Anda di halaman 1dari 13

Edisi 4!

 
4 R.Akhir 1426
13 Mei 2005 

DR. MUHAMMAD NATSIR


(Tokoh Pemimpin dan Mujahid: 1326-1413
H./1908-1993 M.)

okoh kita ini adalah


Muhammad Natsir
bin Idris Datusto, ulama`
bertaraf tinggi, dai yang
ternama, ahli politik yang
berketampilan, dan
Dari Abu Yahya, yaitu Shuhaib bin Sinan merupakan salah seorang
r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: daripada pendidik utama di
"Amat mengherankan sekali keadaan
Indonesia.
orang mu'min itu, sesungguhnya semua
keadaannya itu adalah merupakan kebaikan
baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak
akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya Tempat, Tanggal Lahir, dan Masa
untuk orang mu'min itu belaka, yaitu apabila ia Kecil Muhammad Natsir
mendapatkan kelapangan hidup, iapun Muhammad Natsir dilahirkan pada 16 Julai
bersyukur-|ah, maka hal itu adalah kebaikan 1908, di Maninjau, Sumatera Barat, Indo-
baginya,sedang apabila ia ditimpa oleh
kesukaran - yakni yang merupakan bencana - nesia.Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang
iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kuat berpegang kepada agama, ayahnya
kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)
merupakan seorang ulama` yang terkenal di
Hadith 27, Bab 3, Bab Sabar, Kitab
Riyadhus Shalihin Indonesia. Keadaan seperti ini sangat
mempengaruhi kematangan putera ini. Beliau
Risalah Tsulasa’ adalah Terbitan © Bahan
Tarbiyyah ONline. Sebarang maklum belajar di sekolah agama dan negeri. Mendapat
balas kepada bahantarbiyyah@yahoo.com ijazah perguruan tinggi dari Fakulti Tarbiyah

Sumber: Bandung. Mendapat gelaran Kepujian Doktor dari


™ Hadith Pilihan – Riyadhus Shalihin, Universiti Islam Indonesia (dahulunya dikenali
Imam Nawawi
™ Mereka Yang Telah Pergi – Mereka sebagai Sekolah Tinggi Islam), Yogyakarta, ketika
Yang Telah Pergi, ditulis oleh Al- penjajahan Belanda aktif di dalam dunia pendidikan
Mustasyar Abdullah Al-Aqil,
terbitan Al-I’tishom Cahaya Umat di Bandung. Beliau juga pernah menjadi pemimpin
™ Hadith Tsulasa’ – Hadith Tsulasa’, di dalam Kementerian Pendidikan di ibu kota
ditulis oleh Ahmad Isa ‘Asyur,
terbitan EraIntermedia Indonesia, Jakarta.

Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 1


Pada tahun 1945, Dr. Muhammad Hatta, Ketika beliau menceburkan diri dalam bidang
Wakil Presiden Republik Indonesia selepas politik, Muhammad Natsir adalah seorang yang
kemerdekaan, memintanya membantu melawan sistematik, ketika beliau menceburkan diri dalam
penjajah. Kemudian beliau juga menjadi anggota medan perang, beliau seorang pahlawan yang gagah
Majlis Permusyawaratan Rakyat Sementara.Pada berani, dan ketika berdebat dengan musuh, beliau
tahun 1946, beliau menubuhkan parti "MASYUMI" seorang yang pakar dalam menyampaikan hujah dan
(Majlis Syura Muslimin Indonesia). Beliau juga berdakwah.
menjawat jawatan sebagai Menteri Penerangan Muhammad Natsir menentang hebat serangan
selama empat tahun. membabi buta yang dilancarkan oleh para pejuang
kristian, kuncu-kuncu penjajah, dan para orientalis
dari barat dan juga timur, dengan menerbitkan
Perjuangan Muhammad Natsir
majalah Pembela Islam. Beliau juga menyerukan
Ketika Belanda hendak menjadikan Indonesia
Islam sebagai titik tolak kemerdekaan dan kedaulatan,
sebagai sebuah negara perikatan, Muhammad
pada saat Soekarno dan kuncu-kuncunya menyerukan
Natsir menentangnya dan mengajukan pembentukan
nasionalisme Indonesia sebagai titik tolak
Negara Kesatuan Republik Indonesia. Usul ini
kemerdekaan. Ketika itu, Soekarno bersekutu dengan
dipersetujui oleh 90 % anggota
Komunis yang
Masyumi.
terhimpun dalam
Pada tahun 1950,beliau
Parti Komunis
diminta supaya membentuk
Indonesia untuk
kabinet sekaligus menjadi Perdana
melawan Dr.
Menterinya.Walaubagaimanapun,
Muhammad Natsir
belum pun genap setahun,beliau
dan Parti Masyumi.
dipecat kerana berlawanan
Pertarungan ini
pendapat dengan Presiden
berlangsung sehingga
Soekarno. Beliau tetap memimpin
tahun 1961, Soekarno
MASYUMI dan menjadi anggota
membubarkan Parti
parlimen sehingga tahun 1957. Dr Muhammad Natsir bersama penulis,Ustadz Abdullah Al-`Aqil
Masyumi dan
Muhammad Natsir merupakan seorang tokoh
menahan para pemimpinnya, terutamanya Dr.
Islam Kontemporari,seorang mujahid yang menerjuni
Muhammad Natsir. Penentangan kaum muslimin
diri ke dalam pertarungan sengit dalam setiap keadaan,
Indonesia tidak terus lenyap, malah terus berlanjutan
dan juga seorang ahli politik yang sistematik. Beliau
sehingga terjadi revolusi militan, yang berjaya
banyak memegang jawatan-jawatan yang penting di
menggulingkan Soekarno pada tahun 1965.
dalam negaranya, mencurahkan segala kemampuan
untuk menjadikan Islam sebagai sistem pemerintahan
Indonesia, dan melawan orang-orang yang Manhaj Dakwah Muhammad Natsir
menghalang dunia ini daripada diterangi Sinar Islam, Setelah bebas daripada penjara, Muhammad
baik dari kalangan penyokong sekularisme, Natsir bersama rakan-rakannya mendirikan Dewan
komunisme, atau orientalis barat mahupun timur. Dakwah Islam Indonesia yang memusatkan aktiviti-
Pidatonya yang bertajuk “Pilihlah salah satu dari aktiviti mereka untuk membina masyarakat, melatih
dua jalan; Islam atau Atheis” yang disampaikan oleh para pemuda untuk menjadi dai. Kemudian cabang-
beliau di dalam parlimen Indonesia dan diterbitkan di cabang DDI terbentuk di seluruh Indonesia dan
dalam majalah “Al-Muslimun”, mempunyai pengaruh generasi muda dapat menyerap kehidupan Islami,
yang besar kepada anggota parlimen dan masyarakat menikmati suasana ilmiah, memikirkan fikrah Islam
muslim Indonesia. yang sebenar, memberi hala tuju kepada masyarakat,

Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 2


mendirikan pusat-pusat kegiatan Islam dan masjid, Setelah itu, saya berkunjung ke Indonesia
menyebarkan buku-buku Islam, membentuk ikatan- sebanyak empat kali. Dalam setiap lawatan itu, saya
ikatan pelajar Islam, serta mendirikan beberapa bertemu Dr. Muhammad Natsir yang menjadi
persatuan profesional; para jurutera, para petani, pemimpin Dewan Dakwah Islamiyah Pusat. Saya juga
pekerja, dan lain-lain. Beliau juga menjalinkan bertemu dengannya ketika beliau berkunjung ke Kuwait
hubungan dengan gerakan-gerakan Islam pada tahun 1968. Dengan pertemuan-pertemuan itu,
antarabangsa, untuk saling bertukar pengalaman saya mendapat banyak manfaat daripada ilmu dan
dan saling mengukuhkan ukhuwwah. Pada tahun pengalamannya.
1967, Muhammad Natsir dipilih menjadi Wakil
Ketua Muktamar Islam Antarabangsa di Pakistan. Sikap Bertanggungjawab Muhammad
Natsir
Dr. Muhammad Natsir sangat serius mengenai
Awal Perkenalanku dengan
Muhammad Natsir masalah Palestin. Beliau menemui tokoh, pemimpin
Saya mula mengenali Muhammad Natsir dan dai di negara-negara Arab dan Islam untuk
dengan membaca majalah 'Al-Muslimun yang membangkitkan semangat membela Palestin, setelah
diterbitkan oleh Dr. Said Ramadhan. Kemudian kekalahan pada tahun 1967.
saya berkunjung ke Indonesia dan dengan takdir Siang dan malam Muhammad Natsir
Allah beliau pula berkunjung ke Kuwait. berkunjung ke wilayah di Indonesia untuk urusan
Sikapnya yang sopan santun, tawadhu`, dakwah, sesuai dengan program yang telah direncanakan,
dan sederhana membuatkan beliau dicintai oleh manhaj yang telah dikaji sebelumnya, dan disertai
setiap orang yang mengenalinya dan akrab dengan rakan-rakan yang memahami kewajibannya, menyedari
orang-orang yang bekerjasama dengannya. Sikap tanggungjawabnya, dan mencurahkan segala
mengambil berat kepada kemampuannya.
masalah-masalah yang Setelah Soekarno
dihadapi oleh kaum tumbang pada bulan Oktober
muslimin memenuhi 1965, Kristianisasi semakin
sebahagian besar waktunya. meningkat. Para paderi
Beliau melakukan lawatan melipatgandakan usaha-usaha
ke dunia Arab dan Islam mereka, membangunkan
demi memperjuangkan gereja-gereja, menyebarkan
prinsip-prinsip Islam, Injil, mendirikan lembaga-
menyelesaikan masalah- lembaga pendidikan Kristian,
masalah kaum muslimin, Dr Muhammad Natsir bersama Syeikh Nadir Duri di sebuah dan membuka sekolah-
Muktamar di Indonesia
mengikuti muktamar, sekolah mubaligh. Mereka
menghadiri seminar, melakukan hal-hal yang berharap pada tahun 2000 Indonesia akan berjaya di
bermanfaat untuk Islam dan kaum muslimin. Kristiankan.
Ketika pertama kali saya berkunjung ke Meskipun para paderi mendapat banyak
Indonesia untuk menghadiri Muktamar Islam di kemudahan daripada kuncu-kuncunya di dalam
Bandung 1965, saya berusaha untuk m e n e m u i negera, iaitu bekalan ekonomi yang sangat besar, dan
Muhammad Natsir, tetapi tidak berjaya peralatan yang mencukupi, tetapi keupayaan Dr.
menemuinya kerana ketika itu beliau Muhammad Natsir dan rakan-rakan menjadi
d i pe n j a ra b e rs a m a t o k o h -tokoh mujahidin Parti penghambat aktiviti-aktiviti para paderi dan
Masyumi. Soekarno yang telah menjual diri kepada menggagalkan rencana serta konspirasi busuk mereka.
Komunis, mengkhianatinya dan berusaha memerangi Ini disebabkan oleh keikhlasan dalam beramal,
Islam serta dainya. ketulusan, dan berusaha sesuai dengan syariat menjadi

Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 3


pembuka kebaikan yang terus Tujuan ini tidak akan
meluas di seluruh pelusuk wujud, jika kaum
Indonesia. muslimin tidak
Rakyat Indonesia mula mempunyai keberanian
mendekati dai untuk mengenal berjihad untuk
agama yang benar dan mendapatkan
mengetahui peranan manusia di kemerdekaan. Kaum
dalam kehidupan. Kesedaran muslimin harus
terhadap Islam pun merebak di mengukuhkan jihad
kalangan mahasiswa dan pelajar, untuk memperoleh
juga menyentuh para intelektual. kemerdekaan, sesuai
Yayasan dan organisasi pemuda dengan nilai-nilai yang
yang membawa misi Islam, diserukan oleh Islam.
menyebarkan dakwah, dan Mereka juga harus
membela agama pun serius membentuk
ditubuhkan. kader dari kalangan
Dr. Muhammad pemuda muslim yang
Natsir mempunyai peranan terpelajar.”
yang besar dalam Di dalam
mengarahkan lembaga- wawancara dengan
lembaga pemuda agar bekerja editor majalah "Al-

berdasarkan hikmah, Dr Muhammad Natsir bersalaman dengan penulis,Ustadz


Wa`yul Islami" Kuwait;
kejelasan pandangan, dan Abdullah Al-`Aqil dalam satu perhimpunan yang diadakan di Ustadz Muhammad
rumahnya di Indonesia
pemahaman yang mencukupi. Yasir AI-Qadhmani,
Itu semua amat diperlukan agar lembaga-lembaga yang dilaksanakan di rumah Muhammad Natsir
pemuda dapat melaksanakan tanggungjawab pada Februari 1989, Muhammad Natsir berkata,
sesuai dengan seruan Kitab Allah, Sunnah Rasul- "Saya tidak takut masa depan, kerana saya tidak
Nya, dan ijma` para ulama salaf yang menjadikan nampak langsung adanya bahaya. Masa depan milik
Islam sebagai undang-undang, syariat, aqidah, umat Islam, jika mereka tetap istiqomah; baik
ilmu, amal, jihad, fikrah, dan ibadah yang tulus secara peribadi atau pun kolektif.”
kepada Allah Ta'ala Yang Maha Esa dan Penguasa Ketika redaksi bertanya tentang tokoh-
langit dan bumi. tokoh yang berpengaruh kepada dirinya dan
mempengaruhi perjuangannya, Muhammad Natsir
Ungkapan-ungkapan Muhammad menjawab, "Haji Syaikh Muhammad Amin Al-
Natsir Husaini, Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, dan
“Islam tidak terbatas kepada aktiviti rutin
Imam Hasan Al-Hudhaibi. Bagi tokoh-tokoh
muslim yang sempit, tetapi pedoman hidup bagi
Indonesia ialah Syaikh Agus Salim dan Syaikh
individu, masyarakat, dan negara. Islam
Ahmad Surkati.”
menentang kesewenang-wenangan manusia
Lembaran-lembaran ini tidak cukup untuk
terhadap saudaranya. Kerana itu, kaum muslimin
membahas perjalanan hidup mujahid yang sabar,
harus berjihad untuk mendapatkan kemerdekaan.
sederhana, dan dai bijak ini. Kerana, namanya telah
Islam menyetujui prinsip-prinsip negara yang
terkenal di berbagai-bagai negeri serta tokoh-tokoh pemikir,
benar. Kerana itu, kaum muslimin harus mengelola
para aktivis dakwah, dan ahli-ahli politik.
negara yang merdeka berdasarkan nilai-nilai Islam.

Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 4


Karya-karya ilmiah Muhammad Marratan Ukhra
Natsir
Muhammad Natsir meninggalkan karya tulis, baik 25. Al-Islam Wa Hurriyatul Fikr

yang berkaitan dengan dakwah atau pemikiran. 26. Al-Islam Ka asasid Daulah
Sebahagiannya telah diterbitkan dalam bahasa Arab, 27. Al-Qalaqur Ruhi Fi Diyaril Gharb
misalnya; Fiqhud Da'wah (Fiqh Dakwah) dan Ikhtaru 28. Al-Masjid wal Quran Wal Indhibath
Ahadas Sabilain (Pilih Salah Satu dari Dua Jalan). 29. Ats-Tsaqafah Al-Islamiah
Karya-karya yang lainnya ialah:
30. Islam Sebagai Ideologi
1. Shaum (Puasa). Dan lain-lain.
2. Al-Maratul Muslimah wa Huququha (Hak-hak Di samping itu, masih terdapat banyak
Wanita Muslimah). ceramah, penyelidikan, makalah Muhammad
3. Al-Hadhoroh Al-Islamiyah (Peradaban Islam). Natsir yang tersebar dan tidak dapat dihitung.
4. Al-Bina'Wasthal Anqadh (Membangun di Tengah Beliau adalah seorang pemimpin sekaligus pemaju
Runtuhan). Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia yang berjaya
5. At-Tarkib At-Thabaqi lil Mujtama' (Struktur Sosial menghimpun kaum muslimin di dalam manhaj
Masyarakat). yang jelas dan murni, membuat strategi kerja
6. Ats-Tsaurah Al-Indonesia (Revolusi Indonesia). dakwah yang dibangunkan di penelitian lapangan,
7. Qadhiyatu Falisthin (Masalah Palestin). mengkader dai penyebar Islam, membantah
8. Hal Yumkinu Fashlud Din 'Anis Siyasah? tuduhan-tuduhan lawan, dan menghilangkan
(Mungkinkah Agama syubhat yang disebarkan musuh-musuh Islam.
Dipisahkan dari Politik?). Muhammad Natsir juga menjadi anggota dewan
9. Ishamul Islam Fil Silmi Al-Alami (Sumbangan penerbit Rabithah Alam Islami, anggota Dewan
Islam kepada Perdamaian Dunia).
Majlis di Makkah AI-Mukarramah, dan anggota
Muktamar Islami di Pakistan.
10. Al-Mal Was Sulthah Wal Mal Amanatun (Harta
dan Kekuasaan adalah Amanah).
11. Ibdzarul Budzur (Taburlah Benih). Kembali ke Rahmatullah
12. Al-Islam Wan Nashraniyah Fi Indonesia (Islam dan
Muhammad Natsir pulang ke rahmatullah
Kristian di Indonesia).
pada 5 Pebruari 1993, di Jakarta, Indonesia.
13. Thuba Lil Ghuraba (Berbahagialah Orang-orang Semoga Allah Ta'ala merahmati Syaikh Dr.
yang Terasing). Muhammad Natsir dan menggantinya dengan
14. Al-Yadul Lati Lam Yataqabbalaha Ahad orang lain yang meneruskan dakwah yang
15. Al-Iman Mashdarul Quwwah Azh-Zhahirah dirintisnya bersama rakan-rakan di Indonesia.
Wal Bathinah
16. Al-Khaufu Wa lIsti'mar (Ketakutan dan Penjajahan)
Jika mereka tidak menyambut
17. Hina La Yustajabud Du'a (Ketika Doa Tidak seruanmu,maka ketahuilah bahawa
Dikabulkan). mereka hanya mengikut hawa nafsu
18. Ad-Dinu Wal Akhlak (Agama dan Moral). mereka sahaja dan siapakah yang lebih
sesat dari orang yang mengikut hawa
19. Ad-Da'atu Wal Inma (Dakwah dan
nafsunya tanpa hidayat dari
Perkembangan).
Allah?Sesungguhnya Allah tidak
20. Khuthbah Idul Fithri. memberi hidayah kepada kaum yang
21. Ma'al Ilam Nahwa Indonesia Al-Mustaqbalah zalim”
(Al-Qasas:50)
22. Tahta Zhilalir Risalah
23. Zayyinud Dunya bi A'malikum Wa Adhiul '
Ashra bi Imanikum
24. Ahyu Ruhul Mitsaliyah Wat Tadhiyah

Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 5


akan sampai kepada ma'rifatullah. "Dan di dalam
diri kalian, tidakkah kalian melihat?" (Adz-
Dzaariyat: 21).
Manusia Di DalaM Akhi, saya ingin agar kita berusaha supaya
dapat melihat, di manakah kedudukan kita sebagai
Al Quran manusia? Apakah kewajiban kita ketika berada
dalam kedudukan ini? Kita ingin mengetahui
kedudukan yang diberikan oleh Allah kepada kita,
ita
agar kita dapat menunaikan hak diri kita dan
panjatkan
setelah itu kita juga mengetahui hak Allah terhadap
puji syukur ke hadrat
kita.
Allah swt. Kita
Akhi, ketika kita mengupas tema ini dari
ucapkan selawat dan
sudut ini, maka kita mendapati bahawa ia berkisar
salam untuk
kepada satu pokok persoalan, iaitu kisah Adam as.
junjungan kita Nabi
Saya yakin, kisah ini terdapat dalam beberapa
Muhammad, untuk
tempat dalam Al-Qur'an: di dalam surah Al-Baqarah,
segenap keluarga dan
Al-A'raf, Al-Hijr, Al-Isra', Thaha, Shad, dan Ar-
sahabat baginda,
Rahman. Dalam surah-surah ini, terdapat informasi
serta siapa saja yang
yang benar mengenai penciptaan manusia.
menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Saudaraku, Anda melihat bahawa Allah swt
Ikhwan tercinta, saya sampaikan salam menyebut manusia dalam banyak surah di dalam
penghormatan Islam, salam penghormatan dari Al-Qur'an.
Allah, yang baik dan diberkati: assalamu 'alaikum Dalam surah Al-Baqarah, "Bagaimana kalian
wa rahmatullah wa barakatuh. kufur kepada Allah, padahal kalian tadinya mati,
Anda semua tentu ingat. Saya pernah berjanji lantas Allah menghidupkan kalian, kemudian
bahawa tema perbicaraan kita pada kajian malam ini kalian dimatikan dan dihidupkan kembali,
ialah kitab Allah swt. Saya tidak bermaksud bahawa kemudian kepada Allah-lah kalian dikembalikan."
kajian-kajian ini mengupas semua hakikat ilmiah, (Al-Baqarah: 28)
perbezaan pendapat, atau kemungkinan berbagai-
Dalam surah yang sama juga disebutkan,
bagai penafsiran. Saya tidak bermaksud demikian.
"(Ingatlah) ketika Tuhan-mu berkata kepada para
Hanya satu tujuan saya: saya ingin memudahkan
malaikat, 'Sesungguhnya Aku akan menjadikan
jalan untuk memahami Kitabullah, bagi siapa yang
seorang khalifah di bumi.' Mereka berkata,
membacanya. Saya ingin memaparkan kandungan
'Apakah Engkau akan menjadikan di bumi orang
isinya secara umum dan membukakan pintu
yang akan berbuat kerosakan di dalamnya dan
pemahaman terhadapnya.
menumpahkan darah, padahal kami senantiasa
Barangkali Anda sekalian, wahai Ikhwan, ingat
bertasbih dengan memuji-Mu dan
sebuah pepatah yang mengatakan, "Barangsiapa
memahasucikan-Mu?' Allah ber-firman,
mengenal dirinya, ia mengenal tuhannya." Jadi, jika
'Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak
Anda mengenal diri Anda dengan sebenar-benarnya
kamu ketahui.'" (Al-Baqarah: 30)
dan mengerti kedudukan yang diberikan oleh Tuhan
kepada Anda, Anda dapat menunaikan hak diri
Anda dan hak Tuhan Anda. Dengan demikian Anda

Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 6


Inilah kisah manusia dalam Al-Qur'an, sebagaimana tidak melarangmu mendekati pohon ini,
yang digambarkan oleh surah Al-Baqarah. melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi
Dalam surat Al-A'raf, pemaparan mengenai hal ini malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (di
lebih meluas, "Sesungguhnya Kami telah dalam syurga).' Dan syaitan bersumpah kepada
menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk keduanya, 'Sesungguhnya saya adalah termasuk
tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para orang yang memberi nasihat kepada kamu
malaikat, 'Bersujudlah kamu kepada Adam!', maka berdua.' Maka syaitan memujuk keduanya
mereka pun bersujud kecuali Iblis. Dia tidak (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya,
termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman, Tatkala keduanya telah merasakan buah pohon itu,
'Apakah yang menghalangimu untuk bersujud tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan
(kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?' Iblis mulailah keduanya menutupinya dengan daun-
menjawab, 'Saya lebih baik daripadanya; Engkau daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru,
menciptakanku dari api sedangkan ia Engkau 'Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari
ciptakan dari tanah.’ Allah berfirman, 'Turunlah pohon itu dan Aku katakan kepadamu,
kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak "Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata
sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, bagi kamu berdua?"' Keduanya berkata, 'Ya
maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami
orang-orang yang hina.' Iblis menjawab, 'Berikan sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami
saya sampai waktu mereka dibangkitkan.' Allah dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami
berfirman, 'Sesungguhnya kamu termasuk mereka termasuk orang-orang yang rugi.' Allah berfirman,
yang diberi masa bertangguh.' Iblis menjawab, 'Turunlah kalian, sebahagian kamu menjadi musuh
'Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai
saya benar-benar akan menghalangi mereka dari tempat kediaman dan kesenangan di muka bumi
jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan sampai waktu yang telah ditentukan.' Allah
mendatangi mereka dari muka dan dari belakang berfirman, 'Di bumi itu kamu hidup dan di bumi
mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan itu kamu mati, dan dan bumi itu (pula) kamu
Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka akan dibangkitkan.'" (Al-A'raf; 11-25)
bersyukur (taat).' Allah berfirman, 'Keluarlah kamu Maha benar Allah Yang Maha Agung. Ayat-ayat
dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. ini memaparkan kisah Adam as. dengan sedikit
Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka terperinci. la memaparkan dialog antara Allah swt.
mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi dengan syaitan. Ia mengupas sebab yang menjadikan
mereka dan kamu semuanya ke dalam neraka syaitan tersesat, iaitu kesombongan serta sebab
jahanam. Dan engkau, wahai Adam, bertempat yang menjadikan Adam tergelincir dalam
tinggallah kamu dan isterimu di syurga serta kesalahan, iaitu terperdaya oleh syaitan.
makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana Akhi, Anda juga boleh mendapatkan
saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua deskripsi(penceritaan) seperti ini di dalam surah
mendekati pohon ini, lalu jika kamu mendekatinya, Al-Hijr dengan sedikit terperinci. Ayat-ayat
maka kamu berdua termasuk orang-orang yang tersebut memaparkan penciptaan manusia yang
zalim.' Maka syaitan membisikkan fikiran jahat dilakukan oleh Allah swt. dari tanah kering yang
kepada keduanya untuk menampakkan kepada berasal dari lumpur hitam yang dibentuk.
keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu Kemudian bagaimana Allah menyempurnakannya
auratnya, dan syaitan berkata, "Tuhan kamu dan meniupkan roh ke dalamnya? Kemudian
Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 7
Allah memerintahkan kepada para malaikat agar Ikhwanku, di sini Anda menemui bahawa
bersujud kepadanya, kepada suatu rahsia Ilahi yang kisah tersebut dipaparkan bersamaan dengan
lembut dan berzat ketuhanan ini. Maka para pemaparan makna ayat secara umum dan
malaikat pun bersujud, kecuali iblis yang penjelasan pada bahagian-bahagian tertentu. Di
menyatakan bahawa dirinya tidak mahu bersujud sini dijelaskan bahawa Iblis telah mengakui
kepada manusia yang diciptakan dari tanah kering ketuhanan Allah swt. Di sini Allah swt.
yang berasal dari lumpur hitam yang dibentuk. Iblis menjelaskan bahawa ada sebahagian manusia yang
hanya ingat kepada bahan mentahnya(api) sahaja, tidak dapat dikuasai oleh Iblis.
tetapi ia lupa bahawa bahan mentah itu tidak Dalam surah Al-Isra' Anda boleh mendapati
bernilai apa-apa kecuali setelah ditiupkan roh-Nya ke informasi ringkas mengenai kisah Adam. Kisah
dalamnya. Iblis adalah makhluk yang sombong, tersebut sedikit menyinggung cara iblis untuk
kerana itu Allah Yang Maha besar membutakannya menguasai manusia dan penjelasan mengenai
daripada pengetahuan tentang rahsia yang kedustaan janji-janji iblis kepada manusia. "Iblis
kerananya ia diwajibkan bersujud. Kerana itu, ia berkata, 'Terangkanlah kepadaku, inikah orang
pasti ditimpa laknat. yang Engkau muliakan atas diriku itu?
"Allah berfirman, 'Keluarlah dari syurga, kerana Sesungguhnya jika Engkau memberi masa
sesungguhnya kamu terkutuk. Dan sesungguhnya kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-
kutukan itu tetap menimpamu sampai hari benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali
kiamat.' Iblis berkata, 'Ya sebagian kecil saja.'
Tuhanku, (kalau begitu) Allah berfirman,
maka berilah aku masa 'Pergilah, barangsiapa
sampai hari (manusia) di antara mereka
dibangkitkan.' Allah ber- yang mengikutimu,
firman, '(kalau begitu) maka sesungguhnya
maka sesungguhnya kamu neraka Jahanam
termasuk orang-orang adalah balasanmu
yang diberi masa semua, sebagai
bertangguh. Sampai hari pembalasan yang
(suatu) waktu yang telah cukup. Dan hasutlah
ditentukan.' Iblis berkata, siapa yang kamu
'Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah sanggup di antara mereka dengan ajakanmu, dan
memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda
menjadikan mereka memandang baik (perbuatan dan pasukanmu yang berjalan kaki dan
maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan bersepakatlah dengan mereka pada harta dan
menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba- anak-anak, dan berilah janji kepada mereka. Dan
hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka.' tidak ada yang dijanjikan syaitan kepada mereka
Allah berfirman, 'Ini adalah jalan yang lurus, melainkan tipu belaka. Sesungguhnya hamba-
kewajibanKu-lah (menjaganya). Sesungguhnya hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas me-
hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu reka, Dan cukuplah Tuhanmu sebagai Penjaga.'"
terhadap mereka, kecuali orang-orang yang (Al-Isra': 62-65)
mengikutimu, iaitu orang-orang yang sesat.'" (Al-
Hijr: 34-42)
Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 8
Ikhwanku, dalam surah Thaha, Anda akan telah menceritakan unsur bahan asas manusia. "Dia
dapat menemui Informasi mengenai gambaran menciptakan manusia dari tanah kering seperti
umum kisah ini serta perpaduan antara berbagai tembikar." (Ar-Rahman: 14).
peristiwa ini dan maknanya secara umum. Tetapi Anda
Di dalamnya terdapat isyarat bahawa unsur-
juga akan menemukan isyarat bahawa manusia itu
unsur yang ada di dalam tubuh kita adalah berasal
lemah selama mereka tidak dikurniai kekuatan oleh
daripada tanah yang ada di bumi ini, dari
Allah. Allah juga menyampaikan bahawa salah satu
kandungan dan bahan mentahnya. Jika kita
karektor manusia ialah lupa. Ia mempunyai watak
memerhatikan kisah tersebut secara lazimnya,
pelupa dan rakus. "Kemudian syaitan membisikkan
sebagaimana yang disebutkan dalam ayat-ayat Al-
fikiran jahat kepadanya, dengan berkata, 'Hai
Qur'anul Karim ini, kita menemui bahawa ia
Adam, mahukah saya tunjukkan kepadamu pohon
memberikan petunjuk tentang sesuatu yang jelas,
khuldi (pohon keabadian) dan kerajaan yang tidak
kesalahan yang jelas, dan tidak memerlukan
akan binasa?' Maka keduanya memakan buah
penafsiran, iaitu bahawa manusia itu dalam bentuk
pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-
fizikalnya telah diciptakan tanpa contoh terlebih
auratnya dan mulailah keduanya menutupinya
dahulu. Ia bukan merupakan rangkaian dari
dengan daun-daun (yang ada di) syurga,
makhluk lain sebagaimana yang
dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan
sesatlah ia. Kemudian Tuhannya
“ dikatakan oleh sebahagian pakar
biologi.
Namun, ada beberapa aliran
memilihnya maka Dia menerima pendapat yang keras kepala
Namun, ada beberapa aliran
taubatnya dan memberinya petunjuk." meyakini pendapat yang
dikatakan oleh mereka yang pendapat yang keras kepala
(Thaha: 120 122) meyakini evolusi manusia dari
meyakini pendapat yang dikatakan
haiwan lain, padahal Darwin
Ini terjadi setelah Allah berpesan sendiri mengakui bahawa ia oleh mereka yang meyakini evolusi
kepada Adam, namun ia lupa dan lalai. Ia tidak dapat mengetahui
manusia dari haiwan lain, padahal
rahsia kehidupan.
tidak mempunyai kemahuan kuat yang

Darwin sendiri mengakui bahawa ia
dapat menolak godaan-godaan syaitan. tidak dapat mengetahui rahsia
Dalam surah Shad terdapat penafsiran kehidupan. Ia mengakui bahawa setiap kali
bahawa tanah kering dan lumpur hitam sebagai mencuba mendalami penelitiannya ini, ia semakin
bahan asas penciptaan manusia itu berupa tanah tahu bahawa sumber kehidupan adalah Allah swt.
liat. Di situ tampak kemuliaan yang diberikan oleh Adapun bagaimana penciptaan tersebut, maka Al-
Allah swt. kepada manusia. "Allah berfirman, 'Hai Qur'anul Karim tidak menceritakan secara terperinci.
Iblis, apakah yang menghalangi kamu bersujud As-Sunnah juga tidak memaparkannya secara
kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua terperinci. Tetapi yang kita yakini adalah bahawa
tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri manusia, dengan unsur material tanpa roh,
ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang merupakan bahagian dari unsur tanah yang
yang (lebih) tinggi?'" (Shad: 75) manusia pijak; manusia bukanlah salah satu jenis
binatang yang mengalami evolusi setelah
Di dalamnya terdapat pengakuan Iblis
beradaptasi dengan lingkungannya, dan bahawa
mengenai kemuliaan Allah swt. dan bahawa laknat
alasan-alasan yang dikemukakan oleh para tokoh
yang menimpanya merupakan laknat Tuhan.
dan ilmuan mengenai pelbagai syubhat dalam
Ketika mengupas kajian tentang surah Ar- masalah ini hanyalah andaian-andaian yang
Rahman, kita menemukan bahawa kisah tersebut dikeluarkan oleh para ilmuan biologi. "Dan

Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 9


janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak kepada para malaikat untuk bersujud kepada Anda
memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya setelah memberi Anda ruh dari-Nya. Dengan
pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu demikian, Anda wahai manusia, lebih agung di sisi
perlu dipertanggungjawabkan." (Al-Isra': 36) Allah daripada para malaikat. Apabila Anda benar-

Ini dipandang dari segi komposisi fizikal manusia, benar mewujudkan kemanusiaan Anda, maka Anda

komposisi tanah sebagaimana yang disebutkan oleh lebih tinggi daripada para malaikat. Adapun jika

Al-Qur'an. Anda lalai, maka Anda termasuk golongan syaitan.


Bila Anda menunaikan hak-hak kemanusiaan ini
MANUSIA SEBAGAI SALAH SATU MAKHLUK AL-
sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt.
MALAULA'LA
nescaya para malaikat akan menjadi pelayan bagi

Sekarang kita membahas komposisi rohani Anda.

manusia. "Dan telah Aku tiupkan kepadanya roh- Telah diriwayatkan oleh hadith sahih bahawa

Ku." (Al-Hijr: 29). para malaikat menjenguk orang-orang soleh yang


sedang sakit. Al-Qur'anul Karim juga menjelaskan
Di sini jelas, Saudaraku, bahawa manusia bahawa mereka akan menjadi pelayan Anda pada
tidaklah terdiri dari satu unsur, tidak hanya terdiri hari kiamat. Jadi, para malaikat itu, Saudaraku,
dari unsur fizikal sahaja, tetapi tanah yang telah hanyalah hamba-hamba Allah dan sebahagian dari
ditiupkan ke dalamnya roh Allah swt. makhluk-makhluk-Nya. Mereka
tidak membangkang kepada
Akhi, Anda bukan semata-mata
Akhi, Anda bukan semata- perintah Allah, selalu
wadah dari tanah, tidak hanya sampul mata wadah dari tanah ini,
tidak hanya sampul dari kulit melaksanakan apa yang
dari kulit, tetapi Anda diciptakan dari
ini, tetapi Anda diciptakan diperintahkan kepada mereka.
roh Allah. Sebelumnya Anda hanya dari roh Allah.
Ekspresi yang diwujudkan oleh
berupa segenggam tanah, tetapi setelah
Allah kepada mereka hanyalah satu,
ditiup dengan ruh Allah itu, Anda menjadi seorang
iaitu ketaatan. Adapun ekspresi yang diwujudkan
manusia sempurna. Dengan demikian,, Anda
Allah swt. pada diri Anda, wahai manusia, lebih
termasuk salah satu makhluk syurga, kerana
agung daripada itu, iaitu ekspresi ikhtiar
kemanusiaan Anda belum terbentuk kecuali setelah
(menentukan berbagai pilihan).
Allah meniupkan ruh-Nya kepada Anda. Adapun
Hakikat keempat yang dipaparkan dalam
hakikat, zat, kepentingan, dan rahsia roh ini, maka
kisah tersebut adalah berkenaan dengan
tidak ada urusan Anda dengannya. Cukuplah Anda
hubungan Anda dengan syaitan. Saudaraku, kita
mengetahui, Saudaraku, bahawa ruh ini merupakan
menemukan bahawa paparan ini telah
unsur ketuhanan dan bahawa apa saja yang berkaitan
menjelaskan hubungan ini, iaitu bahawa ada
dengan Allah swt. terlalu besar untuk difikirkan oleh
permusuhan dan pertentangan yang keras serta
manusia, di luar jangkauan akalnya dan jauh
berkesinambungan antara Anda dengan syaitan.
daripada kemampuannya.
Bahkan kehidupan ini pada hakikatnya hanyalah
Di sana ada hakikat yang dikemukakan oleh kisah pertentangan antara Anda dengan syaitan itu.
tersebut. Hakikat ini, Saudaraku, berkaitan dengan Allah swt. pernah memperingatkan Anda dari
perbandingan Anda sebagai manusia terhadap bahaya syaitan, dalam lebih dari satu tempat di
malaikat dan kedudukan Anda terhadap makhluk dalam Al-Qur'anul Karim. "Turunlah kalian semua,
Tuhan yang tercipta dari unsur cahaya ini. Anda sebahagian kalian menjadi musuh bagi
melihat bahawa Allah swt. telah memerintahkan

Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 10


sebahagian yang lain." (Al-Baqarah: 36, Al-A 'raf: 24). Jadi, Anda, wahai manusia, adalah khalifah

"Bukankah Aku telah memerintahkan yang diutus untuk memakmurkan bumi. Allah

kepadamu hai Bani Adam, supaya kamu tidak telah menundukkan segala sesuatu di bumi kepada

menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu Anda, sehingga Anda dapat melaksanakan tugas

musuh yang nyata bagimu. Dan hendaklah kamu Anda dengan ikhlas. Inilah, Saudaraku, kedudukan

menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus." (Yasin: Anda di tengah-tengah seluruh makhluk lain.

60-61) Kemudian, kita bicarakan juga tentang

Hakikat kelima yang terkandung dalam kisah hubungan antara manusia dengan sesama manusia,

tersebut adalah berkaitan dengan kedudukan Anda, iaitu hakikat ketujuh, "Sebahagian dari kalian

wahai manusia, berkaitan dengan tempat Anda. adalah bahagian dari yang lain." (An-Nisa': 25)

Kisah itu menyebutkan bahawa Anda adalah "Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan

makhluk yang termasuk dalam golongan makhluk kalian dari seorang lelaki dan seorang wanita,

mulia. Anda diciptakan di dunia malaikat. Kemudian dan menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan

Anda diturunkan ke bumi ini disebabkan oleh ikhtiar bersuku-suku, agar kalian saling mengenal." (Al-

(pilihan) Anda. Anda akan kembali ke tempat tinggal Hujurat: 13)

yang tinggi itu jika Anda mengetahui jalan kembali ke Allah swt. tidak menjadikan bangsa-bangsa
sana. Semoga Allah merahmati orang yang dan suku-suku untuk saling membenci dan
mengatakan, "Mari menuju taman-taman ‘Adn." bermusuhan, tetapi sebaliknya untuk saling

Al-Qur'an dalam memaparkan kisah tersebut mengenal dan tolong menolong. Hubungan manusia

tidak berhenti pada hakikat ini. la mengemukakan dengan sesama manusia adalah hubungan sebagai

hakikat keenam yang membahas tentang hubungan saudara. Seseorang adalah saudara bagi yang lain.

antara manusia dengan seluruh alam ini. Ternyata ia Landasan hubungan antara manusia dengan Allah

adalah makhluk yang mulia di tengah-tengah swt. secara global disebutkan oleh Al-Qur'an dalam

makhluk lain. Ia mempunyai tugas sebagai khalifah di firman-Nya, "Tidaklah Aku menciptakan jin dan

muka bumi ini. "Ingatlah ketika Tuhanmu berkata manusia, kecuali agar mereka beribadah

kepada para malaikat, 'Sesungguhnya Aku akan kepadaKu." (Adz-Dzaariyat: 56)

menjadikan seorang khalifah di bumi ini.'" (Al- PRODUK AMAL: RUH DAN JIWA
Baqarah: 30)
Akhi, di sini kita hendak membahaskan satu
Jadi, bumi ini telah diserahkan kepada
aspek yang dipaparkan oleh Al-Qur'an secara
manusia, untuk dimakmurkan, bukan untuk
khusus, iaitu aspek roh manusia. Roh itu, Akhi,
dihancurkan dan dimusnahkan. Ia berkuasa di bumi,
sebenarnya merupakan zat kemanusiaan. Kerana
sedangkan seluruh makhluk di sana ditundukkan
itu, ia berkedudukan ibarat jantung di dalam
kepadanya. "Tidakkah kalian perhatikan bahawa
perbahasan kita ini. Ia merupakan hasil praktikal
sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk
dan kajian ini. Anda mengetahui, wahai Ikhwanku,
(kepentingan) kalian apa yang di langit dan apa
bahawa Anda mempunyai komposisi rohani dan
yang di bumi dan menyempurnakan untuk kalian
bahawa Allah swt. telah meniupkan roh-Nya ke
nikmat-Nya zahir dan batin." (Luqman: 20). Jadi,
dalam diri Anda. Hakikat roh ini sendiri tidak
kedudukan manusia, terlihat dalam perkataan ini:
penting bagi Anda. Kerana Allah swt. telah
Mereka mengangkatmu untuk suatu urusan,Jika kau
memerintahkan Nabi-Nya agar menjawab
telah terima,Hati-hatilah agar tidak terlantar.
pertanyaan orang-orang yang bertanya tentang ruh,

Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 11


dengan jawapan bahawa roh adalah urusan Allah. keutamaan, dan sekalipun ia bercahaya dan
Tidak diragukan lagi bahawa roh itu merupakan unsur cemerlang, namun manusia tidak disebut di dalam
yang agung dan mulia kerana merupakan urusan Al-Qur'an kecuali dengan gambaran bahawa ia
Allah. Tidak diragukan lagi bahawa roh berada di memiliki kecenderungan kepada keburukan. "Dan
alam metafizik, yang berada di luar ruang hukum- dipikullah amanat itu oleh manusia.
hukum alam. Ia berada di alam yang seluruhnya Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat
berisi cahaya dan sinar terang, semuanya jernih, bodoh." (Al-Ahzab: 72) "Sesungguhnya manusia
tetapi ketika Al-Qur'anul Karim menyebutkan itu sangat ingkar dan tidak berterima kasih
tentang jiwa manusia, maka ia menyebutkan sifat- kepada Tuhan-nya." (Al-'Aadiyaat: 6) "Demi
sifatnya. "Dan Kami telah menunjukkan dua jalan masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar
kepadanya." (Al-Balad: 10) "Dan demi jiwa serta berada dalam kerugian." (Al-'Ashr: 1-2)
penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan "Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat
kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan." keluh kesah lagi lupa. Jika ditimpa kesusahan, ia
(Asy-Syams: 7-8) berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan ia
amat lupa." (Al-Ma'arij: 19-21)
Jiwa manusia, Saudaraku, adalah jiwa yang
diberi hak memilih. Ia dapat melakukan kebaikan Wahai Akhi, ini semua disebabkan oleh
mahupun keburukan. Ia mampu berbuat baik kenyataan bahawa jiwa manusia menempati badan,
sebagaimana pula mampu berbuat buruk. Allah swt. sedangkan dengan kedudukan yang diberikan oleh
telah membuat berbagai saranan yang dapat Tuhan itu, ia lupa dan bodoh, sehingga ia
digunakan dan dimanfaatkan untuk kebaikan, jika ia terpedaya dengan karektor persekitaran dan
berorientasi kepadanya. Namun ia dapat pula wadah yang ditempatinya. Ia terikut dengan
digunakan untuk tujuan kejahatan jika ia berorientasi kecenderungan material dan sifat-sifatnya. Bukan
kepadanya. Inilah rahsia Allah, Tuhan yang Maha ini saja, bahkan syaitan telah menguasainya.
Kuasa dan Maha Mengatur. Syaitan akan terus menguasai dan memikatnya.

Akhi, sesungguhnya Anda dapat melakukan Jika jiwa manusia pernah ditipu oleh syaitan
perbuatan baik dan perbuatan buruk, dan Anda pada saat pertama kali ia diciptakan, maka
mampu membezakan antara keduanya. Rahsia bagaimana pula pendapatmu wahai Akhi, setelah la
pemberian Tuhan ini selalu bersedia untuk turun ke tempat kediamannya yang kedua dan ke
ditingkatkan keilmuannya sampai kepada puncak dalam tempat kerjanya, sekalipun asal-usul dan
batas kemungkinan. Akhi, Anda bukan seorang penciptaannya bernilai tinggi.
malaikat yang seluruh hidupnya sarat dengan Sekarang, wahai Akhi, apakah
kebaikan, namun Anda juga bukan syaitan yang penyelesaiannya? Bagaimana penyembuhannya?
seluruh hidup Anda penuh dengan keburukan. Apakah martabat manusia menjadi rendah? Tidak,
Dengan kebijaksanaan Allah itu, Anda dapat martabatnya sama sekali tak akan turun.
mengisi hidup Anda dengan keduanya. Jadi, jiwa "Sesungguhnya manusia benar-benar rugi. Kecuali
kemanusiaan Anda memiliki batas-batas yang luas dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh."
karektor yang elastik; yang dapat menerima kebaikan (Al-'Asbr: 2-3)
dan dapat menerima kejahatan.
"Sesungguhnya manusia itu diciptakan
Wahai Akhi, demikianlah. Meskipun jiwa bersifat keluh kesah lagi lupa. Apabila ia ditimpa
manusia dinilai sangat tinggi oleh Al-Qur'anul Karim, kesusahan, ia berkeluh kesah. Dan apabila ia
sekalipun jiwa manusia mempunyai ilmu dan
Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 12
mendapat kebaikan ia amat lupa. Kecuali orang-
orang yang mengerjakan solat. iaitu mereka yang
terus-menerus mengerjakan solatnya." (Al-Ma'arij:
19-23)

Jadi, wahai Akhi, untuk mengatasi masalah


ini, kita sangat memerlukan pembersih noda. Di
sana ada perjuangan yang harus dilakukan terus-
menerus. Allah tidak akan membiarkan Anda sia-sia.
Sebaliknya, Allah telah mengirimkan para rasul yang
membawa kita, sehingga roh dapat dijaga kesuciannya
dan orientasi Anda kepada Allah terus berterusan, Maka, rutinkanlah, wahai
berkat kurnia dan petunjuk-Nya. Al-Qur'anul Karim Akhi, hubungan Anda
telah mengisyaratkan bahawa jiwa manusia dalam dengan Allah.
perjuangan ini mengalami beberapa tahap dan Rutinkanlah zikir Anda,
peringkat. Maka, rutinkanlah, wahai Akhi, hubungan ketaatan Anda, dan
Anda dengan Allah. Rutinkanlah zikir Anda, ketaatan perhatian Anda kepada
Anda, dan perhatian Anda kepada Allah. Inilah Allah. Inilah
penyelesaian masalah yang dapat mencemerlangkan penyelesaian masalah
jiwa Anda ketika mana ia jatuh ke lembah yang dapat
materialisme. "Dan aku tidak menganggap bahawa mencemerlangkan jiwa
diriku terbebas dari kesalahan, kerana Anda ketika mana ia
sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada jatuh ke lembah
kejahatan..." (Yusuf: 53) materialisme.
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari
keredhaan-Ku, benar-benar akan Kami tunjukkan -Hassan Al-Banna-
kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya
Allah benar-benar berserta orang-orang yang


berbuat baik." (Al-Ankabut: 69)

Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam-


Nya kepada junjungan kita, Muhammad, juga kepada
segenap keluarga, dan sahabatnya.

Hassan Al Banna

- Mereka Yang Telah Pergi adalah Karya


Al- Mustasyar Abdullah Al-Aqil berdasarkan
pengalaman dan kajian beliau tentang tokoh-
tokoh pembangun Islam.
- Hadith Tsulasa’ adalah ceramah Imam
Hassan Al-Banna di pusat Ikhwanul Muslimin
di Kaherah pada setiap hari Selasa hasil nota
karangan Ahmad Isa ‘Asyur.
© Bahan Tarbiyyah ONline

Risalah Tsulasa’ Edisi 3, 4 RabiulAkhir; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online, M/S 13

Anda mungkin juga menyukai