Anda di halaman 1dari 3

Tips Pengurusan Masa 24 days ago by Saiful Izzuan 1 Assalamualaikum dan salam inspirasi, Hampir 2 minggu saya tidak

update blog. Sebenarnya banyak yang berlaku dalam tempoh 2 minggu ini. Kekangan masa yang digunakan untuk membangun laman web lain, serta hujung minggu yang padat dengan aktiviti, seperti cuti Thaipusam, telah membolehkan saya pulang ke kampung untuk cuti selama mungkin. Lebih-lebih lagi salah seorang kawan baik saya telah melangsungkan perkahwinan, dan mahu atau tidak sebagai kawan yang hensem pada zaman sekolah , saya telah dipaksa menjadi pengapit beliau, haha. Melawak sahaja. Terima kasih menjemput saya! Semoga berbahagia. Kesan daripada rentetan perkara ini, blog ini tidak terupdate untuk 2 minggu.Hehe.. Terlebih dahulu, saya ingin mengucap terima kasih kepada pembaca blog yang telah mengundi laman ini di laman web Media Social Week, mencari blog terbaik untuk kategori pendidikan. Walaupun undinya tidaklah banyak, tetapi saya bersyukur dengan undian yang diperolehi. Ianya satu petanda yang baik untuk saya terus menulis. Terima kasih ikhlas dari saya. Hari ini saya ingin berkongsi tips pengurusan masa yang telah memberi kesan baik pada hidup saya. Ianya sedikit sebanyak membuat hidup saya sedikit terancang dan berjaya memperolehi sesuatu yang lebih sedikit.Sedikit demi sedikit impian tercapai. Tips Pengurusan Masa 1. Jangan membuka email di awal pagi

Jangan buka email di awal hari. Tidak dinafikan penggunaan email amat penting untuk kita pada hari ini.Namun, sedar atau tidak, perkara inilah yang memakan masa kita. Pernahkah kita alami, apabila kita membuka email, kita mengatakan bahawa kita sekadar ingin membukanya untuk satu tempoh yang singkat, tetapi apabaila masa berlalu, sebenarnya kita telah menggunakan hampir kebanyakan masa yang ada. Pernah saya berkata ingin menyemak email sekadar untuk 15 minit, tetapi akhirnya masa telah digunakan adalah lebih sejam. Ini bukan sekadar pernah, memang selalu alaminya! Sesuatu pembaziran yang sangat besar daripada sudut masa. 2. Catat perkara yang ingin dilakukan pada malam hari Tips kedua, anda perlu mencatat perkara yang ingin dilakukan pada keesokannya pada malam hari. Kenal pasti aktiviti utama yang perlu dilakukan. Sebaik sahaja tiba pada keesokkan harinya, teruslah membuat perkara yang telah dinyatakan. Jangan bagi alasan untuk anda melakukan perkara lain walaupun ianya mungkin mengambil masa yang singkat. Terutamanya TV dan Facebook, serius merbahaya!

Terus membuatnya, dan jangan memberi peluang untuk anda mengulat. Hanya merewardkan diri sendiri setelah ianya tamat dan bukan sebelum kerja bermula.

3. Guna perang psikologi untuk motivasi Guna perang psikologi untuk membantu anda bersemangat. Adalah normal unutk berasa bosan apabila melakukan sesuatu kerja dalam sesuatu tempoh yang panjang. Lebih-lebih lagi apabila impian itu tampak jauh. Tambahan nama pun kerja, sudah pasti kebiasaannya ianya sesuatu yang membosankan. Dalam kes saya, memasukkan input dalam laman web adalah sesuatu yang membosankan, walaupun saya tahu matlamat akhir ianya sesuatu yang mengembirakan iaitu menjadikan laman web saya terkenal. Tetapi biasalah untuk berasa bosan pada pertengahan jalan. Jadi apa yang saya guna adalah untuk memberi semangat adalah dengan mengatakan bahawa saya sudah pun hampir tua. Mempersoal apakah kejayaan hidup. Sudahpun berumur 26 tahun, namun apakah kejayaan yang telah diperolehi saya? Kemudian saya akan bandingkan dengan watak lain yang telah berjaya pada umur yang muda. Seperti arwah tuan punya NAZA yang telah menjadi jutawanpada umur 22 tahun, Syed Mokhtar Bukhari, jutawan Melayu Malaysia dan lain-lain. Dengan membandingkan semua ini, ianya memberi semangat untuk saya untuk terus berusaha. Susah juga ye memberi motivasi pada diri. Harap 3 tips pengurusan masa yang dikongsi membantu. Tips itu datang daripada pengalaman membaca beberapa buku motivasi mengenai hal ini dan dipraktikkan nampak kesannya. Harap ianya turut memberi kesan pada pembaca sekalian. Salam inspirasi!

Anda mungkin juga menyukai