Anda di halaman 1dari 3

Nilai: Bertanggungjawab

Situasi :

Pada 20 Oktober 2014, Rumah Panjang Andrian mengadakan aktiviti


gotong-royong membersihkan persekitaran rumah panjang. Andrian
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dengan mengutip sampah-sarap.
Andrian juga membantu menyapu longkang. Andrian berasa seronok dan
gembira kerana dapat melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat
seumpama ini. Andrian dapat merasakan bahawa ini adalah
tanggungjawab dan kewajipannya sebagai penghuni rumah panjang
tersebut.

AKTIVITI:

1. Sesi soal jawab/ perbincangan dengan murid secara lisan

Soalan :

1. Nyatakan cara-cara Andrian melibatkan diri dalam aktiviti


kemasyarakatan. (TP1)

Contoh jawapan:

Melibatkan diri dengan aktiviti gotong-royong membersihkan


persekitaran rumah panjang.

2. Apakah aktiviti yang boleh dilakukan oleh Andrian semasa aktiviti


gotong-royong? (TP1)

Contoh jawapan :

Mengutip sampah dan menyapu longkang.

3. Apakah kepentingan Andrian melibatkan diri dalam aktiviti


kemasyarakatan tersebut? (TP2)

Contoh jawapan :

-Mengeratkan hubungan silaturahim


-kebersihan rumah panjang dapat dikekalkan

-menjadi tanggungjawab Andrian sebagai penghuni rumah


panjang untuk terlibat sama dalam aktiviti kemasyarakatan.

4. Apakah perasaan Andrian ketika melibatkan diri dalam aktiviti


tersebut?

Contoh jawapan :

-gembira

-seronok

-puas hati

2. Lembaran Kerja

Soalan :

Menyenaraikan lima cara melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat


di tempat kamu.(TP1)
NIlai : Berterima Kasih

Situasi :

Pada 13 Oktober 2014, kelas 5G telah mengadakan lawatan ke Balai Polis


Miri. Di sana, mereka diberi pendedahan tentang tugas dan
tanggungjawab setiap anggota polis. Mereka juga diberi peluang untuk
bertemu dengan Ketua Polis Bahagian Miri. Mereka sempat
menemuramah beliau tentang tugas dan pencapaian sepanjang
perkhidmatan beliau. Sebelum beredar dari balai polis, ketua kelas 5G
telah memberi cenderahati kepada Ketua Polis Bahagian Miri di atas jasa
beliau selama ini menjaga keselamatan dan keharmonian setempat.
Mereka pulang dengan perasaan yang gembira kerana telah dapat
bertemu dengan orang yang telah banyak berjasa dalam menjaga
keselamatan dan keharmonian setempat.

AKTIVITI:

1.

Anda mungkin juga menyukai