Anda di halaman 1dari 5

MODUL 1

PERANAN GURU PENYELARAS BESTARI (GPB), GURU PENYELARAS ICT (GPICT) DAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) : 3 JAM

JUMLAH JAM

PENGENALAN Peserta kursus diberi pededahan tentang tugas dan tanggungjawab GPB dan GPM di sekolah.

Dalam komponen ini peserta kursus akan menghayati peranan mereka sebagai penggerak utama dan agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan.

Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan, pembentangan dan analisis situasi. Strategi pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut memerlukan peserta mengaplikasi dan mengoptimumkan peranan mereka.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan komitmen, produktiviti, kecekapan dan keberkesanan GPB/

GPICT dan GPM sebagai peneraju utama bagi pembestarian sekolah.


2. GPB/GPICT dan GPM dapat berkolaborasi dengan berkesan sebagai agen

perubahan dalam proses transformasi pendidikan di sekolah.

AKTIVITI 1: Peranan Guru Penyelaras Bestari (GPB)/Guru Penyelaras ICT (GPICT) Dan Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah (GPM) Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti modul ini, peserta kursus boleh menghayati peranan dan tanggungjawab GPB/GPICT dan GPM di sekolah

Prosedur
a. Secara individu, peserta menyenaraikan senarai tugas mengikut peranan

masing-masing (GPB/GPICT dan GPM) di sekolah.


b. Peserta dibahagikan dalam kumpulan bertiga. Setiap kumpulan adalah

gabungan GPB/GPICT dan GPM.

c. Setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk menghasilkan satu

senarai tugas GPB/GPICT dan GPM yang dipersetujui bersama untuk pembentangan.
d. Sesi pembentangan5 minit setiap kumpulan. Kumpulan lain dibenarkan

memberi pandangan/maklum balas.


e. Fasilitator mengedar surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/ 2005 (M1-E1) f. Fasilitator membuat rumusan (MI-R1)

Sumber

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/ 2005 (M1-E1) Panduan rumusan fasilitator (M1-R1) Surat Siaran JPWP 02 3304/01/Jld.12(15): Permohonan/Pencalonan Guru Cemerlang Gred DGA 32/ DGA34/DG44/DG48 Khas Untuk Penyandang (KUP) (M1-R2)

AKTIVITI 2:

Kolaborasi Tugas Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GPICT) Dan Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah (GPM)

Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti modul ini, peserta kursus boleh berkolaborasi secara optimum dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing di sekolah.

Prosedur

a.

Peserta dibahagikan dalam kumpulan bertiga. Setiap kumpulan adalah gabungan GPB/GPICT dan GPM. tugas yang boleh dilaksanakan secara kolaborasi antara GPB dan GPM di sekolah.

b. Peserta rujuk senarai tugas GPB dan GPM (M1-E1) untuk mengenal pasti

c.

Fasilitator memberi beberapa contoh bagaimana kolaborasi boleh dilaksanakan antara GPB/GPM di sekolah. yang dibawa mereka.

d. Setiap kumpulan rujuk Jadual Waktu Persendirian GPB/GPICT dan GPM

e.

Perbincangan kumpulan selama 10 minit untuk mengenalpasti tugas yang boleh dilaksanakan secara kolaborasi. Setiap kumpulan diberikan satu jadual waktu yang kosong (M1 E2) dan menghasilkan satu cadangan Jadual Waktu Persendirian yang menggabungkan kerjasama GPB/GPICT dan GPM di sekolah bagi mengoptimumkan peranan mereka.

f.

g. Sesi pembentangan Jadual Waktu Persendirian yang dicadangkan. (5 minit setiap kumpulan). Kumpulan lain dibenarkan memberi pandangan/maklum balas.
h. Fasilitator membuat rumusan (M1-R1)

Sumber
Jadual Waktu Persendirian Peserta (yang dibekalkan oleh peserta)

Panduan rumusan fasilitator(M1-R1)

TINDAKAN SUSULAN

Tugasan: Menghasilkan atau mengemaskini fail meja Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah (GPM).

Anda mungkin juga menyukai