Anda di halaman 1dari 1

Mana Letak KeIslaman Kita

"Islam bertapak sejak kurun 16. Benar kita kerap dijajah oleh kuasa kafir
sehingga 1957. Mengikut sejarah, semangat Melayu ya'ani Islam sungguh kental
diwaktu negara sedang dijajah. Agamalah yang telah membuat orang Melayu
sedar dan bersatu teguh.

Malangnya, setelah merdeka sehingga kehari ini, semangat ini makin pudar.

Kita gagal mempertahankan agama, jauh sekali kesedaran dan sikap bersatu
teguh.

Ada agama, ianya diperlekehkan. Buktinya orang Islam sudah tidak kenal halal
dan haram :

Ada Tun dan Tan Sri dan Datuk Melayu jadi Pengarah Syarikat Judi.

Ada Tan Sri dan Datuk Melayu jadi Pengarah Syarikat Arak.

Ada Tun, Tan Sri, Datuk dll. Melayu rancak melibatkan diri dalam Perniagaan
Bank, yang terang-terang berpandukan 'Riba'.

Ada Toh Puan, Dato, Datin Seri, Datin, Puan Sri dll. Melayu yang tidak mahu tutup
aurat (seperti dituntut).

Ada Toh Puan, Dato, Datin Seri, Datin, Puan Sri dll.

Melayu yang berani melawan hukum Syarak.

Tak payahlah pula disebut panjang tentang Melayu yang lalai dan asyik
bergelumang dengan maksiat.

KITA GAGAL UNTUK MEMPERTAHANKAN KEISLAMAN KITA!

Anda mungkin juga menyukai