Anda di halaman 1dari 11

jintanmanis

Web Search

E-book ini diberikan secara PERCUMA dan anda dialu-alukan menyebarkan semula e-book ini secara PERCUMA tanpa memohon kebenaran dari penulis.

Dilarang menyebarkan e-book ini secara berbayar, mengubah, menyunting, menerbitkan semula tanpa kebenaran dari pemilik blog Bukan Sekadar Masakan @ jintanmanis.com

http://www.jintanmanis.com

Donut Kentang
Bahan-bahan: 250 gram tepung gandum 80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek (lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil) 2 sudu besar susu tepung/skim milk 1 biji telur (dipukul sedikit) 80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam 1 1/2 sudu besar marjerin 2 sudu besar gula 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil) sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut

Cara-cara: 1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna Bread Maker, tekan ON dan tunggu siap, kemudian boleh terus bentukkan. 2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. http://www.jintanmanis.com

Donut Mulus

Bahan-bahan: 350 gram tepung Halus Superfine (contoh: Jenama BlueKey) 50gram tepung kanji kentang(Contoh: Jenama Bestari) 2 sudu besar susu tepung/skim milk 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 150ml air suam 1 1/2 sudu besar marjerin atau butter atau shortening 3 sudu besar gula 4 gram yis (1 1/2 sudu kecil)

Cara-cara: 1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuktumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula. http://www.jintanmanis.com

Donut Taufu Lembut


Bahan-bahan: 300 gram tepung gandum 125gram taufu lembut 1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk 1 biji telur (dipukul sedikit mengunakan garpu) 160ml susu suam@air suam 40gram shortening 4 sudu besar gula 6gram yis 100 gram tepung roti (atau tepung gandum) 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil baking powder sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut nanti.

Cara-cara: 1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuktumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula. http://www.jintanmanis.com

Donut Mayo

Bahan-bahan: 330 gram tepung gandum 1 1/2 sudu besar mayonis (contoh : jenama kimball) 1 sudu besar susu tepung/skim milk 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 140ml air suam 1 1/2 sudu besar marjerin 3 sudu besar gula 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil) sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut nanti

Cara-cara: 1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuktumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula. http://www.jintanmanis.com

Donut Taufu Express

Bahan-bahan: 200gram pancake mix 120 gram taufu ( gunakan taufu lembut yang warna putih)

Cara-cara:
1. Taufu dihancurkan, kemudian masukkan pancake mix, gaul sebati, dan bentukkan seperti donut, ambil donut cutter dan terap donut, akhir sekali goreng dengan minyak panas hingga keperangan, angkat dan hidangkan. Hias donut ikut selera masing-masing.

http://www.jintanmanis.com

Bebola Donut Taufu


Bahan-bahan: 300gram tepung roti 2 sudu kecil yis 100gram tepung gandum 80 gram taufu (guna taufu yang lembut) 2 sudu besar marjerin 1 biji telur 2 sudu besar susu tepung 200ml susu kacang soya (atau susu segar atau air suam) 3 sudu besar gula jem blueberry atau coklat

Cara-cara: 1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil yang anda suke, separuh adunan ni ros buat bentuk bulat, dan separuh lagi ros buat bentuk donut. biarkan naik dua kali ganda baru digoreng. Pastikan alas donut dengan kertas minyak supaya senang di ambil untuk proses menggoreng nanti. 4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, setelah donut ball agak sejuk, paipkan inti bluebberry atau coklat ke dalam donut(guna nozel yang muncung tajam), kemudian salut donut bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. http://www.jintanmanis.com

Donut ala Krispy Kreme


Bahan-bahan:
200 gram tepung roti 50 gram tepung gandum 50 gram tepung kanji kentang 2 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil yis 1 sudu kecil baking powder 1 biji telur + susu (apabila disukat jumlah menjadi 190ml) 50 gram shorterning ( atau marjerin atau butter) coklat putih dan coklat masakan sebagai hiasan.

Cara-cara: 1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 2. Setelah siap di uli, perap doh sehingga doh menjadi 2 kali ganda dan selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. bahagi doh pada pada 10 bahagian dan biar kan selama 15 minit. 3. Kemudian bentuk kan doh seperti donut dan biarkan naik sekali lagi, akhir sekali goreng dengan minyak yang banyak dan hias ikut selera anda. http://www.jintanmanis.com

Donut Okinawa
Bahan-bahan: 100gram tepung gandum 1 biji telur (telur saiz A) 40gram serbuk gula merah 20gram gula 1 sudu kecil minyak masak 1 sudu kecil baking powder secubit garam

(Tiada sebarang penggunaan air di dalam resepi ni, cecair hanya bergantung pada telur) Cara-cara: 1. Masukkan gula putih, gula merah dan telur di dalam bekas adunan, dan kacau hingga sebati. 2. Kemudian masukkan garam, minyak masak dan tepung gandum bersama baking powder, gaul lagi. setelah semua adunan mesra, perap adunan lebih kurang 10 minit sebelum digoreng. 3. Jemput-jemputkan adunan bulat-bulat, jangan terlalu kecil, macam nak buat kuih bom pisang tu, goreng dengan minyak panas, api perlu sederhana jangan terlalu kuat, balik-balikkan supaya masak sekata dan goreng hingga keperangan. http://www.jintanmanis.com

Donut Butterscotch
Bahan-bahan: 2 sudu kecil baking powder 180 gram tepung roti 220gram tepung gandum 2 sudu besar susu tepung/skim milk 1 biji telur (dipukul sedikit mengunakan garpu) 140ml air suam 1 1/2 sudu besar marjerin@butter@shortening 3 sudu besar gula 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil) 3 sudu kecil butterscotch (boleh dibeli dari kedai bahan bakery) sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut

http://www.jintanmanis.com

Cara-cara: 1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masingmasing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuktumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula.

Anda mungkin juga menyukai