Anda di halaman 1dari 22

1

MENGURUS PERSEPSI
NON MUSLIM
Disediakan Oleh:
P 60395 MOHD EFENDI BIN ABUTIAR


Pensyarah:
MUHAMAD FAISAL ASHAARI
JABATAN PENGAJIAN DAKWAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
2

KANDUNGAN
Halaman
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 DEFINISI PERSEPSI 2
3.0 DEFINISI NON MUSLIM 3
4.0 PERSEPSI NON MUSLIM 4
4.1 Persepsi Non Muslim (Dunia Barat) 4
4.2 Persepsi Non Muslim ( Di Malaysia) 9
5.0 MENGURUS PERSEPSI NON MUSLIM 11
5.1 Pendakwah 12
5.2 Sasaran dakwah 14
5.3 Praktikal dakwah yang mantap 16
6.0 PENUTUP 18
7.0 RUJUKAN 19










3

1.0 PENDAHULUAN
Islam dan Muslim adalah dua istilah yang berbeza. Muslim secara umumnya membawa
maksud orang menganut Agama Islam manakala Islam ialah suatu pegangan dan cara
hidup yang menjadi panduan hidup seluruh umat. Maka jika Muslim yang melakukan
kesilapan adakah patutkah Islam itu dipersalahkan. Begitu juga jika dibandingkan dengan
agama Kristian. Jika penganutnya melakukan apa yang bercanggah dengan ajaran
Kristian adakah ajaran agama itu dipersalahkan.
Namun perbandingan diatas bukanlah menyatakan bahawa Islam dan kristian itu
adalah ajaran yang sama. Ini kerana penyelewengan oleh ajaran kristian itu sendiri telah
membezakannya dengan Islam. Sesuai dengan firman Allah di dalam surah (Ali-imran
3:19):
Ep) -g].- E4gN *.-
OUce"-
Maksudnya:
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Maka dalam melaksanakan dakwah Islam untuk mengubah persepsi negatif Non
Muslim terhadap Islam bukanlah suatu perkara mudah. Ini kerana peranan musuh Islam
yang agak kuat dan lebih menguasai dunia dalam menyampaikan dakyah mereka pada
zaman ini. Seterusnya keadaan ini dibantu oleh kelemahan umat Islam sendiri yang
bergelar Muslim itu sendiri.
Namun diharapkan dengan kebangkitan umat Islam sejak kebelakangan ini
(kebangkitan di mesir) dapat membersihkan semula imej Islam dimata dunia dan
seterusnya segala kerja Dakwah Islamiah itu dapat dijalankan dengan lancar dan
sempurna.


4

2.0 DEFINISI PERSEPSI

Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1991:954) persepsi
membawa maksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu),
pandangan (menerusi pancaindera) ataupun tanggapan.

Di dalam Kamus Mujam Al-Lughat (T.th:956) mendefinisikan persepsi sebagai
keupayaan untuk memahami sesuatu. Manakala Kamus Cambrige International Off
English (1977:1047) (Perception) itu bermaksud iaitu (Belief) kepercayaan dan (Sight)
sudut pandangan.

Menurut Forgus (1966:20) persepsi membawa maksud proses information
extraction dimana apa yang diamati itu merupakan maklumat yang menjadi asas pada
penilaian terhadap objek yang dipersepsikan.

Persepsi ialah rangsangan ke atas mana-mana deria kita. Kita akan memberi
makna kepada ransangan yang diterima oleh deria kita. Misalnya, kita akan memberi
persepsi kepada apa yang kita lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuh. Persepsi juga dikaitkan
dengan pengalaman kita tentang objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan antara satu
fenomena dengan fenomena lain yang diperolehi dengan menyimpulkan maklumat dan
menafsirkan makna mesej yang diperhatikan. Persepsi akan memberi kesan terhadap
komunikasi antara perseorangan, di mana seseorang akan memberikan tumpuan kepada
perlakuan komunikasi diri orang lain bergantung kepada tahap minat dan keperluannya
kepadanya. (http://www.scribd.com).

Kesimpulan disini penulis dapat mendefinisikan bahawa persepsi itu membawa
maksud suatu pandangan, tanggapan atau bayangan yang telah diterap di dalam fikiran
serta hati seseorang itu melalui pengetahuan serta pengalamannya. Persepsi ini mungkin
boleh berubah atau sebaliknya mengikut kekuatan pengaruh dan maklumat yang sampai
kepada setiap diri individu tersebut.
5

3.0 DEFINISI NON MUSLIM

Al-Maududi (1984:7), Non Muslim bermaksud orang yang bukan Islam yang menerima
kekuasaan Negara Islam tanpa peperangan atau semasa peperangan dengan melalui satu
perjanjian khusus di antara kedua-dua pihak.

Manakala Berhanundin Abdullah (1998:44) memberikan maksud Non Muslim itu
bermaksud orang-orang yang bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan
atau agama selain dari agama Islam juga meliputi beberapa istilah lain yang diterima
pakai bagi mereka yang tidak menerima Islam antaranya al-Kufr, al-Juhud dan al-
Syirik.Menurut Abdullah Zin (1997:77) pula Non Muslim membawa maksud meliputi
golongan yang beragama (selain daripada Islam), tidak beragama dan belum beragama.

Kategori Non Muslim terbahagi kepada beberapa bahagian (Ibrahim che noh (1993:
70-71). Beliau memetik tulisan al-Syiddiqi yang menyatakan Non Muslim seperti
berikut:

i. Ahli zimmi, iaitu golongan yang tunduk kepada pemerintah Islam dan bukan
Islam.
ii. Ahli Muahidin, iaitu golongan yang mementerai perjanjian dengan pemerintahan
Islam dan wajib mematuhi segala perjanjian.
iii. Ahli Muharibun, iaitu golongan yang memerangi Islam.
iv. Ahli Muhadanun, iaitu golongan yang membuat perjanjian untuk menghentikan
permusuhan buat sementara waktu (gencatan senjata).
v. Ahli Muammanun, iaitu golongan yang tidak mengikat perjanjian dan tidak
mempunyai permusuhan juga tidak mengadakan peperangan serta tidak
dihukumnya seperti zimmah.



6

4.0 PERSEPSI NON MUSLIM
4.1 PERSEPSI NON MUSLIM ( DUNIA BARAT)
I. Muslim Sebagai Pengganas (Muslim Is Terrorism)
Orang Islam yang bergelar Muslim telah dilabelkan sebagai Terroris (pengganas)
oleh masyarakat dunia sejak beberapa dekad ini. Peristiwa 11 september 2001 di
Amerika Syarikat mencetuskan lagi kemarahan dan persepsi negatif terhadap
Muslim. Gambaran yang tidak adil ini telah dimainkan oleh media barat yang
menguasai media dunia sekarang. Sedangkan di dalam Islam itu sendiri
menentang keras tingkah laku keganasan seperti itu sesuai dengan firman Allah di
dalam al-Quran:
W-OUg-~4 O) O):Ec *.-
4g~-.- 74^OUg-NC 4
W-4-u> _ ]) -.- OUNC
-g4-u^- ^_
Maksudnya:
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-
orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan
peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
menceroboh.
(Surah al-Baqarah 2: 190)

II. Muslim Ialah Orang Berbangsa Arab
Ada beberapa pihak yang berniat jahat terhadap Islam dengan memfitnah dan
mengelirukan umat Islam dengan menyatakan bahawa sesiapa yang masuk Islam
7

dia umpama telah masuk menjadi bangsa arab. Ada yang menyebut ia sebagai
proses arabisasi.
Sedangkan penduduk Islam dunia adalah sekitar 1.2 bilion. 1 daripada 5
orang di dunia adalah seorang Muslim. Mereka adalah pelbagai kaum, bangsa,
dan budaya dari seluruh dunia yang luas dari Filipina ke Nigeria - mereka bersatu
dengan iman bersama Islam mereka. Hanya kira-kira 18% tinggal di dunia Arab
dan umat Islam terbesar di Indonesia. Kebanyakan umat Islam yang tinggal di
timur Pakistan. 30% daripada orang Islam tinggal di benua kecil India, 20% di
Sub-Sahara Afrika, 17% di Asia Tenggara, 18% di dunia Arab, dan 10% di
Kesatuan Soviet dan China. Turki, Iran dan Afghanistan sehingga 10% daripada
bukan Arab Timur Tengah.
Walaupun terdapat golongan minoriti Islam di hampir setiap kawasan,
termasuk Amerika Latin dan Australia, mereka yang paling banyak di Rusia dan
negara-negara yang baru merdeka, India dan Afrika Tengah. Terdapat kira-kira 6
juta orang Islam di Amerika Syarikat (http://naluripencinta.blogspot.com). Tidak
timbul persepsi bahawa orang Islam adalah bangsa Arab semata-mata.
III. Islam Tersebar Melalui Pedang
Tidak ada dalam catatan sejarah yang mengatakan bahawa orang masuk Islam
kerana dipaksa dengan pedang. Ketika Islam menyebar di Barat melalui Sepanyol,
mereka beramai-ramai memeluk Islam tanpa paksaan. Bandingkan pada saat
Kesultanan Islam di Andalusia jatuh, ratusan ribu Muslim dipaksa menukar diri
mengikuti agama pemenang perang tanpa kompromi, atau mereka akan dibunuh.
IV. Wanita Tidak Mempunyai Hak Di Dalam Islam
Dalam bahagian ini suka di sini penulis membahagikan beberapa katogeri
persepsi negatif tentang hak wanita di dalam Islam seperti di bawah:

8



a) Hijab
Masalah wanita Islam perlu menutup tubuh badan dari hujung rambut
sehingga hujung kaki. Orang barat menganggap ia seperti penjara pakaian
kepada wanita.
b) Poligami
Pihak barat mempersoalkan tentang hak lelaki yang boleh berkahwin lebih
daripada seorang sedangkan wanita tidak dibenarkan.
c) Hak warisan
Mempersoalkan hak wanita yang tidak dapat mewarisi harta sama rata dengan
lelaki dan dinggap tidak adil dan menindas.
d) Hak penceraian
Pihak Non Muslim dari barat mempertikai hak lelaki di dalam Islam yang
boleh menceraikan isteri sedangkan wanita tidak mendapat hak tersebut.
e) Wanita sebagai pemimpin
Orang barat mengangap didalam Islam wanita tidak diberi kuasa untuk
menjadi pemimpin atau ketua didalam sesebuah pentadbiran Negara.
V. Muslim Kejam Di Dalam Peperangan
Jelas di dalam Islam telah menggariskan beberapa peraturan semasa peperangan:
a) Tidak boleh berkhianat
b) Tidak boleh menyimpang dari jalan yang benar
9

c) Tidak boleh memutilasi tubuh jenazah musuh
d) Tidak boleh membunuh anak-anak
e) Tidak boleh membunuh wanita
f) Tidak boleh membunuh laki-laki lanjut usia
g) Tidak boleh menebang dan membakar pepohonan
h) Tidak boleh menghancurkan bangunan
i) Tidak boleh menghancurkan ladang pertanian musuh terkecuali bila
digunakan untuk makanan prajurit
j) Tidak boleh mengganggu orang-orang yang mengabdikan diri pada biara atau
kuil (biarawan)

VI. Muhammad Pedofilia
Maksud Pedofilia ialah:
Low self esteem. Many pedophiles, although by no means all, do not have a
great sense of capacity for adopting a sexual demeanor towards adults or those of
their own age or older. They feel unhappy and fearful at the prospect of sexual
behaviour with adults and hence turn to children due to the fact that they are
unable to have the strength of personality to seek adults for sexual demeanor.
When considering treatment therefore it is important to establish and develop a
higher sense of self-esteem in such individuals.(http://abibakarblog.com).
Rendah diri. Pada umumnya penderita Pedofilia, meskipun tidak semuanya, tidak
mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan orang dewasa
atau yang seusia dengan dia atau lebih tua. Mereka merasa tidak bahagia dan takut
akan hubungan seksual dengan orang dewasa, oleh kerana itu mereka
mengarahkannya kepada anak-anak. Disebabkan mereka tidak mempunyai
kepribadian yang kuat untuk melakukannya dengan orang dewasa. Maka mereka
memerlukan rawatan yang dapat membantu mereka untuk menimbulkan rasa
percaya kepada diri sendiri.
10

Keadaan di atas sama sekali tidak boleh dihubungkan dengan nabi
Muhammad S.A.W. Baginda bukanlah seorang yang rendah diri. Semasa
hidupnya beliau mempunyai ribuan pengikut, mustahil seorang yang rendah diri
mempunyai pengikut yang ramai dan berpengaruh. seterusnya nabi Muhammad
S.A.W tidak mempunyai rasa takut untuk melakukan hubungan seks dengan
wanita dewasa, contohnya ialah dengan Siti Khadidjah R.A, isteri pertama beliau
yang usianya 15 tahun lebih tua dari nabi.
VII. Islam Tidak Toleransi Dengan Agama Lain
Tidak toleransi disini lebih menyatakan bahawa umat Islam tidak menghormati
agama lain. Tanggapan negatif ini telah dibawa oleh media barat serta sikap
melampau oleh umat Islam itu sendiri. Pada hakikatnya Islam menghormati dan
memberikan kebebasan dalam beragama kepada Non Muslim seperti firmannya
didalam (surah al-Mumtahanah 60:8):
Maksudnya:
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-
orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

VIII. Kanak-Kanak Tidak Mempunyai Hak Di Dalam Islam
Anak-anak, berdasarkan hukum Islam, punya beberapa hak bervariasi. Salah
satunya adalah hak dilindungi, diasuh dan mendapat pendidikan. Islam sangat
menganjurkan untuk mendidik anak-anak dengan baik kerana merupakan
kewajiban orang tua untuk membesarkan anak-anak mereka menjadi orang yang
bermoral dan berahklak mulia.
11

Anak-anak pun harus diperlakukan secara adil. Ketika hendak
memberikan sebuah hadiah atau nafkah, nilainya harus sama rata tidak boleh
berbeza antara satu anak dengan anak lainnya dan tidak boleh ada yang istimewa
daripada yang lainnya.
Islam juga memberi hak kepada anak-anak untuk memperoleh sebahagian
warisan atau kekayaan orang ibubapanya dalam rangka untuk menjalani hidup
mereka sendiri apabila ibubapa mereka sudah tiada.
Islam juga melarang dari memukul anak kecil khususnya dibahgian mukanya dan
melarang untuk memukul dengan benda yang lebih besar dari sebuah pensil.
Di dalam seminar yang bertajuk Towards A Positive World View Of Islam, prof.
Osman Bakar dari Universiti Malaya telah membahagikan beberapa persepsi orang Amerika
(Barat) terhadap Islam di dalam kertas kerjanya yang bertajuk An American Perception :
i. Muslim are mainly Arabs, and Islam is the exclusive religion of the MIDDLE
EAST.
ii. Islam is abscurantist (tidak jelas), primitive , and uncivilized (tidak bertamadun).
iii. Islam is religion of fanaticism, fatalism, and polygamy.
iv. Modernity is the product of the west and the Islamic world cannot be truly
modern until Islam is radically reformed.
v. Islam is oppressive (menindas) against woman and minorities
vi. Islam is incompatible (bertentangan) with human rihts, pluralism, and political
tolenrance.
vii. Islam is a religion which is militantly (suka berperang) anti-western, espouses
violence, and is very much inclined (cenderong) to wars.
4.2 PERSEPSI NON MUSLIM (DI MALAYSIA)
12

Penulis lebih cenderung memetik kerangka penting perbentangan Kertas Kerja
Konvensyen Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam Di Malaysia yang telah
dibuat oleh haji mahamad nasir bin disa dibawah tajuk 10 Tanggapan Mengenai Islam
di Malaysia.
a) Islam sekadar agama rasmi
Islam Is The Religion Of Federation perkara 3(1) perlembagaan persekutuan telah
disalah tafsirkan perkataan Federation Persekutuan kepada perkataan Rasmi.
b) Malaysia Negara Sekular
Sebahagian pihak yang menyokong fahaman sekular menerangkan bahawa Malaysia
adalah Negara sekular dan Islam hanya sebagai agama rasmi.
c) Kedudukan Islam lebih rendah dari perlembagaan
Perkara 3(1) Islam sebagai agama persekutuan, perkara 4(1) ketinggian
perlembagaan. Maka perkara 3(1) lebih utama.
d) Hak kesamarataan agama- Equality Of Religion
e) Legasi penjajah yang bercanggah dengan Islam dianggap sistem konvensional
manakala sistem Islam hanya alternatif.
f) Memperjuangkan Islam dianggap cenderung kepada pembangkang
g) Islam tanggunjawab negeri
h) Pihak berkuasa agama negeri berada di bawah kekuasaan agama negeri
i) Sejarah Islam Negara bermula pada 1957
j) Berpolitik secara Islam (jangan mempolitikkan Islam)
Penulis cuba mengeluarkan beberapa pendapat popular seperti di dalam Jurnal Hadhari Bil 2
yang bertajuk (Penerimaan Bukan Islam dan Proses Islamisasi Di Malaysia 2009)
13

menghuraikan beberapa perkara mengenai persepsi Non Muslim terhadap Islam di Malaysia iaitu
diantaranya:
a) Pihak Non Muslim di Malaysia majoritinya Cina dan India berasa terancam dengan
proses Islamisasi di Malaysia.
b) Mereka (Non Muslim) juga tidak menerima Malaysia sebagai Negara Islam hanya kerana
penduduk Islam 60 peratus dan penduduk bukan Islam sebanyak 40 peratus. Mereka
lebih cenderung menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular dan Islam hanya
sebagai agama rasmi. Pendapat ini diutarakan oleh salah seorang dari ahli parlimen iaitu
Lim Kit Siang.
c) Menurut Thock Ker Pong di dalam tulisannya Hala Tuju Politik Masyarakat Cina
Malaysia Kontemporari Politik Desakan Vs Politik Kompromi menjelaskan bahawa
Islam dilihat sebagai agama Orang Melayu dan bagi memperkukuhkan fahaman Politik
orang melayu maka Islam adalah sebagai manifestasi yang utama dalam perjuangan
mereka. Di dalam kertas kerja yang ditulis oleh (Ab. Aziz b. Mohd Zin 2000) Potensi
Dakwah Kepada Masyarakat Bukan Islam Di Universiti Malaya menyatakan bahawa
anggapan dari kalangan masyarakat Non Muslim terutama sekali dari kalangan orang
Cina, bahawa seseorang yang memeluk Islam adalah masuk Melayu yang sekaligus
bererti kejatuhan taraf atau status mereka .
d) Seterusnya dakwaan yang dikemukakan oleh Augustine, oleh kerana Malaysia
didominasi oleh Islam maka ada unsur menyekat Orang Melayu berfikiran lebih Liberal
dan terbuka dalam membincangkan soal agama secara lebih matang. Mereka mendakwa
bahawa mereka mengkaji semua agama dan sudi duduk semeja untuk berbincang
sedangkan orang Islam tidak mahu berbincang kerana mengangap Islam tidak boleh
disamaratakan dengan agama yang lain.
Seterusnya penulis ingin menjelaskan beberapa isi penting berkaitan dengan isu-isu yang
berkaitan dengan proses Islamisasi di Malaysia.
a) Kebebasan beragama
14

b) Negara Islam
c) Kesesuaian dengan nilai-nilai sejagat
d) Keuntungan menifestasi Politik bagi orang melayu
e) Bidang kuasa mahkamah syariah
f) Islamisasi mempopularisasikan orang Islam dan bukan Islam

5.0 MENGURUS PERSEPSI NON MUSLIM
Dalam bahagian ini penulis ingin menghuraikan beberapa langkah serta pandangan di boleh
dijadikan panduan bagaimana mengurus persepsi Non Muslim terhadap Muslim dan Islam
supaya persepsi mereka (Non Muslim) dapat diubah kepada positif seterusnya dapat
menyampaikan dakwah Islam dengan lebih jelas dan mudah kepada mereka.
5.1 PENDAKWAH
i. Menjadi Pendakwah Yang intelektual (Di Zaman Moden)
a) Berkemahiran Dalam Ilmu Teknologi (Komunikasi Media)
Sebagai pendakwah haruslah mempunyai keluasan ilmu pengetuan yang tinggi
berkaitan dengan Islam. Namun sesuai dengan keadaan zaman globalisasi ini juga
maka kecenderungan untuk menguasai ilmu teknologi maklumat juga harus diberi
perhatian. sebenarnya usaha ini memerlukan mereka yang berkebolehan dalam bidang
I.T dan multimedia dan juga para cerdik pandai Islam. Jesteru itu barulah hasil yang
dikeluarkan dapat membantu perkembangan dakwah melalui medium tersebut.
Sebaliknya amatlah menyedihkan, jika peluang ini akan diisi dengan aktiviti yang
membantutkan dan melumpuhkan lagi seruan dakwah kepada non-Muslim
(Shahrulanuar 2002).
Penulis berminat dengan kenyataan yang diberikan oleh (H.A Yakub
Matondang, 1995: 180) yang menyatakan bahawa para daei adalah sebagai agen
15

sosialisasi nilai-nilai Islam perlulah memiliki kesedaran imformasi, keakraban dengan
teknologi serta memiliki kemampuan menerima, menyimpan, mengolah dan
menyampaikan imformasi secara benar dan tepat.


b) Mengkaji Budaya Masyarakat Non Muslim (Komunikasi Bahasa dan Budaya)
Sebagai memenuhi keperluan berdakwah, mengkaji budaya Non Muslim adalah satu
keperluan para pendakwah, malah Allah S.W.T telah menjadikan manusia di atas
muka bumi ini agar saling berkenal-kenalan antara satu sama lain seperti mana yang
telah ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam firman-nya surah al-Hujurat ayat 13
(Ahmad Redzuan Yunus & Badlihisham Mohd. Nasir, 2001:1).
c) Ketajaman Pemikiran (Ilmu) Dalam Menghadapi Serangan Musuh (Komunikasi
Perdebatan dan Dialog)
Ketajaman pemikiran yang dimaksudkan oleh penulis di sini menjelaskan bahawa
setiap pendakwah sewajibnya mempertajamkan pemikiran dengan penguasaan
pelbagai ilmu seperti Ilmu Sains, Sejarah dan Politik yang menjadi tuntutan pada
zaman moden ini. Contohnya di dalam bidang Politik para pendakwah seharusnya
lebih bijak dalam menyusun dan menangkis serangan serta hujah pihak lawan bagi
memelihara dan menzahirkan kebenaran Islam.
ii. Pendakwah Yang Berakhlak
Qudwah Hasanah perkataan yang selalu bermain dibibir para pendakwah. Namun hanya
sedikit para pendakwah yang dapat merealisasikan keadaan berikut. Ini kerana pendakwah itu
sendiri tidak dapat melawan arus fahaman liberal dan terjerumus ke dalam keadaan tersebut.
Maka selagi masalah itu tidak diatasi maka usaha untuk mengubah persepsi negatif terhadap
Islam tidak akan kesampaian. Penulis menggariskan beberapa cadangan cara pendakwah
mempraktikkan sifat Qudwah Hasanah ini.
16

a) Pendakwah yang Menjaga Maruah Diri dan Agama
Maruah yang dimaksudkan di sini ialah pendakwah tidak melakukan perkara yang
dilarang dan melaksanakan perkara yang diseru. Seperti firman Allah di dalam surah al-
Shaff ayat 2 dan 3:
Og^4C 4g~-.- W-ONL4`-47
=g ]O7O> 4` 4pOUE^> ^g
4ON ^4` E4gN *.- p
W-O7O> 4` ]OUE^> ^@
Maksudnnya: Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa
yang kamu tidak melakukannya!. amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Ini dinamakan sifat hipokrit sebahagian daripada umat Islam yang sentiasa
memutar belitkan hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran (Ab. Aziz b. Mohd
Zin 2000:8).
b) Mempunyai Jati Diri Sebagai Pendakwah
Istilah jati diri pendakwah yang boleh dimaksudkan juga di sini sebagai keteguhan hati
pendakwah dalam melaksanakan dakwah Islam itu sendiri. Jangan mudah berputus asa
dan tidak mengharapkan sasaran dakwah terus menerima dakwah kita. Konsep hidayah
dari Allah perlu difahami dengan baik.
iii. Pendakwah yang cergas dan sihat
a) Penulis menambah di sini berkenaan dengan kesihatan dan kecergasan para pendakwah
adalah penting bagi melancarkan proses perjalanan dakwah. Jika pendakwah kurang
kemampuan untuk melaksanakan misi dakwah maka kegiatan dakwah out tidak
mempunyai kekuatan yang teguh untuk bergerak.
5.2 SASARAN DAKWAH
17

Sasaran dakwah atau Madu adalah intipati di dalam dakwah Islamiah itu sendiri. Oleh itu,
kepelbagaian latarbelakang sasaran dakwah seperti bangsa, agama dan aliran pendidikan
yang diterima semasa sekolah adalah merupakan perkara-perkara asas yang perlu diketahui
oleh para pendakwah (Shahrulanuar 2001:102). Penulis membahagikan sasaran dakwah
kepada Non Muslim kepada beberapa katogeri iaitu:
a) Golongan Non Muslim (Cendiakawan)
Iaitu golongan Non Muslim yang mengkaji tentang Islam dan faham akan agama Islam
namun tidak mendapat hidayah Allah. Golongan ini selalunya terbahagi kepada dua iaitu
positif kepada Islam dan negatif kepada Islam. Golongan yang negatif terhadap Islam
seperti Orientalisme, Sekularisme, Liberalisme dan lain-lain adalah golongan yang harus
diberi perhatian. Untuk menghadapi golongan ini mestilah berbicara dengan bijak
melalui fakta, dalil dan hujjah yang dapat diterima oleh mereka dan tidak boleh dipertikai
oleh mereka lagi. Manakala golongan positif mungkin juga kita boleh dapati mereka di
kampus universiti Sebagaimana yang kita ketahui golongan Non Muslim di kampus
terdiri daripada golongan intelektual dan cendikiawan yang berpengaruh di kalangan
bangsa mereka (Ab. Aziz b. Mohd Zin 2000:5).
Golongan Non Muslim (Pertengahan)
Golongan ini selalunya terbahagi kepada dua golongan. Iaitu golongan yang mengenali
Islam dengan persepsi positif dan golongan mengenali Islam dengan persepsi negatif.
Maka golongan inilah yang menjadi tumpuan masalah dalam isu dakwah dunia masa
kini. Maka penulis mencadangkan bahawa mengurus sasaran jenis ini seharusya
menggunakan kemahiran berkomunikasi secara hikmah iaitu berkomunikasi dengan cara
yang mudah difahami dan sesuai dengan akal mereka. Seperti sabda rasulullah S.A.W
yang bermaksud:
Engkau tidak akan berbicara kepada sesuatu kaum, suatu bicara yang tidak dapat
difahami oleh akal fikiran mereka, melainkan dia akan menjadi suatu fitnah sesama
mereka.
(Riwayat Muslim)
18



b) Golongan Non Muslim (Awam)
Golongan ini selalunya terbahagi kepada beberapa golongan. Iaitu golongan yang tidak
tahu tentang Islam tetapi tidak mempunyai persepsi negatif terhadap Islam. Kedua
golongan yang tidak mengenali Islam tetapi cenderung kepada negatif terhadap Islam.
dan golongan yang ketiga tidak mengetahui Islam dan tidak mengambil peduli tentang
Islam (Jahil). Maka golongan ini sebenarnya mudah menerima dan menolak Islam seperti
orang asli dinegara Malaysia.

5.3 PRAKTIKAL DAKWAH YANG MANTAP
a) Kebangkitan Umat Islam (Membentuk Negara Islam)
Revolusi Mesir telah membuka mata dunia Islam dalam proses kebangkitan umat Islam
yang tidak harus berdiam diri terhadap penindasan yang dilakukan oleh pihak yang tidak
bertanggunjawab. Maka penubuhan Negara Islam yang hakiki adalah elemen paling
penting dan jelas dalam menyebarkan serua Islam dengan lebih sempurna. Maka di
Negara Malaysia juga kerajaan dan umat Islam seluruhnya mestilah berusaha
memperjuangkan pembentukan Negara Islam yang jelas (hakiki). Ini boleh ditakrifkan
sebagai strategi dakwah dalam Politik.
b) Sistem Pendidikan Islam Yang Mantap
Maksud sistem yang mantap disini ialah penulis merasakan penerapan di dalam beberapa
bidang moden yang sesuai dijalinkan dengan ilmu Islam. Maksudnya umat Islam pada
zaman moden ini seharusnya diterapkan budaya bagaimana mengaplikasikan ilmu Islam
dan ilmu kemahiran dunia supaya ia boleh digunakan dalam peningkatan penemuan ilmu
moden berasaskan kajian Islam.
c) Pembangunan Institusi Islam
19

Kewujudan masjid di Negara ini dari segi kuantitinya boleh dibanggakan. Mengikut
kajian yang dikeluarkan oleh sistem maklumat Islam, bahagian hal ehwal Islam, jabatan
perdana menteri pada tahun 1993, terdapat sebanyak 10963 buah masjid dan surau di
seluruh Malaysia. Namun dari sudut kuantitinya perjalanan dan fungsi masjid sebagai
institusi pembangunan masyarakat Islam masih memerlukan pembaikan dan peningkatan
dalam semua aspek. Ini kerana masjid kelihatan hanya lebih menumpukan kepada
perlaksanaan ibadat ritual semata-mata (bukan semua) (Abdul Ghafar Hi. Don dan
Kamaruzzaman Yusof 1999:47)
d) Meluaskan Intraksi Sosial
Intraksi sosial seperti penulisan Blog, Facebook, Twitter, Youtube dan banyak lagi
dilaman sosial internet seharusnya digunakan oleh para pendakwah dalam meluaskan
seruan dakwah dengan lebih mantap.
e) Memperkaya Bahan Bacaan Ilmiah Islam
Para cendiakawan Islam mestilah cuba memperbanyakkan penulisan ilmiah yang sesuai
dan senang menjadi rujukan kepada semua peringkat umat Islam. Ini bagi menjadikan
umat Islam lebih berpengatahuan dan tidak akan ditipu atau diserap oleh fahaman yang
akan menyesatkan.

f) Pertubuhan Saudara Baru Yang Berfungsi
Istilah berfungsi di sini sebenarnya penulis mengharapkan supaya pertubuhan saudara
baru diperkemaskan perjalanannya yang sepatutnya menjaga dan melindungi saudar baru
Islam dengan baik supaya kepercayaan dan keteguhan iman terhadap Islam dapat
dikekalkan.
g) Kekal Budaya yang Tidak Bercanggah
20

Maksudnya ialah jika ada budaya Non Muslim yang tidak bercanggah dengan syarak
haruslah dikekalkan supaya tiada istilah masuk Islam bererti masuk Melayu atau pun
masuk Islam beerti masuk Arab.

6.0 PENUTUP
Persepsi negatif yang berterusan dari pihak Non Muslim akan menyebabkan seruan Islam
itu tersekat dan urusan dakwah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jika keadaan
ini berterusan umat Islam akan mendapat lebih banyak kesusahan dalam menghadapi
cabaran globalisasi yang tidak berpihak kepada Islam. Bukan sahaja susah untuk
menyebarkan dakwah bahkan jiwa umat Islam juga akan terancam kerana Islam dianggap
mengancam keselamatan dunia. Begitulah peranan media yang dikuasai oleh pihak
yahudi.
Maka kesedaran dan kelemahan umat Islam perlu diatasi seperti pemahaman umat
Islam yang melampau terhadap konsep Al-Wara Wal Bara. Kerja-kerja mengubah
persepsi negatif ini perlu dipertingkatkan dengan lebih meluas dan menyeluruh. Jangan
biarkan persepsi yang salah ini terus mengelirukan pihak Non Muslim di dunia ini.
Di dalam konteks Negara Malaysia pula umat Islam haruslah bersatu padu dalam
mempertahankan kedaulatan agama Islam. Gunakan kelebihan Negara yang
bermasyarakat majmuk untuk menyebarkan Islam dengan lebih baik.






21




7.0 RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim
Kamus dewan. 1991. Cet: kedua (ed. Baru). Kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka.
Cambridge international dictionary of English. 1977. London: Cambridge university
press.
Forgus, H.R. 1966. Perception. Mc. Grow Hill: new york.
Al-maududi, Abu Ala, 1984. Hak-hak rakyat bukan Islam dalam Negara Islam. Terj.
Kamaruddin Abd. Rahman. Kuala lumpur. Agensi media Islam.
Berhanundin Abdullah. 1998. Dakwah keluar kepada masyarakat Non Muslim. Dalam
dakwah kepada Non Muslim diMalaysia, konsep, metode dan pengalaman. Hlm.
44. Bangi. Penerbit university kebangsaan Malaysia.
Ahmad Redzuan mohd yunus & Badlihisham Mohd. Nasir. 2001. Kajian budaya Non-
Muslim dalam pengajian Islam: peranan jabatan pengajian dakwah dan kepimpinan.
Kertas kerja seminar Islam di pusat-pusat pengajian tinggi Asean ke-3, UKM, 5 7
November 2001.
Shahrulanuar bin Mohamed 2002. Persepsi Non Muslim terhadap agama dan umat Islam
di universiti multimedia, Melaka. Fakulti pengajian Islam universit kebangsaan
Malaysia bangi.
Abdul Ghafar Hj. Don & Kamaruzzaman Yusof. 1999. Peranan Masjid dalam
kebangkitan gerakan siasah Islam. Dlm. Zulkiple Abd. Ghani & Ahmad Redzuan
Mohd Yunus (pnyt.) kepimpinan dakwah dan Politik Islam, hlm.47. Bangi: Jabatan
pengajian Dakwah dan Kepimpinan.
22

Ab. Aziz b. Mohd Zin 2000. Potensi Dakwah Kepada Masyarakat Bukan Islam Di
Universiti Malaya: Metodologi Dakwah Yang Perlu Diketengahkan. Projek Pustaka
Alaf Azhari Manhal PMRAM.
Towards a positive world view of Islam. Seminar On Islam and World View: an
American perception (1993: kuala lumpur) working papers. Osman bakar. Um kl.
H.A Yakub Matondang, 1995. Problem dakwah pada era globalisasi. Dlm. Prosiding
seminar Islam dan tantangannya menghadapi abad ke 21. Hlm. 180. Fakulti
pengajian Islam UKM & Universiti sumatera medan Indonesia.
Mahamad Nasir disa 2011. 10 Tanggapan Mengenai Islam di Malaysia. Kertas Kerja
Konvensyen Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam Di Malaysia.
Anjuran IKIM dan MAIS
Abdull Rahman Mahmood, Kamaruddin Saleh, Ahmad Sunawari Long, Faudzinaim
Badaruddin. 2009. Penerimaan Bukan Islam Terhadap Proses Islamisasi di
Malaysia Jurnal Hadhari Bil 2
http://naluripencinta.blogspot.com/2011/10/Islam-dan-10-salah-faham-terhadap-
Islam.html
http://abibakarblog.com/polemik/apakah-nabi-muhammad-seorang-Pedofilia/

Anda mungkin juga menyukai