Anda di halaman 1dari 8

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 3 DARJAH 3 JUN Bahagian 1: (5 markah) Setiap soalan di bawah ini diberi empat perkataan.

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan soalan-soalan itu. Tuliskan angka jawapan pilihan kamu itu di dalam tanda kurung ( ) yang disediakan. 1 Pelajar-pelajar yang belajar diluar negeri tinggal di _____________. 1 hotel 2 bangsal 3 asrama 4 asmara ( ) Monyet itu sedang ____________ pokok kelapa itu. 1 memanjat 2 mendaki 3 menaiki 4 bergayut Kapal tangki itu singgah di ___________. 1 stesen 2 pelabuhan 3 lapangan terbang 4 perhentian Banduan-banduan itu ditahan di dalam ____________. 1 makmal 2 pentas 3 istana 4 penjara

Kereta-kereta yang rosak dihantar ke __________ untuk di baiki. 1 bengkel 2 kilang 3 zoo 4 klinik (

Bahagian 2: (5 markah) Pilih perkataan yang berlawanan/berpasangan dengan perkataan yang bergaris bawah dalam setiap butiran berikut. Tuliskan angka jawapan pilihan kamu di dalam tanda kurung ( ) yang disediakan. 6 Pak Dolah dapat menangkap burung itu. 1 menawan 2 memburu 3 melepaskan 4 menembak

Budak gemuk itu tidak kuat. 1 gagah 2 lemah 3 sakit 4 berani Ikan-ikan dalam akuarium itu mati. 1 hidup 2 segar 3 wafat 4 tumbuh Keadaan negeri itu tidak aman. 1 damai 2 senang 3 susah 4 huru-hara

10 Baju budak itu basah terkena hujan. 1 lembab 2 kering 3 panas 4 sejuk

Bahagian 3: (5 markah) Setiap soalan di bawah ini diberikan empat kata gandaan tetapi satu saja yang paling sesuai bagi melengkapkan soalan itu. Pilih kata gandaan yang paling sesuai itu dan tuliskan angka jawapan kamu itu di dalam tanda kurung ( ) yang disediakan. 11 Bangunan-bangunan di bandar raya itu ___________ belaka. 1 pendek-pendek 2 hodoh-hodoh 3 tinggi-tinggi 4 dalam-dalam 12 Kakinya _________ kerana duduk terlalu lama. 1 semut-semut 2 anai-anai 3 kuda-kuda 4 layang-layang 13 Di kebunnya ditanam ________ bunga. 1 daun-daun 2 batang-batang 3 tangkai-tangkai 4 pokok-pokok 14 ________ suka merosakkan harta benda kita. 1 lalat-lalat 2 anai-anai 3 labah-labah 4 sumpah-sumpah

15 Cahaya ___________ di jalan raya sungguh terang ketika malam. 1 api-api 2 bola-bola 3 lampu-lampu 4 kuang-kunang (

Bahagian 4: (5 markah) Setiap butiran di bawah ini diikuti oleh empat kata penghubung. Pilih kata penghubung yang paling sesuai bagi setiap butiran itu. Kemudian, tuliskan angka jawapan pilihan kamu itu di dalam tanda kurung ( ) yang disediakan. 16 Ali ___________ bapanya pergi ke pasar. 1 dan 2 jika 3 sebab 4 tetapi 17 Budak kecil itu ___________ berani. 1 serta 2 tetapi 3 apabila 4 atau 18 Awak mahu minum teh __________ milo? 1 dan 2 sambil 3 kerana 4 atau 19 Budak itu membaca ___________ makan kuih. 1 atau 2 sambil 3 lalu 4 supaya 20 Rajin-rajinlah belajar ___________ lekas pandai. 1 sebab 2 dan 3 supaya 4 kalau

Bahagian 5: (5 markah) Setiap butiran di bawah ini diikuti oleh empat perkataan berimbuhan. Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap butiran itu dan tuliskan angka jawapan kamu itu di dalam tanda kurung ( ) yang disediakan. 21 Linda _________ keluarganya pergi ke India. 1 tersama-sama 2 bersama-sama 3 menyama-nyama 4 penyama-nyama 22 Emak _________ air yang sejuk itu. 1 dipanaskan 2 memanas 3 memanaskan 4 berpanas 23 __________ di Singapura sangat tinggi. 1 bangunan 2 pembangunan 3 dibangunkan 4 membangun 24 Kakinya luka kerana ___________ kaca. 1 memijak 2 berpijak 3 dipijak 4 terpijak 25 ___________bola itu telah patah. 1 dipukul 2 pemukul 3 memukul 4 pukulan

Bahagian 6: (5 markah) Berikan maknanya simpulan bahasa di setiap butiran di bawah ini dan tuliskan angka jawapan pilihan kamu itu di dalam tanda kurung ( ) yang disediakan. 26 Aminah selalu memakai alas kaki ketika berjalan. 1 tidak berkasut 2 berkaki ayam 3 kasut, selipar 4 pelokek atau terompah

27 Orang yang baik hati disayangi orang. 1 suka menolong orang lain 2 suka memuji orang lain 3 suka mengumpat 4 suka mengutip 28 Kebanyakan penduduk kampung itu buta huruf. 1 boleh membaca dan menulis 2 boleh menari dan menyanyi 3 boleh makan dan minum 4 tidak tahu membaca dan menulis 29 Encik Hanim seorang kaya yang tangkai jering. 1 pemurah 2 lokek atau kedekut 3 tamak 4 rajin 30 Osman lebih suka makan gaji daripada bekerja sendiri. 1 menerima bayaran tetap 2 menerima makanan dan minuman 3 menerima hadiah 4 menerima pujian

Bahagian 7: (5 markah) Baca dengan teliti petikan karangan di bawah ini dan jawab semua soalan yang mengikutinya. Berdasarkan petikan karangan di bawah, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap butiran berikut. Kemudian, tuliskan nombor jawapan kamu di dalam tanda kurung ( ) yang disediakan. Pada zaman dahulu, raja yang memerintah sebuah negeri baru saja dikurniakan seorang puteri. Puteri baginda terlalu cantik parasnya. Semasa kelahiran puteri tersebut ramai pari-pari yang datang membawa jenis hadiah yang indah. Salah satu hadiah yang dibawa ialah tiga biji bola kecil yang comel.

Tuan Puteri sangat disayangi rakyat jelata. Apabila besar dia menjadi seorang puteri yang berbudi bahasa selain memiliki rupa paras yang sungguh menawan. Dia tidak sombong dengan dayang-dayangnya dan semenjak kecil Tuan Puteri itu asyik bermain-main dengan tiga biji bola hadiah sewaktu dia dilahirkan. Semua orang tahu dia cekap bermain dengan tiga biji bola itu. Pada suatu hari, sedang Tuan Puteri asyik melambung-lambungkan bola-bola kesayangannya dia terserempak dengan Dara, anak tukang kebun istana yang sedang menangis teresak-esak. Puteri raja itu menghampiri Dara dan bertanya perlahan, Wahai Dara, mengapakah kamu menangis? Ampun tuanku, jawab Dara lagi sambil teresak-esak. Hamba akan dikahwinkan dengan buah hati hamba esok, tetapi tetapi. 31 Raja yang memerintah sebuah negeri baru mendapat ___________. 1 seekor kuda putih 2 sebiji bola 3 seorang cahaya mata 4 sebuah rumah ( ) 32 Cahaya matanya seorang anak _____________. 1 jantan 2 perempuan 3 lelaki 4 betina 33 pari-pari dalam cerita ini adalah ______________. 1 burung 2 ikan 3 anjing 4 dewa perempuan 34 Apabila besar dia menjadi seorang puteri yang ____________. 1 jahat 2 sombong 3 berbudi bahasa 4 mengomel 35 Dara adalah _____________. 1 anak tukang kebun istana 2 anak nelayan 3 anak raja 4 anak menteri

Bahagian 8: (5 markah) Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima tempat kosong. Tuliskan perkataan yang paling sesuai untuk setiap tempat kosong itu bagi melengkapkan jalan ceritanya. Ada seorang nelayan. Rumahnya di sebuah kampung di tepi (36)____________. Pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Dia (37)____________ kopi dan makan roti. Selepas itu (38)____________mengambil jala dan alatalat menangkap ikannya (39) ____________ lain lalu pergi ke laut. Dia (40)___________ sampan dengan dua orang kawannya.

Bahagian 9: (10 markah) Setiap butiran di bawah ini mengandungi dua ayat tunggal. Sambungkan ayat-ayat itu dengan kata penghubung yang sesuai supaya menjadi satu ayat yang betul. Tuliskan jawapan kamu itu di ruangan yang disediakan. 41 John suka main bola sepak. Gopal suka main bola sepak. __________________________________________________________ __________________________________________________________ 42 Hasnah menangis. Wang perbelanjaannya telah hilang. __________________________________________________________ __________________________________________________________ 43 Loceng telah berbunyi. Ramai murid masih makan. __________________________________________________________ __________________________________________________________

44 Ikan itu masih hidup. Ikan itu sudah mati. __________________________________________________________ __________________________________________________________ 45 Saya akan pergi ke rumah awak. Saya ada masa lapang. __________________________________________________________ __________________________________________________________

PPT3D3-Jun

Anda mungkin juga menyukai