Anda di halaman 1dari 7

KURIKULUM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 1.

PENGENALAN Pendidikan Islam merupakan satu subjek penting yang terdiri dari al-Quran, Ulum Syariyyah dan Jawi. Bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan dari segi kualiti dan kuantiti mata pelajaran ini, maka pelbagai usaha dan program diatur oleh Panitia Pendidikan Islam sama ada dalam jangka pendek mahupun panjang. Perancangan Strategik Panitia Pendidikan Islam merupakan suatu usaha untuk menetapkan hala tuju panitia ini agar dapat menyumbang ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Justeru, Perancangan Strategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang dirangka bagi merealisasikan hasrat sekolah untuk mencapai kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang. VISI Melahirkan murid yang 100 % mendapat paling minima lulus C dalam matapelajaran Pendidikan Islam menjelang 2013. MISI - PEMULIHAN DAN PENGAYAAN Pemulihan >: Mengenalpasti murid yang lemah dalam Pendidikan Islam dan >>>>>>>>>diberi pemulihan secara individu. Pengayaan : Murid yang cemerlang akan diberi latihan pengayaan yang lebih mencabar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN/ BERFOKUS 1. Mendedahkan murid kaedah membaca al-Quran yang betul. 2. Memaksimakan penggunaan surau dan bilik j-QAF. 3. Menjana murid celik al-Quran. 4. Memperbanyakkan kaedah pengajaran melalui ICT . LATAR BELAKANG SEKOLAH - Mempunyai kemudahan peralatan yang mencukupi seperti makmal computer, CD, LCD, bilik tayangan dan juga bahan rujukan.

- Murid seramai 641 orang dan berasal dari kawasan luar bandar yang mempunyai pendapatan sederhana dan rendah. - Keluarga murid dari kawasan perkampungan yang majority bekerja sendiri dan sebagai petani serta penoreh getah.

SENARAI GURU PENDIDIKAN ISLAM

ANALISA SWOT KEKUATAN 1. 90% guru Pendidikan Islam terlatih dan berpengalaman. 2. Guru Pendidikan Islam masih muda dan sihat. 3. Semua guru Pendidikan Islam adalah guru opsyen dengan pengkhususan bidang Pendidikan Islam. 4. Guru-guru Pendidikan Islam adalah guru-guru yang bersemangat tinggi. 5. Sekolah mempunyai makmal komputer yang lengkap dan boleh digunakan untuk P&P dengan menggunakan perisian interaktif, internet dan sebagainya. 6. Terdapat bilik-bilik khas iaitu MUSOLLA dan BILIK PEMULIHAN JAWI atau Bilik j-QAF yang menyimpan pelbagai bahan P&P. 7. Terdapat pelbagai program pengayaan dan pemulihan untuk meningkatkan prestasi Pendidikan Islam.

KELEMAHAN/ KEKURANGAN/ HALANGAN 1. Terdapat murid yang tidak bermotivasi dan lemah dalam bacaan al-Quran dan Jawi. 2. Terdapat murid-murid yang menganggap Pendidikan Islam bukan subjek penting dan tidak termasuk dalam peperiksaan UPSR. 3. Murid-murid kurang berminat mempelajari/ mendalami bacaan Al-Quran dan Jawi.

PELUANG 1. Kerjasama PIBG yang baik. 2. Semua guru Pendidikan Islam berkemahiran. 3. Guru Pendidikan Islam berkebolehan dalam ICT dan penggunaan perisian interaktif. 4. Sebahagian pelajar mempunyai latar belakang yang baik dan berkemampuan. 5. Sokongan dan kerjasama yang baik dari pihak pentadbiran. 6. Sekolah yang terlibat dengan program jQAF. ANCAMAN 1. Sebahagian murid lebih gemar bermain daripada membaca buku pada waktu lapang. 2. Sebahagian ibu bapa kurang menanamkan budaya membaca Al-Quran dalam kehidupan harian. 3. Anasir negatif di kawasan persekitaran yang mempengaruhi sahsiah murid. 4. Ibu bapa kurang memberi penekanan/ perhatian terhadap Pendidikan Islam di rumah. 5. Sebahagian murid tidak ke kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) ANALISA KEPUTUSAN PKSR

PELUNJURAN REKOD PENCAPAIAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2010 HINGGA 2014

PERANCANGAN STRATEGIK 2011 HINGGA 2013

PELAN TAKTIKAL PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2011 TEMPOH PELAKSANAAN : 1 TAHUN ( 2011) ASPEK >>>>>>>>>>>>>> ::: KURIKULUM OBJEKTIF >>>>>>>>>>>> : Murid dapat mempertingkatkan kefahaman mengenai kemahiran berkaitan kepada 98% pada tahun 2011.

PELAN OPERASI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2011 NAMA PROGRAM >>>>>>>>::: Mentor Mentee OBJEKTIF JANGKA PENDEK : Menguasai bacaan al-Quran dan Iqra

Anda mungkin juga menyukai