Anda di halaman 1dari 1

SPESIFIKASI MANUSKRIP: 1.

Sila kirimkan manuskrip yang telah dijilid (seeloknya comb binding) ke ALAF 21 (jangan hantar disket dahulu). Bagi karya pertama, anda digalakkan menghantar secara pos berdaftar. 2. Manuskrip yang diterima akan dinilai oleh panel penilai. Anda akan dihubungi dalam masa dua minggu selepas tarikh manuskrip diterima. 3. Sekiranya panel berpendapat manuskrip tersebut sesuai untuk diterbitkan, anda akan dimaklumkan tentang perubahan/pemantapan yang perlu dilakukan di dalam sebuah majlis taklimat yang kami anjurkan. 4. Namun begitu, jika kualiti cerita tidak dapat memenuhi kriteria pemilihan, manuskrip tersebut akan dikembalikan, biasanya dengan pos berdaftar atau pos ekspres. 5. Setiap karya akan dinilai dari aspek tema, plot, bahasa, kronologi, moral, keistimewaan (tidak stereotaip dengan cerita-cerita yang pernah dibaca/ada identiti sendiri), falsafah, teknik penceritaan dan mood cerita. 6. Bagi memastikan karya anda kemas dari aspek fizikalnya, spesifikasi yang dicadangkan ialah 12 point selang sebaris dan jumlah halaman minimum ialah 350 (kertas A4). 7. Setelah dinilai, kebiasaannya anda dikehendaki melakukan penambahan/ pindaan bagi memastikan kemantapan cerita (tertakluk kepada perbincangan). 8. Langkah seterusnya ialah menghantar disket atau emel kepada kami teks tersebut setelah pemantapan cerita dilakukan untuk proses penyuntingan pihak kami seterusnya. 9. Kirimkan ke alamat: KETUA EDITOR, ALAF 21 SDN BHD, LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR SELAMAT BERKARYA! *Sekadar peringatan/pandangan : Elakkan cerita bertemakan kahwin paksa, kahwin yang diaturkan keluarga, khalwat dan orang ketiga kerana cerita sebegini telahpun banyak berada di pasaran dan dapat dijangka apakah kesudahannya... Cuba fikirkan jalan cerita yang menarik, ada unsur saspens/tandatanya serta lonjakan emosi yang boleh menarik pembaca untuk terus membaca. Yang pasti, elakkan persamaan jalan cerita dengan novel lain yang pernah anda baca.

Anda mungkin juga menyukai