Anda di halaman 1dari 12

Set Induksi

Definisi

Komponen

Prinsip

SET INDUKSI

Kesan

Objektif

Definisi Set Induksi


Proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuantujuan tertentu. Bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid

Omardin Ashaari (1997)

Mok Song Sang (2001)

Ee Ah Meng (1987
Kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran

Kesimpulan
Cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran.

Prinsip Set Induksi


Bermakna

Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada muridmurid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.

Perkaitan

Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.

Konteks pelajar

Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

Objektif Set Induksi


Mendapatkan perhatian murid.

Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.

Memotivasikan murid-murid.

Objektif

Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.

Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.

Komponen-komponen Set Induksi


i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktivitiaktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu muridmurid.

ii) Mewujudkan Motivasi

Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).

iii) Perkaitan Kognitif

Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.

iv) Menstruktur

Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti .

Kesan Set Induksi

Motivasi murid tinggi . Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.

Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.

Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.

Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada muridmurid.

Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.

Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan

Kemahiran Penerangan
Matlamat Prinsip

Komponen

KEMAHIRAN PENERANGAN
Kesan Objektif

Objektif Kemahiran Penerangan


Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat.

Memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.

Menguraikan sesuatu proses separti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah.

Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

Matlamat Kemahiran Penerangan


Menjelaskan Maklumat
Memudahkan pelajar faham dengan jelas sesuatu maksud, konsep, fakta, isi pelajaran, faktor, langkah-langkah, dalam satu jangka masa yang singkat dengan memberi contoh-contoh.

Menghuraikan Proses Menaakul/ Reasoning

Menghuraikan proses , peraturan, undangundang dan prosedur. Cth: proses membuat kek cara putar.

Penerangan sebab musabab, mengapa terjadinya sesuatu dan dapat membuat ramalan atau kemungkinan.

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN KEMAHIRAN PENERANGAN


Rancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. Contoh-contoh ilustrasi atau sumber pengajaran hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu. Aktiviti menerangkan tidak terlalu lama kerana murid murid akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk dam mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama. Jika penerangan guru memakan masa yang lama, gunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap penerangan guiru. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid lepas supya mereka dapat mengikutnya dengan mudah dan bermakna. Alat bantu mengajar yang digunakan dengan teknik yang berkesan. Selepas aktiviti penerangan, galakkan murid bertanya perkara-perkara yang tidak faham.

Komponen Kemahiran Penerangan


1

ARAS PERMULAAN

Penerangan guru  Menarik dan mengekalkan perhatian murid.  Membangkitkan kesediaan murid untuk belajar.  Jelas, ringkas dan tepat. Penggunaan contoh.sumber pelajaran  Contoh/ sumber mencukupi.  Contoh/sumber sesuai.  Contoh/sumber jelas dan menarik. Pengurusan kemahiran menerangkan  Idea dikembangkan secara teratur.  Variasi rangsangan berjaya digunakan.  Penerangan lisan jelas dan tepat. Rumusan/kesimpulan  Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis.  Isi-isi disusun secara teratur.  Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas.

KEMAHIRAN ILUSTRASI

PENYUSUNAN IDEA

PENUTUP

Kesan Kemahiran Penerangan


Murid-murid dapat memehami konsep atau isi pelajaran dengan cepat, mudah dan tepat. Murid dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Merangsang pelabagi deria murid, memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan. Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambah aktiviti pembelajaran lain.

Anda mungkin juga menyukai