Anda di halaman 1dari 4

ASNURAIDA BT ABDULLAH FARZAN AFILA BT NORDIN WAN ROSLIZA BT WAN ABD RAHMAN.

WANITA DAN SUKAN


Program pembangunan sukan adalah penting bagi mewujudkanbudaya bersukan di kalangan rakyat Malaysia termasuk wanita selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan rakyat agar mengamalkan gaya hidup sihat serta mencapai kecemerlangan dan pengiktirafan dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan danantarabangsa.

Di samping meningkatkan akses kepada kemudahan sukan dan riadah untuk wanita, pelaksanaan program pembangunan sukan hendaklah mengambil kira keperluan dan kemampuan wanita di pelbagai peringkat bagi memastikan penyertaan wanita dipertingkatkan dalam pelbagai aktiviti sukan dan riadah.

Sokongan kepada wanita dalam sukan perlu ditambah baik bagi menggalakkan wanita menceburi bidang sukan seperti menerusi pemberian peluang untuk melanjutkan pelajaran dan mendapatkan pekerjaan. Dengan adanya lebih ramai wanita bergiat aktif dalam bidang sukan, bilangan atlet, jurulatih dan pegawai sukan wanita dapat dipertingkatkan. Selain itu, wanita kurang upaya juga perludigalakkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukan dan menyumbang ke arah pembangunan sukan di kalangan orang kurang upaya.

Anda mungkin juga menyukai