Anda di halaman 1dari 9

Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Kertas Kerja Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling Peringkat IPG

Kampus Rajang

1.0

Pendahuluan/Pengenalan Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti program yang bakal

dilaksanakan yang melibatkan guru-guru pelatih, dan warga IPG Kampus Rajang. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara warga institut dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini diharap dapat menyemaikan ciri-ciri sahsiah bersepadu, interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri kita. Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk membentuk semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga, semasa aktiviti ini dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan di kalangan peserta. Sifat yang baik ini sekiranya diasah boleh dijadikan contoh yang baik kepada generasi yang akan datang. Secara tidak langsung, ia juga akan dapat merangsang pembentukkan sahsiah yang baik di kalangan peserta. Selain itu juga, aktiviti ini juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berinteraksi di mana peserta dapat mengurangkan rasa tekanan dalam pembelajaran. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi maklumat yang diperlukan untuk program ini. 2.0 Tajuk : Pertandingan Bola Jaring (perempuan) dan Bola baling (lelaki dan perempuan) Peringkat Institut Pendidikan Guru, Kampus Rajang

3.0 Unit yang mengemukakan : Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Biro Sukan dan Rekreasi Pensyarah Penasihat Bola Jaring PISMP Semester 2 4.0 4.1 Rasional/ Matlamat dan Objektif : Rasional/ Matlamat : Memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan guru-guru pelatih dan semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Selain itu juga, aktiviti ini dapat mengaplikasikan kemahiran asas dalam kalangan pelajar. Di samping itu, ia dapat melahirkan sifat kepimpinan dan merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar. 4.2 Objektif : Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat : (a) melahirkan generasi pelajar yang mempunyai semangat kesukanan yang kuat. (b) mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara warga IPG Kampus Rajang (c) melahirkan guru yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama, semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab. 5.0 Tarikh dan tempat pertandingan Tarikh : 9 11 Ogos 2010 ( Bola Jaring) 20 22 September 2010 ( Bola Baling) Tempat : Gelanggang Bola Jaring dan Bola Baling, IPG Kampus Rajang

6.0

PENYERTAAN

1. Setiap kumpulan wajib untuk menyertai dan menghantar 1 pasukan untuk setiap permainan yang dipertandingkan. y y y y y y y y y y y y y y y y y PISMP BM SEM 8 PISMP PS SEM 4 PISMP PRA SEM 4 PISMP BM SEM 2 PISMP PEM. BC SEM 2 PISMP BC SEM 2 PISMP PS SEM 2 PPISMP PEM. BM SEM 3 PPISMP BM SEM 3 PPISMP PEM. BC SEM 3 PPISMP PJ SEM 3 PPISMP BM 1 SEM 1 PPISMP BM 2 SEM 1 PPISMP PSV SEM 1 KPLI MALAYSIAKU NEGARAKU SEM 1 KPLI SAINS SEM 1 KPLI PEMULIHAN SEM

Pensyarah terlibat untuk Bola Jaring dan Bola Baling Hari pertama Hari kedua En K. Raja , Cik Hong Moi Hiong , Puan Aliza / Encik K.Raja En Ling Chung Yeo , Cik Hong Moi Hiong , Puan Aliza / En Ling Chung Yeo Hari ketiga Pn Florina , Cik Hong Moi Hiong , Puan Aliza / Pn Florina

7.0

Jawatankuasa Pertandingan

Pensyarah Penasihat : Encik K.Raja Ketua Biro Sukan dan Rekreasi : Donny Segie Thomas Setiausaha : Felicia Kiai AJK Peralatan dan Kebersihan : Mohamad Shahrizan AJK Keselamatan dan Publisiti : Mohamad Azraf Pengadil Pertandingan : 1. Felicia Kiai 2. Mahakendra Ak Akang 3. Jong Soo Chin 4. Eriana Binti Kamat 5. Vallerie Jirum 6. Stephanie Anthong 7. Nur Syuhada PISMP BM Semester 2 PISMP BM Semester 2 PISMP BM Semester 2 PPISMP PJ Semester 3 PPISMP PJ Semester 3 PPISMP BM Semester 3 PPISMP PJ Semester 3

8.0 Perbelanjaan Perbelanjaan Hamper Makanan dan minuman Peti kecemasan Perbelanjaan lain Jumlah Anggaran Kasar (RM) 100.00 30.00 10.00 30.00 RM 170 .00

Kutipan sebanyak RM 10.00 bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling .

Hadiah Pemenang bagi Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling akan mendapat Hamper dan saguhati ( bagi tempat keempat ) . KEPUTUSAN Johan Naib Johan Tempat Ketiga Tempat Keempat Nilai Hamper ( RM ) 40 30 20 10

SYARAT PERTANDINGAN BOLA JARING (Perempuan Sahaja) 1. Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem kalah-mati. 2. Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAHMATI,jika keputusannya berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama lima (5) minit tanpa rehat. b) Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan Penggantian, sepertimana terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan, akan dilaksanakan. c) Setelah masa tambahan lima (5) minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama lima (5) minit lagi tanpa rehat. d) Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

BOLA BALING (LELAKI DAN PEREMPUAN) 1. Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuhnya masa : a) Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima minit. b) Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi. c) Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan 7 akan dijalankan kecuali dalam perlawanan akhir. d) Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan.

BORANG PENYERTAAN (BOLA JARING)

NAMA KUMPULAN :

PENGURUS PASUKAN : KETUA PASUKAN : SENARAI NAMA PEMAIN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. KUMPULAN

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN _________________________________ ( )

***Yuran penyertaan sebanyak Rm10.00 bagi setiap kumpulan.Borang Penyertaan boleh diserahkan kepada Donny Segie ( 0135600808 ) , Felicia Kiai ( 0198058334 ) , Mohamad Azraf ( 0145994649 ) dan Mohamad Shahrizan ( 0148892865 )

BORANG PENYERTAAN (BOLA BALING)

NAMA KUMPULAN :

PENGURUS PASUKAN : KETUA PASUKAN : SENARAI NAMA PEMAIN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. KUMPULAN

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN _________________________________ ( )

***Yuran penyertaan sebanyak Rm10.00 bagi setiap kumpulan . Borang Penyertaan boleh diserahkan kepada Donny Segie ( 0135600808 ) , Felicia Kiai ( 0198058334 ) , Mohamad Azraf ( 0145994649 ) dan Mohamad Shahrizan ( 0148892865 )

6.0

Penutup Semoga apa yang dirancangkan akan dapat direalisasikan dengan menepati segala objektif yang digariskan. Diharapkan semua pihak dapat memberi

kerjasama bagi menjayakan Pertandingan Bola Jaring Peringkat IPG Kampus Rajang.

Yang menjalankan tugas,

................................................................... ( Donny Segie Thomas ) Biro Sukan dan Rekreasi Sesi 2010/2011, Jawantankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, 96509 Bintangor.

Anda mungkin juga menyukai