Anda di halaman 1dari 6

ISU SEMASA

Saringan literasi tiga kali setahun di sekolah


KANAK-kanak akan melalui tiga saringan setahun, bertujuan mengenal pasti sama ada meeka perlu mengikuti program Literasi da Numerasi (LINUS) jika mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran. Saringan akan dibuat pada Mac, Jun dan September. Mengikut dokumen Program Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju Ringkasan Eksekutif, tujuan program itu adalah untuk memastikan menjelang tahun 2012, semua kanak-kanak mempunyai literasi asas (Bahasa Malaysia) dan kemahiran numerasi selepas tiga tahun pendidikan sekolah rendah. Bagi tujuan itu, modul literasi dan numerasi yang baru dibentuk dengan konsep mudah difahami akan diajar lebih awal lagi dan lebih penekanan akan ditumpukan kepada aplikasi konsep yang dipelajari. Latihan hampir 17,000 guru untuk mengajar modul baru LINUS juga telah berlangsung sejak November tahu lepas dan awal tahun ini. Sehubungan itu, pemantauan dan penyelesaian intensif ke atas kira-kira 100 peratus sekolah yang tercorot oleh para pegawai dan pendidikan di peringkat negeri dan daerah akan dibuat oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bagi memantapkan lagi program, fasilitator pakar yang dilantik di peringkat daerah, ditempatkan di Jabatan Pendidikan Daerah, bagi membantu guru literasi dan numerasi sekolah.

Pilihan raya ketua murid dilarang

PENGETUA dan guru besar diberi kuasa untuk melantik ketua murid tanpa melalui proses pilihanraya.

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) mengarahkan agar perlaksanaan sistem pilihanraya bagi memilih ketua murid di sekolah-sekolah seluruh negara dihentikan dengan serta-merta. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, kementerian berpendapat bahawa perlaksanaan sistem ini adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan atau didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah. "KPM dimaklumkan bahawa terdapat sesetengah sekolah di negara ini mengguna pakai serta mengamalkan sistem pilihan raya dalam melaksanakan pemilihan ketua murid pada awal sesi persekolahan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Menurutnya, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan supaya perlaksanaan sistem pilihan raya tersebut dihentikan ketika mempengerusikan mesyuarat susulan Jemaah Menteri pada 10 Februari lalu. "Semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di negara ini diberi kuasa untuk melantik sendiri ketua murid di sekolah masing-masing," jelasnya. Tambah beliau lagi, pihak yang berkenaan juga dipohon agar mengingatkan semua pengetua dan guru besar di bawah kawalan pentadbiran mereka supaya mematuhi keputusan tersebut.

"Kandungan surat pekeliling ikhtisas tersebut perlu dimaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah kawalan pentadbiran masing-masing," jelasnya. PUTRAJAYA - Satu ujian khas mungkin diwujudkan bagi kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh untuk menggantikan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) jika ia dimansuhkan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ujian khas tersebut tidak akan diwajibkan tetapi terbuka kepada pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh. Ujian khas sebegini pernah dilakukan dahulu bagi kemasukan ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, katanya selepas menerima lawatan anak-anak dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini semalam. Beliau berkata, ujian khas itu akan diselaraskan dan tidak dilakukan oleh sekolah berasrama penuh. Katanya, ketika ini begitu ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak mahu memasuki sekolah berasrama penuh dan mahu kekal di sekolah harian. Beliau berkata, banyak cara boleh digunakan bagi dijadikan mekanisme kelayakan ke sekolah berasrama penuh dan tidak menolak kemungkinan UPSR diubah suai sebagai ujian khas itu. Ditanya sama ada kedua-dua peperiksaan awam itu akan dimansuh atau salah satu sahaja, Puad berkata, keputusan itu akan bergantung kepada maklum balas masyarakat.

Mekanisme pelaksanaan MBMMBI


KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Menurutnya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme soft landing untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. ``Mekanisme soft landing adalah melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. ``Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa

ibunda dan Bahasa Inggeris bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil,'' jelas beliau. Katanya, perlaksanaan dasar tersebut akan bermula pada 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walaubagaimanapun mekanisme soft landing akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut: (a) Kohort Tahun 1 (2009) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014. (b) Kohort Tahun 1 (2010) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015. (c) Kohort Tahun 1 (2011) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016. (d) Kohort Tahun 1 (2009) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013. (e) Kohort Tahun 1 (2010) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014. (f) Kohort Tahun 1 (2011) boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015 Beliau turut menjelaskan tentang pentaksiran bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimana mata pelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016. Mata pelajaran Sains dan Matematik bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula diteruskan dalam dwibahasa sehingga 2013 manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan sehingga 2015. ``Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016,'' jelasnya. Bagaimanapun beliau berkata, pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Pendidik perlu sokong pemansuhan PPSMI - TPM


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru warga pendidik di seluruh negara menyokong sepenuh hati pemansuhan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) demi perubahan sistem pendidikan negara. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, golongan guru perlu memahami dan menghayati dasar-dasar baru kerajaan bagi menjelaskan kepada ibu bapa dan masyarakat tentang keputusan pemansuhan itu.

''Pastinya tidak elok kalau di kalangan warga pendidik berdebat ada yang pro dan ada yang kontra. Apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan, ia memang ada rasionalnya. ''Justeru saya berharap sokongan 100 peratus dari kalangan warga pendidik atas dasar dan perubahan yang kita buat, biarlah sepenuh hati kalau tidak nanti ada yang berbelah-bahagi," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama warga pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Muhyiddin turut mengakui pencapaian PPSMI pelajar di bandar agak baik tetapi bilangannya amat rendah. ''Berdasarkan realiti ini kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan, majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami double jeorpady (kesukaran berganda). ''Jika berterusan, dikhuatiri akan berlaku situasi defisit pengetahuan di kalangan pelajar di mana pelajar yang gagal menguasai konsep asas sains dan matematik menghadapi masalah untuk menguasai ilmu sains dan matematik di peringkat lebih tinggi," katanya. Muhyiddin berkata, walaupun terdapat suara-suara yang membantah pemansuhan PPSMI terutama di akhbar dan blog, namun suara majoriti senyap harus diambil kira. ''Mungkin 80,000 yang tidak setuju (dengan pemansuhan ini) dalam blog, tapi dekat luar ada dua tiga juta lagi yang menyokong," katanya. Beliau menambah, lima buah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus bahasa Inggeris akan diwujudkan untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris supaya guru-guru bahasa Inggeris terbaik dan guru-guru terbaik dari luar negara dapat ditempatkan di kawasan luar bandar. Ini termasuk menyediakan insentif khusus kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia berkhidmat di luar bandar. Katanya, enam jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI). ''Jawatankuasa ini bertanggungjawab memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, logistik, personel dan penerangan demi kebaikan kualiti pendidikan kebangsaan," katanya.

Wajib lulus Bahasa Inggeris 2012

oleh HISHAM IDRIS Kerajaan menimbang kemungkinan untuk mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil menjelang tahun 2012. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pertimbangan itu adalah berdasarkan cadangan yang diterima daripada pelbagai pihak dan 85 peratus daripadanya bersetuju untuk melaksanakannya. Bagaimanapun katanya, beberapa perkara penting perlu diperhalusi bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut sebelum ia dilaksanakan. Kita tidak mahu terburu-buru dan kita kena pastikan tenaga pengajar mencukupi serta kualiti guru-guru terlibat meningkat. Tenaga pengajar luar dari United Kingdom dan Australia seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dipertimbangkan bagi tujuan tersebut, katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar First Steps di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra anjuran FTM Bina Sdn. Bhd., dan Pearson Education bersama Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran di sini semalam. Jelas Mohd. Puad, untuk melaksanakan perkara tersebut, bahagian kokurikulum dan pentafsiran telah diarah melakukan kajian terperinci.

Anda mungkin juga menyukai