Anda di halaman 1dari 32

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SESI 2009/2010

KPD 5033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

TUGASAN 1 : PENGUASAAN KONSEP


Juliyati binti Kaderi Haslina binti Mustapa L20092004520 L20092004503

KUMPULAN K
Nama Pensyarah : En. Hassanusi bin Ahmad

1. KONSEP PSIKOLOGIKAL

Teori psikologikal adalah teori yang menggunakan proses-proses dan strukturstruktur mental dan personaliti seseorang untuk menerangkan kelakuan devian. Teori-teori psikologikal banyak membina tahap personaliti untuk mengkaji bagaimana manusia membentuk corak-corak personaliti yang tertentu dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi personaliti yang agresif, peramah dan sebagainya. Selain itu, ia juga menjelaskan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi tingkahlaku dalam keadaan sosial tertentu.

Rangsangan

psikologi

terdiri

daripada

elemen-elemen

analitik/global,

impulsif/reflektif, dominan otak kiri/dominan otak kanan. Pelajar analitik melakukan tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Golongan pelajar ini hanya melakukan satu perkara sahaja dalam satu masa. Berlainan pula dengan pelajar yang global kerana pelajar ini akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka. Pelajar ini akan lebih cenderung untuk bekerjasama dalam bentuk berkumpulan berbanding secara individual. Pelajar tersebut gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa. Pelajar holistik melihat aspek secara meluas dan membuat rumusan secara menyeluruh.

Individu yang impulsif gemar membuat keputusan yang cepat dan sering mengikut gerak hati apabila melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, individu yang reflektif lebih berhati-hati semasa membuat kerja. Individu ini sangat prihatin dan berfikir mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri (HOKI) dan otak kanan (HOKA). Fungsi otak yang berbeza ini mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu. Otak kiri manusia mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, sekuens, linear dan analisis. Manakala otak kanan pula berfungsi dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik, rentak dan irama.

Konsep psikologikal ini dipilih kerana psikologi pendidikan ialah suatu bidang yang memberi kefahaman kepada guru tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran mereka supaya guru menjadi lebih prihatin

kepada pelajar yang sedang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi dan sosial. Guru perlu mengetahuinya kerana keupayaan kecerdasan dan kebolehan tidak sama antara kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Ini kerana guru yang efektif adalah guru yang melangkah ke dalam bilik darjah dengan bergaya dan dilengkapi dengan ilmu mengenai sifat dan tabii pelajar-pelajarnya. Selain itu, bidang psikologi membekalkan guru dengan kerangka konsep atau kerangka teori dalam memahami kanak-kanak, remaja dan proses pengajaran dan pembelajaran. Bidang psikologi juga membantu guru supaya lebih memahami diri sendiri, memperbaiki dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya ada dalam diri seorang guru.

Seorang guru yang baik juga perlu memahami tingkah laku pelajar dengan lebih mendalam seperti pelajar yang sukakan perhatian guru, suka memencilkan diri, pelajar pintar dan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Perkara ini dapat membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu, konsep psikologi sangat penting untuk guru lebih memahami pelajarnya kerana semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, kebolehan dan sosioekonomi keluarganya. Guru hendaklah sentiasa prihatin terhadap pelajarnya untuk memastikan pengajaran yang diajar berkesan dan memenuhi objektif pembelajarannya.

2. KONSEP KESERAGAMAN

Konsep keseragaman merangkumi pelajar-pelajar masih menggunakan buku teks dan bahan pembelajaran yang sama. Bahkan juga mereka belajar mengikut kurikulum yang sama serta isi kandungan dalam jadual waktu yang sama. Manakala guru-guru pula bercakap kepada seluruh sekumpulan pelajar dengan menyampaikan maklumat yang sama pada waktu yang sama kepada setiap pelajar. Selain itu, mereka bekerja pada langkah yang sama berdasarkan kepada kuantiti bahan pengajaran yang sama.

Sekolah juga menggunakan ujian-ujian yang sama dalam mengukur dan menilai tahap kejayaan dan hasil pembelajaran. Sesungguhnya perkara seperti ini adalah salah kerana ia hanya menitikberatkan akan kesamaan dari semua sudut dan perkara tanpa memperlihatkan kepelbagaian pelajar yang wujud dalam sesebuah sekolah khususnya kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Tidak dapat dinafikan bahawa guru diberi tugas serta tanggungjawab untuk mendidik sejumlah besar manusia. Oleh itu kecekapan dan keseragaman adalah alasan yang digunakan dalam proses kesamaan dalam semua sudut baik dari segi kurikulum, isi kandungan, buku teks, maklumat, teknik dan sebagainya.

Pada masa ini sekolah amat menitikberatkan keseragaman lebih daripada kepelbagaian. Satu keseimbangan yang tepat harus dicari dan ditentukan melalui pemerhatian terhadap kepercayaan yang mana wujudnya kepelbagaian dalam sekolah. Teori-teori dan penyelidikan yang meluas perlu memutuskan apakah keseragaman yang perlu diberikan kepada setiap orang pelajar dan guru perlu berusaha dalam mempraktikkan apa yang mereka rasa sesuai dalam menyeragamkan pelajar yang pelbagai. Selain itu, untuk memahami dan menyelaraskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam amalan di sekolah yang lebih afektif berdasarkan kepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud dalam dunia pendidikan sekarang adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan individu iaitu latar belakang tentang kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru serta gaya pembelajaran pelajar itu sendiri.

Konsep keseragaman dipilih kerana ianya merupakan sandaran dan rujukan kepada sistem persekolahan di Malaysia. Ini kerana sistem pendidikan di negara ini adalah

berdasarkan kurikulum yang sama, bahan pengajaran dan pembelajaran yang sama yang telah digubal mengikut kesesuaian pelajar. Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar mampu mengikut keseragaman yang telah ditetapkan kerana setiap individu itu adalah berbeza tahap kebolehannya. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan yang penting untuk mengadaptasi setiap bahan pengajaran agar memenuhi keperluan setiap pelajarnya. Pengajaran guru harus berbeza sesuai dengan tahap kebolehan pelajarnya kerana guru lebih mengenali pelajarnya dan mengetahui sejauh manakah tahap kebolehan mereka.

Kurikulum yang seragam tidak boleh diubahsuai, tetapi guru mestilah berfikiran kreatif dan kritis dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajarnya untuk memastikan mereka memahami apa yang diajar dan seterusnya mampu mancapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Walaupun keseragaman itu tidak boleh diubahsuai, tetapi semua pihak yang bertanggungjawab di sekolah harus ingat bahawa tidak semua pelajar itu sama. Kepelbagaian pelajar harus diambil kira kerana matlamat utama pendidikan adalah untuk pelajar, dan kesediaan mereka dalam menghadapi masa depan yang lebih mencabar.

3. KONSEP EKSTROVERT

Setiap individu mempunyai sifat, sikap, gaya dan cara tersendiri. Inilah di antara perkataan yang disebut-sebut apabila memperkatakan seseorang. Satu istilah yang sesuai bagi perkataan-perkataan itu ialah personaliti. Personaliti juga bermaksud sahsiah yang melambangkan ciri-ciri atau sifat keperibadian atau perwatakan yang membezakan di antara seseorang individu dengan individu yang lain. Menurut Carl Jung 1875-1961, personaliti seseorang individu dapat dikategorikan kepada tiga iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert.

Orang ekstrovert lebih suka dengan dunia luar daripada dunia dalam. Orang ekstrovert ini adalah aktif dan suka bergaul dengan orang, sering suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial, sering mengambil inisiatif sendiri, sesuai dengan perubahan, cepat menunjukkan perasaannya, tetapi cepat pula mengubahnya. Mereka menyokong kepada perubahan dan bersifat optimis. Namun mereka ini tidak boleh diharapkan kerana mereka tidak suka terikat kepada sesuatu keadaan atau peraturan. Guru dapat meningkatkan ciri-ciri positif pelajar yang berperwatakan ekstrovert melalui pelbagai cara. Antaranya guru boleh haruslah pandai mengeksplotasikan kebolehan dan keupayaan murid ini dengan sebaik yang mungkin. Berdasarkan pemerhatian guru, murid ini terdiri daripada golongan yang aktif dan cergas sama ada dari segi akademik atau aktiviti luar.

Walau bagaimanapun, golongan inilah juga yang kerap melanggar peraturan sekolah dan mempunyai masalah disiplin. Oleh yang demikian, bagi menangani sikap murid seperti ini, guru perlu bersabar dan tidak mengambil tindakan ke arah memberi hukuman. Memandangkan mereka ini agresif dan bersifat berani, mereka hanya mementingkan kepuasan terhadap apa yang mereka lakukan dan tidak takut untuk mengahadapi pelbagai hukuman. Oleh itu, pendekatan untuk memberi hukuman atau denda adalah kurang sesuai. Guru menggunakan pendekatan kaunseling untuk membentuk personaliti yang lebih baik dan berdisiplin. Guru boleh bertindak sebagai kawan atau lebih dekat lagi sebagai ahli keluarga iaitu kakak, abang, ibu atau ayah. Golongan ekstrovert ini suka bergaul dan berkongsi dengan orang lain. Oleh yang demikian, hubungan yang dijalinkan dengan murid ini bukan setakat sebagai guru dan murid, tetapi bertindak menjadi orang yang terdekat dalam hidup murid. Ini akan

mewujudkan keadaan yang lebih selesa untuk berkongsi masalah dengan murid tersebut. Murid ini juga akan lebih mudah untuk meluahkan permasalahan. Selain itu, murid lebih senang menerima teguran atau nasihat daripada orang yang mereka anggap lebih rapat dalam hidup mereka. Hubungan yang rapat di antara murid dan guru akan memberi kesan yang positif terhadap pembentukan personaliti yang positif.

Ciri-ciri individu ekstrovert menunjukkan bahawa setiap individu itu berbeza. Ini seiring dengan konsep kepelbagaian pelajar yang akan guru temui semasa di alam persekolahan nanti. Oleh itu, guru perlu memahami setiap ciri-ciri pelajar yang berperwatakan ekstrovert, introvert dan ambivert dan cuba memahami mereka untuk lebih memahami keperluan pembelajaran mereka. Guru juga harus tahu

mengendalikan setiap individu yang berbeza perwatakannya mengikut cara yang betul untuk memastikan pelajar boleh memahami pengajaran guru dan merasa selesa dengan strategi dan pendekatan yang digunakan oleh guru khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. KONSEP VANDALISME

Laku musnah atau vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Di sekolah, perbuatan vandalisme biasanya berlaku seperti menconteng dinding sekolah, menconteng tandas sekolah, membakar bilik darjah dan merosakkan harta benda sekolah. Vandalisme biasanya dilakukan oleh pelajar yang tidak bermoral ataupun mereka yang merasa tertekan dengan sesiapa yang berada di sekolah itu. Perbuatan vandalisme berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan keluarga, dan pengaruh media massa.

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku pelajar, lebih-lebih lagi pelajar yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan pelajar yang melakukan vandalisme merupakan pelajar dalam kumpulan. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda sekolah dan merosakkannya.

Ibu bapa juga merupakan pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan pelajar. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah pelajar yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini. Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adeganadegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsurunsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi pelajar melakukan vandalisme. Pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

Konsep ini dipilih untuk memberikan kesedaran kepada individu yang berada di persekitaran pelajar agar sentiasa mengawasi pergerakan mereka. Seperti yang kita ketahui, remaja adalah golongan yang sangat mudah terpengaruh dengan apa yang dilihatnya. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan peranan untuk mengelakkan perbuatan vandalisme ini menjadi semakin berleluasa. Di sekolah, guru berperanan memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar yang melakukan perbuatan vandalisme. Guru harus bijak menggunakan pendekatan yang berhemah agar apa yang diperkatakan kepada pelajar menjadi pengajaran yang sangat berguna untuknya sepanjang hayat. Guru boleh menggunakan nasihat dan amaran kepada pelajar yang baru terjebak dengan perbuatan ini, sebaliknya menggunakan cara yang lebih keras seperti hukuman rotan untuk pelajar yang ingkar sebagai pengajaran kepada pelajar yang lain. Guru harus menerangkan kepentingan harta benda sekolah yang sepatutnya menjadi hak milik mereka bersama. Oleh itu, setiap pelajar harus bijak menggunakan harta benda sekolah supaya setiap pelajar boleh menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.

5. KONSEP KINESTETIK

Kecerdasan kinestatik adalah berkaitan dengan pergerakan dengan kemahiran fizikal seperti mengkoordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Individu yang berkecerdasan kinestatik mampu menggunakan badan untuk meluahkan idea dan perasaan secara berkesan. Mereka juga mempunyai kehebatan gerak geri badan yang mempunyai kesenian yang halus. Tambahan lagi, mereka juga berupaya mengawal diri secara fizikal. Daripada gerak geri itu tercetuslah kesenian yang halus seperti penari, pesilat, ahli gimnastik, pelakon dan pakar bedah. Contohnya ialah seperti Shalin Zulkifli, Nicole David, Ong Beng Hee, Wong Choon Hann dan lain-lain lagi.

Orang yang

mempunyai

kecerdasan

kinestetik yang tinggi

berkebolehan

menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan angota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan. Di samping itu, individu ini juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Mereka berupaya

menggunakan kemahiran fizikal untuk meluahkan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan semasa bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kinestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan kecerdasan kinestetik ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi.

Konsep kinestatik ini dipilih kerana konsep ini menekankan penggunaan tubuh badan dalam berkomunikasi. Pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestatik biasanya gemar melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan tubuh badan mereka semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar ini gemar berlakon, menari, bersukan atau melakukan sesuatu yang memerlukan pergerakan tubuh badan. Mereka

lebih mudah untuk belajar dan memahami jika pengajaran yang diajarkan oleh guru melibatkan perbuatan yang memerlukan mereka bergerak. Ini kerana mereka merasakan apabila mereka melakukan sesuatu aktiviti itu, mereka akan lebih mudah untuk mengingat sesuatu yang diajarkan.

Teori kecerdasan pelbagai mengandungi lapan lagi kecerdasan yang lain iaitu logikmatematik, muzikal, visual-ruang, verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan eksistensialisme. Konsep kinestatik ini sangat berkait rapat dengan kepelbagaian pelajar. Seperti yang kita maklum, pelajar adalah berbeza berdasarkan minat dan kebolehan masing-masing. Oleh itu, guru harus menilai pelajar berdasarkan kecenderungan mereka bagi membolehkan apa yang diajar oleh guru dapat diterima dan diaplikasikan dengan baik oleh pelajarnya. Pengajaran guru haruslah berdasarkan strategi pengajaran yang berbeza bagi membolehkan setiap pelajar di dalam bilik darjah mendapat ilmu yang disampaikan dengan baik.

6. KONSEP STRATEGI PENGAJARAN BERSEPADU

Strategi pengajaran bersepadu merangkumi strategi pemusatan guru, strategi pemusatan pelajar dan strategi pemusatan bahan pengajaran. Terdapat ciri-ciri spesifik bagi setiap strategi pemusatan tersebut. Bagi strategi pemusatan guru, proses pengajaran dan pembelajaran dikendalikan sepenuhnya oleh guru yang banyak bercakap dalam memberikan penerangan, penjelasan dan contoh-contoh. Guru lebih mengutamakan objektif pengajaran tercapai dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni dan perkembangan emosi. Penyampaian fakta yang dijalankan oleh guru secara menghafal dan pelajar digalakkan untuk mengingat dan menghafal fakta daripada memahaminya. Selain itu, kepimpinan guru adalah bersifat autokratik kerana murid sangat pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di akhir pembelajaran, pelajar tidak kreatif dan tidak berinisiatif kerana komunikasi mereka terhad dan kurang kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

Bagi strategi pemusatan pelajar, pelajar lebih banyak memainkan peranan dalam bilik darjah dengan guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing. Guru mewujudkan suasana demokratik di mana pelajar bebas meluahkan pendapat dan berbincang sesama mereka. Dalam strategi pemusatan pelajar, perkembangan pelajar dilihat secara menyeluruh merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Guru lebih mengutamakan objektif pembelajaran pelajar dengan guru turut menyediakan ujian berbentuk formatif bagi menguji sejauh manakah kefahaman pelajar pada pengajaran. Pelajar juga bebas berinteraksi kerana guru memberikan peluang mereka belajar secara berkumpulan dan bebas menyuarakan pendapat masing-masing. Hasilnya, pelajar akan menjadi lebih kreatif dan bersemangat untuk belajar.

Bagi strategi pemusatan bahan, bahan pelajaran memainkan peranan penting. Guru bergantung kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Selain itu, komunikasi dan interaksi berlaku antara guru dan bahan atau murid dan bahan pembelajaran. Kecekapan dan kemahiran penggunaan bahan pengajaran pembelajaran diutamakan dan penekanan diberi kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Dalam strategi ini, pengajaran

menjadi lebih bermakna, menarik dan berkesan. Pelajar juga berpeluang berinteraksi dalam bilik darjah dengan aktiviti berkumpulan atau perbincangan yang telah diaturkan oleh guru. Kaedah ini ternyata menyeronokkan kerana pelajar dapat belajar dengan menggunakan contoh yang nyata dan mudah difahami mereka.

Konsep ini dipilih kerana guru harus memberikan sesuatu pengajaran yang baru kepada pelajar mereka. Jika selama ini guru sentiasa mengajar menggunakan strategi pemusatan guru yang mungkin membosankan pelajar, guru harus merubah cara pengajarannya dengan menggunakan pendekatan pemusatan pelajar atau pemusatan bahan. Kedua-dua kaedah ini ternyata berkesan kerana pelajar akan lebih berminat dengan pembelajaran mereka kerana merasakan guru memberikan peluang kepada mereka untuk memberikan pendapat tentang topik yang dipelajari. Selain itu, tidak semua pelajar berminat dengan hanya mendengar pengajaran guru. Kadangkala mereka harus melakukan sesuatu dengan menggunakan tangan dan tubuh badan mereka untuk menguatkan ingatan mereka kepada pembelajaran yang dipelajari. Ini adalah kerana setiap pelajar itu adalah berbeza dari tahap kecerdasannya, bakat, minat serta kebolehannya. Jadi, konsep ini adalah penting untuk menggalakkan pelajar berminat dengan pembelajaran mereka selain dapat mengekalkan perhatian mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

7. KONSEP KEMALAYSIAAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dan telah mencapai banyak kejayaan besar dalam pelbagai bidang. Kejayaan negara untuk menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang bergantung kepada penguasaan ilmu

pengetahuan dan keupayaan generasi muda. Kerajaan telah berusaha menyediakan peluang yang lebih luas bagi mencemerlangkan sistem pendidikan melalui penyediaan pembiayaan untuk sektor pendidikan sebagai komponen terbesar dalam perbelanjaan kerajaan, menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar miskin bagi setiap peringkat pendidikan, dan bertambahnya jumlah sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, kolej serta politeknik untuk memberi peluang pendidikan kepada segenap lapisan masyarakat.

Bagi mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan, kerajaan berazam untuk memperbaiki kualiti pendidikan dan bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab seperti memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang di semua peringkat persekolahan dan pengajian, meningkatkan mutu pengajaran bagi kemahiran komunikasi termasuk Bahasa Inggeris, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran penyelesaian masalah dan berfikir secara kritis. Selain itu, kerajaan akan menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama melalui peningkatan kualiti, termasuk pengajaran bahasa ibunda yang lebih baik di samping memelihara kedudukan sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang sedia ada dan mengukuhkan integrasi pelajar bagi menyuburkan lagi perpaduan negara. Tambahan lagi, kerajaan turut berazam untuk memperbaiki suasana kerja bagi tenaga pengajar dan meningkatkan institusi pendidikan tinggi untuk melahirkan graduan yang berkaliber.

Konsep ini dipilih kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan bangsa. Oleh itu, pendidikan menjadi salah satu medium perpaduan kaum di Malaysia kerana pelajar telah didedahkan dengan semangat perpaduan kaum sejak di bangku sekolah lagi. Bermula di sekolah pelajar dapat mengenali rakan-rakan yang berlainan bangsa dan agama dengan mereka dan seterusnya mampu mewujudkan hubungan persahabatan dan persaudaraan yang erat melalui aktiviti yang dilakukan bersama semasa di sekolah. Hal ini menjadi

kebanggan rakyat Malaysia kerana nilai perpaduan itu telah dieratkan sejak kecil lagi dan semua rakyat Malaysia mampu bersaudara dengan semua masyarakatnya.

Konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri memperlihatkan konsep perpaduan dan kepelbagaian yang sangat erat di kalangan rakyat Malaysia. Ini terbukti dengan perkongsian tampuk pemerintahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan Malaysia mampu mengekalkan keamanan dan keharmonian negara di mata dunia. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga faham dan mengamalkan konsep 1 Malaysia yang sangat penting dan oeneraju kepada keamanan dan kemakmuran Malaysia.

8. KONSEP PERSONALITI

Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan yang merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai. Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tendesinya untuk bertingkahlaku mengikut sesuatu cara tertentu. Kagan, J. dan Segal, J. (1988), mentakrifkan personaliti sebagai corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa, bertingkahlaku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. Manakala menurut Eysenck pula, personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil, dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. Personaliti juga merupakan jangkaan tingkahlaku secara keseluruhan yang boleh

diperhatikan dan dinilai dengan objektif oleh orang lain. Ini menggambarkan keseluruhan diri seseorang yang dinamis, dan unik pada sesuatu ketika.

Konsep personaliti ini dipilih kerana ianya berkait rapat dengan gaya pembelajaran seseorang pelajar dan tahap penguasaan pembelajaran adalah berbeza bagi setiap pelajar atau individu. Konsep personaliti ini juga adalah berkait rapat dengan pengajaran kepelbagaian pelajar kerana personaliti seseorang pelajar sangat mempengaruhi kesediaan seseorang pelajar untuk belajar dan membolehkan seseorang pelajar itu menikmati sesuatu pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, konsep personaliti ini juga dipilih kerana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran kepelbagaian pelajar.

Di dalam bilik darjah, tentunya guru telah memerhati adanya pelajar yang sentiasa gembira dan gemar bercampur gaul. Sebaliknya ada pula yang berasa malu dan gemar berseorangan. Menurut Karl Jung (1875-1961), personaliti individu boleh

diklasifikasikan kepada tiga kumpulan besar iaitu introvert, extrovert serta ambivert dan setiap personaliti ini akan mempengaruhi gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan mereka. Individu yang disifatkan sebagai introvert menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat, reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, lebih gemar menyiapkan kerja sendiri tanpa bantuan orang lain, tiada cita-cita tinggi tetapi suka pada sistem yang teratur dan selalu patuh kepada peraturan. Peranan guru dalam

menghadapi pelajar yang bersifat introvert adalah dengan memastikan keterlibatan pelajar yang optima di dalam bilik darjah iaitu dengan menjalankan tugasan yang tidak formal seperti membersihkan bilik darjah dan mengedarkan soalan atau buku latihan. Dengan ini, ia akan menggalakkan semangat kerjasama daripada rakan yang lain semasa pelajar tersebut menjalankan tugas. Manakala individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ekstrovert pula biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti aktif atau agresif, suka bergaul, inovatif, gemar akan aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Peranan guru dalam menghadapi pelajar yang bersifat ekstrovert ialah dengan menggunakan pendekatan kaunseling dan bertindak sebagai kawan kerana pelajar ini senang menerima teguran. Pendekatan untuk memberi hukuman atau denda pada pelajar yang bersifat ekstrovert adalah kurang sesuai.

Oleh itu, sebelum guru memulakan proses pengajaran, adalah penting untuk guru tersebut mengenalpasti kepelbagaian personaliti pelajar di dalam bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih efektif dan lancar.

9. KONSEP KOLABORATIF

Konsep kolaboratif merupakan satu pendekatan pembelajaran secara kolaboratif di dalam konteks bilik darjah yang dianggap suatu keadaan di mana pelajar bersatu di dalam satu kumpulan untuk melaksanakan tugas. Kolaboratif bermaksud bekerja bersama-sama, membina bersama-sama, mengubah bersama-sama dan

membaiki bersama-sama. Pada dasarnya,

pembelajaran secara

kolaboratif

bersandarkan kepada permuafakatan yang dibina melalui kerjasama oleh ahli-ahli kumpulan. Di dalam pembelajaran kolaboratif, tugas guru adalah untuk membantu pelajar memberi respon kepada tugas pembelajaran seperti perbincangan tentang topik sains di mana pelajar memainkan peranan yang aktif dalam mengkaji topik sains tersebut.

Konsep pembelajaran secara kolaboratif ini dipilih kerana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran kepelbagaian pelajar. Sekiranya pelajar belajar bekerja bersama-sama dalam satu bilik darjah, adalah menjadi lebih mudah untuk mereka berinteraksi secara positif dengan rakan-rakan pelajar lain yang mempunyai cara berfikir yang berbeza-beza. Pembelajaran dapat dipertingkatkan apabila ia lebih berbentuk satu kumpulan kerana pelbagai idea atau pendapat dapat dikemukakan. Selain itu, konsep pembelajaran secara kolaboratif ini juga dipilih kerana ia merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar perlu berkumpul bersama-sama untuk menyelesaikan sesuatu persoalan atau isu yang signifikan yang memerlukan kepada pendapat dan idea yang pelbagai daripada pelajar yang berbeza-beza.

Pembelajaran secara kolaboratif

mempunyai perkaitan dengan pengajaran

kepelbagaian pelajar kerana pelajar berperanan untuk menggunakan kemahirankemahiran intrapersonal dalam membentuk persahabatan dalam menyelesaikan tugasan. Sekiranya pelajar-pelajar yang berlainan dari segi agama, bangsa dan etnik dapat berkumpul di dalam bilik darjah maka ia akan memudahkan interaksi yang positif untuk meningkatkan mutu kerja berpasukan. Pembelajaran dianggap bermakana apabila usahanya dilihat seperti satu usaha secara berpasukan daripada usaha secara individu. Ini akan melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang mendalam terhadap tugasan. Kolaborasi adalah suatu proses pembelajaran secara

menyeluruh iaitu pelajar mengajar pelajar dan guru mengajar pelajar. Apabila tugasan diberi kepada pelajar sudah tentu mereka dapat mencari banyak informasi dalam masa yang singkat hasil dari kerjasama yang diberikan. Hal ini adalah kerana tugasan diagihkan sesama ahli kumpulan untuk dilakasanakan. Pembelajaran secara kolaboratif membawa manfaat yang khusus kepada pelajar. Ini kerana pembelajaran secara kolaboratif membolehkan penilaian oleh ahli kumpulan secara langsung selain daripada guru. Dalam penilaian ini, ahli kumpulan akan mengambil kira semangat berpasukan, sumbangan, penglibatan, dan kejujuran memberi kerjasama. Selain itu, ia juga memberi ganjaran dari segi pengalaman pembelajaran melalui pelajar-pelajar yang berlatarkan sosioekonomi berbeza-beza serta pelajar dapat membandingkan idea-idea lain dan mengiktiraf sumbangan idea yang telah dikongsi bersama-sama. Di samping itu, ia juga memberi ruang untuk pelajar menguasai teknik-teknik menyelesaikan masalah pembelajaran. Dengan

mengambil bahagian dalam pembelajaran secara kolaboratif, pelajar dapat hidup bersosialisasi, berbincang untuk mencari penyelesaian yang terbaik untuk menangani masalah yang dihadapi. Banyak idea dan pandangan akan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Oleh itu, pembelajaran secara kolaboratif mampu memberi pelajar pengetahuan dan pengalaman yang banyak. Ini kerana pembelajaran secara kolaboratif mampu menyediakan pembelajaran yang bermakna dan membolehkan pelajar masalah lebih baik daripada sebarang usaha yang dilakukan secara individu.

10. KONSEP PENAAKULAN

Penaakulan merupakan proses mental yang paling tinggi. Ia merangkumi proses mengingat, merumus, memproses dan menguruskan maklumat. Dengan kata lain, apabila seseorang menerima ransangan, dia berupaya memproses, menghuraikan dan membuat sesuatu rumusan. Maka, penaakulan telah berlaku. Menurut Santrock (2004), penaakulan adalah pemikiran logikal yang menggunakan induktif dan deduktif untuk memperolehi kesimpulan.

Konsep penaakulan ini dipilih kerana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran kepelbagaian pelajar. Peranan guru sangat penting dalam meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar seperti induktif, deduktif dan kreatif dan kemahiran berfikir tersebut memang melibatkan penaakulan. Setiap pelajar mempunyai cara berfikir yang berbeza-beza. Oleh itu, konsep penaakulan adalah sangat penting untuk melihat kemahiran berfikir di kalangan pelajar.

Penaakulan mempunyai perkaitan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar kerana ia melibatkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar seperti induktif, deduktif dan kreatif. Pemikiran induktif merupakan satu bentuk penaakulan yang bermula dengan contoh-contoh yang khusus dan menuju kepada satu kesimpulan yang umum. Contoh pemikiran jenis ini dapat dilihat pada Rajah 1.1
Contoh 1 2x4=8 4x2=8 Contoh 2 2 x 5 = 10 5 x 2 = 10

2x4=4x2 2x5=5x2

axb=bxa

Misalnya, Nana merupakan seorang pelajar, mula berfikir tentang beberapa contoh khusus dan akhirnya membuat kesimpulan umum, iaitu a x b = b x a. Jadi, Nana telah menggunakan pemikiran induktif. Manakala pemikiran deduktif pula bermula dengan kesimpulan umum dan menuju kepada contoh-contoh yang spesifik.

Contoh 1 Semua ikan berinsang. Buntal ialah ikan. Oleh itu, buntal berinsang. Contoh khusus Kesimpulan umum

Pemikiran kreatif pula merujuk kepada keupayaan untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Beberapa kriteria yang dikaitkan dengan pemikiran kreatif adalah idea yang banyak iaitu pelajar yang berupaya mengemukakan banyak idea, perkataan dan cara untuk menyatakan sesuatu. Kedua ialah kemudahlenturan iaitu pelajar yang sanggup memikirkan suatu kepelbagaian idea dan cara untuk mengendalikan satu-satu situasi. Ketiga ialah keaslian iaitu pelajar yang mampu memikirkan sesuatu yang baru dan luar biasa dan yang terakhir ialah penghuraian yang mana pelajar boleh menghuraikan sesuatu secara terperinci.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa konsep penaakulan sangat penting di dalam pengajaran kepelbagaian pelajar. Ini adalah kerana penaakulan melibatkan pelbagai jenis kemahiran berfikir di kalangan pelajar dan guru amat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Ia adalah supaya dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan global pendidikan pada masa kini dan setiap pelajar mempunyai gaya berfikir yang berbezabeza antara satu sama lain.

11. KONSEP PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan murid atau berpusatkan guru. Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka

bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.

Konsep pengajaran berpusatkan murid ini dipilih kerana ia menekankan keterlibatan aktiviti-aktiviti untuk murid seperti aktiviti sosial, membina, mengambil tahu dan lain-lain. Selain itu, konsep pengajaran berpusatkan murid ini juga memberi penekanan kepada perkembangan murid untuk berperanan sepenuhnya melalui pengalaman mereka dan kemudiannya menghubungkan pengalaman-pengalaman tersebut dengan murid-murid yang lain. Oleh itu, konsep ini sangat sesuai dengan pengajaran kepelbagaian pelajar. Pengajaran berpusatkan murid mempunyai perkaitan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar kerana ia mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman-pengalaman yang berbeza di kalangan murid akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efektif. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Dengan ini, setiap murid diberi peluang untuk menunjukkan potensi diri masingmasing. Pengajaran berpusatkan murid juga melibatkan murid dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka. Ini membolehkan guru mengenalpasti murid yang lemah, sederhana dan bijak di dalam dalam bilik darjah seterusnya dapat membantu guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut tahap kebolehan murid. Di samping itu juga, pengajaran berpusatkan murid memberi murid kebebasan untuk membuat pilihan tentang bahan, sumber dan aktiviti pembelajaran. Setiap murid berbeza dari segi minat, pengalaman pembelajaran,

kecerdasan dan sebagainya. Oleh itu, pengajaran berpusatkan murid membolehkan

mereka mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pengajaran mengikut minat dan kebolehan yang mereka ada. Ini adalah sangat penting untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berkesan dalam pengajaran kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah. Selain itu juga, pengajaran berpusatkan murid mewujudkan prosedur pemantauan agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang telah mereka pelajari. Di sini, guru dapat memantau prestasi setiap murid hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Dengan ini guru dapat menggunakan strategi dan kaedah pengajaran mengikut kepelbagaian tahap atau prestasi murid yang telah dikenalpasti melalui pengajaran berpusatkan murid. Pengajaran berpusatkan murid juga membolehkan guru menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan murid dan merancang penilaian berterusan secara kolaboratif. Ini sangat berkaitan dengan kepelbagaian pengajaran pelajar di dalam bilik darjah kerana keterlibatan dan penyertaan murid adalah penting dalam pembelajaran untuk melihat kemampuan, prestasi, minat dan sebagainya di kalangan mereka bagi memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di samping meningkatkankan hubungan interpersonal antara murid.

12. KONSEP IMPULSIF-REFLEKTIF

Konsep impulsif dan reflektif merupakan suatu konsep pemikiran yang terdapat pada seseorang individu. Individu yang impulsif merupakan individu yang bertindak balas dengan cepat dan kerap pula melakukan banyak kesalahan (Messer 1976). Manakala individu yang reflektif ialah individu yang berhati-hati di dalam pelbagai hipotesis alternatif. Mereka mengambil masa yang lama untuk bertindak balas dan lebih tepat daripada individu yang impulsif. Contohnya, individu yang reflektif akan mengambil masa yang lama untuk membuat perbandingan di antara gambar-gambar yang hampir sama dan keputusannya akan lebih tepat berbanding dengan individu yang impulsif yang akan memilih dengan cepat tanpa membuat sebarang penelitian. Kebiasaannya, kanak-kanak tergolong di dalam golongan impulsif. Apabila meningkat dewasa mereka akan lebih reflektif. Mereka akan mengambil masa yang lama untuk bertindak balas dan jawapan yang mereka beri biasanya lebih tepat (Messer, 1976).

Konsep impulsif dan reflektif ini dipilih kerana perbezaan pemikiran seseorang individu memberi kesan yang besar terhadap kepelbagaian gaya pembelajaran di dalam bilik darjah. Adalah penting untuk guru mengetahui jenis pemikiran pelajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Selain itu, konsep ini juga dipilih kerana di dalam jangka pendek perbezaanperbezaan pemikiran yang wujud di kalangan pelajar tidak akan menampakkan kesan pembelajaran yang ketara tetapi perbezaan yang wujud akan beransuransur menyisihkan perhubungan antara rakan dengan rakan pelajar yang lain sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk guru mengetahui perbezaan pemikiran di kalangan pelajar di dalam pengajaran kepelbagaian pelajar.

Konsep impulsif dan reflektif ini sangat berkaitan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar kerana ia melibatkan dua pemikiran yang berbeza antara pelajar yang berbeza. Dalam erti kata lain, ada pelajar yang mempunyai gaya pemikiran impulsif dan terdapat pelajar yang mempunyai gaya pemikiran reflektif di dalam sesebuah bilik darjah. Pelajar yang mempunyai gaya pemikiran yang reflektif melibatkan pelajar yang gemar memerhati, berfikir dan membuat gambaran sendiri

terhadap apa yang ditanggapi dalam persekitaran mereka. Mereka mempunyai idea sendiri untuk melakukan penyiasatan, pemerhatian, membuat tafsiran, menilai dan membuat refleksi dalam kemahiran berfikir mereka. Pelajar reflektif gemar mencari kebenaran sejagat, berhati-hati, cermat dan selalu berfikir untuk pelbagai alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka memiliki otak yang cergas, lebih matang dan berwibawa. Manakala pelajar yang mempunyai pemikiran impulsif cepat memberi tindak balas tanpa membuat sebarang penelitian iaitu lebih terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan. Kebiasaannya pelajar impulsif memberikan jawapan yang silap apabila ditanyakan soalan kerana sikap mereka yang suka memberi jawapan secara melulu dan tergopoh-gapah serta hanya menggunakan hipotesis scanning iaitu merujuk hanya kepada satu kenyataan sahaja. Pendapat mereka juga tidak matang dan kurang strategi untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa perbezaan gaya pemikiran berkaitan individu impulsif dan reflektif sangat berkaitan dengan kepelbagaian pengajaran pelajar di dalam bilik darjah. Menurut Witkin (1976), gaya kognitif dapat dimanifestasikan dalam pelbagai tingkahlaku kognitif. Jadi, di dalam bidang pendidikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat diubahsuai ataupun dirancang bagi memberi manfaat kepada pelajar dan kecemerlangan institusi pendidikan. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam Semakan Sukatan Pelajaran 1994. Ia lebih menekankan kepada kepelbagaian kecerdasan pelajar sebagai langkah untuk menggerakkan kognitif mereka untuk meneroka ilmu pengetahuan yang tanpa semapadan. Dengan ini, guru dapat melihat kepelbagaian gaya kognitif pelajar.

13. KONSEP MULTI-FACETED EXPERIANCE

Pembelajaran merupakan suatu usaha yang berterusan yang dilakukan oleh setiap individu untuk menguasai ilmu, nilai dan kemahiran. Pembelajaran itu sendiri adalah satu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'. Pembelajaran berlaku apabila pelajar mengalami sesuatu yang diajar. 'Multi-faceted experience' merupakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai rupa dan bentuk dan dialami oleh seseorang pelajar melalui rangsangan luaran dan dalaman.

Konsep 'multi-faceted experience' ini dipilih kerana pengalaman pembelajaran yang pelbagai adalah penting untuk kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah. Ini kerana proses pembelajaran itu merupakan kombinasi multi-faceted experiance.

Pengalaman pembelajaran yang berkesan ialah yang mana penyediaan dilakukan oleh guru dan perlaksanaannya di dalam bilik darjah mempunyai kesesuaian yang tinggi dengan kehendak dan cara pelajar belajar. Ini adalah sangat penting dalam pengajaran kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah kerana 'Multi-faceted experience' hanya berlaku kepada pelajar sahaja dan guru tidak dapat merasainya. Apa yang boleh dilakukan oleh guru ialah menyediakan keadaan pembelajaran yang sesuai bagi membolehkan pelajar mengalami sesuatu yang diajar. Apabila keadaan yang disediakan sesuai, barulah pengalaman pembelajaran berlaku sebagaimana yang dirancang.

Konsep 'multi-faceted experience' ini berkaitan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar kerana setiap pelajar mempunyai kaedah dan gaya belajar yang berbezabeza. Ini kerana guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang berbeza kepada pelajar. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Pengurusan pengalaman pembelajaran yang pelbagai dipengaruhi oleh pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran, bahan, peralatan dan penyusunan isi pelajaran mengikut kehendak dan kemampuan pelajar yang pelbagai. Seperti diketahui pelajar adalah berbeza daripada pelbagai aspek seperti bakat,

kadar atau had penumpuan, minat dan juga kesediaan untuk belajar. Oleh sebab adanya perbezaan ini, maka seharusnya sesuatu bilik darjah itu mengamalkan bukannya satu kaedah, ataupun satu jenis bahan pembelajaran ataupun juga satu bentuk penyusunan kandungan pelajaran, tetapi menggunakan

kepelbagaian kaedah, bahan dan susunan pelajaran dalam memberikan pelbagai pengalaman pembelajarann kepada pelajar. Melalui cara ini barulah dapat setiap pelajar itu berada dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pengalaman pembelajaran berlaku apabila suasana yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membangkitkan minat pelajar yang pelbagai di dalam bilik darjah. Terdapat beberapa aspek pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru di dalam pengajaran kepelbagaian pelajar untuk menghasilkan multi-faceted experiance. Pertama ialah proses pembelajaran aktif yang memerlukan setiap pelajar bertindak balas terhadap sesuatu kerana di dalam bilik darjah penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran adalah penting. Kedua ialah aktiviti pembelajaran seharusnya bersesuaian dengan kemampuan pelajar iaitu dari segi minat, kemahiran, bakat dan nilai. Ketiga ialah sesuatu aktiviti pembelajaran itu hendaklah bermakna kepada pelajar. Maksudnya di sini adalah seseorang pelajar itu seharusnya dapat mengaitkan antara pelajaran dengan dirinya. Keempat ialah berkait dengan perkembangan individu. Kemampuan serta minat yang berlainan di kalangan pelajar menyebabkan perlunya mengadakan pemilihan aktiviti yang berlaianan untuk mencapai objektif yang sama dan yang terakhir adalah kesesuaian pembelajaran dengan dunia yang sebenar.

Oleh itu multi-faceted experiance adalah sangat penting di dalam pengajaran kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah kerana pelajar yang berbeza memerlukan pengalaman pembelajaran yang berbeza.

14. KONSEP KEUNIKAN BUDAYA

Budaya boleh didefinisikan sebagai cara hidup manusia yang merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Ini dapat dilihat melalui perkataan budaya yang bermaksud budi + daya iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasil. Oleh itu, budaya boleh dijelaskan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep keunikan budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Ciri-ciri budaya ialah budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat, budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa dan budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.

Konsep keunikan budaya ini dipilih dalam pengajaran kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah kerana seperti yang diketahui Malaysia sebagai sebuah negara yang majmuk dan berbilang bangsa mempunyai pelbagai budaya yang berbeza dan ini saling mempengaruhi antara satu sama lain serta telah menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Kepelbagaian kaum ini juga mengundang kepada kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di negara ini dan tidak terkecuali di dalam sistem pendidikan. Oleh itu, adalah penting untuk guru menghadapi karenah pelajar yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran mereka. Ini merupakan satu cabaran yang besar bagi seorang guru.

Konsep keunikan budaya ini sangat berkaitan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah kerana gaya pembelajaran pelajar adalah berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain. Oleh itu, guru yang bijak dalam pengurusan sesebuah bilik darjah yang mana di dalamnya terdapat pelbagai ragam serta gaya pembelajaran pelajar berbilang budaya haruslah memahami, mengenalpasti dan mengkaji latar belakang sosial pelajarnya supaya keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Ini

kerana di dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari cabaran kepelbagaian pelajar yang wujud di dalamnya dan yang penting adalah guru perlu memahami bahawa terdapat perbezaan antara individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang maksimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkahlaku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Selain itu, adalah penting bagi guru untuk memahami setiap budaya yang wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah bilik darjah dan mengelakkan daripada berlakunya sentimen perkauman. Walaupun seseorang pelajar itu berbeza kaum dan agama tetapi guru perlu memberikan perhatian yang sama rata kepada semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang. Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga menggalakkan pelajar dari pelbagai budaya dan latar belakang belajar dan bekerjasama melalui pembelajaran. Oleh itu, guru perlu menggabungkan pelajar dari pelbagai budaya ini dalam sesebuah kumpulan apabila menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan ini, pelajar dapat bekerjasama dan ini akan melahirkan semangat setiakawan di kalangan mereka.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa konsep keunikan budaya sangat penting di dalam pengajaran kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah. Kurikulum pembelajaran juga telah digubal selaras dengan keperluan keunikan budaya yang terdapat di negara ini bagi membolehkan setiap pelajar mendapat pengetahuan yang sama rata. Pengetahuan mengenai latar belakang serta budaya dan gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajarnya.

15. KONSEP KEPELBAGAIAN

Kepelbagaian dalam kontek pengajaran kepelbagaian pelajar merujuk kepada kepelbagaian gaya pembelajaran, kepelbagaian budaya, kepelbagaian kognitif dan kecerdasan, latar belakang keluarga dan kepelbagaian dari segi tahap sosioekonomi yang berbeza-beza di kalangan pelajar yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepda proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru yang bertindak sebagai mentor dan fasilitator perlu memerhati dan mengetahui kepelbagaian yang wujud di dalam bilik darjah agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan efektif dan lancar.

Konsep kepelbagaian ini dipilih dalam pengajaran kepelbagaian pelajar kerana setiap individu pelajar mempunyai tahap pertumbuhan dan perkembangan yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, ia akan memberi kesan yang besar dalam proses pembelajaran mereka dan sangat penting kepada individu pelajar untuk mencapai kejayaan hasil daripada pembelajaran mereka. Satu pemahaman yang mendalam tentang kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran pelajar, tetapi pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan yang paling penting adalah gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan memberi fokus kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran.

Konsep kepelbagaian ini berkaitan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah kerana ia memfokuskan kepada pemahaman terhadap perbezaan individu pelajar dari segi budaya, gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Apabila membincangkan tentang kepelbagaian dari segi budaya pastinya akan disertai dengan kepelbagaian etnik, agama, sosioekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait di antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Oleh itu, guru perlu memahami latar belakang keluarga pelajar, keadaanya ketika berada di dalam kelas, ketika pelajar sedang belajar, ketika bersama kawan-kawan dan guru, penampilannya, gaya percakapannya dan ketika pelajar tersebut berseorangan. Komunikasi yang baik dengan pelajar dapat membantu guru

mendapatkan maklumat berkaitan diri pelajar yang membolehkan guru membantu setiap pelajarnya berjaya dalam proses pembelajaran. Selain itu, setiap pelajar juga berbeza dari segi gaya pembelajaran. Ini adalah kerana setiap pelajar mempunyai bakat, minat, kemahiran dan nilai serta tahap penerimaan pembelajaran di antara pelajar juga adalah berbeza-beza. Kadangkala sebilangan pelajar mudah menerima apa yang telah diajar oleh guru dan sebilangannya kecilnya tidak walaupun kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru adalah sama. Selain itu, guru juga mungkin tertanya-tanya mengapa prestasi sesetengah pelajar tidak sebaik pelajar lain walaupun isi kandungan yang diajar adalah sama. Dengan itu, guru perlu memahami gaya pembelajaran setiap pelajar kerana setiap individu pelajar mempunyai gaya yang tersendiri dalam proses pembelajaran mereka. Oleh itu guru perlu mempelbagaikan kaedah pemgajarannya bagi menarik minat pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza. Contohnya guru boleh menggunakan gaya pembelajaran visual kepada pelajar yang lebih suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau gambarajah. Selain itu, guru juga boleh menggunakan gaya pembelajaran audio kepada pelajar yang gemar belajar dengan mendengar dan bercakap. Pelajar audio suka mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain. Gaya pembelajaran kinestetik boleh digunakan oleh guru kepada pelajar yang suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti membuat latihan dan melakukan kerja amali.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa konsep kepelbagaian ini sangat penting untuk difahami oleh guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pengajaran kepelbagaian pelajar dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar, efektif dan berkesan.

BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Malaysia : Quantum Books. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998). Siri Bimbingan Diploma Perguruan: Psikologi Semester 1. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Ee Ah Meng (2005). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas (Semester 1). Selangor :Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory & Zuraidah Zainol. (2009). Modul Pemikiran Kritis dan Kreatif. Kedah : Pure Honey Enterprise. Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004) . Pedagogi : Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai