Anda di halaman 1dari 22

PANDUAN PENGGUNA

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN


SUMBER MANUSIA
(HUMAN RESOURCE MANGEMENT
INFORMATION SYSTEM)

MODUL PENGURUSAN SARAAN, FAEDAH


DAN GANJARAN

SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA


PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKASURAT


1 PENGENALAN MODUL 3
1.1 PENERANGAN RINGKAS SUBMODUL 3
2 CARA PENGGUNAAN 4
2.1 PERANAN SEBAGAI PEMILIK KOMPETENSI 5
2.2 PERANAN SEBAGAI PENTADBIR 10
PERUBATAN
2.3 PERANAN SEBAGAI PETUGAS KAUNTER 14

2
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

1.0 PENGENALAN MODUL

Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran merupakan salah satu modul
dalam sistem HRMIS. Fungsi Modul ini menyediakan ganjaran berbentuk monetary
dan non-monetary, selari dengan budaya Kerajaan, keperluan pekerja dan
ekonomi, persaingan dan persekitaran pasaran. Ia terdiri daripada:

 Ganjaran – Mengendali pengurusan rekod gaji sebelum pembayaran;


 Faedah – Mentadbir skim faedah para pekerja seperti cuti, pinjaman,
tuntutan dan perubatan;
 Parol – Mentadbir rekod-rekod gaji.

Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran terbahagi kepada lima


submodul iaitu:

 Submodul Pengurusan Saraan


 Submodul Pengurusan Cuti
 Submodul Pengurusan Pinjaman
 Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri
 Submodul Pengurusan Perubatan

1.1 PENERANGAN RINGKAS MENGENAI


SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN
Objektif Submodul Pengurusan Perubatan adalah untuk mewujudkan satu sistem
di mana proses pengurusan perubatan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.
Fasiliti ini membenarkan Pemilik Kompetensi, Pentadbir Perubatan dan Petugas
Kaunter menjana Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) serta
dapat memaparkan Kelayakan Perubatan bagi seseorang Pegawai/Penjawat
Awam.

3
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

2.0 CARA PENGGUNAAN


Berikut merupakan langkah-langkah untuk mencapai Modul Pengurusan Saraan,
Faedah dan Ganjaran (Menu Utama) dan Submodul Pengurusan Perubatan.

Langkah 1:

Klik pada menu Pengurusan Perubatan

Rajah 1 : Paparan Skrin Laman Utama Sistem Pengurusan Maklumat Sumber


Manusia (HRMIS)

4
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

2.1 PERANAN SEBAGAI PEMILIK


KOMPETENSI
1. SEMAKAN KELAYAKAN PERUBATAN

Fungsi ini adalah bagi membolehkan Pemilik Kompetensi membuat Semakan


Kelayakan Perubatan.

Langkah-langkah :

Klik pada Fungsi Semakan Kelayakan Perubatan >> Pemilik Kompetensi.

Rajah 2 : Paparan Skrin Laman Menu Semak Kelayakan Perubatan – Pemilik


Kompetensi

Klik pada Tab maklumat yang perlu dipaparkan:

 Rekod Peribadi
 Profil Perkhidmatan
 Maklumat Gaji
 Senarai Ahli Keluarga
 Kelayakan Wad
 Kelayakan Am Perubatan
 Hospital Kerajaan / Klinik
 Semak Kelayakan Permohonan Perubatan

Rajah 3 : Paparan Skrin Semak Kelayakan Perubatan

5
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

2. PENYEDIAAN SURAT PENGESAHAN DIRI DAN PENGAKUAN


PEGAWAI

Langkah-langkah :

Klik pada Fungsi Penyediaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai
>> Pemilik Kompetensi.

Rajah 4 : Paparan Skrin Laman Menu Penyediaan Surat Pengesahan Diri dan
Pengakuan Pegawai – Pemilik Kompetensi

Klik pada butang OK untuk meneruskan Operasi.

Rajah 5 : Paparan Mesej Pada Skrin Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan
Pegawai

6
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

Klik pada butang CARI untuk memasukkan maklumat yang diperlukan.

Rajah 6 : Paparan Skrin Penyediaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan


Pegawai – Maklumat Pesakit dan Hospital

Carian Pusat Perubatan.

Rajah 7 : Paparan Skrin Carian Pusat Perubatan

Tandakan √ pada Jana No. Rujukan Fail untuk menjana nombor rujukan secara
auto.

Klik butang SIMPAN untuk menjana GL.

7
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

Rajah 8 : Paparan Skrin Penyediaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan


Pegawai – Jana No. Rujukan Fail dan Simpan

Paparan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai yang telah dijana.

Rajah 9 : Paparan Skrin Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai


Sekiranya GL dijana untuk mandapatkan rawatan bagi ahli keluarga/tanggungan:

Tandakan √ pada Tambah Maklumat Tanggungan;


Klik butang Tambah.

8
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

Rajah 10 : Paparan Skrin Penyediaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan


Pegawai – Tambah Maklumat Tanggungan

Tetingkap Senarai Keluarga Pemilik Kompetensi akan dipaparkan.

Rajah 11 : Paparan Skrin Tetingkap Senarai Ahli Keluarga/Tanggungan


Pemilik Kompetensi

Teruskan proses sepert di Rajah 6 hingga Rajah 8 untuk menjana eGL bagi
mendapatkan rawatan Ahli Keluarga/Tanggungan.

9
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

2.2 PERANAN SEBAGAI PENTADBIR


PERUBATAN

1. SEMAKAN KELAYAKAN PERUBATAN


Fungsi ini adalah bagi membolehkan Pentadbir Perubatan membuat Semakan
Kelayakan Perubatan bagi Pemilik Kompetensi di agensi berkenaan.

Langkah-langkah :

Klik pada Fungsi Semakan Kelayakan Perubatan >> Pentadbir Perubatan

Rajah 12 : Paparan Skrin Laman Menu Semak Kelayakan Perubatan –


Pentadbir Perubatan

Untuk membuat carian Pemilik Kompetensi, masukkan COID, No. KP/Polis/


Tentera, Nama atau Unit Organisasi.

Klik butang Teruskan.

Rajah 13 : Paparan Skrin Carian Pemilik Kompetensi

10
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

Hasil Carian akan memaparkan Senarai Maklumat Pemilik Kompetensi.

Klik pada pautan No. KP/Polis/Tentera untuk paparan Semakan Kelayakan


Perubatan.

Rajah 14 : Paparan Skrin Hasil Carian Senarai Pemilik Kompetensi

Sila rujuk Rajah 3 : Paparan Skrin Semak Kelayakan Perubatan untuk langkah
seterusnya.

11
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

2. PENYEDIAAN SURAT PENGESAHAN DIRI DAN PENGAKUAN


PEGAWAI

Fungsi ini adalah bagi membolehkan Pentadbir Perubatan menjana GL bagi


Pemilik Kompetensi di agensi berkenaan.

Langkah-langkah :

Klik pada Fungsi Penyediaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai
>> Pentadbir Perubatan.

Rajah 15 : Paparan Skrin Laman Menu Penyediaan Surat Pengesahan Diri


dan Pengakuan Pegawai – Pentadbir Perubatan

Untuk membuat carian Pemilik Kompetensi, masukkan COID, No. KP/Polis/


Tentera, Nama atau Unit Organisasi.

Klik butang Teruskan.

Rajah 16 : Paparan Skrin Carian Pemilik Kompetensi

12
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

Hasil Carian akan memaparkan Senarai Maklumat Pemilik Kompetensi.

Klik pada pautan No. KP/Polis/Tentera untuk paparan Penyediaan Surat


Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai.

Rajah 17 : Paparan Skrin Hasil Carian Senarai Pemilik Kompetensi

Teruskan proses sepert di Rajah 6 hingga Rajah 11 untuk menjana eGL bagi
Pemilik Kompetensi atau Ahli Keluarga/Tanggungan.

13
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

2.3 PERANAN SEBAGAI PETUGAS KAUNTER

1. PENYEDIAAN SURAT PENGESAHAN DIRI DAN PENGAKUAN


PEGAWAI
Fungsi ini adalah bagi membolehkan Petugas Kaunter di Hospital/Klinik Kerajaan
menjana Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (eGL)

Langkah-langkah :

Klik pada Fungsi Petugas Kaunter >> Penyediaan Surat Pengesahan Diri dan
Pengakuan Pegawai (eGL)

Rajah 18 : Paparan Skrin Laman Menu Petugas Kaunter – Penyediaan Surat


Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (eGL)

1.1 Kaedah Carian Penjawat Awam (Kategori Pegawai)

Operasi ini adalah untuk mencari maklumat Penjawat Awam (Kategori


Pegawai) yang hadir di kaunter hospital/ pusat perubatan/klinik bagi
penjanaan eGL.

14
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

i. Carian Menggunakan Nombor Kad Pengenalan Baru:

Rajah 19 : Paparan Skrin Carian Pegawai – Nombor Kad Pengenalan Baru

1. Di elemen ‘Jenis Kad Pengenalan’, pilih ‘Baru’.


2. Masukkan nombor Kad Pengenalan Baru bagi Pegawai.
3. Di elemen ‘Kategori Pegawai’, pilih ‘Pegawai’.
4. Klik butang TERUSKAN.
5. Maklumat kakitangan Pegawai termasuk tanggungannya (yang
layak) akan dipaparkan.
6. Jika pesakit adalah tanggungan Pegawai, klik pada Nombor di
lajur (column) Bil.
7. Klik Butang PREVIU CETAK untuk menjana eGL.

Rajah 20 : Paparan Skrin Penyediaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan


Pegawai (eGL)

15
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

ii. Carian Menggunakan Nombor Kad Pengenalan Lama:

Rajah 21 : Paparan Skrin Carian Pegawai – Nombor Kad Pengenalan Lama

1. Di elemen ‘Jenis Kad Pengenalan’, pilih ‘Lama’.


2. Masukkan nombor Kad Pengenalan Lama bagi Pegawai.
3. Di elemen ‘Kategori Pegawai’, pilih ‘Pegawai’.
4. Klik butang TERUSKAN.
5. Jika pesakit adalah tanggungan Pegawai, klik pada Nombor di
lajur (column) Bil.
6. Klik Butang PREVIU CETAK untuk menjana eGL.

iii. Carian Menggunakan Nombor Passport:

Rajah 22 : Paparan Skrin Carian Pegawai – Nombor Passport

1. Di elemen ‘Jenis Kad Pengenalan’, pilih ‘Lain-lain’.


2. Masukkan nombor Kad Pengenalan Lama bagi Pegawai.
3. Di elemen ‘Kategori Pegawai’, pilih ‘Pegawai’.
4. Klik butang TERUSKAN.

16
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

5. Jika pesakit adalah tanggungan Pegawai, klik pada Nombor di


lajur (column) Bil.
6. Klik Butang PREVIU CETAK untuk menjana eGL.

1.2 Kaedah Carian Kakitangan Polis Di PDRM


Operasi ini adalah untuk mencari maklumat kakitangan polis yang hadir
di kaunter hospital/klinik kerajaan bagi penjanaan eGL. Terdapat 3
kaedah untuk membuat carian bagi Kakitangan Polis.

i. Carian Menggunakan Nombor Gaji Anggota Polis:

Rajah 23 : Paparan Skrin Carian Kakitangan PDRM – Nombor Gaji Anggota


Polis

1. Di elemen ‘Jenis Kad Pengenalan’, pilih ‘Polis’.

2. Masukkan huruf pertama (G, R atau S) dan diikuti dengan


Nombor Gaji anggota polis berkenaan (7 digit). Nombor gaji ini
boleh didapati dari anggota yang hadir ke kaunter tersebut.

3. Di elemen ‘Kategori Pegawai’, pilih ‘Kakitangan PDRM’.

4. Klik butang TERUSKAN.

5. Maklumat kakitangan PDRM termasuk tanggungannya (yang


layak) akan dipaparkan.

6. Jana eGL seperti biasa.

17
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

ii. Carian Menggunakan Nombor Polis Yang Tertera di Kad Kuasa


PDRM:

Rajah 24 : Paparan Skrin Carian Kakitangan PDRM – Nombor Kad Kuasa


Polis

1. Di elemen ‘Jenis Kad Pengenalan’, pilih ‘Polis’.

2. Sekiranya anggota tidak dapat membekalkan Nombor Gaji,


berdasarkan kepada nombor polis yang tertera di kad kuasa
kakitangan PDRM, masukkan huruf pertama dan diikuti simbol
asterik (*) dan kemudian diikuti dengan nombor di ruangan ‘No
Kad Pengenalan’.

Contoh 1: Nombor di kad kuasa : G/12345


maka masukkan : G*12345

Contoh 2: Nombor di kad kuasa : RF/12345


maka masukkan : R*12345

Contoh 3: Nombor di kad kuasa : S/12345


maka masukkan : S*12345

3. Di elemen ‘Kategori Pegawai’, pilih ‘Kakitangan PDRM’.

4. Klik butang TERUSKAN.

5. Maklumat kakitangan PDRM termasuk tanggungannya (yang


layak) akan dipaparkan.

6. Jana eGL seperti biasa.

18
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

iii. Carian Menggunakan Nombor Kad Pengenalan Baru:

Rajah 25 : Paparan Skrin Carian Kakitangan PDRM – Nombor Kad


Pengenalan Baru

1. Di elemen ‘Jenis Kad Pengenalan’, pilih ‘Baru'.

2. Masukkan nombor kad pengenalan baru di ruangan ‘No Kad


Pengenalan’.

3. Di elemen ‘Kategori Pegawai’, pilih ‘Kakitangan PDRM’.

4. Klik butang TERUSKAN.

5. Maklumat kakitangan PDRM termasuk tanggungannya (yang


layak) akan dipaparkan.

6. Jana eGL seperti biasa.

19
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

1.3 Kaedah Carian Kakitangan Awam Di PDRM

Operasi ini adalah untuk mencari maklumat kakitangan awam yang


bertugas di PDRM yang hadir di kaunter hospital/ pusat perubatan/klinik
bagi penjanaan eGL.

Rajah 26 : Paparan Skrin Carian Kakitangan Awam PDRM – Nombor Kad


Pengenalan Baru

1. Di elemen ‘Jenis Kad Pengenalan’ pilih ‘Baru.

2. Masukkan nombor kad pengenalan baru di ruangan ‘No Kad


Pengenalan’.

3. Di elemen ‘Kategori Pegawai’, pilih ‘Kakitangan PDRM’.

4. Klik butang TERUSKAN.

5. Maklumat kakitangan awam yang bertugas di PDRM serta


tanggungannya (yang layak) akan dipaparkan.

6. Jana eGL seperti biasa.

20
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

1.4 Kaedah Carian Tanggungan Kakitangan PDRM

Operasi ini adalah untuk mencari maklumat Kakitangan PDRM (polis


dan awam) jika yang hadir di kaunter hospital/pusat perubatan/klinik
adalah tanggungan kakitangan PDRM.

Rajah 27 : Paparan Skrin Carian Tanggungan Kakitangan PDRM – Nombor


Kad Pengenalan Baru

1. Di elemen ‘Jenis Kad Pengenalan’ pilih ‘Baru’.

2. Masukkan nombor kad pengenalan baru tanggungan kakitangan


PDRM yang hadir ke kaunter hospital di ruangan ‘No Kad
Pengenalan’.

3. Di elemen ‘Kategori Pegawai’, pilih ‘Tanggungan Kakitangan PDRM’.

4. Klik butang TERUSKAN.

5. Maklumat kakitangan PDRM serta tanggungannya (yang layak) akan


dipaparkan.

6. Jana eGL seperti biasa.

21
PANDUAN PENGGUNA HRMIS 2.0 : TARIKH PENGEMASKINIAN :
SUBMODUL PENGURUSAN PERUBATAN 20/10/2015

1.4 Senarai Pilihan Hospital/Pusat Perubatan/Klinik

Rajah 28 : Paparan Skrin Tetingkap Senarai Pilihan Hospital/Pusat


Perubatan/Klinik

1. Mesej ini akan dipaparkan sekiranya sistem gagal untuk mengenalpasti


nama pusat perubatan Petugas Kaunter (Counter Staff) berada.

2. Pilih Nama Hospital/Pusat Perubatan/Klinik daripada senarai yang


disediakan.

3. Klik TERUSKAN.

4. Jana eGL seperti biasa.

22

Anda mungkin juga menyukai