Anda di halaman 1dari 21

Kaedah Pengajaran Bahasa ( Kemahiran Menulis) Menulis)

Mohamad Ariff Izham b Ibrahim

Definisi

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.

Peranan Tulisan
Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. y Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. y Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
y

Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanakkanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini). y Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
y

PeringkatPeringkat-peringkat Kemahiran Menulis

Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. y Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.
y

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut: Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan Mekanis
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . y Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid.
y

Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. y Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /sempit.
y

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat : Kemahiran mengawal dan memegang pensel. Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Tulisan Kreatif
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. y Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :
y

Membina ayat. Mengarang cerita. Mengarang pantun, sajak, tekateki dll. Menulis surat kiriman. Lain-lain yang berkaitan.

Masalah Tulisan dalam kanangan Kanak-kanak Kanak-

Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. y Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. y Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan y Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul. y Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
y

Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. y Masalah pembalikan huruf atau perkataan. y Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya. y Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. y Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
y

Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih. y Mengulang garis-garis huruf yang ditulis. y Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri. y Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. y Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.
y

CaraCara-cara mengatasi masalah tulisan

Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. y Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. y Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara- cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh muridmurid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.
y

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. y Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. y Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.
y

Anda mungkin juga menyukai