Anda di halaman 1dari 1

Wanita disana sini (Part 2)

Gah sungguh andai nama tercatat sebagai diantara wanita yang


berpengaruh
didunia. Seakan dunia milik mereka. Kemungkinan itulah tanggapan
sesetangah
orang terhadap beberapa orang wanita yang menerajui kehebatan wanita di
dunia kini.

Wajah-wajah mereka sering menghiasi dada-dada akhbar. Sonia Gandhi,


Megawati
Sukarnoputri, Macapagal Arroyo adalah termasuk barisan wanita Asia yang
terkemuka. Kedudukan mereka dikatakan setanding dengan Hillary Clinton,
Sarah Bush dan wanita-wanita Barat lain. Mereka diiktiraf hebat kerana
menerajui kepimpinan atau jentera pemerintahan negara disamping
mengetuai
beberapa syarikat gergasi dunia. Nama mereka terukir didalam sejarah.

Jika dilihat dari satu sudut, memang mereka diperakui berjaya dan
berkarisma. Tetapi adakah mereka juga berjaya dalam kehidupan mereka?.
Adakah mereka menjadi hamba-hamba yang taat pada Pencipta juga berjaya
dalam
konteks wanita berkeluarga?.

Hebat dan gah bukan dipandang dari satu aspek atau sudut pandang,
tetapi
hebat dan berjaya itu dilihat dari berbagai konteks kehidupan. Mereka
mungkin dikatakan hebat tetapi hanya untuk masa sekarang.

Mengimbau kenangan silam, seolah seperti ianya berlaku semalam. Menurut


seperti yang telah diperturunkan dan dibenarkan dalam sirah junjungan,
hebatnya Siti Khadijah sebagai Srikandi Islam. Berjaya dalam kerjaya
juga
rumahtangga. Apa yang pentingnya, berjaya mencapai ketaatan dan
kesolehan
sebagai hamba pada Sang Pencipta. Kehebatan yang tiada siapapun dapat
menyangkalnya. Kehebatan yang diperakui sedari dulu hingga sekarang
bahkan
dimasa hadapan. Seindah ketaatan langit, setulus kepatuhan bumi.
Srikandi-srikandi Islamlah yang wajar dicontohi dulu, kini dan selamanya

Anda mungkin juga menyukai