Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, akhirnya saya dan ahli kumpulan yang lain berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pada awalnya berlaku sedikit kekeliruan antara kami, mungkin disebabkan kurang faham dengan soalan yang telah diberikan oleh Encik Ayob. Tambahan pula, pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza saya dengar dari rakan-rakan. Lain orang, lain cara pemikirannya. Selepas diberi taklimat oleh Encik Ayob, saya mula memahami kehendak soalan yang sebenarnya. Tugasan ini dilaksanakan dalam kumpulan,ianya menjadi lebih mudah kerana setiap ahli kumpulan saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugasnya yang masing-masing. Kumpulan saya terdiri daripada Dayang Munirah dan Intan Nor Liana. Saya telah mencari bahan yang diperlukan di internet serta meminjam bukubuku yang berkaitan di perpustakaan. Selepas semua bahan yang diperlukan lengkap, saya mula membuat draf awal bagi merangka tugasan yang telah diberikan. Ia bertujuan untuk memudahkan saya menyediakan bahan untuk perbentangan semasa kuliah. Dalam masa yang agak lama, kami berpeluang mencari bahan dengan lebih banyak. Tugsan ini telah diberikan oleh Encik Ayob lebih awal dari masa yang sepatutnya kerana beliau telah menghadiri kursus yang agak lama. Kesempatan ini saya gunakan dengan sebaik mungkin.

Kumpulan kami tidak berpeluang untuk membuat perbentangan kerana masa untuk perbentangan tidak mencukupi. Tambahan pula, bilangan kami terlalu ramai menyebabkan kami mencabut undi untuk menetapkan kumpulan mana yang akan

membuat perbentangan. Walaupun tidak berpeluang untuk membuat perbentangan, kami tetap menyiapkan bahan tersebut kerana perlu dihantar dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Dengan adanya tugasan seperti ini, ia dapat membantu kami memahami konsep sebenar Pengajian Kurikulum Dan Model Prasekolah. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Ayob kerana banyak membantu saya dan ahli kumpulan yang lain. Tidak lupa juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mokhtar kerana turut membantu saya dan rakan-rakan sepanjang ketiadaan Encik Ayob. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan kerana banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini terutama sekali kepada rakan sekumpulan.

Anda mungkin juga menyukai