Anda di halaman 1dari 2

PENGERUSI MAJLIS HAZRUL + ZAFRI

Bismillah ...... Rabbish rahli ...... Yang Berusaha Pn Osmirah binti Osman, Pengetua SMK Seri Kota Puteri 2, Yang dikasihi Puan Marzitah binti Abd Malek, Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohd Khair bin Redzuan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Harudin bin Salleh, Penolong Kanan Kokurikulum, Yang dialu-alukan tetamu dan pegawai yang dijemput khas daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Ustaz Mohd Fairus bin Ali Akbar merangkap Tuan Penceramah kita pada pagi ini, guru-guru kanan matapelajaran, guru-guru dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t.. Terlebih dahulu, marilah kita panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianNya dapatlah untuk kesekian kalinya kita meraikan dan menyambut hari yang paling bermakna dalam sejarah Islam iaitu hari kelahiran manusia agung iaitu junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Dengan tema Persefahaman Asas Perpaduan Ummah majlis sambutan Maulidur Rasul 1433H pada kali ini kita mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zaieme bin Mohamad. Dipersilakan... Amin amin ya Rabbal Alamin.. Majlis diteruskan dengan alunan merdu ayat-ayat suci Al-Quran oleh diikuti terjemahannya oleh .

Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan pelajar. Persembahan pertama iaitu persembahan nasyid oleh pelajar Tingkatan 3KAA dengan tajuknya Laukanabainana. Seterusnya majlis mempersilakan saudari Nur Syafiqah binti Shahjurul Azmi untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk Para hadirin yang dihormati, marilah sama-sama kita menghayati alunan berzanji dan marhaban pimpinan saudara Mohd Syazwan bin Hafiz dan saudara Mohd Naufil bin Jumaat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih atas persembahan-persembahan sebentar tadi. Masa yang ditunggu-tunggu kini telah pun tiba. Majlis dengan segala hormat dan penuh takzim menjemput Ustaz Mohd Fairus bin Ali Akbar untuk menyampaikan ceramah beliau bersempena

Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah. Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan Tuan Penceramah kita pada hari ini. Ustaz Mohd Fairus bin Ali Akbar berumur 40 tahun dan berasal dari Kota Tinggi Johor. Mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak. Mempunyai kelulusan ijazah sarjanamuda syariah dari universiti al-Azhar. Pernah bertugas di Jabatan Mufti Johor selama 9 tahun dan Jabatan Agama Islam Johor selama setahun. Sekarang menjadi pendakwah bebas .Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Penceramah untuk meyampaikan ceramah beliau. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Penceramah kita, Ustaz Mohd Fairus bin Ali Akbar diatas penyampaian ilmu yang begitu mendalam dan bermanfaat bagi kita semua. Moga-moga dijadikan pedoman selagi hayat dikandung badan. Majlis tanpa melengahkan masa menjemput Puan Pengetua, Pn Osmirah bt Osman untuk tampil menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada penceramah kita, Ustaz Fairus bin Ali Akbar. Dipersilakan. Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin antara kita pada hari ini berkekalan ke akhir hayat. Para hadirin yang dihormati, seterusnya adalah upacara penyampaian anugerah tokoh Maulidur Rasul tahun 1433H. Tokoh Maulidur Rasul SMK Seri Kota Puteri 2 bagi tahun 2012 bersamaan 1433Hijrah disandang oleh dan

Untuk itu, dijemput En Harudin bin Salleh, Penolong Kanan Kokurikulum bagi mengiringi Pn Osmirah binti Osman tampil bagi menyampaikan anugerah tersebut. Tokoh Maulidur Rasul ini dipilih berdasarkan pencapaian di bidang akademik, sahsiah dan penglibatan di dalam kokurikulum. Tahniah kepada para penyandang dan diharap kecemerlangan ini akan terus berkekalan. Dengan penyampaian anugerah itu tadi, maka berakhirlah majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Seri Kota Puteri 2 bagi tahun 2012 bersamaan 1433 H. Sebagai penutup tirai majlis, marilah kita menghayati dan mengalunkan bersama-sama marhaban yang akan dipimpin oleh saudara Mohd Syazwan bin Hafiz dan saudara Mohd Naufil bin Jumaat. Dengan itu, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum w.b.t...

Anda mungkin juga menyukai