Anda di halaman 1dari 2

Antara cara kita mengamalkan sesuatu ilmu yang telah dipelajari itu adalah dengan mengajarkannya

atau berkongsi dengan orang lain. Pepatah arab pernah mengatakan bahawa:

‫شج ِار بِ اَل ث ا ام ٍر‬ ‫ا ْل ِع ْل ُم بِ اَل ا‬


َّ ‫ع ام ٍل كاال‬
Maksudnya:
“Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah.”

Maksudnya, sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat memberikan manfaat kepada
sesiapa pun sekiranya pokok tersebut tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah. Begitulah juga
perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu seseorang itu, tetapi kalau
tidak diamalkan atau perkongsikan samalah seperti pohon yang tidak berbuah.

Syeikh Abdurrahman bin Qasim rahimahullah juga pernah mengatakan bahawa:


“Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu ada dalam rangka mencapai sesuatu yang lainnya. Ilmu
diibaratkan seperti sebuah pohon, sedangkan amalan adalah seperti buahnya. Maka setelah
mengetahui ajaran agama Islam seseorang harus menyertainya dengan amalan. Sebab orang yang
berilmu akan tetapi tidak beramal dengannya lebih buruk keadaannya daripada orang bodoh.”

Oleh itu saudara, amalkanlah sesuatu ilmu walaupun sedikit kerana ia pasti akan membawa
keberkahan dalam hidup kita. Begitu juga, janganlah kita meninggalkan ilmu yang telah kita pelajari
kerana lambat laun ilmu itu pasti akan hilang dan lari meninggalkan kita. Sebaliknya, genggamlah
ilmu itu dengan kuat, nescaya ilmu itu pasti akan memberi manfaat kepada kita baik di dunia,
mahupun di akhirat.

Akhir sekali, marilah bersama-sama kita mengamalkan doa yang pernah dibacakan oleh nabi s.a.w
yang berbunyi:
” Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang
diterima”.
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Doa ini pernah dibacakan oleh nabi s.a.w selepas selesai menunaikan solat fardu subuh. Mudah-
mudahan kita dikurniakan kita ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, amalan yang diterima serta
diberikan kekuatan untuk mengamalkan setiap ilmu yang telah kita pelajari sehingga akhir hayat
kita, allahumma amin.

."

Begitulah ketakutan orang soleh dan para auliya di mana mereka itu tidak kagum langsung pada amal,
tidak dihitung langsung amal mereka. Sebaliknya yang dihitung ialah bagaimana akhir kalam mereka
nanti, samaada baik atau buruk, kerana kita dalam ilmu Allah. Kita tidak tahu bagaimana akhir kalam kita,
bagaimana pandangan Tuhan ke atas kita. Malangnya kita sahaja yang rasa kita sudah baik, banyak
beramal tapi bagaimana pandangan Tuhan terhadap amal, zikir dan ibadah kita?
MATI

Pandangan manusia berbeza, mungkin manusia tengok kita baik, kuat beramal dan beribadah, tapi Allah
bagaimana? Dan apakah jaminan bahawa akhir kalam nanti, kita mati dalam iman atau atau tidak.

Fudail bin 'Iyadh, seorang wali Allah selalu menangis mengenangkan hal ini. Guru beliau dan khadam
gurunya, yang selama ini membimbing beliau sehingga mencapai maqam kerohanian yang tinggi pun
mati dalam keadaan kufur kepada Allah SWT. Apatah lagi dirinya yang belum dijamin apa-apa oleh Allah
SWT. Inilah yang mencemaskan beliau.

Diceritakan ada seorang pencuri kain kapan yang ingin bertaubat di hadapan Abu Yazid al-Bustami.
Maka Abu Yazid bertanya kepada orang itu, "Apakah penyebabnya maka engkau ingin bertaubat?"

Ia menjawab, "Lebih kurang seribu kuburan telah aku gali, semua muka mereka itu berpaling dari kiblat,
hanya ada dua mayat yang tetap mukanya menghadap kiblat."

Maka Abu Yazid berkata, "Kasihan mereka! Kerana ragu-ragu dengan rezeki menyebabkan muka
mereka berpaling dari kiblat." Yang berpaling dari kiblat itu ialah orang yang tercabut iman ketika mati
kerana mereka ragu-ragu dengan jaminan rezeki daripada Allah SWT.

Ramai manusia hari ini mati dalam keadaan tercabut iman. Jangan rasa kita orang Islam, maka mati
Islamlah kita. Itu adalah tipu daya Iblis untuk merosakkan manusia. Sebab itu ramai orang sibuk
menghitung pahala amal mereka, tetapi mereka tidak hitung banyak mana pahala itu ditolak oleh Allah
SWT, sebab dalam hatinya kotor, penuh dengan penyakit takabur, ujub dan lain-lain. Sedangkan sifat
orang bertakwa itu ialah bila beribadah, mereka bimbang kalau-kalau ibadah mereka tidak diterima Allah
SWT.

Oleh itu janganlah merasa selamat dengan amal yang banyak, sentiasalah muhasabah, bersihkan hati,
banyak mengingati Allah, takut akan murka-Nya dan mengharapkan keampunan-Nya, moga-moga Allah
mengurniakan rahmat-Nya kepada kita di akhirat nanti.

Anda mungkin juga menyukai