Anda di halaman 1dari 4

Sistem Islam Terabai Maruah Tergadai

-= `~'
, ~ +' ~ . ~ ~ ' - ~~ =' ~ ~' - - ~' _ = - += - =' - ~ ~ +~ -' ` ` ~ +~
~ - ~ = ' ~ ~ = ~ ' - ~ - ~ _ = , ~ ~ = ~ ' - ~ - ~ _ = = ' ~ . - + ' - ~' - _ , ' ~= + ~ ' =-
. ~ ' ~ . .. -' ~' = ' - ! -' ' - ' ~ ~ ~ - ` ~` ' - = .
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan
menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 77 surah Ali Imran :
` =`' + ` = ` = - `- ' - ~ ` + -' ~- ' ~+ ~ - - ~ ' - ` ~' - -' - +- =- - ` ' + ~
- -' ~ = + +- -
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-
sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di
akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka
pada hari kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih
Masa berlalu semakin cepat dan pantas sebagai peringatan besar kepada kita semua bahawa
dunia kini berada dipenghujung usianya iaitu semakin hampir kepada berlakunya Qiamat yang
dahsyat. Semakin hampir kita dengan saat kehancuran dunia maka semakin banyak cubaan dan
Iitnah terhadap keimanan dan agama kita. Rasulullah s.a.w telah memberi peringatan yang begitu
banyak kepada kita agar tidak terheret dan ditenggelamkan oleh Iitnah akhir zaman dengan
berpegang kemas kepada al-Quran dan sunnah nabi. Akibat Iitnah yang begitu dahsyat terhadap
keimanan sehingga digambar oleh nabi bagaimana ada orang yang beriman pada pagi harinya
tetapi kuIur pada petangnya, ada yang pada petangnya beriman tetapi menjadi kuIur pada pagi
keesokannya akibat daripada menjual agama dengan harga yang terlalu murah. Dunia menjadi
matlamat hidup sehingga akhirat dipinggirkan, naIsu menjadi pedoman sehingga wahyu Allah
diketepikan



Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat :
' - - , - ~' -' = ' - ~ - ~ ' ' + - ' - _ = ' = - , ' + = ' ~ ' - - - ~ ~' - ' ~
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang Iasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Masyarakat negara kita dibentangkan dengan beberapa isu besar melalui media massa sama ada
tv, radio, akhbar dan internet dengan menggunakan kaedah pemesongan pemikiran sehingga
yang jahat dilihat baik, yang zalim dianggap adil, yang rosak didakwa berguna, yang hak
dihukum batil, yang benar dipandang dusta. Apa yang lebih malang apabila hukum agama
dipermainkan sesuka hati termasuk dalam sumpah laknat jika sebelum ini dalam tuduhan liwat,
kini dalam tuduhan zina. Budaya suka bersumpah laknat dibiarkan berlaku sedangkan dalam
perundangan Islam jelas masalah ini mesti diselesaikan di mahkamah sama ada yang dituduh jika
sabit kesalahan boleh dijatuhkan hudud atau yang menuduh boleh dikenakan hukum QazaI jika
berdusta. Jika budaya sumpah laknat dibiarkan berleluasa akhirnya menyebabkan hilangnya
Iungsi mahkamah kerana semua masalah akan diselesaikan melalui sumpah sahaja. Apa yang
lebih menakutkan apabila perbuatan ini akan menyebabkan turun laknat yang begitu dahsyat
daripada Allah.
.~' .' e : -' ' : - -' . - ~ ' ' - = -' =' ~ ' ~ ' - ~ -'
Maksudnya: 'Dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa, membunuh dan
sumpah yang dusta.
Ibn Hajar Al-Asqalani menghuraikan sumpah daripada pendusta merupakan salah satu daripada
dosa besar. Ghamus ertinya tenggelam dan Imam An-Nawawi menyatakan dalam Tahzib Al-
Asma wa al-Lughaat`, sumpah tersebut dinamakan ghamus kerana penyumpah tenggelam dalam
dosa dan bakal ditenggelamkan di dalam neraka Allah di akhirat kelak. Oleh itu dalam
menghadapi berita Iitnah dan tidak jelas maka ikutilah nasihat ulama` besar iaitu Abu Laith al-
Samarqandiy melalui 6 cara. !ertama, jangan percaya kerana orang yang memIitnah itu tidak
dapat diterima penyaksiannya. Kedua, kamu harus mencegah dari Iitnah itu, sebab mencegah
kemungkaran itu wajib. Ketiga, kamu harus membencinya, kerana ia adalah maksiat dan dosa.
Keempat, kamu jangan bersangka jahat terhadap saudaramu yang diIitnah itu, sebab berburuk
sangka terhadap sesama Muslim itu hukumnya haram. Kelima, jangan kamu selidiki keadaan
orang diIitnah itu, sebab Allah melarang menyelidiki kejahatan orang. Keenam, jika kamu tidak
menyukai perbuatan orang yang memIitnah itu, maka jangan mengikuti cakapnya, iaitu jangan
memberitahu sesiapapun segala Iitnah disebarkan itu


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 4 surah an-Nuur :
~ + ~ ' - ` ' - -= ~' ~ - - ~ ' ' ~ ~' + ~ + ' - ' ~ = - -' ~ ` - ~ =' -' - ~' -' - = -
Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi, maka sebatlah
mereka 80 kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya
kerana mereka adalah orang-orang yang Iasik
Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga membawa kehancuran
kepada masyarakat seperti isu seks yang dibicara secara terbuka bukan sahaja menjatuhkan
maruah sebelum dibicara malah merosakkan minda terutama remaja yang ingin tahu dan
mencuba benda yang negatiI. Oleh itu mimbar Jumaat hari ini mengutuk tindakan tidak bermoral
dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh pengamal media yang tidak amanah ini. Jika
pada zaman nabi tugas jahat ini dimainkan oleh penyair-penyair maka pada hari ini ia diteruskan
oleh wartawan yang tidak beretika kerana menurut perintah orang atasan yang mementingkan
harta dan takhta.
Begitu juga dengan tiupan api perkauman sempit bagi menggambarkan suasana keamanan
negara yang semakin tergugat sedangkan yang tergugat oleh pangkat golongan yang menindas
rakyat. Amaran Allah akan berlakunya penindasan bila kekayaan negara hanya berlegar di
kalangan pemimpin dan kroni sahaja tidak dipeduli sedangkan setiap kali harga barang naik
dengan alasan menjimatkan subsidi negara diterima dengan dada yang lapang sedangkan betapa
banyak kekayaan negara hancur akibat rasuah, pecah amanah dan pembaziran. Betapa
malangnya apabila amaran nabi agar tidak memilih pemimpin yang tidak berkelayakan seperti
zalim dan tidak amanah akan menyebabkan berlakunya huru hara tidak dihirau sedangkan alasan
lapuk seperti kenaikan harga gula bagi mendidik rakyat supaya tidak terlalu banyak
menggunakan gula bagi menjamin kesihatan boleh diterima bulat-bulat. Jahiliah hanya akan
berterusan apabila kejahilan rakyat disuburkan tetapi bila rakyat semakin berilmu serta bijak
berIikir maka jahiliah yang zalim semakin lemah dan bakal menyembam tanah bila-bila masa
sahaja. Kita akan dirikan keadilan dan kehebatan Islam di atas runtuhan jahiliah tersebut






Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Kita juga merasa kecewa bila isu agama seperti isu Kristian mahu dijadikan agama rasmi negara
dimainkan cuba dijadikan senjata dalam menjaga takhta dan harta sesetengah golongan. Kita
akui bagaimana licik dan bersungguhnya Kristian dalam menyebarkan agamanya di negara ini
namun untuk memainkan isu yang berunsur Iitnah itu bukan menyelesaikan masalah bahkan ia
semakin teruk. Pemimpin sepatutnya lebih bersungguh dalam menangani masalah murtad dan
kerosakan akhlak akibat hiburan dan cara hidup yahudi dan Kristian yang semakin subur dalam
kehidupan seharian umat Islam bermula cara berpakaian, pergaulan bahkan pemikiran. Ini
ditambah lagi dengan pengekalan perundangan penjajah dalam politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya. Rakyat perlu sedar siapa yang bertanggungjawab dalam mengurangkan jumlah
bilangan ahli parlimen yang beragama Islam, mahkamah syariah yang semakin dipertikaikan
termasuk hukum qazaI yang sedia ada diketepikan, kedudukan muIti yang tidak berkuasa.
Sepatutnya Islam yang diiktiraI oleh perlembagaan negara diperkasakan dengan memberi ruang
kepada sistem Islam untuk dilaksanakan bukan semakin dimandulkan peranannya. Islamlah
nescaya kita selamat dan bahagia dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 26 surah Ali Imran :
~ = ~' _ - -' ~ ~ = ~' = ~' = ' ~ + ' . -' ~ ~ . ~ -' ~ ~ -' ~ ~ - =' = ~ - _ = = - , - ~ .
- ~
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau
kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau
kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah
yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya
segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
' - - - - - = ' -' -' = ' - ~ - ~ . - - =' ~' ' -`' ~ - ' ~ _- ~ ~' - - `
- = ' -' - ~' - ' - - ~~' ' ~ ~ ~' -~ ~~ ' -' ~ ' = - ' - - - ~ ~' ' - - - ~' ' - ~ ~'
- -' '

Anda mungkin juga menyukai