Anda di halaman 1dari 5

TIGA SERANGKAI Haikal, Ramesh dan Ah Tong bersahabat baik semenjak kecil lagi.

Rumah mereka berhampiran di antara satu sama yang lain. Mereka bersekolah di sekolah yang sama juga. Selain itu, keluarga mereka saling mengenal dan rapat antara satu dengan yang lain. Mereka bertiga murid Tahun Enam Arif. Keakraban mereka menyebabkan mereka digelar Tiga Serangkai. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas di dalam kelas. Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR, mereka bertiga mendapat 5 A. Di dalam kelas mereka, Ramesh muncul sebagai murid terbaik bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, manakala Ah Tong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula memperolehi markah tertinggi dalam Matematik. Pencapaian cemerlang mereka itu membanggakan guruguru. Mereka sering dijadikan contoh untuk diteladani rakan-rakan di sekolah. Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, namun mereka tidak bergaduh sesama sendiri. Malah, mereka saling membantu dalam semua hal. Mereka belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan sentiasa bermuafakat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, mereka tidak berperasaan iri hati, malah akan saling memberikan galakan jika salah seorang daripada mereka mendapat kejayaan yang cemerlang. Misalnya, semasa Ramesh terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan, Haikal dan Ah Tong turut gembira. Mereka berdua sentiasa memberikan kata-kata semangat dan memberikan idea kepada Ramesh agar dia menjuarai pertandingan syarahan tersebut. Di kampung pula, mereka bertiga terkenal sebagai anak-anak ringan tulang, malah ringan mulut juga. Selain rajin membantu keluarga sendiri, mereka rajin juga membantu orang-orang kampung. Disamping itu, mereka akan bertegur sapa dengan sesiapa sahaja. Oleh sebab itu, mereka bertiga dijadikan contoh teladan oleh para ibu bapa di kampung mereka.

Pilih dan tulis persoalan serta pengajaran bagi cerita tadi.

Berakhlak mulia terhadap semua pihak. Bersaing dalam pelajaran demi kecemerlangan diri. Kita mestilah bersahabat dengan sahabat yang baik. Kita hendaklah berbuat baik terhadap sesiapa sahaja

Tema: Keakraban tiga sahabat yang menguntungkan mereka.

Persoalan: 1. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________.

2. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________.

3. Keikhlasan dalam persahabatan.

Pengajaran: 1. ______________________________________________________________ _____________________________________________________________.

2. ______________________________________________________________ _____________________________________________________________.

3. Kita hendaklah menjaga hubungan persahabatan dengan baik.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Enam Tiga Serangkai Percubaan UPSR Ramesh Mereka bertiga murid Tahun_______ Arif. Keakraban mereka menyebabkan mereka digelar ___________. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam pelajaran. Masingmasing ingin menduduki tempat teratas di dalam kelas. Dalam Peperiksaan _______________, mereka bertiga mendapat 5 A. Di dalam kelas mereka, ___________muncul sebagai murid terbaik bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, manakala Ah Tong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula memperolehi markah tertinggi dalam____________. Pencapaian cemerlang mereka itu membanggakan_____________. Mereka sering dijadikan contoh untuk diteladani rakan-rakan di sekolah. Matematik guru-guru

Anda mungkin juga menyukai