Anda di halaman 1dari 19

TUTORIAL MINGGU 1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA


MUHAMMAD ROSHIDI NOOR HANIM NUR FATIN CHE KU NOR AZREN 4 PEMED 1

FAKTOR-FAKTOR

KEMATANGAN

PERSEKITARAN

KOGNITIF

PENGERTIAN PEMEROLEHAN BAHASA


Pemerolehan bahasa - penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Seseorang itu tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi memperolehnya daripada bahasa yang diucapkan oleh masyarakat daripada persekitarannya. Proses pemerolehan bahasa berlaku dengan aktifnya pada kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun.

Kebanyakan hasil penyelidikan bahasa mendapati bahawa jangka masa pemerolehan bahasa yang paling kritikan dalam kalangan kanak-kanak ialah antara umur satu tahun hingga lima tahun.( Menurut Awang Mohd Amin, 1979). Sekiranya jangka masa ini terlangkau, maka perkembangan bahasa akan terhalang.

Kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa secara pemerolehan sesudah umur 13 tahun. Mutu bahasa yang diperoleh kanak-kanak pada masa itu bergantung kepada bahasa yang mula-mula didedahkan. Namun demikian, ini tidak bermakna orang dewasa tidak dapat memperoleh bahasa tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbandng dengan kanak-kanak (Krashen dan Terrell, 1983).

PENDAHULUAN
Pemerolehan Bahasa Pertama (B1) Pemerolehan bahasa pertama (B1) terjadi apabila kanak-kanak yang pada mulanya tidak mempunyai bahasa, tetapi kini telah memperoleh satu bahasa. Antara keunikan yang ada pada manusia dapat diperhatikan pada kebolehan kanak-kanak ketika memperoleh bahasa pertama. Bahasa pertama yang dimaksudkan adalah kebolehan kanakkanak untuk memperoleh ujaran demi ujaran sehingga lahirnya sintaksis yang bermakna, sama ada bagi dirinya sendiri ataupun orang lain yang dilawan berinteraksi.

Pada masa yang sama, pemerolehan B1 kanak-kanak adalah lebih tertumpu kepada fungsi komunikasi berbanding bentuk bahasa yang digunakan. Kanak-kanak dikatakan memperoleh sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara formal yang mungkin diperoleh daripada bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat. Contohnya, kanak-kanak boleh menuturkan frasa ma dan pa dengan sendirinya tanpa perlu diajar oleh orang lain. Hal ini demikian kerana dari lahir, kanak-kanak telah dibekalkan dengan alat bahasa atau LAD (Language Acquisition Device). Alat bahasa membolehkan kanak-kanak memperoleh dan menguasai bahasa yang didengar dengan mudah.

Pemerolehan Bahasa Kedua (B2) Pemerolehan bahasa kedua (B2) dikatakan berlaku ketika kanak-kanak mula bersekolah. Bahasa kedua juga diperoleh setelah kanak-kanak dapat menguasai bahasa pertama. Umumnya, hasil belajar B2 tidak sebaik hasil belajar B1. Walau bagaimanapun, proses belajar kanak-kanak terjadi dengan sangat pantas dan lancar kerana otak mereka masih begitu peka menerima rangsangan bahasa. Pemerolehan bahasa merupakan proses yang bersamaan dengan cara kanak-kanak mengembangkan kemampuan dalam B1 mereka.

mereka menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Perkembangan kompetensi dalam bahasa kedua juga dapat dilakukan dengan unsur motivasi. Pemerolehan bahasa kedua yang pantas berlaku bergantung pada suasana persekitaran persekolahan. Hal ini demikian kerana kepelbagaian bahasa etnik di sekolah akan menggalakkan perkembangan bahasa kedua. Contohnya, penggunaan bahasa Inggeris oleh kaum Cina dan India telah menyebabkan perkembangan bahasa kanak-kanak Melayu berkembang kerana mereka akan turut sama menggunakannya.

KOGNITIF
Jean Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif berlaku secara berperingkat-peringkat. 4 peringkat perkembangan kognitif: 1. Peringkat deria motor 2. Peringkat olahan 3. Peringkat olahan konkrit 4. Peringkat olahan formal

Peringkat deria motor


Bermula sejak lahir hingga berumur 2 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak belum mampu menggunakan otaknya. Mereka belum menguasai lambang bahasa. Pada peringkat akhir deria motor, kanak-kanak sudah mempunyai sedikit sebanyak keupayaan untuk berbahasa dan mereka sentiasa berinteraksi.

Peringkat olahan
Bermula pada umur 2 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, mereka sudah boleh menguasai bahasa dan konsep dengan cepat. Mereka menggunakan bahasa untuk pernyataan diri dan berinteraksi dengan persekitarannya. Pada peringkat ini, mereka bukan sahaja menggunakan bahasa untuk bercakap sendirian tetapi juga untuk berbincang, bercerita dan berkomunikasi dengan orang lain di persekitarannya.

Peringkat olahan konkrit


Bermula pada umur 6 hingga 12 tahun. Kanak-kanak sudah boleh menggunakan pemikiran logik, menguasai konsep pengekalan, mengelaskan benda-benda mengikut saiz atau warna dan memahami konsep pembalikan. Perkembangan mental dan penguasaan perbendaharaan kata mereka semakin bertambah.

Mula membaca, menulis dan mengira serta sangat sukar bercakap atau bertutur. Mula menggunakan bahasa secara aktif untuk berkomunikasi dalam bentuk koperatif.

Peringkat olahan formal


Bermula pada umur 12 tahun ke atas. Perkembangan kognitif kanak-kanak mula mencapai kemuncaknya. Mereka dapat memahami banyak perkara dan menyelesaikan masalah secara logik dan abstrak, menyelesaikan masalah-masalah verbal yang kompleks dan mengkaji perasaan serta pemikiran.

PERSEKITARAN
Lingkungan kedudukan kanak-kanak dalam masyarakat serta suasana sekeliling. Faktor kedudukan sosio-ekonomi, perhubungan di dalam keluarga dan kehidupan rumah tangga. Sekolah dan rakan sebaya.

KEMATANGAN ( jantina dan baka)


Kanak-kanak perempuan lebih cepat matang berbanding kanak-kanak lelaki. Mc Carthy (1954) dan Prof. Atan Long (1972) Kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Pertuturan kanak-kanak perempuan lebih mudah difahami.

Kecerdasan dan psikomotor


Mempunyai hubungan yang rapat dengan kebolehan berbahasa. Terman (1925), kanak-kanak cerdas lebih awal bercakap berbanding kanak-kanak yang terencat.

BIBLIOGRAFI
Ab. Rahman Ab Rashid, Yap Kim Fat, dan Ab. Rahim Selamat (1997): Pengajian Melayu 1: Longman Malaysia, Selangor Darul Ehsan. Kamaruddin Haji Hussin : Pedagogi Bahasa. Profesor Emiretus Dr.Abdullah Hassan(2007): Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: PTS Professional, Selangor. NUANSA BAHASA.htm

Anda mungkin juga menyukai