Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROJEK PENAMBAHAN BUMBUNG

UNTUK PEMANTAPAN KOKURIKULUM


(KELAB NASYID/MARHABAN, KELAB RAKAN MUDA SURAU, KELAB JENAZAH, PERSATUAN AGAMA ISLAM, PERSATUAN PUTERI ISLAM, KELAB TINGKATAN 6)

DISEDIAKAN OLEH: SITI ROKHIYAH BT ABDULLAH


1.0 PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak dapat pengalaman tertentu di dalam bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Sehubungan itu, pihak sekolah perlu merangka strategi bagi menjayakan aktiviti kokurikulum ini seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Antara strategi yang akan dilaksanakan ialah membina infrastruktur baru dan menyediakan kemudahan serta peralatan-peralatan yang diperlukan untuk memudahkan aktiviti para pelajar. Justeru itu, projek penambahan bumbung di Surau Al-Muttaqin amat penting untuk pemantapan kokurikulum pelajar SMK Bandar Sungai Petani.

2.0 RASIONAL Antara rasional projek ini dijalankan adalah kerana kekangan di SMK Bandar Sungai Petani yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan berpegang kepada konsep aktiviti kokurikulum boleh dilaksanakan dimana-mana tempat tidak kira di kelas, ataupun padang mahupun surau. Justeru itu pihak sekolah memerlukan tempat yang banyak untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar Islam seperti Kelab Nasyid/Marhaban, Kelab Rakan Muda Surau, Persatuan Puteri Islam, Persatuan Agama Islam, Kelab Jenazah, Persatuan Tingkatan Enam dan Kelab Kompang sangat sesuai dilaksanakan di Surau Al-muttaqin. Oleh itu, surau menjadi tempat tumpuan para pelajar dan guru untuk melaksanakan aktiviti kelab dan persatuan kerana ruang yang lebih luas dan selesa. 3.0 OBJEKTIF 1. Menyediakan tempat tempat yang berbumbung untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum. 2. Meningkatkan amalan dan penghayatan para pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan. 3. Sebagai tempat atau alternatif lain yang berperanan seperti bilik darjah untuk melaksanakan PnP ekoran bilik darjah yang tidak mencukupi. 4. Menyediakan tempat terbuka dan mudah untuk pelajar melakukan latihan berulang-ulang kali contohnya latihan nasyid, tilawah al-quran dan syarahan. 5. Menyediakan tempat solat yang boleh menampung pelajar Islam sesi petang yang semakin bertambah.

4.0 SASARAN

No. Kelab/ Persatuan 1 2 3 4. 5 6 7 Kelab Nasyid/ Marhaban Kelab Rakan Muda Surau Kelab Jenazah Persatuan Puteri Islam Persatuan Agama Islam Persatuan Tingkatan 6 Kelab Kompang JUMLAH PELAJAR

Bilangan Pelajar

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. 1 Spesifikasi Pembinaan Bumbung Superdex Harga RM 6085.00

6.0 SUMBANGAN KEWANGAN Bil. 1 Sumbangan Sekolah (Kokurikulum) Jumlah RM 6085.00

7.0 JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA PERLAKSANAAN

JAWATANKUASA INDUK Penasihat Pn. Hajah Hafsah bt. L. Hussin Pengerusi Pn Che Chik Bt. Hamid Naib Pengerusi 1 En Saidon b. Ahmad Naib Pengerusi 2 Tn. Haji Mohd Yusof b. Zainon @ Shafie Naib Pengerusi 3 Pn. Fazilah bt. Mat Setiausaha 1 Pn Hajah Normah bt. Saleh Setiausaha 2 Pn. Siti Fatimah bt. Ahmad Rosdi

Bendahari Pn Anisah bt. Sahrin Ahli JAwatankuasa Ustaz FAkrurazi b. Ghazali En Azhar b. Don En Ashrof b. Mohamed Pn Zainap bt Ismail Pn Zawiyah bt. Sulaiman Pn. Shawakir bt. Mohd Saad

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Penasihat Pn. Hajah Hafsah bt. L. Hussin Pengerusi Pn Che Chik Bt. Hamid Naib Pengerusi 1 En Saidon b. Ahmad Naib Pengerusi 2 Tn. Haji Mohd Yusof b. Zainon @ Shafie Naib Pengerusi 3 Pn. Fazilah bt. Mat Setiausaha 1 Pn Hajah Normah bt. Saleh Penolong Setiausaha 1 Siti Rokhiyah Bt. Abdullah Bendahari Pn Anisah bt. Sahrin Ahli JAwatankuasa Ustaz FAkrurazi b. Ghazali En Azhar b. Don En Ashrof b. Mohamed Pn Zainap Pn Zawiyah bt. Sulaiman Pn. Shawakir bt. Mohd Saad Setiausaha 2 Pn. Siti Fatimah bt. Ahmad Rosdi

8.0 PENUTUP

Hasil daripada projek penambahan bumbung surau untuk pemantapan kokurikulum ini, diharap dapat menampung semua aktiviti kokurikulum pelajar. Selain daripada itu aktiviti-aktiviti lain seperti amali solat, dapat dilaksanakan dengan lebih selesa. Sokongan, bantuan dan kerjasama yang diberikan akan terus memberi kesan positif kepada setiap generasi pelajar SMK Bandar Sungai Petani dalam melahirkan modal insan yang cemerlang melalui penghayatan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai