Anda di halaman 1dari 8

HARI PERTAMA 9.00 pagi - bertolak dari Kuala Lumpur (contohnya la kan!) 1.

00 petang - Sampai CH dan check in di apartment Desa Anthurium (contoh lagi la kan!). Mandi dan tenangkan fikiran setelah sembuh dari mabuk akibat jalan berliku Tapah - Cameron. 3.00 petang - Jalan-jalan di Tanah Rata (cuma 1.5km jer), ada bazaar jualan kat tempat parking kereta bersebelahan Majlis Daerah Cameron Highlands. Window shopping kat gerai cenderamata yang banyak di Tanah Rata tapi jangan beli lagi sebab balik lambat lagi kan? Bawa anakanak bermain di Taman Pertabalan Tanah Ratasambil makan goreng pisang yang boleh dibeli dekat-dekat situ. Nak makan burger pun ade! 6.30 petang - Balik ke apartment dan rehat. Solat zuhur dan asar secara jamak dan qasar. Ingat jangan tinggal solat! 8.00 malam - Makan malam di Tanah Rata. Pilihan samada stimboat di restoren Emida, ala thai di gerai Zainab Sam atau gerai Opah, sate atau yong taufu di gerai Hajah Halijah, fast food di Marrybrown, western food di restoren Buluh Perindu. 10.30 malam - Tidur dan simpan tenaga untuk perjalanan panjang esoknya. HARI KEDUA 8.00 pagi - Sarapan di Brinchang. Banyak pilihan di medan selera seperti nasi lemak, roti canai, lontong, mee goreng, beehon goreng dan lain-lain. Datang awal sikit sebab biasanya tempat duduk penuh. 9.30 pagi - Melawat Big Red Strawberry Farm, Cactus Valley. Kedua lokasi ni bersebelahan sahaja. Boleh cuba strawberry waffle dengan strawberry milkshack. Waktu pagi dicadangkan ke sini kerana bandar Brinchang masih lagi kurang sibuk berbanding petang yang dah mula pasar malam. 11.00 pagi - Melawat Arked Peladang.

12.00 pagi - Melawat Cactus Point. 1.00 petang - Balik ke apartment dan rehat sebentar. Boleh makan tengahari di medan selera Tanah Rata atau Brinchang. 2.30 petang- Melawat Taman Agroteknologi Mardi. Waktu petang taman nie dah kurang pengunjung dan segera elakkan bandar brinchang sebab mula sesak sebab pasar malam. 4.00 petang - Melawat Ladang teh Bharat Tea Plantation. 6.30 petang - Rehat sebentar di apartment. 8.00 malam - Pergi pasar malam Brinchang. Masa nie dah tak boleh elak pasal sesak. Semua tertumpu pada waktu nie untuk shopping. Luangkan masa dan wang anda untuk shopping seperti cenderamata, jagung, bunga, sayur, madu dan lain-lain. 11.00 malam - Rehat di apartment HARI KETIGA 8.00 pagi - Sarapan la kat mana-mana pun. Tanah Rata ke Brinchang. 9.00 pagi - Melawat Fragrance Nursery. 10.00 pagi - Membeli belah di Kea Farm. 12.00 tengahari - Balik ke Kuala Lumpur melalui Tapah. Singgah sebentar di Ladang lebah madu dan kalau rajin lagi melawat Boh Plantation di Habu, Ringlet.

BIG RED STRAWBERRY FARM Salah satu tempat menarik yang pasti dikunjungi di Cameron Highlands ialah Big Red Strawberry Farm. Pamplet mengenainya anda boleh dapati di hadapan Pasaraya Jimat di Brinchang, maklumlah tokeh pasaraya dengan Big Red Strawberry Farm in adalah orang yang sama. Dari jalan besar, anda masuk simpang di hadapan Hotel Star Regency, jalan terus hingga jumpa Restoren Nassya. Kat situ akan ada papan tanda besar menunjukkan lokasinya. Yang tak best tu, papan tanda tu betul-betul diatas tempat buang sampah!. Bila anda memasuki lorong ke Big Red tu, anda akan nampak papan tanda satu lagi dan pusat informasi. Ada sorang bangla jaga dan akan bagi anda pamplet.

ARKED PELADANG CAMERON HIGHLANDS

Salah satu tempat menarik untuk membeli belah di Cameron Highlands ialah Arked Peladang Cameron Highlands. Ia terletak ditepi jalan utama Brinchang ke Kea Farm. Hanya lebih kurang 2 km dari bandar Brinchang. Lokasi ini amat meriah di waktu cuti umum dan musim cuti persekolahan.

Dalam perjalanan tu juga anda akan sampai Cactus Valley. Kat sini (Cactus Valley) kalau nak masuk kena bayar, dewasa RM4.00. Anda terus je mendaki untuk ke Big Red.

CACTUS POINT Nama tempat: Cactus Point Lokasi: Lebih kurang 4km dari Brinchang menghala Kg Raja. Ada signboard besar ditepi jalan. Sesapa tak nampak, pergi Yes Optical di Tanah Rata untuk check mata, manalah tahu banyak habuk yang masuk. Tiket: Percuma. Tempat parking kereta memang banyak, nak parking lori untuk borong cactus pun boleh. Tapi waktu cuti, susah jugak nak parking. Tarikan: Antara tempat terbaik untuk beli cactus. Untuk pokok bunga, pilihan tak berapa banyak la pulak. Papan tanda besar untuk kemudahan pengunjung.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Salah satu tempat tarikan pelancong di Cameron Highlands ialahTaman Agroteknologi Mardi. Amat mudah untuk sampai ke taman ini dan jarak dari Bandar Tanah Rata hanya lebih kurang 500 meter. Pengunjung boleh ke taman ini dengan melalui simpang Persiaran Dayang Indah di hadapan klinik kesihatan Tanah Rata dan jalan terus hingga menemui papan tanda masuk ke taman ini. Bayaran dikenakan hanya Rm3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan pelajar. Jika pengunjung datang dengan bas, bayaran hanya RM40.00 untuk satu bas. Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 5 petang dan ditutup selama satu jam iaitu pada pukul 1.00 hingga 2.00 petang. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di taman ini seperti ladang strawberry, ladang teh, kilang teh, petak fertigasi, jualan bunga dan cenderamata. Harga ditawarkan agak berpatutan dan harga adalah tetap sepanjang musim. Maknanya masa cuti atau tidak harga adalah sama, berbanding dengan tempat lain yang mana penjual boleh main harga jika berada pada musim cuti.

Pintu masuk ke Cactus point.

Jom kita tengok apa yang ada di sini. Tempat masuk, kena beli tiket kat sini. Makanan ikan pun ada dijual untuk sesapa nak bagi makan ikan di kolam.

Petak tanaman secara fertigasi, anak pokok masih kecil lagi, jadi nampak macam lapang je. Sekarang sedang ditanam tomato. 3 bulan akan datang, sesapa melawat taman ini bolehlah beli buah tomato murah. Pokok nie nama dia Nolina, masa kecik comel, dah besar mula hilang keanggunannya.

Pusat jualan barangan dan cenderamata, macam macam ada kat sini.

Cactus untuk dijual

Pusat jualan bunga dan cactus. Ada pokok anggur untuk dijual dan kalau tanam kat bawah boleh hidup, kata orang yang jual tu la.

Rumah orkid

Sesuai dengan pusat penyelidikan, Mardi juga menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian seperti plot anggur

BHARAT TEA PLANTATION

Plot buah apple dan pir Pengunjung yang melalui Tapah ke Cameron Highlands pastinya akan menikmati satu pemandangan ladang teh yang menarik kira-kira 5km sebelum sampai bandar Tanah Rata. Itulah ladang teh milik syarikat Bharat Tea Plantation Sdn Bhd. Ia adalah salah satu dari 3 ladang teh yang boleh dilawati di Cameron Highlands selain ladang Boh di Ringlet dan Sg Palas. Ladang teh ini selalu dilawati pengunjung tidak kira musim cuti atau tidak. Ini kerana lokasinya amat mudah ditemui, hanya ditepi jalan besar sahaja. Manakala ladang teh milik Boh Plantation agak jauh dari jalan besar.

Plot sayuran cili dalam kelambu.

Ladang teh nie ada 2 tempat masuk, seperti gambar dibawah adalah tempat parking, pusat jualan dan cafe. Jika makan dicafe, boleh melihat pemandangan ladang teh yang menarik, tapi agak menakutkan bagi sesiapa yang takut ketinggian.

Pintu masuk lagi satu, boleh turun ke bawah dan berjalan-jalan di ladang teh sambil ambil gambar. Kat situ pun ada pusat jualan dan cafe.

Jadi, selamat datang ke Cameron Highlands.

Kilang teh. Bharat tea tidak membenarkan pelawat memasuki kilang teh ini. Pengunjung boleh melawat kilang teh di Boh plantation Ringlet dan Sg Palas.

FRAGRANCE NURSERY

KEA FARM

Nama tempat: Fragrance Nursery Lokasi: Kat jalan besar, lebihkurang 3 atau 4 km dari Bandar Brinchang menghala Kg. Raja. Tiket: Percuma jer... Apa yang menarik: Bunga dalam pasu, peralatan untuk berkebun, orkid dll. Ini pandangan dari tepi jalan, sesapa lalu jalan nie tapi tak jumpa nursery nie, memang sah mata rabun siang. Nama tempat: KEA FARM Lokasi: Di Kea Farm ler....mana lagi!. Kea Farm adalah salah satu dari 7 mukim di Cameron Highlands. Hanya bersebelahan Hotel EQuatorial. Apa yang menarik: Boleh dikatakan semua produk Cameron Highlands ada di sini. Kalau pengunjung mempunyai masa yang amat suntuk di CH, pastikan ke Kea Farm kerana anda boleh dapat segalanya disini. Pandangan dari tepi jalan.

Antara pokok bunga dalam pasu sedia menanti pembeli. Pokok limau kecik pun ada.

LADANG LEBAH MADU

Tempat yang amat menarik untuk dikunjungi di Cameron Highlands ialah Ladang lebah madu. Dengan perkembangan industri bunga di sini kian pesat membangun, maka lebah madu juga menjadi satu perniagaan dan tarikan pelancong ke Cameron Highlands. Lokasi ladang lebah madu ini terletak di Habu, Ringlet, kira-kira 4km dari Ringlet dan 12km sahaja dari Tanah Rata. Oleh kerana jalan masuk ke ladang ini sama dengan jalan masuk ke Boh Plantation, maka pengunjung biasanya akan melawat ladang ini sekaligus melawat Boh Plantation. Boh Plantation hanya 5km sahaja dari ladang lebah madu ini. Pengunjung akan berjumpa 2 papan tanda besar menunjukkan jalan masuk kesana. Satu menunjukkan Boh Plantation dan satu lagi Bee Farm. Dari simpang jalan besar tersebut, ladang ini hanya 650meter sahaja. Seperti di bawah.

Setelah masuk lebih kurang 650meter, pengunjung akan jumpa pintu masuk ke ladang tersebut. Ada tempat letak kereta yang luas disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Laluan masuk ke ladang tersebut.

Anda mungkin juga menyukai