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih
bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara
individu
Dari pengertian kolaboratif yang diungkapkan oleh ahli
tersebut, dapat disimpulkan bahwa pengertian belajar
kolaboratif adalah suatu strategi pembelajaran di mana para
pelajar dengan pelbagai kebolehan bekerjasama dalam
kelompok kecil kearah satu tujuan yang sama.
Kriteria Asas DaIam Pendekatan KoIaboratif
a) kebolehan bergaul dan bekerjasama pada
peringkat peribadi
b) perlunya ada komitmen, kesudian untuk
berkorban masa bagi merancang, menilai
dan membuat refleksi
c) saling membantu antara satu sama lain untuk
mencapai prestasi akademik yang baik
iri-ciri Penting
Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan mengumpul
idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama
mereka, dan menyelesaikan masalah bersama
Menurut Tinzmann et al. (1990), terdapat beberapa ciri utama
dalam pembelajaran kolaboratif, iaitu:
i. Perkongsian ilmu pengetahuan di antara pengajar dan pelajar.
ii. Perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar.
iii. Pengajar sebagai fasilitator
iv. Pelajar mempunyai kebebasan untuk belajar berdasarkan
tahap penguasaan mereka.
Tema :SAYANG DR
Tajuk :Masa Amat Berharga
Aktiviti 2C :Bijak Menggunakan Masa
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyenaraikan perkara yang boleh
dilakukan pada waktu senggang/lapang
2. Menggunakan masa senggang dengan
aktiviti yang berfaedah
3. Menghargai masa senggang.
adangan P&P Menggunakan Kaedah
PembeIajaran KoIaboratif.
angkah Pengajaran
1. Guru menerangkan maksud waktu senggang kepada
murid.
2. Murid dibahagikan secara berpasangan. Setiap
pasangan diminta untuk menyenaraikan 1 aktiviti
yang berfaedah dan 1 aktiviti yang tidak berfaedah.
3. Murid diminta untuk mengkategorikan aktiviti-aktiviti
yang berfaedah dan aktiviti-aktiviti yang tidak
berfaedah dengan cara melabel di papan tulis/carta.
4. Guru merumuskan aktiviti murid dan menerapkan
nilai murni dalam kehidupan murid.

Anda mungkin juga menyukai