Anda di halaman 1dari 5

Tarikh : Masa : Tahun : Tema :

17 Ogos 2012 (Jumaat) 8.00 pagi 9.00 pagi 2 Rentap Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan : : Kenali Malaysia 30 orang

Tajuk Pelajaran Bilangan Murid

Standard Kandungan: 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran: 2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.

Objektif Pada akhir pelajaran murid dapat: Membaca teks Kenali Malaysia dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Menjawab dua daripada lima soalan kefahaman dengan betul berdasarkan petikan teks yang diberikan oleh guru. Mengenalpasti dengan menggaris lima daripada 10 kata nama khas yang terdapat dalam petikan teks.

Pengetahuan Sedia Ada 1. 2. Murid tahu sedikit sebanyak maklumat tentang Malaysia. Murid menguasai kemahiran menulis dan membaca pada peringkat awal.

Sistem Bahasa i. ii. Tatabahasa: Kata nama khas. Kosa Kata:

Pengisian Kurikulum i. ii. Ilmu: Kajian Tempatan & Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai murni: Saling menghormati, mendengar nasihat, semangat

bermasyarakat, baik hati, bekerjasama.

Elemen Merentasi Kurikulum i. Teori Kecerdasan Pelbagai: Verbal-linguistik, interpersonal, kinestetik, visual-spatial ii. iii. Kemahiran Berfikir: Mengingat, membuat kaitan, perhubungan Belajar Cara Belajar: Bacaan mentalis, bacaan mekanis, bacaan secara individu iv. Kontekstual

Isi Pelajaran. i. ii. iii. Petikan teks Kenali Malaysia Soalan kefahaman Tatabahasa: Kata nama khas

Bahan Sumber Mengajar i. ii. iii. iv. Klip video Projektor LCD & komputer riba Petikan teks Lembaran kerja

Set Induksi (5 minit) Guru menayangkan klip video Kemerdekaan Negara. Guru bersoal jawab dengan murid tentang klip video yang telah ditayangkan. Guru memberitahu murid tajuk pelajaran hari ini.

Langkah 1: 10 minit. Guru mengedarkan petikan teks Kenali Malaysia. Guru meminta murid membaca petikan secara senyap. Guru mencontohkan bacaan teks kepada murid. Guru kemudiannya meminta beberapa orang murid untuk membaca kuat petikan secara bergilir-gilir.

Langkah 2 (10 minit)

Murid secara sukarela diminta menyatakan isi penting yang terdapat dalam petikan teks.

Guru

bertanya

soalan

kefahaman

dengan

murid

secara

rawak

berdasarkan petikan teks.

Langkah 3 (10 minit)

Guru meminta murid mengesan kata nama khas yang terdapat dalam petikan teks.

Murid secara sukarela menyatakan kata nama khas yang terdapat dalam petikan teks.

Guru meminta murid membina ayat dengan kata nama khas yang terdapat dalam petikan secara spontan.

Langkah 4 - Pentaksiran (10 minit)

Murid diminta menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru berdasarkan kepada petikan teks Kenali Malaysia.

Pengayaan dan Pemulihan (10 minit)

Pengayaan Membina lima ayat berdasarkan kata nama khas yang terdapat dalam petikan teks.

Pemulihan Guru membimbing murid membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Penutup (5 minit)

Murid merumuskan isi penting petikan teks dan maksud kata nama khas yang telah dipelajari hari ini.

Guru mengukuhkan isi pelajaran dan menerapkan nilai murni. Murid menyanyikan lagu Negaraku.

Anda mungkin juga menyukai