Anda di halaman 1dari 9

Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Laporan Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, 36000 Teluk Intan, Perak.

Tarikh Tempat Sasaran Anjuran

: September November 2010 : Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak : Semua murid-murid SK. Sultan Abdul Aziz : Panitia Bahasa Melayu

1.0 Pengenalan

Panitia Bahasa Melayu berusaha untuk merancang dan melaksanakan aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal di dalam bilik darjah, bahkan aktiviti sokongan pembelajaran perlu juga difikirkan dan dilaksanakan bagi memantapkan lagi penguasaan serta pengetahuan murid-murid tentang topik, tajuk, dan kemahiran tertentu. Ada sesetengah topik, tajuk atau kemahiran yang difikirkan perlu diberi penekanan.

Justeru itu, pihak Panitia Bahasa Melayu telah mengambil anisiatif dengan melaksanakan aktiviti tahunan semester dua mengikut takwim sekolah melalui langkah penyuburan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemahiran berbahasa

untuk

membantu

murid-murid

menguasai

kemahiran

berbahasa

seperti

kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Aktiviti tersebut dihadapkan dapat melahirkan murid-murid yang berketrampilan dalam berbahasa di samping dapat menjadi pelajar yang cemerlang.

2.0 Objektif

y y y

Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Memupuk minat murid supaya berkarya dan mencungkil bakat. Membantu mempertingkat penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam kalangan murid.

Memberi kesedaran pentingnya Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

3.0 Penyertaan

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan akan melibatkan murid-murid tahap satu yang terdiri daripada murid tahun satu, dua dan tiga serta murid tahap dua iaitu tahun lima dan enam. Terdapat beberapa jenis pertandingan yang yang diadakan melibatkan murid-murid tahun tahap satu iaitu pertandingan ejaan, bercerita dan membina ayat. Manakala bagi pelajar tahap dua ialah pertandingan ujian bertulis dan syarahan. Kesemua murid-murid digalakkan untuk menyertai aktiviti tersebut tanpa mengira kedudukan kelas.

4.0 Aktivti-aktiviti yang dijalankan Pertandingan Ejaan Pertandingan Bercerita

Pertandingan Membina Ayat dan Mengarang Pertandingan Ujian Menulis dan Syarahan

Pertandingan Ejaan

 Pertandingan ejaan untuk memantapkan kecekapan mengeja murid tahun satu, tahun dua dan tahun tiga.  Murid-murid dikehendaki mengeja perkataan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan  Murid-murid dapat menguji kecekapan mereka untuk mengeja perkataan bahasa melayu dengan pantas dan betul

Pertandingan Bercerita  Pertandingan bercerita telah diadakan untuk murid tahun satu dan dua pada 15 dan 17 September 2010  Melatih murid untuk menghafal cerita dan menyampaikan  Belajar untuk menghayati cerita serta berani bercerita di hadapan khalayak ramai

Pertandingan Membina Ayat Dan Mengarang

 Selepas UPSR , pertandingan membina ayat untuk murid tahun satu dan tahun dua pertandingan mengarang cerita untuk murid tahun tiga hingga lima telah diadakan.  Pertandingan telah diadakan serentak iaitu pada 6 Oktober 2010  Pertandingan ini dapat melatih murid untuk membuat karangan dalam tempoh masa yang ditetapkan.  Murid-murid tahap satu pula akan terdorong untuk membuat ayat yang betul dalam bahasa melayu

Pertandingan Ujian Bertulis dan Syarahan Peringkat Negeri

 Nur Sakinah dari Tahun 5P telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan ujian bertulis  Manakala Muhd Syaqib dari Tahun 6P pula menggondol naib johan dalam pertandingan syarahan peringkat negeri. Mereka berdua akan mewakil

negeri dalam pertandingan peringkat kebangsaan Hotel Seri Malaysia, Ipoh dari 14 hingga 16 November.

yang dianjurkan di

5.0 Respon Pelajar

Sepanjang Bulan Bahasa Melayu dilancarkan,didapati hampir 95% pelajar yang melibatkan diri dalam pertandingan yang diadakan.Namun begitu terdapat segelintir pelajar yang tidak menyertai pertandingan yang dijalankan.Didapati mereka megabit kesempatan dengan keluar dari kelas.walau

bagaimanapun,perlakuan pelajar tidak menggaggu segala program yang dijalakan.Teguran telah dibuat.Terdapat juga pelajar yang memberi respon yang positif dengan melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dengan bersungguhsungguh.

6.0 Penilaian

Secara keseluruhan ,aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar gemar membaca bagi mencernakan idea yang bernas.Semua pelajr didapati akan melahirkan perasaan cinta akan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.Selain itu,pertandingan ini juga membantu para pelajar agar mempunyai daya saing dalam apa jua acara yang disertai.

7.0 Penutup

Murid-murid telah menunjukkan minat dan sambutan yang menggalakkan terhadap semua aktiviti yang dijalankan. Semua pertandingan telah diadili oleh guru-guru Panitia Bahasa Melayu. Sebanyak 3 hadiah disediakan bagi setiap pertandingan. Hadiah telah disumbangkan oleh pengusaha kantin sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 17 Mei 2004. Tuan Guru Besar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Disediakan Oleh

. (MUHAMMAD FAEZ B. NURAZMAN AMRULLAH) Guru Pelatih, IPG Kampus Tuanku Bainun, 2 PISMP Pengajian Melayu 1.

18 November 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 2/2011

PENGAJIAN MELAYU

NAMA NO. K.P KUMP. SUBJEK PENSYARAH

: MUHAMMAD FAEZ BIN NURAZMAN AMRULLAH : 911027-08-5989 : 2 PISMP PM 1 : LITERASI BAHASA MELAYU : TUAN HJ. MOHD ZAKI BIN HJ. SHAMSUDIN EN. AHMAD FAZIL BIN ZAINAL ABIDIN

TARIKH

: 29 SEPTEMBER 2011

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya amat menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Ahmad Fazil dan Tn. Hj. Mohd Zaki, Pensyarah Pengajian Melayu di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Mereka juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses

merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.

Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terusmenerus"

Muhammad Faez B Nurazman Amrullah

KEMAHIRAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pensyarah

Tuan Hj. Mohd Zaki B. Hj. Shamsudin

Soalan

Secara Individu Anda Dikehendaki Menyediakan Satu Tugasan Lengkap Berkaitan Dengan Perkara Yang Disenaraikan Dibawah :

1. Sediakan satu laporan analisis tentang aktiviti kemahiran berbahasa yang telah dijalankan di sekolah yang meliputi kemahiran lisan, bacaan dan penulisan.

Jabatan Pengajian Melayu IPG KTB

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pensyarah

En. Ahmad Fazil B. Zainal Abidin

Soalan

Kumpulkan boring pemarkahan tiga daripada mana-mana pertandingan aktiviti bahasa Melayu seperti yang berikut :

a) Syarahan b) Bercerita c) Perbahasan d) Deklamasikan sajak e) Berbalas pantun f) Pidato

Jabatan Pengajian Melayu IPG KTB

Anda mungkin juga menyukai