Anda di halaman 1dari 22

MENGURUS PERSEPSI NON MUSLIM

Disediakan Oleh:
P 60395 MOHD EFENDI BIN ABUTIAR

Pensyarah:
MUHAMAD FAISAL ASHAARI

JABATAN PENGAJIAN DAKWAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


1

KANDUNGAN Halaman
1.0 2.0 3.0 4.0

PENDAHULUAN DEFINISI PERSEPSI DEFINISI NON MUSLIM PERSEPSI NON MUSLIM 4.1 4.2 Persepsi Non Muslim (Dunia Barat) Persepsi Non Muslim ( Di Malaysia)

1 2 3 4 4 9 11 12 14 16 18 19

5.0

MENGURUS PERSEPSI NON MUSLIM 5.1 5.2 5.3 Pendakwah Sasaran dakwah Praktikal dakwah yang mantap

6.0 7.0

PENUTUP RUJUKAN

1.0

PENDAHULUAN Islam dan Muslim adalah dua istilah yang berbeza. Muslim secara umumnya membawa maksud orang menganut Agama Islam manakala Islam ialah suatu pegangan dan cara hidup yang menjadi panduan hidup seluruh umat. Maka jika Muslim yang melakukan kesilapan adakah patutkah Islam itu dipersalahkan. Begitu juga jika dibandingkan dengan agama Kristian. Jika penganutnya melakukan apa yang bercanggah dengan ajaran Kristian adakah ajaran agama itu dipersalahkan. Namun perbandingan diatas bukanlah menyatakan bahawa Islam dan kristian itu adalah ajaran yang sama. Ini kerana penyelewengan oleh ajaran kristian itu sendiri telah membezakannya dengan Islam. Sesuai dengan firman Allah di dalam surah (Ali-imran 3:19):

Maksudnya:

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Maka dalam melaksanakan dakwah Islam untuk mengubah persepsi negatif Non Muslim terhadap Islam bukanlah suatu perkara mudah. Ini kerana peranan musuh Islam yang agak kuat dan lebih menguasai dunia dalam menyampaikan dakyah mereka pada zaman ini. Seterusnya keadaan ini dibantu oleh kelemahan umat Islam sendiri yang bergelar Muslim itu sendiri. Namun diharapkan dengan kebangkitan umat Islam sejak kebelakangan ini (kebangkitan di mesir) dapat membersihkan semula imej Islam dimata dunia dan seterusnya segala kerja Dakwah Islamiah itu dapat dijalankan sempurna. dengan lancar dan

2.0

DEFINISI PERSEPSI

Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1991:954) persepsi membawa maksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera) ataupun tanggapan.

Di dalam Kamus Mujam Al-Lughat (T.th:956) mendefinisikan persepsi sebagai keupayaan untuk memahami sesuatu. Manakala Kamus Cambrige International Off English (1977:1047) (Perception) itu bermaksud iaitu (Belief) kepercayaan dan (Sight) sudut pandangan.

Menurut Forgus (1966:20) persepsi membawa maksud proses information extraction dimana apa yang diamati itu merupakan maklumat yang menjadi asas pada penilaian terhadap objek yang dipersepsikan.

Persepsi ialah rangsangan ke atas mana-mana deria kita. Kita akan memberi makna kepada ransangan yang diterima oleh deria kita. Misalnya, kita akan memberi persepsi kepada apa yang kita lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuh. Persepsi juga dikaitkan dengan pengalaman kita tentang objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan antara satu fenomena dengan fenomena lain yang diperolehi dengan menyimpulkan maklumat dan menafsirkan makna mesej yang diperhatikan. Persepsi akan memberi kesan terhadap komunikasi antara perseorangan, di mana seseorang akan memberikan tumpuan kepada perlakuan komunikasi diri orang lain bergantung kepada tahap minat dan keperluannya kepadanya. (http://www.scribd.com).

Kesimpulan disini penulis dapat mendefinisikan bahawa persepsi itu membawa maksud suatu pandangan, tanggapan atau bayangan yang telah diterap di dalam fikiran serta hati seseorang itu melalui pengetahuan serta pengalamannya. Persepsi ini mungkin boleh berubah atau sebaliknya mengikut kekuatan pengaruh dan maklumat yang sampai kepada setiap diri individu tersebut.
3.0

DEFINISI NON MUSLIM

Al-Maududi (1984:7), Non Muslim bermaksud orang yang bukan Islam yang menerima kekuasaan Negara Islam tanpa peperangan atau semasa peperangan dengan melalui satu perjanjian khusus di antara kedua-dua pihak.

Manakala Berhanundin Abdullah (1998:44) memberikan maksud Non Muslim itu bermaksud orang-orang yang bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam juga meliputi beberapa istilah lain yang diterima pakai bagi mereka yang tidak menerima Islam antaranya al-Kufr, al-Juhud dan alSyirik.Menurut Abdullah Zin (1997:77) pula Non Muslim membawa maksud meliputi golongan yang beragama (selain daripada Islam), tidak beragama dan belum beragama.

Kategori Non Muslim terbahagi kepada beberapa bahagian (Ibrahim che noh (1993: 70-71). Beliau memetik tulisan al-Syiddiqi yang menyatakan Non Muslim seperti berikut:

i.

Ahli zimmi, iaitu golongan yang tunduk kepada pemerintah Islam dan bukan Islam.

ii.

Ahli Muahidin, iaitu golongan yang mementerai perjanjian dengan pemerintahan Islam dan wajib mematuhi segala perjanjian.
5

iii. iv.

Ahli Muharibun, iaitu golongan yang memerangi Islam. Ahli Muhadanun, iaitu golongan yang membuat perjanjian untuk menghentikan permusuhan buat sementara waktu (gencatan senjata).

v.

Ahli Muammanun, iaitu golongan yang tidak mengikat perjanjian dan tidak mempunyai permusuhan juga tidak mengadakan peperangan serta tidak dihukumnya seperti zimmah.

4.0 PERSEPSI NON MUSLIM

4.1
I.

PERSEPSI NON MUSLIM ( DUNIA BARAT) Muslim Sebagai Pengganas (Muslim Is Terrorism) Orang Islam yang bergelar Muslim telah dilabelkan sebagai Terroris (pengganas) oleh masyarakat dunia sejak beberapa dekad ini. Peristiwa 11 september 2001 di Amerika Syarikat mencetuskan lagi kemarahan dan persepsi negatif terhadap Muslim. Gambaran yang tidak adil ini telah dimainkan oleh media barat yang menguasai media dunia sekarang. Sedangkan di dalam Islam itu sendiri menentang keras tingkah laku keganasan seperti itu sesuai dengan firman Allah di dalam al-Quran:


Maksudnya: Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orangorang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan
6

peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Surah al-Baqarah 2: 190)

II.

Muslim Ialah Orang Berbangsa Arab Ada beberapa pihak yang berniat jahat terhadap Islam dengan memfitnah dan mengelirukan umat Islam dengan menyatakan bahawa sesiapa yang masuk Islam dia umpama telah masuk menjadi bangsa arab. Ada yang menyebut ia sebagai proses arabisasi. Sedangkan penduduk Islam dunia adalah sekitar 1.2 bilion. 1 daripada 5 orang di dunia adalah seorang Muslim. Mereka adalah pelbagai kaum, bangsa, dan budaya dari seluruh dunia yang luas dari Filipina ke Nigeria - mereka bersatu dengan iman bersama Islam mereka. Hanya kira-kira 18% tinggal di dunia Arab dan umat Islam terbesar di Indonesia. Kebanyakan umat Islam yang tinggal di timur Pakistan. 30% daripada orang Islam tinggal di benua kecil India, 20% di Sub-Sahara Afrika, 17% di Asia Tenggara, 18% di dunia Arab, dan 10% di Kesatuan Soviet dan China. Turki, Iran dan Afghanistan sehingga 10% daripada bukan Arab Timur Tengah. Walaupun terdapat golongan minoriti Islam di hampir setiap kawasan, termasuk Amerika Latin dan Australia, mereka yang paling banyak di Rusia dan negara-negara yang baru merdeka, India dan Afrika Tengah. Terdapat kira-kira 6 juta orang Islam di Amerika Syarikat (http://naluripencinta.blogspot.com). Tidak timbul persepsi bahawa orang Islam adalah bangsa Arab semata-mata.

III.

Islam Tersebar Melalui Pedang Tidak ada dalam catatan sejarah yang mengatakan bahawa orang masuk Islam kerana dipaksa dengan pedang. Ketika Islam menyebar di Barat melalui Sepanyol, mereka beramai-ramai memeluk Islam tanpa paksaan. Bandingkan pada saat
7

Kesultanan Islam di Andalusia jatuh, ratusan ribu Muslim dipaksa menukar diri mengikuti agama pemenang perang tanpa kompromi, atau mereka akan dibunuh.
IV.

Wanita Tidak Mempunyai Hak Di Dalam Islam Dalam bahagian ini suka di sini penulis membahagikan beberapa katogeri persepsi negatif tentang hak wanita di dalam Islam seperti di bawah:

a) Hijab Masalah wanita Islam perlu menutup tubuh badan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Orang barat menganggap ia seperti penjara pakaian kepada wanita. b) Poligami Pihak barat mempersoalkan tentang hak lelaki yang boleh berkahwin lebih daripada seorang sedangkan wanita tidak dibenarkan. c) Hak warisan Mempersoalkan hak wanita yang tidak dapat mewarisi harta sama rata dengan lelaki dan dinggap tidak adil dan menindas. d) Hak penceraian Pihak Non Muslim dari barat mempertikai hak lelaki di dalam Islam yang boleh menceraikan isteri sedangkan wanita tidak mendapat hak tersebut. e) Wanita sebagai pemimpin

Orang barat mengangap didalam Islam wanita tidak diberi kuasa untuk menjadi pemimpin atau ketua didalam sesebuah pentadbiran Negara.
V.

Muslim Kejam Di Dalam Peperangan Jelas di dalam Islam telah menggariskan beberapa peraturan semasa peperangan:

a) Tidak boleh berkhianat b) Tidak boleh menyimpang dari jalan yang benar c) Tidak boleh memutilasi tubuh jenazah musuh d) Tidak boleh membunuh anak-anak e) Tidak boleh membunuh wanita f) Tidak boleh membunuh laki-laki lanjut usia g) Tidak boleh menebang dan membakar pepohonan h) Tidak boleh menghancurkan bangunan i) Tidak boleh menghancurkan ladang pertanian musuh terkecuali bila
digunakan untuk makanan prajurit

j) Tidak boleh mengganggu orang-orang yang mengabdikan diri pada biara atau
kuil (biarawan) VI. Muhammad Pedofilia Maksud Pedofilia ialah: Low self esteem. Many pedophiles, although by no means all, do not have a great sense of capacity for adopting a sexual demeanor towards adults or those of their own age or older. They feel unhappy and fearful at the prospect of sexual behaviour with adults and hence turn to children due to the fact that they are unable to have the strength of personality to seek adults for sexual demeanor. When considering treatment therefore it is important to establish and develop a higher sense of self-esteem in such individuals.(http://abibakarblog.com).
9

Rendah diri. Pada umumnya penderita Pedofilia, meskipun tidak semuanya, tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan orang dewasa atau yang seusia dengan dia atau lebih tua. Mereka merasa tidak bahagia dan takut akan hubungan seksual dengan orang dewasa, oleh kerana itu mereka mengarahkannya kepada anak-anak. Disebabkan mereka tidak mempunyai kepribadian yang kuat untuk melakukannya dengan orang dewasa. Maka mereka memerlukan rawatan yang dapat membantu mereka untuk menimbulkan rasa percaya kepada diri sendiri. Keadaan di atas sama sekali tidak boleh dihubungkan dengan nabi Muhammad S.A.W. Baginda bukanlah seorang yang rendah diri. Semasa hidupnya beliau mempunyai ribuan pengikut, mustahil seorang yang rendah diri mempunyai pengikut yang ramai dan berpengaruh. seterusnya nabi Muhammad S.A.W tidak mempunyai rasa takut untuk melakukan hubungan seks dengan wanita dewasa, contohnya ialah dengan Siti Khadidjah R.A, isteri pertama beliau yang usianya 15 tahun lebih tua dari nabi.
VII.

Islam Tidak Toleransi Dengan Agama Lain Tidak toleransi disini lebih menyatakan bahawa umat Islam tidak menghormati agama lain. Tanggapan negatif ini telah dibawa oleh media barat serta sikap melampau oleh umat Islam itu sendiri. Pada hakikatnya Islam menghormati dan memberikan kebebasan dalam beragama kepada Non Muslim seperti firmannya didalam (surah al-Mumtahanah 60:8): Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orangorang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

10

VIII.

Kanak-Kanak Tidak Mempunyai Hak Di Dalam Islam Anak-anak, berdasarkan hukum Islam, punya beberapa hak bervariasi. Salah satunya adalah hak dilindungi, diasuh dan mendapat pendidikan. Islam sangat menganjurkan untuk mendidik anak-anak dengan baik kerana merupakan kewajiban orang tua untuk membesarkan anak-anak mereka menjadi orang yang bermoral dan berahklak mulia. Anak-anak pun harus diperlakukan secara adil. Ketika hendak

memberikan sebuah hadiah atau nafkah, nilainya harus sama rata tidak boleh berbeza antara satu anak dengan anak lainnya dan tidak boleh ada yang istimewa daripada yang lainnya. Islam juga memberi hak kepada anak-anak untuk memperoleh sebahagian warisan atau kekayaan orang ibubapanya dalam rangka untuk menjalani hidup mereka sendiri apabila ibubapa mereka sudah tiada. Islam juga melarang dari memukul anak kecil khususnya dibahgian mukanya dan melarang untuk memukul dengan benda yang lebih besar dari sebuah pensil. Di dalam seminar yang bertajuk Towards A Positive World View Of Islam, prof. Osman Bakar dari Universiti Malaya telah membahagikan beberapa persepsi orang Amerika (Barat) terhadap Islam di dalam kertas kerjanya yang bertajuk An American Perception :
i.

Muslim are mainly Arabs, and Islam is the exclusive religion of the MIDDLE EAST.

ii. iii. iv.

Islam is abscurantist (tidak jelas), primitive , and uncivilized (tidak bertamadun). Islam is religion of fanaticism, fatalism, and polygamy. Modernity is the product of the west and the Islamic world cannot be truly modern until Islam is radically reformed.

v.

Islam is oppressive (menindas) against woman and minorities


11

vi.

Islam is incompatible (bertentangan) with human rihts, pluralism, and political tolenrance.

vii.

Islam is a religion which is militantly (suka berperang) anti-western, espouses violence, and is very much inclined (cenderong) to wars.

4.2

PERSEPSI NON MUSLIM (DI MALAYSIA) Penulis lebih cenderung memetik kerangka penting perbentangan Kertas Kerja Konvensyen Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam Di Malaysia yang telah dibuat oleh haji mahamad nasir bin disa dibawah tajuk 10 Tanggapan Mengenai Islam di Malaysia.
a) Islam sekadar agama rasmi

Islam Is The Religion Of Federation perkara 3(1) perlembagaan persekutuan telah disalah tafsirkan perkataan Federation Persekutuan kepada perkataan Rasmi.
b) Malaysia Negara Sekular

Sebahagian pihak yang menyokong fahaman sekular menerangkan bahawa Malaysia adalah Negara sekular dan Islam hanya sebagai agama rasmi.
c) Kedudukan Islam lebih rendah dari perlembagaan

Perkara 3(1)

Islam

sebagai agama

persekutuan,

perkara 4(1)

ketinggian

perlembagaan. Maka perkara 3(1) lebih utama.


d) Hak kesamarataan agama- Equality Of Religion e) Legasi penjajah yang bercanggah dengan Islam dianggap sistem konvensional

manakala sistem Islam hanya alternatif.


f) Memperjuangkan Islam dianggap cenderung kepada pembangkang g) Islam tanggunjawab negeri h) Pihak berkuasa agama negeri berada di bawah kekuasaan agama negeri 12

i) Sejarah Islam Negara bermula pada 1957 j) Berpolitik secara Islam (jangan mempolitikkan Islam)

Penulis cuba mengeluarkan beberapa pendapat popular seperti di dalam Jurnal Hadhari Bil 2 yang bertajuk (Penerimaan Bukan Islam dan Proses Islamisasi Di Malaysia 2009) menghuraikan beberapa perkara mengenai persepsi Non Muslim terhadap Islam di Malaysia iaitu diantaranya:
a) Pihak Non Muslim di Malaysia majoritinya Cina dan India berasa terancam dengan

proses Islamisasi di Malaysia.


b) Mereka (Non Muslim) juga tidak menerima Malaysia sebagai Negara Islam hanya kerana

penduduk Islam 60 peratus dan penduduk bukan Islam sebanyak 40 peratus. Mereka lebih cenderung menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular dan Islam hanya sebagai agama rasmi. Pendapat ini diutarakan oleh salah seorang dari ahli parlimen iaitu Lim Kit Siang.
c) Menurut Thock Ker Pong di dalam tulisannya Hala Tuju Politik Masyarakat Cina

Malaysia Kontemporari Politik Desakan Vs Politik Kompromi menjelaskan bahawa Islam dilihat sebagai agama Orang Melayu dan bagi memperkukuhkan fahaman Politik orang melayu maka Islam adalah sebagai manifestasi yang utama dalam perjuangan mereka. Di dalam kertas kerja yang ditulis oleh (Ab. Aziz b. Mohd Zin 2000) Potensi Dakwah Kepada Masyarakat Bukan Islam Di Universiti Malaya menyatakan bahawa anggapan dari kalangan masyarakat Non Muslim terutama sekali dari kalangan orang Cina, bahawa seseorang yang memeluk Islam adalah masuk Melayu yang sekaligus bererti kejatuhan taraf atau status mereka .
d) Seterusnya dakwaan yang dikemukakan oleh Augustine, oleh kerana Malaysia

didominasi oleh Islam maka ada unsur menyekat Orang Melayu berfikiran lebih Liberal dan terbuka dalam membincangkan soal agama secara lebih matang. Mereka mendakwa bahawa mereka mengkaji semua agama dan sudi duduk semeja untuk berbincang sedangkan orang Islam tidak mahu berbincang kerana mengangap Islam tidak boleh disamaratakan dengan agama yang lain.
13

Seterusnya penulis ingin menjelaskan beberapa isi penting berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan proses Islamisasi di Malaysia. a) Kebebasan beragama
b) Negara Islam

c) Kesesuaian dengan nilai-nilai sejagat


d) Keuntungan menifestasi Politik bagi orang melayu

e) Bidang kuasa mahkamah syariah


f) Islamisasi mempopularisasikan orang Islam dan bukan Islam

5.0 MENGURUS PERSEPSI NON MUSLIM

Dalam bahagian ini penulis ingin menghuraikan beberapa langkah serta pandangan di boleh dijadikan panduan bagaimana mengurus persepsi Non Muslim terhadap Muslim dan Islam supaya persepsi mereka (Non Muslim) dapat diubah kepada positif seterusnya dapat menyampaikan dakwah Islam dengan lebih jelas dan mudah kepada mereka. 5.1 PENDAKWAH
i.

Menjadi Pendakwah Yang intelektual (Di Zaman Moden)


a) Berkemahiran Dalam Ilmu Teknologi (Komunikasi Media)

Sebagai pendakwah haruslah mempunyai keluasan ilmu pengetuan yang tinggi berkaitan dengan Islam. Namun sesuai dengan keadaan zaman globalisasi ini juga maka kecenderungan untuk menguasai ilmu teknologi maklumat juga harus diberi perhatian. sebenarnya usaha ini memerlukan mereka yang berkebolehan dalam bidang I.T dan multimedia dan juga para cerdik pandai Islam. Jesteru itu barulah hasil yang dikeluarkan dapat membantu perkembangan dakwah melalui medium tersebut. Sebaliknya amatlah menyedihkan, jika peluang ini akan diisi dengan aktiviti yang
14

membantutkan dan melumpuhkan lagi seruan dakwah kepada non-Muslim (Shahrulanuar 2002). Penulis berminat dengan kenyataan yang diberikan oleh (H.A Yakub Matondang, 1995: 180) yang menyatakan bahawa para daei adalah sebagai agen sosialisasi nilai-nilai Islam perlulah memiliki kesedaran imformasi, keakraban dengan teknologi serta memiliki kemampuan menerima, menyimpan, mengolah dan menyampaikan imformasi secara benar dan tepat.

b) Mengkaji Budaya Masyarakat Non Muslim (Komunikasi Bahasa dan Budaya)

Sebagai memenuhi keperluan berdakwah, mengkaji budaya Non Muslim adalah satu keperluan para pendakwah, malah Allah S.W.T telah menjadikan manusia di atas muka bumi ini agar saling berkenal-kenalan antara satu sama lain seperti mana yang telah ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam firman-nya surah al-Hujurat ayat 13 (Ahmad Redzuan Yunus & Badlihisham Mohd. Nasir, 2001:1).
c) Ketajaman Pemikiran (Ilmu) Dalam Menghadapi Serangan Musuh (Komunikasi

Perdebatan dan Dialog) Ketajaman pemikiran yang dimaksudkan oleh penulis di sini menjelaskan bahawa setiap pendakwah sewajibnya mempertajamkan pemikiran dengan penguasaan pelbagai ilmu seperti Ilmu Sains, Sejarah dan Politik yang menjadi tuntutan pada zaman moden ini. Contohnya di dalam bidang Politik para pendakwah seharusnya lebih bijak dalam menyusun dan menangkis serangan serta hujah pihak lawan bagi memelihara dan menzahirkan kebenaran Islam. ii. Pendakwah Yang Berakhlak Qudwah Hasanah perkataan yang selalu bermain dibibir para pendakwah. Namun hanya sedikit para pendakwah yang dapat merealisasikan keadaan berikut. Ini kerana pendakwah itu sendiri tidak dapat melawan arus fahaman liberal dan terjerumus ke dalam keadaan tersebut.
15

Maka selagi masalah itu tidak diatasi maka usaha untuk mengubah persepsi negatif terhadap Islam tidak akan kesampaian. Penulis menggariskan beberapa cadangan cara pendakwah mempraktikkan sifat Qudwah Hasanah ini.
a) Pendakwah yang Menjaga Maruah Diri dan Agama

Maruah yang dimaksudkan di sini ialah pendakwah tidak melakukan perkara yang dilarang dan melaksanakan perkara yang diseru. Seperti firman Allah di dalam surah alShaff ayat 2 dan 3:


Maksudnnya: Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!. amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Ini dinamakan sifat hipokrit sebahagian daripada umat Islam yang sentiasa memutar belitkan hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran (Ab. Aziz b. Mohd Zin 2000:8).
b) Mempunyai Jati Diri Sebagai Pendakwah

Istilah jati diri pendakwah yang boleh dimaksudkan juga di sini sebagai keteguhan hati pendakwah dalam melaksanakan dakwah Islam itu sendiri. Jangan mudah berputus asa dan tidak mengharapkan sasaran dakwah terus menerima dakwah kita. Konsep hidayah dari Allah perlu difahami dengan baik. iii. Pendakwah yang cergas dan sihat
a) Penulis menambah di sini berkenaan dengan kesihatan dan kecergasan para pendakwah

adalah penting bagi melancarkan proses perjalanan dakwah. Jika pendakwah kurang
16

kemampuan untuk melaksanakan misi dakwah maka kegiatan dakwah out tidak mempunyai kekuatan yang teguh untuk bergerak. 5.2 SASARAN DAKWAH Sasaran dakwah atau Madu adalah intipati di dalam dakwah Islamiah itu sendiri. Oleh itu, kepelbagaian latarbelakang sasaran dakwah seperti bangsa, agama dan aliran pendidikan yang diterima semasa sekolah adalah merupakan perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh para pendakwah (Shahrulanuar 2001:102). Penulis membahagikan sasaran dakwah kepada Non Muslim kepada beberapa katogeri iaitu:
a) Golongan Non Muslim (Cendiakawan)

Iaitu golongan Non Muslim yang mengkaji tentang Islam dan faham akan agama Islam namun tidak mendapat hidayah Allah. Golongan ini selalunya terbahagi kepada dua iaitu positif kepada Islam dan negatif kepada Islam. Golongan yang negatif terhadap Islam seperti Orientalisme, Sekularisme, Liberalisme dan lain-lain adalah golongan yang harus diberi perhatian. Untuk menghadapi golongan ini mestilah berbicara dengan bijak melalui fakta, dalil dan hujjah yang dapat diterima oleh mereka dan tidak boleh dipertikai oleh mereka lagi. Manakala golongan positif mungkin juga kita boleh dapati mereka di kampus universiti Sebagaimana yang kita ketahui golongan Non Muslim di kampus terdiri daripada golongan intelektual dan cendikiawan yang berpengaruh di kalangan bangsa mereka (Ab. Aziz b. Mohd Zin 2000:5). Golongan Non Muslim (Pertengahan) Golongan ini selalunya terbahagi kepada dua golongan. Iaitu golongan yang mengenali Islam dengan persepsi positif dan golongan mengenali Islam dengan persepsi negatif. Maka golongan inilah yang menjadi tumpuan masalah dalam isu dakwah dunia masa kini. Maka penulis mencadangkan bahawa mengurus sasaran jenis ini seharusya menggunakan kemahiran berkomunikasi secara hikmah iaitu berkomunikasi dengan cara yang mudah difahami dan sesuai dengan akal mereka. Seperti sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud:

17

Engkau tidak akan berbicara kepada sesuatu kaum, suatu bicara yang tidak dapat difahami oleh akal fikiran mereka, melainkan dia akan menjadi suatu fitnah sesama mereka. (Riwayat Muslim)

b) Golongan Non Muslim (Awam)

Golongan ini selalunya terbahagi kepada beberapa golongan. Iaitu golongan yang tidak tahu tentang Islam tetapi tidak mempunyai persepsi negatif terhadap Islam. Kedua golongan yang tidak mengenali Islam tetapi cenderung kepada negatif terhadap Islam. dan golongan yang ketiga tidak mengetahui Islam dan tidak mengambil peduli tentang Islam (Jahil). Maka golongan ini sebenarnya mudah menerima dan menolak Islam seperti orang asli dinegara Malaysia.

5.3 PRAKTIKAL DAKWAH YANG MANTAP


a) Kebangkitan Umat Islam (Membentuk Negara Islam)

Revolusi Mesir telah membuka mata dunia Islam dalam proses kebangkitan umat Islam yang tidak harus berdiam diri terhadap penindasan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Maka penubuhan Negara Islam yang hakiki adalah elemen paling penting dan jelas dalam menyebarkan serua Islam dengan lebih sempurna. Maka di Negara Malaysia juga kerajaan dan umat Islam seluruhnya mestilah berusaha memperjuangkan pembentukan Negara Islam yang jelas (hakiki). Ini boleh ditakrifkan sebagai strategi dakwah dalam Politik.
b) Sistem Pendidikan Islam Yang Mantap

Maksud sistem yang mantap disini ialah penulis merasakan penerapan di dalam beberapa bidang moden yang sesuai dijalinkan dengan ilmu Islam. Maksudnya umat Islam pada
18

zaman moden ini seharusnya diterapkan budaya bagaimana mengaplikasikan ilmu Islam dan ilmu kemahiran dunia supaya ia boleh digunakan dalam peningkatan penemuan ilmu moden berasaskan kajian Islam.
c) Pembangunan Institusi Islam

Kewujudan masjid di Negara ini dari segi kuantitinya boleh dibanggakan. Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh sistem maklumat Islam, bahagian hal ehwal Islam, jabatan perdana menteri pada tahun 1993, terdapat sebanyak 10963 buah masjid dan surau di seluruh Malaysia. Namun dari sudut kuantitinya perjalanan dan fungsi masjid sebagai institusi pembangunan masyarakat Islam masih memerlukan pembaikan dan peningkatan dalam semua aspek. Ini kerana masjid kelihatan hanya lebih menumpukan kepada perlaksanaan ibadat ritual semata-mata (bukan semua) (Abdul Ghafar Hi. Don dan Kamaruzzaman Yusof 1999:47) d) Meluaskan Intraksi Sosial Intraksi sosial seperti penulisan Blog, Facebook, Twitter, Youtube dan banyak lagi dilaman sosial internet seharusnya digunakan oleh para pendakwah dalam meluaskan seruan dakwah dengan lebih mantap.
e) Memperkaya Bahan Bacaan Ilmiah Islam

Para cendiakawan Islam mestilah cuba memperbanyakkan penulisan ilmiah yang sesuai dan senang menjadi rujukan kepada semua peringkat umat Islam. Ini bagi menjadikan umat Islam lebih berpengatahuan dan tidak akan ditipu atau diserap oleh fahaman yang akan menyesatkan.

f) Pertubuhan Saudara Baru Yang Berfungsi

Istilah berfungsi di sini sebenarnya penulis mengharapkan supaya pertubuhan saudara baru diperkemaskan perjalanannya yang sepatutnya menjaga dan melindungi saudar baru Islam dengan baik supaya kepercayaan dan keteguhan iman terhadap Islam dapat dikekalkan.
19

g) Kekal Budaya yang Tidak Bercanggah

Maksudnya ialah jika ada budaya Non Muslim yang tidak bercanggah dengan syarak haruslah dikekalkan supaya tiada istilah masuk Islam bererti masuk Melayu atau pun masuk Islam beerti masuk Arab.

6.0

PENUTUP Persepsi negatif yang berterusan dari pihak Non Muslim akan menyebabkan seruan Islam itu tersekat dan urusan dakwah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jika keadaan ini berterusan umat Islam akan mendapat lebih banyak kesusahan dalam menghadapi cabaran globalisasi yang tidak berpihak kepada Islam. Bukan sahaja susah untuk menyebarkan dakwah bahkan jiwa umat Islam juga akan terancam kerana Islam dianggap mengancam keselamatan dunia. Begitulah peranan media yang dikuasai oleh pihak yahudi. Maka kesedaran dan kelemahan umat Islam perlu diatasi seperti pemahaman umat Islam yang melampau terhadap konsep Al-Wara Wal Bara. Kerja-kerja mengubah persepsi negatif ini perlu dipertingkatkan dengan lebih meluas dan menyeluruh. Jangan biarkan persepsi yang salah ini terus mengelirukan pihak Non Muslim di dunia ini. Di dalam konteks Negara Malaysia pula umat Islam haruslah bersatu padu dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam. Gunakan kelebihan Negara yang bermasyarakat majmuk untuk menyebarkan Islam dengan lebih baik.

20

7.0

RUJUKAN Al-Quran Al-Karim Kamus dewan. 1991. Cet: kedua (ed. Baru). Kuala lumpur: dewan bahasa dan pustaka. Cambridge international dictionary of English. 1977. London: Cambridge university press. Forgus, H.R. 1966. Perception. Mc. Grow Hill: new york. Al-maududi, Abu Ala, 1984. Hak-hak rakyat bukan Islam dalam Negara Islam. Terj. Kamaruddin Abd. Rahman. Kuala lumpur. Agensi media Islam. Berhanundin Abdullah. 1998. Dakwah keluar kepada masyarakat Non Muslim. Dalam dakwah kepada Non Muslim diMalaysia, konsep, metode dan pengalaman. Hlm. 44. Bangi. Penerbit university kebangsaan Malaysia. Ahmad Redzuan mohd yunus & Badlihisham Mohd. Nasir. 2001. Kajian budaya NonMuslim dalam pengajian Islam: peranan jabatan pengajian dakwah dan kepimpinan. Kertas kerja seminar Islam di pusat-pusat pengajian tinggi Asean ke-3, UKM, 5 7 November 2001. Shahrulanuar bin Mohamed 2002. Persepsi Non Muslim terhadap agama dan umat Islam di universiti multimedia, Melaka. Fakulti pengajian Islam universit kebangsaan Malaysia bangi. Abdul Ghafar Hj. Don & Kamaruzzaman Yusof. 1999. Peranan Masjid dalam kebangkitan gerakan siasah Islam. Dlm. Zulkiple Abd. Ghani & Ahmad Redzuan
21

Mohd Yunus (pnyt.) kepimpinan dakwah dan Politik Islam, hlm.47. Bangi: Jabatan pengajian Dakwah dan Kepimpinan. Ab. Aziz b. Mohd Zin 2000. Potensi Dakwah Kepada Masyarakat Bukan Islam Di Universiti Malaya: Metodologi Dakwah Yang Perlu Diketengahkan. Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM. Towards a positive world view of Islam. Seminar On Islam and World View: an American perception (1993: kuala lumpur) working papers. Osman bakar. Um kl. H.A Yakub Matondang, 1995. Problem dakwah pada era globalisasi. Dlm. Prosiding seminar Islam dan tantangannya menghadapi abad ke 21. Hlm. 180. Fakulti pengajian Islam UKM & Universiti sumatera medan Indonesia. Mahamad Nasir disa 2011. 10 Tanggapan Mengenai Islam di Malaysia. Kertas Kerja Konvensyen Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam Di Malaysia. Anjuran IKIM dan MAIS Abdull Rahman Mahmood, Kamaruddin Saleh, Ahmad Sunawari Long, Faudzinaim Badaruddin. 2009. Penerimaan Bukan Islam Terhadap Proses Islamisasi di Malaysia Jurnal Hadhari Bil 2 http://naluripencinta.blogspot.com/2011/10/Islam-dan-10-salah-faham-terhadapIslam.html http://abibakarblog.com/polemik/apakah-nabi-muhammad-seorang-Pedofilia/

22

Anda mungkin juga menyukai