Anda di halaman 1dari 1

Pada hari ini saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk Etika dalam Sukan.

Sebelum saya memulakan kelas, saya telah membuat satu kesilapan yang berpunca diri saya sendiri iaitu murid-murid berada dalam keadaan yang tidak sedia untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga mendapati beberapa orang daripada murid-murid tidak memberikan perhatian sebelumnya semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya telah memanggil nama mereka agar mereka dapat memberi perhatian semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga, mendapati beberapa orang murid yang tidak membawa buku teks Pendidikan Kesihatan. Hal ini telah menyebabkan saya memberikan amaran kepada murid-murid yang tidak membawa buku teks. Mereka berjanji akan membawa buku teks pada setiap menhadiri kelas.

Anda mungkin juga menyukai