1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya 3) Sangat elok dan sempurna wajahnya 4) Baginda memilik perasaan yang halus 5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan 6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan 7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang 8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain 9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas 10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya 11) Suka membalas hadiah 12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk 13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya 14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya 15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa 16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya 17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka 18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama 19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun 20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat 21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas 22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya 23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut 24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara 25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan 26) Amat kasih terhadap umatnya 27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya 28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah 29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan 30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka 31) Suka menziarahi orang sakit 32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya 33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap 34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi 35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan 36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena 37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)
Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita