Anda di halaman 1dari 1

Dalam sebuah negeri, seorang raja berdukacita kerana puterinya belum bertemu jodoh.

Memandangkan baginda tidak mempunyai putera untuk mewarisi takhtanya, baginda berharap mendapat seorang menantu yang layak untuk menjadi menantunya dan pada masa yang sama mewarisi takhtanya. Baginda akhirnya mendapat idea. Bagida mengumpulkan semua rakyat di satu tempat. Di tempat itu ada sebuah paya yang dipenuhi buaya. Baginda mengarahkan barang siapa yang dapat menyeberangi paya itu hingga ke seberang, maka orang itu akan menjadi menantunya. Suasana pada ketika baginda memberikan arahan itu menjadi riuh rendah. Mereka semua memandang paya yang penuh dengan buaya yang sedang mengangakan mulutnya. Tiada seorangpun yang berani! Lalu, mereka bertolak-tolakan bimbang akan disuruh/dikerah untuk menyeberangi paya itu. Dalam kekalutan dan kekecohan itu, tiba2 semua org terkejut kerana ada seorang pemuda berjaya menyeberangi paya itu. Dia berhenti di seberang dengan keadaan terpinga-pinga. Tanyakan beberapa soalan kpd murid2 dan suruh mereka ke hadapan utk menjawab. Contoh: 1. Mengapa tidak ada siapapun yg berani menyeberangi paya itu? 2. Bagaimana pemuda tadi boleh melepasi paya itu? *Yang ni best ada mcm2 jawapan. Tp ada jawapan paling best yg buat perhimpunan kami riuh rendah .dia jawab sebab pemuda tu pakai seluar dalam crocodile! Contoh 1. Tidak Tidak Jawapan diri sendiri. keyakinan diri. dptkan sesuatu.

Semua ada mahu

org pentingkan keberanian dan berusaha untuk

2. Pemuda tu sebenarnya tak nakpun menyeberang dan tak ada hasrat nak jadi menantu raja tetapi dlm keadaan org riuh rendah dan bertolak2an, dia tertolak ke depan dan hampir jatuh kedlm paya. Jadi, hendak tak hendak dia terus menyeberang utk selamatkan diri. Moralnya : Dalam keadaan terdesak, kita mampu untuk melakukan apa2 sahaja. Kalau kau nak cerita, kena cerita dgn nada dan gaya yg betul.

Anda mungkin juga menyukai