Anda di halaman 1dari 10

Dewasa ini kita sering terdengar perbincangan hangat mengenai aliran-aliran tertentu yang ada dalam Islam.

Perbincangan ini melibatkan banyak sudut seperti akidah dan fiqh secara umumnya. Ada perbincangan yang positif dan ada juga yang negatif. Perbincangan seperti ini sejak akhirakhir ini menjadi topik utama dalam kalangan masyarakat, ada yang semakin faham dan ada juga yang semakin keliru. Jika kita sedar perbincangan mengenai aliran-aliran ini sudah banyak diadakan sama ada di alam realiti dan tidak kurang juga di alam maya. Maka pelbagai persepsi dan komentar yang diberikan oleh orang ramai. Ada yang bersetuju dengan aliran S daripada aliran K atau sebaliknya serta menghormati aliran K, ada juga yang berwasatiyah iaitu memandang kepada nilai yang positif daripada kedua-dua aliran, tidak kurang juga yang berbaki daripada pecahan itu adalah yang fanatik pada satu-satu aliran sahaja sehingga menganggap aliran lain adalah sesat dan salah. Pecahan kumpulan yang terakhir tadi sebenarnya adalah salah satu punca kerosakan yang amat besar dalam masyarakat kerana ia boleh merosakkan orang lain di samping membawa fitnah yang buruk ke atas agama Islam itu sendiri. Ya, ia membawa satu kerugian yang amat besar terhadap dunia Islam seperti Malaysia khususnya. Jadi saya terpanggil untuk membuat sedikit komentar mengenai masalah ini, walaupun saya bukanlah orang yang layak dalam menerangkan isu ini, tetapi atas dasar keprihatinan terhadap ketinggian agama Islam yang suci daripada fitnah dan juga sayangkan mereka yang tersasar sama ada sedar atau tidak. Atas kesedaran ini, saya ingin mengajak kita semua untuk mencari titik persamaan dan persefahaman di antara dua aliran yang berbeza itu secara adil dan sederhana. Apakah dua aliran yang dimaksudkan? Dua aliran yang dimaksudkan itu ialah Manhaj (Hanabilah) dikenali juga dengan nama Salaf dan satu cabang lagi ialah khalaf. Di sini, saya ingin tekankan bahawa aliran yang membawa fahaman yang tidak mempunyai asal usul dan fanatik yang melampau daripada agama yang sahih ini, maka saya menolaknya tanpa sebarang kompromi. Sejarah Ringkas lahirnya Aliran Manhaj Secara umumnya, di dalam sejarah Islam pada awal permulaannya tidak muncul lagi aliran-aliran yang saya maksudkan di atas iaitu S atau K dengan simbol mudahnya, kerana pada zaman itu umat Islam masih lagi diajar dan dididik oleh Nabi saw serta masih lagi dalam fatrah penerimaan wahyu selain daripada kesan keimanan yang tinggi tanpa menimbulkan persoalan-persoalan yang pelik. Mereka menerima semua wahyu yang diturunkan oleh Allah swt tanpa berdolak-dalih, jika ada persoalan yang timbul pasti baginda akan terus menjawabnya, begitu juga pada zaman tabiin dan tabi tabiin, pada waktu itu juga masih belum banyak lagi kekeliruan yang timbul terhadap nas-nas yang ada dalam Islam. Namun, selepas daripada zaman tabi tabiin, Islam sudah tersebar luas, banyak negara-negara Islam yang dibuka akibat dakwah dan gemilangnya Islam pada waktu itu.

Rentetan daripada pembukaan negara-negara Islam, maka ramailah yang masuk Islam. Dikatakan pada waktu itu, umat Islam menguasai 2/3 dunia. Kita bayangkan pada waktu itu orang Arab dan selain Arab masuk Islam secara berbondong-bondong, akibat kesan daripada kemasukan yang ramai itu maka makin banyak yang tidak memahami nas Islam secara asli seperti mana mulamula turunnya wahyu akibat beberapa faktor salah satunya ialah masalah bahasa. Selain itu, tersebarnya fahaman-fahaman falsafah yang pelbagai latar belakang mula masuk dan bercampurbaur, maka orang ramai mula sangsi terhadap Islam, banyak persoalan-persoalan yang timbul. Akibat daripada tersebarnya fahaman falsafah yang sesat, maka timbullah aliran yang dinamakan sebagai aliran (Al-mutakallimin), mereka ini lahir adalah untuk menjawab atau berhujah dengan mereka yang membawa fahaman-fahaman falsafah yang sesat tadi berdasarkan hujah akal selain memahamkan orang awam supaya jangan memahami nas secara literal semata-mata mengenai ketuhanan seperti isu (tangan Allah swt). Mereka juga dikenali sebagai golongan khalaf tetapi bermanhaj (Ahli Sunah wal-jemaah), manakala lagi satu aliran dinamakan sebagai aliran (Hanabilah), manhaj mereka ini lebih kepada menyuruh orang ramai kembali kepada Al-quran dan As-sunah yang tulen, tidak bersetuju dengan tafsiran akal terhadap ayat-ayat mutasyabihat, mudah kata mereka ini tidak menerima kiasan (majaz) di dalam Al-quran, mereka juga dikenali pada hari ini sebagai golongan salafi yang bermanhaj (Ahli Sunah wal-Jemaah). Itulah penerangan secara ringkas mengenai asas perkembangan aliran-aliran yang ada dalam Islam.

Walaupun aliran dua ini adalah aliran yang boleh diterima, tetapi ada lagi satu aliran yang kita tidak boleh terimanya secara terus iaitu aliran yang membawa metode akal sebagai asas terhadap tafsiran agama, mereka ini dinamakan sebagai manhaj (Al-mutazilah). Salah Faham, Realiti Semasa dan Punca Tetapi sejak akhir-akhir ini kefahaman itu sudah mula pudar, mereka seolah-olah buta terhadap sejarah, mereka yang mengikut aliran-aliran tertentu lebih cenderung ke arah fanatik secara membabi buta dan melampau, belajar bukan untuk tahu, tetapi lebih kepada untuk bertikam lidah, bangga kerana dapat menjatuhkan antara satu sama lain dan sebagainya. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini, mereka lupa sebab apa satu-satu aliran itu muncul dan apakah cabarancabaran yang mereka hadapi ketika itu. Mereka juga lebih gemar menyesatkan pengasas daripada dua aliran tersebut sama ada pengasas aliran Hanabilah (Salafi) atau aliran Khalaf tanpa mereka mengkaji dan membaca secara terperinci hujah-hujah daripada kedua-dua belah manhaj secara adil dan saksama. Hanya menadah telinga dan mendengar sahaja lemparan-lemparan yang diajukan tanpa meneliti sedikit pun kitab-kitab asal daripada dua aliran ini. Sebab itu saya lebih suka menghadiri ke dua-dua majlis ilmu yang disediakan oleh setiap manhaj tersebut, kerana bagi saya cara itu sangat penting untuk mengetahui sendiri permasalahan yang ada pada kedua-dua aliran berbanding saya mendengar sendiri daripada sumber-sumber yang tidak bertanggungjawab, di samping membaca kitab-kitab mereka secara teliti atau talaqqi. Selain itu, lebih malang lagi apabila ada ilmu-ilmuan hari ini juga yang dituduh dengan gelaran yang tidak sewajarnya, padahal mereka ikhlas dalam mengembangkan ilmu Allah swt. Berhempas pulas untuk mendapatkan jalan yang terbaik demi kesejahteraan Islam, itulah yang saya katakan tadi, mereka berjuang atas desakan sekeliling yang kritikal. Jika kita kembali sedikit ke belakang, kita lihat perjuangan Ibnu Wahab walaupun saya akui yang saya tidak menjadikan bukunya sebagai rujukan kerana masih banyak buku lain yang lebih ideal, tetapi saya hormatinya sebagai orang yang sangat berjasa menentang syirik dan khurafat pada zamannya walaupun ada kesilapan-kesilapan yang mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi beliau mempunyai jasa yang sangat besar dalam arena dakwah berbanding kita. Begitu juga jika kita lihat balik sejarah perjuangan Imam Syafie Rahimahullah yang menentang gejala fanatik mazhab yang melampau di Mesir semasa beliau menetap di sana. Mereka memperjuangkan benda yang sama tetapi konsep yang berbeza. Itulah cabaran yang dihadapi di Malaysia, mereka yang beraliran salafi lebih mesra digelarkan dengan panggilan wahabi, sedangkan Syeikh Ibnu Wahab pun tidak pernah tahu menahu fasal gelaran itu kerana beliau tidak mengasaskan apa-apa pun aliran. Begitu juga dengan pendakwahpendakwah Malaysia yang diakui kehebatan ilmunya tidak terlepas juga daripada tuduhan kolot ini. Di samping itu, salah satu cabang daripada manhaj salafi juga ialah memegang semua nas yang sahih daripada Nabi saw, mereka mengkritik sesiapa yang memberikan sumber nas tanpa ada status mengenai pengriwayatannya, nas-nas itu semestinya dinilai oleh ulama yang pakar dalam bidangnya. Kadang-kadang saya sedih melihat mereka yang tidak mengambil faedah daripada manhaj ini, mereka lebih mudah menuturkan nas tanpa mengetahui sumbernya sama ada sahih atau palsu dan ia adalah pengalaman saya sendiri ketika menghadiri majlis-majlis ilmu, khutbah atau sebagainya. Tidak kurang juga yang terlalu fanatik mazhab, sehinggakan ada Ustaz yang menyampaikan kuliyah di masjid mengatakan bahawa mazhab lain jika diamalkan menjadi sesat serta tidak sah ibadahnya, sedangkan imam-imam mazhab tidak pernah pun memberi fatwa sedemikian. Jika kita menyelusuri perjalanan imam-imam mujtahid seperti Imam Syafie dan Imam Ahmad, mereka adalah kawan rapat. Imam Syafie mengambil hadis daripada Imam Ahmad dan Imam Ahamd pula mengambil fiqh daripada Imam Syafie, lihat bagaimana mereka bertoleransi antara satu sama lain walaupun mereka berbeza kaedah dan manhaj. Ada Titik Persamaan Sebenarnya, tiada sebab untuk melabel Salafi dan khalafi, kerana tuduhan yang seumpama ini adalah bermula dari niat yang tidak baik. Tetapi ingin saya tegaskan bahawa ke dua-dua belak pihak ini sebenarnya bersumberkan daripada rujukan yang sama iaitu Al-Quran dan Al-Sunah, cumanya ulama daripada aliran-aliran ini berselisih pendapat mengenai disiplin mereka dalam

mentafsir dan meneliti nas, perkara ini adalah baik bagi menghormati kepelbagaian pendapat dalam menyusun disiplin-disiplin ilmu seperti ilmu akidah, ilmu ulum hadis, ilmu usul tafsir dan sebagainya, walaupun berbeza kaedah dari segi penyusunan ilmu tetapi mereka masih lagi menggunakan asas-asas yang betul dalam merangka ilmu. Sebagai contoh popular yang saya ingin selitkan ialah mengenai ayat Mutasyabihat iaitu firman Allah swt yang bermaksud: Tangan Allah berada di atas mereka (Surah Al-Fath : 10). Aliran salafi cenderung untuk mengatakan bahawa lafaz yang ada dalam ayat tersebut membawa maksud Tangan Allah swt, namun sifatnya tidak sama dengan manusia, makhluk, serta jangan ditanya perinciannya. Hal ini kerana Syeikh Ibnu Taimiyah selaku pengasasnya tidak menerima pendekatan kiasan (majaz) dalam Al-Quran. Namun ada kumpulan yang sengaja mencari salah, lalu memotong ijtihad di atas dari boleh diterima kepada suatu kesalahan. Mereka mengwarwarkan perkataan yang saya gariskan dan memotong huraian yang sepatutnya, lalu kelihatanlah kumpulan manhaj salafi ini mengatakan Allah punyai tangan macam manusia dan berjisim. Lalu mereka berusaha mensabitkan bahawa pihak ini mentajsimkan Allah. Begitu juga dengan contoh-contoh lain. Kadang-kadang mereka mengubah manuskrip asal penulisan sehinggakan nampak jelas kesesatannya, padahal perkara ini tidak benar sama sekali. Manakala bagi aliran Khalaf pula, mereka mengatakan bahawa tangan itu membawa maksudKudrat bagi Allah swt berdasarkan kaedah bahasa dan kefahaman yang betul mengenai nas, hal ini kerana mereka yakin bahawa tangan yang dinyatakan oleh Allah swt dalam ayat tersebut ialah kiasan sahaja sambil membesarkan sifat Allah swt dengan selayaknya kerana ingin berjaga-jaga (Ihtiyat), lantas mereka mentakwil sifat tersebut kepada sifat yang selayaknya, takut-takut ada orang awam yang mentajsimkan Allah swt. Pasti dan yakin bahawa kedua-dua manhaj ini beriktiqod bahawa Allah swt tidak sama dengan sebarang makhluk seperti firman Allah swt yang bermaksud: Tiadalah yang menyerupai Allah dengan sesuatu apapun (dari kalangan makhluknya). ( Surah Al-Shura :11) Jadi, di sini ulama hanya berbeza dari segi kaedah sahaja, tetapi masih lagi menyandarkan sepenuhnya kepada pengetahuan dan hak Allah swt secara mutlak. Begitu juga mengenai tafsiran hadis oleh para imam mujtahid, mereka berselisih dalam bab status hadis berdasarkan kaedah mereka keluarkan hadis. Kita perlu tahu bahawa para Imam mujtahid adalah orang yang pakar dalam penilaian hadis sama ada ia Nasikh atau Mansukh, Khusus atau Umum dan sebagainya. Atas perselisihan ini mereka telah mengeluarkan hukum yang berbeza tetapi masih dalam ruang lingkup yang bersebab. Sebab itulah aliran Salafi tidak mengkhususkan mazhab mana yang perlu diikuti, kerana kemungkinan para ulama tersilap dalam penilaian hadis berbanding ulama mujtahid yang lain berdasarkan penilaian daripada ahli-ahli yang khusus kepada bahagian hadis dan boleh jadi juga hadis tersebut tidak dijumpai oleh beliau, maka ada Imam lain yang menjumpai hadis sahih tersebut. Maka mereka memilih pendapat yang paling kuat berdasarkan dalil-dalil yang dibentangkan. Tetapi berbeza pula dengan khalafi, mereka lebih senang untuk mengikuti imam-imam yang tertentu, kerana bagi mereka sudah cukup para Imam Mujtahid telah mengeluarkan pendapatnya berdasarkan nas-nas yang dipercayai tanpa sebarang komen dan kritikan. Bukankah di sana terlalu banyak titik persamaan di antara dua aliran tersebut? Mereka semua adalah orang yang mengikut manhaj salafus-soleh iaitu apa yang difahami oleh sahabat, tabiin dan tabi tabiin serta orang-orang soleh yang mengikut mereka.

Pencerahan Atas desakan ini, saya ingin memberi gambaran yang lebih jelas lagi mengenai apakah itu manhaj salaf, siapakah pengasas sebenarnya, apakah prinsip mereka, dan pelbagai lagi. Supaya selepas ini kita boleh menilai secara adil dan lebih berhati-hati dalam melontarkan tuduhan ini kepada sesiapa pun seperti firman Allah swt yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman!

Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggilmemanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-hujurat:11) Oleh itu, dalam ruangan yang amat terbatas ini, saya akan terangkannya dalam bentuk soal jawab supaya memudahkan kita lagi dalam memahaminya dengan baik dan santai. Huraiannya adalah seperti berikut: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Salafiah?

Salafiah disandarkan kepada golongan salaf, iaitu para sahabat, Tabiin, dan Tabi Tabiin dari kurun-kurun pertama yang terbaik. Nabi saw telah menyebutkan keunggulan mereka dalam sebuah hadis yang bermaksud: Sebaik-baik manusia adalah dalam lingkungan kurunku (para sahabat), kemudian mereka yang mengikuti mereka (Tabiin), kemudian manusia yang mengikuti mereka (Tabi Tabiin). (Muslim: 2533) Selain itu, Allah swt juga telah menjadikan metode para sahabat sebagai ukuran dan timbangan. Firman Allah swt yang bermaksud: Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqaroh:137) Oleh itu secara umumnya, salafiah adalah kembali kepada Al-quran dan Al-sunah dengan kefahaman Salafus Soleh, ianya merangkumi perkara akidah, ibadah, akhlak dan segala sistem kehidupan. 2. Siapakah pengasas Salafiyah?

Sebenarnya, Salafiah tidak diasaskan oleh mana-mana manusia pun. Oleh itu, ia tidak seperti kaedah-kaedah dan mazhab-mazhab lain yang diambil dari seorang ulama mahupun pemikir. Sesungguhnya, ia adalah Islam itu sendiri iaitu Al-Quran dan As-sunah seperti mana yang Allah swt turunkan kepada utusannya dengan kefahaman yang benar dari segi ilmu dan amalan. 3. Kenapa dinamakan salafiah, tidak cukup ke dengan firman Allah swt yang bermaksud: Dia menamakan kamu yakni orang-orang islam semenjak dahulu. (AlHaj:78) Penamaan Salafiah tidaklah menukar nama Islam. Menetapkan satu nama kepada apa-apa hakikat yang tidak berubah bentuknya adalah harus tetapi mestilah dengan dua syarat; Pertama: Nama tersebut tidak mengandungi perkara yang dilarang oleh syarak, kedua: Tidak fanatik yang tercela dengan nama ini. Tujuan penamaan ini adalah bagi membezakan Ahli Sunah dari kesemua kelompok yang bertentangan seperti apa yang ditegaskan sendiri oleh Nabi saw yang bermaksud: Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, kesemua mereka akan masuk ke dalam neraka kecuali satu golongan: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: golongan di mana aku dan sahabat-sahabat aku berada. (Silsilah As-sohihah:1348)

Panduan nabi saw ketika berselisih: Sesiapa di kalangan kamu yang hidup selepas aku, akan melihat perselisihan yang banyak sekali, maka berpeganglah dengan sunah aku dan sunah Khulafak Ar-Rasyidin al-Mahdiyin, berpegang teguhlah kamu dengannya. Gigitlah ia dengan gigi gerahammu. Oleh itu, berjaga-jagalah kamu dengan perkara-perkara baharu (dalam agama), sesungguhnya setiap perkara baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat. (Sahih Al-Jami:2549)

Ibnu Masud r.a. telah berkata: Sesungguhnya kamu menghadapi kamu dalam fitrah. Dan kamu akan berhadapan dengan perkara baru dalam agama, jika kamu melihat perkara baru, maka kembalilah melihat zaman awal. Salafiah itu merujuk kepada metode sebelum ia dirujuk kepada individu.

4.

Apakah cara pemikiran Salafiah?

Salafiah berada di tengah-tengah iaitu di antara dua pihak yang bertentangan, mereka menolak pihak yang menggunakan akal semata-mata tanpa disuluh oleh ilmu wahyu dan mendahulukan akal berbanding hujah syara. Di sisi pendokong salafi; akal hanyalah satu alat untuk memberi persepsi dan memahami hujah syara. Ia bukanlah hujah otonomi dalam penggubalan hukum syara. Selain itu, mereka juga yakin bahawa hujah syara tiada bertentangan dengan akal yang sihat. Kadangkala, hukum syara itu tidak dapat dibuktikan oleh akal, maka kita perlu yakin dengan sepenuhnya apa yang disusun oleh Allah swt untuk hambanya.

5.

Apakah sikap salafiah terhadap kemajuan harta benda dan ketamadunan moden?

Sesungguhnya salafiah berkomunikasi dengan manusia seperti satu kesatuan yang saling menyempurnakan dari segi harta benda dan rohani. Jika kita lihat dari sudut ketamadunan barat, mereka lebih utamakan harta benda dan ilmu sains, tetapi meninggalkan aspek kerohanian. Maka kemajuan yang ada dalam Islam ialah mengutamakan akhlak di samping mengambil juga aspek pembangunan harta benda dalam urusan kehidupan. Salafiah mahu mengajak manusia kembali kepada orang yang mendahului kita tetapi mengikut konteks semasa yang tidak menentang langsung kemajuan, tetapi ingin meniru orang yang terdahulu dari segi kekuatan dan keyakinan akidah mereka. Maka dengan prinsip inilah membuatkan manusia maju dan cemerlang di dunia mahupun akhirat. 6. Apakah sikap salafiah pada sistem hidup moden?

Perlu dibahagikan metode kehidupan itu kepada metode penggubalan syara dan metode pelaksanaan. Salafiah menolak metode penggubalan syara yang berkait dengan kewujudan undang-undang yang bercanggah dengan syara. Kerana penggubalan syara adalah hak sepenuhnya Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Sebenarnya hukum hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusof:40) Ada pun dari segi pelaksanaan yang dikehendaki oleh taktik undang-undang, yang menyusun hal kehidupan manusia seperti undang-undang jalan raya, denda dan sebagainya. Maka di sini, salafi amat menyokong kepada metode perlaksanaannya iaitu demi menjaga kemaslahatan kehidupan seluruh manusia. Kemudian, salafiah amat berpegang teguh dengan kefahaman Islam yang benar iaitu secara menyeluruh dengan tidak meninggalkan sebarang permasalahan (Qadhiah). Ini jelas seperti firman Allah swt yang bermaksud: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. (Al-Maidah:3) Itulah serba ringkas penerangan mengenai manhaj (As-Salafus-Soleh). Pegangan asas yang dijadikan oleh kedua-dua aliran tersebut.

Kesimpulan Sebenarnya, niat awal saya dalam penulisan ini ialah ingin mencari titik persamaan antara manhaj-manhaj tersebut, kita perlu sedar bahawa persengketaan ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Islam dan ummah melainkan jika kita buka perbincangan ini secara ilmiyah dan

adil tanpa ada akal-akal yang pendek dalam membantutkan keadaan. Selain itu, secara jujurnya saya meluat melihat anak-anak murid lebih ganas daripada guru-guru mereka dengan bahasa mudahnya ialah lebih lajak dari laju. Saya tidak mahu label-melabel di kalangan masyarakat, bayangkan jika individu yang dilontarkan tuduhan sebegitu tidak REDHA, mahukah kita mengalami kerugian untuk waktu tempoh yang panjang sedangkan amalan kita masih lagi seciput, tetapi saham pahala kita diberikan kepadanya sedikit demi sedikit. Percayalah, bahawa Allah swt itu tidak akan zalim dalam perkiraannya.

Jika kita perhatikan, sifat melampau dalam fanatik jemaah ini adalah hasil daripada sifat dendam dan ingin saling menjatuhkan, maka berlakulah label melabel, gelar-menggelarkan, kafirmengkafirkan, sesat dan sebagainya. Sedangkan kita belum membaca atau mendengar lagi keseluruhan isi atau percakapannya, tetapi hanya hasil dari potongan atau petikan yang dibawa oleh individu yang tidak bertanggungjawab, maka mereka di label dan dituduh dengan pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya menjadi akhlak orang Islam. Sebab itu Allah swt telah menegaskan prinsip ketelusan dalam penerimaan maklumat melalui firmannya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (AlHujurat 49:6)

Akhirnya, saya tidak tujukan penulisan ini kepada mana-mana individu, cukuplah sekadar nasihat sesama kita dalam menuju redha Allah swt. Saya juga ingin minta maaf jika penulisan ini menyinggung mana-mana perasaan, tetapi percayalah bahawa berdamai dan mencari titik persamaan itu lebih banyak faedahnya. Sekiranya sahabat-sahabat mempunyai sebarang kritikan, persoalan, pandangan dan sebagainya adalah amat-amat dialukan. Sekian,

Muhammad Fathullah Al-Haq 10/12/2011 Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.

ULAMA SALAFI

Salafi scholars
[edit]Older

authorities accepted by modern Salafis as Salafi


Peninsula
 

[edit]Arabian
  

Ata ibn Abi Rabah Ibn Jurayj Malik ibn Anas

Yahya ibn Ma'in Muhammad ibn Abd al-Wahhab

[edit]Egypt


Ahmad ibn Muhammad al-Tahawi

Asqalani

[edit]India


Mohammad Hayya Al-Sindhi

[edit]Mesopotamia
            

and Greater Khorasan


Muhammad ibn Jarir al-Tabari
           

Abu Hanifa an-Nu man Ahmad ibn Hanbal Muhammad al-Shaybani Yaqub ibn Ibrahim al-Ansari hassan al-basri Sufyan ibn `Uyaynah Sufyan al-Thawri Muhammad al-Bukhari Muslim ibn al-Hajjaj Nishapuri Ibn Majah Abu Dawood al-Nasa'i Tirmidhi

Al-Bayhaqi Ibn Khuzaymah Al-Darimi Ishaq Ibn Rahwayh Ali ibn al-Madini Ibrahim ibn Ya'qub al-Juzajani Al-Hasan ibn 'Ali al-Barbahari Muhammad ibn Jarir al-Tabari Ibn Battah Al-Khatib al-Baghdadi Abul-Hasan Ali ibn Umar ad-Daraqutni [20] Ibn Rajab

[edit]Greater
    

Syria
    

Muhammad ibn Idris ash-Shafi`i Abd al-Rahman al-Awza'i Ibn Qudamah Yahya ibn Sharaf al-Nawawi Ibn Taymiyyah

Al-Dhahabi Ibn Qayyim Al-Jawziyya Ibn Kathir Ibn Abi al-Izz Ibn al-Salah[66]

[edit]Al-Andalus
 

Yusuf ibn abd al-Barr Al-Qurtubi

 

Abu Ishaq al-Shatibi Ibn Hazm

[edit]Yemen


Muhammad ash-Shawkani

Abd ar-Razzaq as-San ani

[edit]Contemporary
[edit]Afghanistan


Salafi scholars

Muhammad Muhsin Khan

[edit]Albania


Muhammad Nasiruddin al-Albani

[edit]Hashemite
 

Kingdom of Jordan
 

Ali bin Hasan al-Halabi Muhammad Musa Aal Nasr

Saleem al-Hilali Mashhoor bin Hasan Aal Salman

[edit]Mauritania


Muhammad Ash-Shanqeeti

[edit]Morocco


Muhammad Taqi-ud-Din al-Hilali

[edit]Pakistan


Ehsan Elahi Zaheer

[edit]Saudi
        

Arabia
        

Abd Allah ibn Abd al-Latif Al ash-Sheikh Muhammad ibn Ibrahim Al ash-Sheikh Abd ar-Rahman ibn Nasir as-Sa'di Abdullaah bin Muhammad Al-Qar aawee Haafidh ibn Ahmed 'Alee al-Hakamee Ali Jaber Abd al-Aziz ibn Abd Allah ibn Baaz Muhammad ibn al Uthaymeen Saleh Al-Fawzan

Rabee Al-Madkhali

Abdul-Azeez ibn Abdullaah Aal as

Saleh bin Abdul-Aziz Al ash-Sheik Abdul Rahman Al-Sudais Saud Al-Shuraim Salih Al-Talib Usaama bin Abdullah al Khayyat Ibn Humaid Salih bin Abdullah al Humaid

[edit]Somalia


Muhammad Al-Sumaalee[67]

[edit]Syria


Muhammad bin Jamil Zeno

[edit]Yemen


Abdur-Rahman al-Mu'allimee al-Yamani

Muqbil bin Haadi al-Waadi'ee

Dalam Al Qur an terdapat ayat-ayat yang muhkam dan mutasyabih dalam arti khusus, sebagaimana disinyalir dalam firman Allah, "Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al Qur an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal." (Ali Imran: 7) Mengenai pengertian muhkam dan mutasyabih terdapat banyak perbedaan pendapat. Yang terpenting di antaranya sebagai berikut: 1. Muhkam adalah ayat yang mudah diketahui maksudnya, sedang mutasyabih hanyalah diketahui maksudnya oleh Allah sendiri. 2. Muhkam adalah ayat yang hanya mengandung satu wajah, sedang mutasyabih mengandung banyak wajah. 3. Muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui secara langsung, tanpa memerlukan keterangan lain, sedang mutasyabih memerlukan penjelasan dengan merujuk kepada ayat-ayat lain. Para Ulama memberikan contoh ayat-ayat muhkam dalam Al Qur an dengan ayat-ayat nasikh, ayat-ayat tentang halal, haram, hudud, kewajiban, janji dan ancaman. Sementara untuk ayat-ayat mutasyabih mereka contohkan dengan ayat-ayat mansukh, Asma Allah dan sifat-Nya, permulaan beberapa surah yang dimulai dengan hurufhuruf Hija iyah dan tentang hari Akhir. Ringkasnya, ayat muhkamat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat dipahami dengan mudah. Sedang ayat mutasyabih ialah ayat-ayat yang mengandung beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan arti mana yang dimaksud kecuali sesudah disediliki secara mendalam; atau ayat-ayat yang pengertiannya hanya Allah yang mengetahui. (referensi: Mabahist fie Uluumil Qur an, Manna al Qotton)

Salah satu pembagian ayat-ayat Al-Qur an adalah, ayat-ayat kitab suci ini terbagi menjadi dua golongan: Muhkam dan Mutasyabih. Ayat-ayat Muhkam adalah ayat-ayat yang dapat kita fahami dengan mudah hanya dengan membacanya. Misalnya ayat yang berbunyi: Sesungguhnya Allah maha pengampun dan penyayang. Adapun ayat-ayat Mutasyabih adalah ayat yang tidak dapat difahami begitu saja dengan mudah. Untuk memahami ayat-ayat Mutasyabih, kita harus merujuk pada ayat-ayat lain yang menjelaskan maksud ayat tersebut, atau mencari keterangan dalam hadits-hadits. Contoh ayat Mutasyabih: Tangan Allah berada di atas tangan mereka. , mereka melihat Tuhannya di hari itu. Yang mana tangan dan melihat Tuhan tidak dapat kita artikan begitu saja sebagaimana yang kita fahami sekilas, karena akal kita tidak dapat menerima Tuhan memiliki tangan atau dapat dilihat.

Allah Ta ala berfirman,

Dia-lah yang menurunkan Al kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat. Itulah pokok-pokok isi Al qur an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat (QS Ali Imran:7). Diterjemah al Qur an yang diterbitkan oleh Depag RI terdapat penjelasan yang bagus dan gamblang tentang dua istilah ini. Ayat yang muhkamaat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat dipahami dengan mudah. Termasuk dalam pengertian ayat-ayat mutasyaabihaat: ayat-ayat yang mengandung beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan arti mana yang dimaksud kecuali sesudah diselidiki secara mendalam; atau ayat-ayat yang pengertiannya hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang berhubungan dengan yang ghaib-ghaib misalnya ayat-ayat yang mengenai hari kiamat, surga, neraka dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai