Anda di halaman 1dari 3

APA ITU DROPSHIP?

Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri. BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI? Dropship berfungsi sangat mudah: 1 - Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web. 2 Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers. 3 - Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda. 4 - Anda mendapat keuntungan dengan mudah!

KONSEP DROPSHIP MELALUI GAMBARAJAH

Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda! Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan - bergantung pada waktu yang anda gunakan. Jika anda hanya mempunyai cadangan beberapa jam per minggu, anda masih boleh menikmati manfaat dari dropshipping untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kerana anda HANYA memerlukan beberapa jam seminggu dan tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang.

Anda kemudian akan mampu mendedikasikan waktu anda untuk membina perniagaan anda mengikut kemahuan anda sendiri. Dan setelah anda merasa selesa dan yakin, anda mungkin memutuskan untuk menambah jajaran produk lain untuk perniagaan anda!

Salah satu tarikan dropship adalah anda tidak perlu memikirkan untuk membeli stok dan menyimpan stok. Anda hanya membayar kepada dropshipper untuk pesanan pelanggan, setelah pelanggan anda membayar kepada anda, dan kami akan menguruskan segala galanya sehingga memastikannya sempurna.

APA YANG DITAWARKAN OLEH DROPSHIP? Dropship menawarkan keuntungan sebagai berikut:

1) Anda tidak perlu stok mengambil atau menyimpan stok sebagai persediaan sama sekali. Apabila anda menerima pesanan anda hanya perlu menempah dengan kami dan kami akan menghantar terus kepada pelanggan anda. Kami akan melakukan semua pembungkusan dan penghantaran untuk anda.

2) Rangka masa untuk tempahan sampai adalah 1- 3 hari waktu bekerja.

3) Anda akan dapat menambah semua keterangan produk kami ke laman web anda. Gambar kami dan fail data yang akan membolehkan anda untuk mengimport semua produk kami. Anda boleh mencari senarai produk-produk kami dan semua gambar pada laman sokongan pelanggan-pelanggan kami.

4) Penghantaran kami adalah dalam MALAYSIA sahaja.

5) Semua urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia(RM).

6) Semua harga penghantaran kami dikira berdasarkan harga kos penghantaran termasuk 6% cukai kerajaan.

Sekiranya terdapat pertanyaan sila hubungi:

SINAR INSPIRASI NIAGA SDN BHD 3-26 PLAZA GM, LORONG HAJI TAIB 5, JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR.

email: sidry@sinarinspirasi.com

Anda mungkin juga menyukai