Anda di halaman 1dari 12

jintanmanis

Web Search

E-book ini diberikan secara PERCUMA dan anda dialu-alukan menyebarkan semula e-book ini secara PERCUMA tanpa memohon kebenaran dari penulis.

Dilarang menyebarkan e-book ini secara berbayar, mengubah, menyunting, menerbitkan semula tanpa kebenaran dari pemilik blog Bukan Sekadar Masakan @ jintanmanis.com

http://www.jintanmanis.com

Daging Beriani Buah Tamar


Bahan-bahan 400 gram daging tanpa tulang 5 biji buah kurma yang dibuang bijinya 1/4 biji bawang besar (atau 5 biji bawang merah) 2 biji bawang putih 2 inci halia (sebesar ibu jari) 1 sudu kecill jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 4 biji buah pelaga 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 6 tangkai cili kering 1 cawan susu segar (atau 1 cawan santan pekat) 3 sudu besar tamato ketchup (atau tomato puri atau sos tomato) 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap pekat

Cara-cara: 1. Potong daging saiz sederhana berbentuk kiub, kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, jintan manis, jintan putih dan buah kurma. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Setelah naik bau, masukkan bahan yang dikisar tadi, kacau hingga sebati. Setelah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi. Biarkan seketika.
3. Selepas itu masukkan susu segar@santan pekat, tomato ketchup, kicap manis, kicap pekat dan 2 cawan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, dan masukkan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan. http://www.jintanmanis.com

Moist Roasted Chicken


Bahan-bahan 1 ekor ayam (lebih kurang 700gram) 2 sudu besar minyak zaitun 2 inci halia 2 ulas bawang putih 1/4 biji bawang besar 2 sudu besar madu 1 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu besar jus lemon 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil serbuk kunyit sedikit marjerin@mentega

Cara-cara: 1. Kisarkan bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada hitam. 2. Cucuk-cucukkan ayam dengan garpu dan lumurkan bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam, perap ayam selama lebih kurang 3 jam atau lebih. Lagi lama diperap lagi sedap. 3. Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama satu jam. Setelah 30 minit di bakar, keluarkan ayam dan sapukan ayam dengan marjerin dan lebihan minyak yang terdapat pada dulang pembakar, kemudian teruskan proses pembakaran. 4. 5. Pastikan kedua-dua permukaan ayam perang dengan sekata, balik-balikkan ayam dan bakar ayam sehingga garing dan masak. Setelah siap dibakar, potong ayam pada dua bahagian dan hidangkan bersama kentang putar, coslaw dan macaroni cheese.

http://www.jintanmanis.com

Murtabak Tuna
Bahan-bahan:
*resepi roti canai- (kulit murtabak)* 4 cawan tepung gandum 1 biji telur 1 sudu besar susu pekat manis 2 sudu besar marjerin air dan garam *untuk kuah bawang merah* 1 biji bawang besar 1 sudu besar cuka 1 sudu besar sos cili maggi beberapa titik pewarna merah (sirap) sedikit gula dan garam

*inti murtabak* 2 tin kecil tuna dalam tin atau seachicken 6 biji telur ayam 1/4 biji kobis saiz sederhana (dihiris halus) 2 biji bawang besar didadu serbuk kari ikan garam

Cara membuat kulit murtabak sama seperti roti canai 1. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan. Curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut dan licin, bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain. Perap lebih kurang 2, 3 jam atau biarkan semalaman untuk rasa yang lebih sedap. 2. Untuk kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam. Simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam. 3. Untuk penyediaan inti murtabak, setiap doh guna 1 biji telur dan ambil sedikit-sedikit semua bahan inti dan campurkan dalam bekas, kacau sebati kemudian curahkan di atas doh roti canai yang telah ditebar, lipat kemas dan goreng dlm fry pan hingga kekuningan. Ulang langkah ini sehingga doh habis.

http://www.jintanmanis.com

Ikan Pisang@Hamachi Bakar Berlada


Bahan-bahan:
1 ekor ikan Pisang@Hamachi (kepala dibuang, belah belakang dan kelar sedikit) 1/4 biji bawang besar (atau 4 ulas bawang merah) 1 ulas bawang putih 2 tangkai lada kering (atau 1 sudu besar cili kisar) 1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit sedikit garam Sediakan daun pisang secukupnya untuk dijadikan alas semasa membakar ikan. *Jika guna cili kisar tumis segera, terus boleh lumur pada ikan*

Cara-cara: 1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, belacan, kunyit hidup dan lada kering, (kalau dikisar, masukkan sedikit air supaya bahan senang dikisar). 2. Gaulkan ikan dengan sedikit garam, kemudian lumur ikan pisang@hamachi tadi dengan bahan yang telah ditumbuk halus, perap selama 1/2 jam atau 1 jam. 3. Alaskan tempat membakar ikan dengan daun pisang, sapukan sedikit minyak di atas pemukaan daun pisang tadi dan susun ikan di atasnya. Tutup sekali lagi tempat membakar ikan dengan daun pisang,bakar sehingga permukaan ikan agak perang atau sehingga ikan masak, sedap dimakan dengan sambal belacan atau air asam.

http://www.jintanmanis.com

Mee Udang
Bahan-bahan: Cara-cara: 1. Kisar bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering. 2. Sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. 3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. Masak hingga agak pekat kuahnya. 4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan. Celur kangkung dan rebus telur . Setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam mangkuk saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, 2 ikat spagetti 6 ekor udang harimau saiz besar 2 sudu besar udang kering (ditumbuk halus) 3 sudu besar cili kisar 2 biji bawang putih 1/4 biji bawang besar (saiz sederhana) 4 sudu besar minyak masak 1/2 paket bebola ikan 1 cawan santan pekat 1 cawan air bahan sampingan 1/2 ikat kangkung di rebus 2 biji telur rebus bawang goreng

http://www.jintanmanis.com

Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan: 2 ekor sotong saiz sederhana 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung beras (atau tepung jagung/tepung kentang) 2 sudu kecil serbuk kari garam lada sulah 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:

1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit, langkah ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.
2. Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang. 3. Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang. Jangan goreng terlalu lama kerana sotong tadi sudah separuh masak.
http://www.jintanmanis.com

Donut Kentang
Bahan-bahan: 250 gram tepung gandum 80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek (lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil) 2 sudu besar susu tepung/skim milk 1 biji telur (dipukul sedikit) 80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam 1 1/2 sudu besar marjerin 2 sudu besar gula 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil) sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut

Cara-cara: 1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna Bread Maker, tekan ON dan tunggu siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, http://www.jintanmanis.com

Puding Longan Sos Kastard


Bahan-bahan: 4gram serbuk agar-agar 1 tin Longan dalam light syrup 300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat 200ml syrup Longan yang dalam tin tu 3 sudu besar gula 1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)

Untuk Sos kastard 1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air) 1/2 cawan susu segar 1/2 cawan air 2 sudu besar gula

Cara-cara: 1. Potong buah longan kecil-kecil dan ketepikan, kemudian serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu masukkan di dalam periuk bersama susu segar, syrup dalam tin longan, kacau sebati dan biarkan agak mendidih. 2. Masukkan pula buah longan, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais. ros gunakan acuan kuih apam dan remekin bentuk love. dapat dalam 8 acuan kuih apam dan 3 acuan remekin saiz kecil. 3. Untuk kuah kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air, ambil puding longan tadi dan letakkan di dalam piring, curahkan sos kastard di atasnya. sedia untuk dihidangkan. http://www.jintanmanis.com

Watermelon Smoothie

Bahan-bahan: 1 cawan tembikai yang dibuang biji 3 sudu besar plain yogurt 2 sudu besar gula 1 sudu kecil air perahan lemon 1/2 cawan kiub air batu

Cara-cara: 1. Tembikai dipotong kecil dan buang bijinya. Masukkan tembikai, gula, plain yogurt, air perahan lemon dan kiub air batu ke dalam pengisar. 2. Kisarkan bahan tadi hingga semuanya hancur dan berkrim, tuang didalam gelas dan hias dengan beberapa helai daun pudina. Sedia untuk dinikmati.

http://www.jintanmanis.com

Homemade Air Soya Lemak Manis


Bahan-bahan: 200gram kacang soya 2 liter air 1 cawan gula 3 helai daun pandan yang disimpul 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara: 1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, keesokkkannya kacang soya kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda. 2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar dan masukkan juga 3 cawan air, kisar halus, gunakan tapis kain bersih atau tapis yang buat air teh untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar. 3. Sebelum di masak, tapis sekali lagi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan selalu di kacau. 4. Setelah sedikit mendidih, masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh diminum atau suam . 5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup.

http://www.jintanmanis.com

Anda mungkin juga menyukai