Anda di halaman 1dari 9

Rancangan Mengajar Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun/Tingkatan : Tahun 4

Rancangan Mengajar Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun/Tingkatan : Tahun 4

Rancangan Mengajar Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun/Tingkatan : Tahun 4

1. Ciri kelas a) Kelas b) Pengetahuan Sedia Ada Tahun 4 (kelas pelbagai keupayaan) 1. Murid sudah mengetahui nama negeri-negeri, jiran terdekat dan kaum-kaum di Malaysia. 2. Murid boleh menggunakan perisian asas MS Word, MS Excel, MS PowerPoint dan melayari internet. 2. Peruntukan Masa 3. Topik /Tema 4. Hasil Pembelajaran 60 minit. Malaysia Negaraku Pada akhir pengajaran murid dapat: Pengetahuan : Menjelaskan keistimewaan negara sendiri. Kemahiran : Hidup bersama dengan aman dalam masyarakat pelbagai kaum. Nilai : Bersyukur dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur. TMK : 1. Berupaya mendapatkan maklumat dengan melayari internet dari URL yang diberi. 2. Boleh menjawab soalan dan latihan dalam MS Word dan MS Excel. 3. Menyenaraikan tiga nilai murni sebagai kesimpulan dengan menggunakan MS PowerPoint. Nilai Murni Bekerjasama mencari maklumat semasa melayari internet, kesyukuran. Menghuraikan, merumus, mengkaji.

Kemahiran Berfikir

5. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pelajaran murid dapat: 1. Menyenaraikan tiga keistimewaan negara sendiri. 2. Menyatakan bagaimana menjalani kehidupan bersama dengan aman dalam masyarakat pelbagai kaum.

Rancangan Mengajar Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun/Tingkatan : Tahun 4

3. Menceritakan bagaimana menikmati rasa bertuah dan bersyukur kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur. 4. Menjawab latihan menggunakan MS Word dan MS Excel. 5. Menyelesaikan tugasan dengan menggunakan bahan-bahan dari internet.

6. Persediaan TMK

1. Menempah bilik komputer dengan akses internet. 2. Memastikan sistem rangkaian dan internet berfungsi. 3. Satu set slaid sebagai Bahan Bantu Mengajar. 4. Satu laptop serta projektor LCD. 5. Satu unit mesin pencetak. 6. Satu unit CD lagu. 7. Fail video yang dipautkan kepada persembahan slaid MS PowerPoint sebagai set induksi. 8. Slaid persembahan MS PowerPoint sebagai BBM berkaitan keistimewaan Malaysia. 9. Perisian MS Word, MS Excel dan laluan internet untuk mendapat maklumat dan melengkapkan tugasan.

7. Penerapan TMK (untuk murid individu / kumpulan)

1. Mengakses maklumat dengan menggunakan internet. 2. Mengemukakan tugasan penyelesaian masalah dengan menggunakan perisian MS Word dan MS Excel. 3. Mencetak tugasan dengan menggunakan alat pencetak. 4. Melengkapkan templat dengan menaip nilai-nilai murni dalam MS PowerPoint.

8. Persediaan Guru ( bahan bukan TMK)

1. Buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. 2. Buku rujukan. 3. Risalah tentang tempat-tempat menarik di Malaysia.

Rancangan Mengajar Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun/Tingkatan : Tahun 4 4. Papan putih. 9. Aktiviti Pelajaran 1. Set Induksi (5 minit) : Tayangan sebuah lagu dalam dialek Kelantan menerusi MS PowerPoint. (Engage) 2. Pencetusan Idea (10 minit) : Mendapatkan maklumat dari buku teks, carta serta menerima penjelasan menggunakan MS PowerPoint tentang keistimewaan Malaysia. (Explore) 3. Penstrukturan Semula Idea (20 minit) : mencari maklumat dari internet untuk melengkapkan tugasan dalam MS Word dan MS Excel. (Explain & Elaborate) 4. Aplikasi Idea dan Penilaian (15 minit): perbincangan kumpulan, penyemakan, pembetulan, pencetakan kumpulan dan penghantaran tugasan. (Elaborate & Evaluate) 5. Penutup (10 minit): Membuat kesimpulan dan menyenaraikan tiga nilai murni dengan menggunakan MS PowerPoint. Tayangan video menerusi MS PowerPoint. (Evaluate)

Rancangan Mengajar Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun/Tingkatan : Tahun 4

10. Kemahiran Abad ke 21

1. Menayangkan sebuah lagu dalam dialek Kelantan menerusi MS PowerPoint. Meminta murid menyatakan lagu dalam dialek negeri mana. 2. Mengemukakan soalan-soalan interaktif berkaitan keistimewaan Malaysia secara lisan. 3. Meminta murid membuat penjelasan tentang keistimewaan Malaysia secara lisan. 4. Murid diberi penjelasan tentang keistimewaan Malaysia menggunakan MS PowerPoint. 5. Meminta murid melayari internet untuk mencari maklumat tentang tempat-tempat menarik dan kaum-kaum di Malaysia. 6. Mengemukakan arahan kerja kumpulan, murid menyelesaikan tugasan menggunakan MS Word dan MS Excel. 7. Meminta murid mencetak dan menghantar tugasan. 8. Meminta murid menaipkan tiga nilai murni yang dapat diperolehi daripada pengajaran dan pembelajaran sebagai kesimpulan dalam templat MS PowerPoint. 9. Menayangkan video menerusi MS PowerPoint.

11. Aktiviti Pelajar

1. Memerhati , berfikir dan memberi maklum balas tentang tayangan lagu menerusi MS PowerPoint. 2. Menjawab soalan-soalan interaktif secara lisan berkaitan keistimewaan Malaysia. 3. Menjelaskan tentang keistimewaan Malaysia secara lisan. 4. Memerhati penjelasan tentang keistimewaan Malaysia menerusi MS PowerPoint. 5. Membuka komputer : fail MS PowerPoint, MS Word dan MS Excel. 6. Perbincangan dalam kumpulan kecil dengan melayari internet untuk mencari maklumat tentang tempat-tempat menarik dan kaum-kaum di Malaysia. Kumpulan 1 dan 2 a) Menyenaraikan dan menghuraikan tempat-tempat menarik di Malaysia. Kumpulan 3 dan 4

Rancangan Mengajar Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun/Tingkatan : Tahun 4 a) Mengenal pasti dan menjelaskan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Kumpulan 5 dan 6 a) Menyatakan bagaimana cara untuk membentuk sebuah negara yang harmoni. 7. Melengkapkan tugasan dan mencetak. 8. Melengkapkan templat dengan menaip nilai-nilai murni dalam MS PowerPoint. 9. Memerhati tayangan video menerusi MS PowerPoint.

12. Liputan Kurikulum

1. Kandungan : Meliputi objektif dan hasil pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 dan kemahiran berfikir. 2. Pedagogi : Meliputi aplikasi kemahiran generik bestari yang berunsurkan kemahiran, kecekapan dan keterampilan serta strategi konstruktivisme pengajaran dan pembelajaran. 3. Penilaian:Penilaian formatif melalui soalan lisan dan penyelesaian masalah oleh guru dan rakan sebaya.

13. Keperluan Khusus

1. Satu skrin besar untuk memudahkan murid yang berada di bahagian belakang melihat. 2. Panduan ringkas bercetak mengenai cara menggunakan perisian MS PowerPoint,MS Word,MS Excel dan internet.

14. Literasi

1. Menyemak serta membetulkan kesalahan ejaan menggunakan perisian Dewan Eja.

15. Numerasi

1. Bilangan kaum dan negeri di Malaysia.

16. Penilaian

Bahan: 1. Video digunakan kerana bersesuaian dengan tajuk kenali Malaysia dan dapat disimulasikan dengan mudah.

Rancangan Mengajar Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun/Tingkatan : Tahun 4 2. Gambar-gambar yang dimuat turun daripada internet bersesuaian dengan tajuk kenali Malaysia serta bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar. 3. Risalah digunakan kerana mempunyai penjelasan terperinci tentang tempat-tempat menarik di Malaysia.

Pengajaran dan pembelajaran: Penilaian dijalankan secara formatif berdasarkan beberapa perkara seperti yang berikut: 1. Menjawab soalan guru. 2. Menyelesaikan tugasan. 3. Penilaian rakan sebaya.

Kesesuaian TMK mengikut kriteria CIPS 1. Murid memerhati tayangan video dan cuba memahami mesej yang ingin disampaikan. 2. Murid melihat slaid BBM dan melayari internet untuk menyelesaikan latihan/tugasan dalam MS Word,MS Excel dan MS PowerPoint.

Refleksi

1. Adakah slaid persembahan dipilih sebagai rangsangan,cukup berkesan untuk membolehkan murid membuat penjelasan dengan baik? Ulasan: . 2. Adakah hasil pembelajaran tercapai pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran? Ulasan: . 3. Adakah proses p&p dapat berjalan lancar dengan bantuan TMK? Ulasan: .

17. Bahan Rujukan

1. Panel penulis pusat perkembangan kurikulum Kementerian

Rancangan Mengajar Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun/Tingkatan : Tahun 4 TMK dan Bukan Pelajaran Malaysia,2004. Buku Teks Pendidikan Sivik dan TMK Kewarganegaraan Tahun 4.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Nor Azizul bin Harun,2005.Praktis Topikal KBSR PSK Tahun 4.Petaling Jaya : Penerbit Mega Setia Emas Sdn. Bhd. (buku rujukan) 3. Nor Azizul bin Harun,2006.MyMentor PSK Tahun 4. Selangor: Penerbit Pan Earth Sdn. Bhd. (buku rujukan) 4. Risalah tentang tempat-tempat menarik di Malaysia. 5. CD lagu dapatan daripada kursus alam sekitar anjuran IPIP dan JPN. 18. Pengintegrasian Teknologi/ Teknik Video http://www.visitmalaysia.com (tempat-tempat menarik) http://www.tourism.gov.my (tempat-tempat menarik) http://www.heritage.gov.my (kaum-kaum di Malaysia) http://www.cuti.com.my (tempat-tempat menarik) http://www.eduwebtv.com

penutup

Anda mungkin juga menyukai