Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran Kelas Tema Tajuk Masa : Pendidikan Jasmani : 2 Fantastik : Rekreasi dan Kesenggangan

: Rondas : 0700 - 0730

Standard Pembelajaran 1.11.3 Menggunakan kemahiran memukul, membaling dan menangkap semasa melakukan permainan tradisional. 2.10.2 Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor di dalam permainan tradisional. 5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan.

Objektif Pembelajaran Berkebolehan bermain permainan tradisional rondas.

Alatan : 1. Pemukul 2. Bola 3. Tapak ( bes )


4. Skital / Kon

Aktiviti Fasa Pertama 1. Melakukan aktiviti melambung dan menangkap bola secara individu.
2. Mengayun pemukul tanpa bola

Pola

beberapa kali

Fasa perkembangan 3. Melakukan aktiviti membaling, menangkap bola secara berpasangan. 4. Memukul bola beberapa kali dengan lambungan daripada murid secara bergillir gilir.

Permainan kecil 1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. 2. Permainan dimulakan. a) Pemukul berdiri dan sedia untuk memukul. (Kumpulan 1) b) Kumpulan 2 iaitu pemadang menangkap bola yang dipukul. c) Pemukul berlari ke tapak 1,2 atau 3 selepas memukul.

d) Pemukul boleh bergerak setelah rakan mengambil giliran untuk memukul. e) Pemain dikira mati apabila bola yang dituju terkena badannya. f) Kumpulan pemukul akan mendapat mata sekiranya berjaya membuat satu pusingan ke semua tapak. ( Home Run). g) Kumpulan yang mengumpul paling banyak mata dikira sebagai pemenang. Penyejukan badan / cooling down Murid bergerak bebas sambil menarik nafas dengan mengikuti arahan yang diberikan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Keusahawanan Sikap berani dan mencuba. Nilai Bekerjasama dan keyakinan. Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Lembaran Kerja berdasarkan perkataan yang diberikan, pilih perlakuan bukan lokomotor yang kamu gunakan semasa bermain rondas. Refleksi : i. 90% daripada murid murid dapat mencapai standard yang ditetapkan. ii. Murid yang selebihnya akan diberikan aktiviti pengulangan yang bersesuaian semasa P&P.

PENTAKSIRAN Nama : _____________________________ Kelas : ________________ Berdasarkan perkataan yang diberikan, pilih perlakuan bukan lokomotor yang kamu gunakan semasa bermain rondas. Tuliskan jawapan kamu di dalam ruang yang disediakan di bawah. Tarikh : ________________

MENANGKAP

MEMUKUL

MEMBALING

BERLARI

MEMIJAK

MENGELAK

Anda mungkin juga menyukai