Anda di halaman 1dari 9

TIP UPSR TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 BAHAGIAN A

PERHATIAN KEPADA CALON


1. 2. 3. 4. Calon perlu membina ayat yang lengkap berdasarkan gambar. Tiada pilihan soalan bagi bahagian ini. Calon wajib menjawabnya. 10 markah diperuntukkan bagi soalan ini. Masa yang dicadangkan ialah 15 minit.

BENTUK SOALAN
Soalan di bahagian ini berkemungkinan akan ditanya dalam tiga bentuk, iaitu: a. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar. Atau b. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti dalam gambar. Atau c. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN


Bagi menjawab ketiga-tiga bentuk soalan tersebut, calon-calon hendaklah: a. Meneliti gambar. b. Mengenal pasti setiap objek yang terdapat dalam gambar. c. Membubuh tanda pada lima objek utama dalam gambar. (Objek yang paling sesuai untuk menghasilkan ayat yang baik dan sesuai dengan idea keseluruhan gambar) d. Menulis kata kerja yang tepat di sebelah objek tersebut. (terutamanya bagi menjawab soalan bentuk c) e. Membina ayat menggunakan kata kerja yang telah ditulis. f. Bagi soalan bentuk a dan c, calon boleh membina ayat berdasarkan objek yang ditanda, tanpa menggunakan kata kerja. Namun begitu untuk lebih selamat gunakanlah kata kerja yang telah ditanda bagi membina ayat yang baik dan lengkap. g. Untuk membina ayat yang lengkap, calon-calon hendaklah menggunakan empat atau lima komponen ayat. h. Pastikan kamu tidak berlakon dalam bahan grafik ini. (Jangan gunakan perkataan saya dalam ayat)

CONTOH BINAAN AYAT

Perkara (apa/ siapa)

Kata Kerja

Latar Tempat

Sebab (mengapa?) atau (bagaimana?) atau (ikut kesesuaian) untuk dijual kepada peraih. Atau dengan menggunakan pukat tarik. (Sesuai dengan gambar) supaya badannya sihat. Atau dengan anggota keluarganya yang lain. (Sesuai dengan gambar) kerana anjing itu nampak pencuri. Atau Sehingga saya dan keluarga terjaga daripada tidur. (Sesuai dengan gambar)

Contoh: 1. Nelayan itu

menangkap ikan

di laut

2. Hani

bersenam

di taman itu

3. Anjing itu

menyalak dengan kuat

A. Contoh binaan ayat yang lengkap (2 markah):


1. Nelayan itu menangkap ikan di laut untuk dijual kepada peraih. Atau Nelayan itu menangkap ikan di laut setiap hari dengan menggunakan pukat tarik. (5 komponen ayat) 2. Hani bersenam di taman itu supaya badannya sihat. Atau Hani bersenam di taman itu dengan anggota keluarganya yang lain. (5 komponen ayat) 3. Anjing itu menyalak dengan kuat kerana anjing tersebut nampak pencuri. Atau Anjing itu menyalak dengan kuat sehingga saya dan keluarga terjaga daripada tidur. (4 komponen ayat. Tiada latar tempat)

B. Contoh binaan ayat yang tidak lengkap (1 markah atau kurang daripada 1):
1. 2. Nelayan menangkap ikan. Hani bersenam di taman.

3. Anjing itu menyalak. Walau bagaimanapun, ayat yang dibina hendaklah bersesuaian dengan perkara yang terdapat dalam gambar. Calon tidak perlu memasukkan latar masa dalam ayat kerana tidak dinyatakan dengan jelas tentang masa bagi sesuatu peristiwa dalam gambar berlaku.

CONTOH MEMBINA AYAT YANG LENGKAP BERDASARKAN GAMBAR


Calon yang membina ayat yang lengkap (tanpa kesalahan) akan diberikan markah penuh, iaitu dua markah bagi setiap ayat. Manakala calon yang membina ayat yang tidak lengkap sudah tentu markahnya kurang daripada dua. Oleh itu, calon-calon dinasihati agar membina ayat yang lengkap untuk memperoleh markah penuh bagi setiap ayat

yang dibina.

Contoh Ayat yang Lengkap Pak Dolah mengait rambutan di dusunnya dengan galah yang panjang kerana pokok rambutan itu tinggi. Hana mengutip buah rambutan yang jatuh ke tanah lalu memasukkannya ke dalam bakul.

Contoh Ayat yang Tidak Lengkap Pak Dolah mengait rambutan. Hana mengutip buah rambutan.

BAHAGIAN B
Soalan respons terbuka (Karangan biasa) ARAHAN KEPADA CALON
1. 2. 3. 4. 5. Terdapat tiga pilihan soalan diberikan dalam bahagian ini. Calon perlu menulis satu karangan sahaja. 30 markah diperuntukkan bagi soalan ini. Masa yang dicadangkan ialah 40 minit. Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

PANDUAN KEPADA CALON


1. 2. 3. 4. 5. Membaca setiap soalan yang dikemukakan. Memilih soalan yang benar-benar diketahui isi atau kehendaknya. Mengenal pasti kata kunci dalam soalan. Membuat peta minda sebelum menulis. Menyenaraikan kosa kata luas yang berkaitan dengan tajuk, termasuklah peribahasa dan kata-kata yang berunsur nilai murni. Contohnya bagi tajuk Kebakaran, senaraikan perkataan yang mungkin digunakan dalam karangan seperti: berkepul-kepul, marak, merebak, bertungkus-lumus, ahli bomba, memancutkan, kerugian, putih mata, bekerjasama, bersyukur, dan sebagainya. 6. Menentukan bahagian pendahuluan, isi (3 atau 4 isi) dan penutup karangan. 7. Memulakan karangan dengan pendahuluan yang baik. (Ingat, bukan isi). 8. Menghuraikan setiap isi yang dipilih (Sama ada isi, huraian, contoh atau isi, contoh, huraian atau sebaliknya) 9. Menggunakan pelbagai jenis ayat, sama ada ayat tunggal, ayat majmuk dan juga ayat penyata atau ayat kehendak. 10. Menggunakan penanda wacana yang sesuai pada awal perenggan atau antara ayat dalam perenggan bagi memperlihatkan kesatuan idea yang baik. 11. Menulis penutup karangan, sama ada dengan cara menyimpul isi, penyoalan, peribahasa harapan ataupun cadangan.

Contoh pendahuluan karangan, isi dan penutup bagi soalan Kebaikan Menyertai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah

Contoh Pendahuluan

Kokurikulum merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh murid di luar bilik darjah seperti menyertai permainan, persatuan dan badan uniform. Setiap murid diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah kerana aktiviti ini terdapat banyak kebaikannya. Menyertai kegiatan kokurikulum akan dapat menyihatkan badan. (Isi) Dengan melakukan pelbagai aktiviti permainan seperti badminton, bola jaring dan bola keranjang akan menjadikan badan kita sihat. (Contoh) Hal ini demikian kerana badan kita akan mengeluarkan peluh semasa bermain. (Huraian) Kita patut ingat bahawa badan yang sihat akan menjadikan otak kita cerdas. (Peribahasa atau kosa kata luas)

Contoh isi dan huraian

Contoh Penutup

Oleh sebab penyertaan dalam kegiatan kokurikulum mempunyai faedah yang banyak, maka setiap murid wajib menyertainya. (Menyimpul isi) Ibu bapa patut menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti yang disediakan di sekolah. Guru-guru pula patut menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik supaya murid berasa seronok untuk menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. (Harapan/ Cadangan/ Penegasan)

BENTUK SOALAN
Biasanya karangan yang dipelajari dapat dikategorikan seperti yang berikut: A. Karangan jenis Kepunyaan Contoh soalan:

Keluarga Saya Haiwan Kesayangan Saya Sekolah Saya Perpustakaan Sekolah Saya Negara Saya

Cara yang paling mudah untuk menjawab soalan ini adalah dengan mengemukakan soalan yang sesuai, contohnya, apa? (Pendahuluan), Bagaimana? (Isi), Mengapa? (Penutup), dan beberapa soalan lain bagi setiap isi. Contoh Soalan Negara Kesayangan Saya

Calon dapat menjawab soalan lain yang sejenis menggunakan cara ini. Misalnya karangan Kampung Saya dan sebagainya. Isi karangan yang sama dapat ditukar ke dalam bentuk surat kiriman, rencana dan sebagainya.

B. Karangan jenis Berkunjung, atau Pergi atau Melawat Contoh soalan:

Berkunjung ke Pameran buku Pergi ke Dusun Datuk Melawat ke Melaka atau Satu Tempat yang Pernah Saya Lawati Pergi Berkelah atau Berkelah di Tepi Laut

Pergi Berkhemah Cara yang paling mudah untuk menjawab soalan jenis ini adalah dengan cara mengemukakan soalan bila? (Pendahuluan) Buat apa? (Isi) Bila balik? (Penutup) dan soalan yang lain dalam setiap isi.
Contoh Soalan Berkelah di Tepi Laut Lihat peta minda di bawah. Huraikan isinya seperti contoh karangan di atas.

1. Secara ringkasnya, untuk menjawab soalan jenis ini calon perlu menulis:

masa, tempat, individu yang terlibat, cara pergi dan tujuan tiba, perkara yang dilakukan } Isi } Isi perkara lain yang dilakukan (3 perkara/ isi)

} Pendahuluan

balik 2. Calon boleh 3. Calon boleh sahaja. 4. Calon-calon

} Penutup menulis isi. menggunakan cara ini untuk menulis karangan yang sejenis. Yang perlu dilakukan hanya menukar isinya boleh menukar bentuk karangan kepada bentuk:

Surat kiriman Laporan Berita atau sebagainya

C. Karangan jenis Peristiwa

Contoh soalan:

Sambutan Hari Lahir Saya Hari Sukan Sekolah Saya Hari Kanak-kanak Sambutan Hari Guru di Sekolah Saya

Sambutan Hari Kebangsaan Tiga perkara penting yang perlu diketahui oleh murid untuk menjawab soalan ini, iaitu:
Perkara yang berlaku sebelum sesuatu peristiwa (Pendahuluan) Semasa peristiwa berlangsung (3 atau 4 isi tentang apa yang berlaku pada masa itu) Selepas sesuatu peristiwa disambut (penutup)

Contoh Soalan Sambutan Hari Kebangsaan di Tempat Saya

1. 2.

Calon boleh menggunakan teknik carian isi yang sama untuk menulis tajuk lain yang seragam. Yang penting, tukar isinya sahaja. Calon juga boleh menggunakan isi ini untuk menulis karangan dalam bentuk lain seperti karangan berita, surat kiriman tidak rasmi dan sebagainya. Selain jenis karangan yang dibincangkan, terdapat juga karangan jenis fakta dan juga jenis autobiografi.

3.

BAHAGIAN C
1. Soalan ini memerlukan calon menterjemah nilai atau pengajaran daripada teks. 2. Tiada pilihan soalan. Calon wajib menjawabnya. 3. Markah yang diperuntukkan ialah 20.

4. Masa yang dicadangkan ialah 20 minit. 5. Panjang jawapan tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

PANDUAN UNTUK CALON


1. Untuk menjawab soalan ini, calon perlulah:

membaca teks yang diberikan dengan teliti. menggarisi lima ayat atau frasa yang mengandungi nilai murni atau pengajaran. (ikut kehendak soalan) mengenal pasti nilai atau pengajaran yang tersirat daripada ayat atau frasa tersebut. menulis pengajaran atau nilai yang dikenal pasti dalam satu perenggan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.

CONTOH SOALAN
Tulis beberapa pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Contoh petikan

Contoh jawapan Terdapat beberapa pengajaran yang diperoleh daripada petikan, iaitu kita hendaklah menghormati tetamu yang datang ke rumah kita seperti ibu Hanim. Selain itu, kita patut bersikap baik di hadapan tetamu supaya kita dihormati. Kita tidak sepatutnya mencontohi sikap Aizad yang degil. Sebagai seorang anak, sewajarnya kita mematuhi nasihat ibu bapa agar kita lebih disayangi oleh ibu bapa. Apabila kita melakukan sesuatu kesilapan seharusnya kita berasa insaf dan memohon maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan, sebagaimana Azim yang memohon maaf daripada ibunya setelah dia sedar akan kesilapannya. Dan, sepatutnya kita berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut, seperti yang dilakukan oleh Aizad. Walau bagaimanapun, untuk menjawab soalan ini, calon perlulah membaca soalan dengan teliti. Pastikan kehendak soalan, sama ada perlu menyatakan pengajaran, nilai murni ataupun nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan yang diberikan.

CONTOH SOALAN 2
Tulis beberapa nilai murni dan pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Contoh petikan

Contoh jawapan Terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang dapat kita contohi daripada petikan di atas. Antaranya ialah nilai berhati-hati. Kita patut berhati-hati semasa melintas jalan supaya kita selamat. Selain itu nilai menjaga kebersihan juga diselitkan dalam petikan. Kita hendaklah membersihkan bilik darjah supaya dapat belajar dengan selesa serta tidak dijangkiti penyakit. Dalam petikan juga terdapat nilai menghargai jasa. Sewajarnya kita menghargai jasa guru yang telah mengajar kita seperti yang dilakukan oleh Azli dan rakan-rakannya. Nilai lain yang terdapat dalam petikan ialah nilai menghargai masa. Seharusnya kita menghargai masa seperti Faiz dan Azli kerana masa itu emas. Seterusnya nilai mematuhi peraturan juga terdapat dalam petikan. Sebaik-baiknya kita mematuhi peraturan walau dimana-mana kita berada supaya tidak menyusahkan orang lain. Oleh itu amalakan lah sikap seperti yang ditunjukkan oleh Faiz dan Azli supaya kita disenangi oleh orang lain.

Anda mungkin juga menyukai