Anda di halaman 1dari 5

Setiap tamadun yang terbentuk telah dibina atas dasar moral etika, agama, budaya, keintelektualannya dan sebagainya.

Sejarah telah membuktikan bahawa sememangnya turun naik sesebuah ketamadunan seperti zaman Firaun, Cina Kuno, Yunani, Parsi dan lain-lain lagi tamadun besar dunia amatlah bergantung kepada dasar moralnya. Jikalau diamati dari sudut kehidupan perseorangan, entiti moralnya memainkan peranan yang amat penting dalam mengukur integriti dan keperibadiannya. Dengan mengukur dimensi moral seseorang individu. Kita dapat mengatakan sama ada beliau seseorang yang bermoral ataupun sebaliknya. Natijahnya, dengan menggunakan formula yang sama, apatah lagi kesannya kepada organisasi yang jauh lebih besar dan dasarnya iaitu ketamadunan manusia. Dimensi moral tidak dapat diabaikan dan tiada ketamadunan yang bertahan dan berkembang dengan pengabaian dimensi moralnya. Menurut dimensi moral, persoalan kebejatan moral di sini dapat dipecahkan kepada dua isu induk iaitu yang pertama sekali, dimensi moral yang merangkumi hal kepimpinan dan yang kedua pula merupakan pengamatan dimensi moral yang membincangkan peranan para cendekiawan kerana sememangnya, tanpa kedua-duanya, ketamadunan tidak akan mampu berfungsi. Harus ditekankan bahawa apabila dibincangkan mengenai moral, ia bukanlah sekadar mempersoalkan tentang soal disiplin peribadi seperti tidak melanggar tatasusila, menceroboh hak manusia ataupun tidak mengamalkan sesuatu yang melanggar norma masyarakat, namun moral yang dimaksudkan di sini merupakan tanggungjawapan dan keberanian untuk berpihak pada yang benar, tidak mengira dari mana sumbernya. Keberanian moral yang ingin diperbincangkan adalah keberanian untuk berpihak kepada golongan yang tertindas, terabai, terpinggir dan ternoda.Pembangunan tamadun banyak dikesan oleh produksi makanan yang akan mempertingkatkan kehidupan manusia.Organisasi politik yang akan dimantapkan dan dimensi intelektual manusia akan menjadi lebih progresif dari masa ke masa. Kebejatan moral, atau keterbalikkannya iaitu kemantapan moral, berkait rapat dengan pembangunan tamadun dan dari aspek kepimpinan politik, ia telah begitu banyak dirakamkan dan dianalis. Seperti mana yang pernah dianalisis oleh ( Pitirim Sorokin,1998) dalam bukunya, ataupun siapakah yang akan menjaga si penjaga, beliau telah mempermasalahkan tentang isu korupsi dan soal moral yang terdapat dalam kalangan pemimpin dunia dewasa ini. Beliau juga pernah meramalkan bahawa dunia kita akan mengalami satu pemberontakan, keresahan dan kegelisahan yang diakibatkan oleh kebejatan moral yang semakin meruncing dalam kelalaian dan kecuaian pentadbiran politik sesebuah masyarakat atau negara. Di rantau kita juga, isu kebejatan moral dalam kepimpinan politik acapkali dibincangkan juga. Dari Munsyi Abdullah ke Sudjamoko di Indonesia dan juga Profesor. Syed Hussein Alatas.Isu ini kerap ditimbulkan dan dititikberatkan dan kepimpinan politik yang tidak berpaksikan moral akan menjadi petanda besar keruntuhan ketamadunan tersebut. Tambahan lagi, tidak harus dilupakan juga golongan cerdik pandai masyarakat kerana sekiranya mereka

pihak penguasa yang tidak bermoral. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kebejatan moral dalam kalangan pihak pemimpin dan cerdik pandai masyarakat akan menjadi petanda keruntuhan ketamadunan tersebut. Golongan intelek yang tidak memiliki kemampuan untuk menolak rasuah, menyalahgunakan kuasa, lalai dalam pentadbiran merupakan golongan intelek yang tidak memiliki keberanian moral kerana kekuatan intelek bukanlah kebolehan berteori itu dan ini, berhujah sana dan sini. Namun, apa yang ingin diperkatakan di sini merupakan yang bertitik-tolak daripada keberanian untuk menegakkan yang benar. Sejarah kesultanan Melaka jelas memperlihatkan bahawa keruntuhan tamadun tersebut disebabkan kebejatan moral pihak feudal dan penulis Sulalatus Salatin, ( A.Samad Ahmad,1988) Tun Sri Lanang, secara sedar ataupun tidak, telah mendedahkan kelemahan kepimpinan politik kaum feudal masa itu. Mentelah lagi, dari Mpu Prapanca dalam puisi epiknya, Nagarakertagama (yang mengisahkann mengenai kerajaan Majapahit), sehinggalah ke Munsyi Abdullah dalam Kisah Pelayaran Abdullah, isu kebejatan moral dalam kepimpinan telah banyak kali dipermasalahkan! Jelasnya, kebejatan moral sememangnya petanda keruntuhan sesebuah tamadun. Apabila mempersoalkan mengenai keruntuhan tamadun, apakah pula yang dimaksudkan oleh antonimnya iaitu perkembangan sesebuah tamadun? Kekuatan dan perkembangan sesebuah kekuatan dan perkembangan sesebuah tamadun bukanlah sahaja merangkumi aspek kekayaan material masyarakat tersebut atau kecanggihan pertahanannya, tetapi tamadun yang mampu bertahan dan berkembang merupakan tamadun yang memiliki aspek moral yang teguh dan berintegriti. Dari aspek moral yang kuat, kemanusiaan dan kesejahteraan akan dapat terjamin dan ketidakmanusiaan akan mampu disanggah. Menurut Profesor Syed Hussein bin Ali bin Abdullah bin Muhsin Alatas pernah memperkatakan mengenai konsep Cita Sempurna dan Cita Bencana dan menurutnya, tamadun yang memiliki pasak Cita Sempurna akan mampu bertahan dan berkembang kerana pandangan hidup yang bermoral, menyeluruh dan mewujudkan masyarakat yang sempurna akan menjanjikan pembangunan yang sihat. Namun, dengan kebejatan moral, apa yang akan terjadi pula adalah Cita Bencana di mana akan terjadinya kerosakan kepada pembangunan sesebuah masyarakat. Korupsi, jenayah dan kelemahan moral akan menjadi petanda besar keruntuhan masyarakat dan ketamadunan. ( Syed Hussein Ali bin Abdullah bin Muhsin Alatas 1986) Menurut pandangan beliau lagi dalam karyanya yang berjudul intellectual in developing societies kebejatan moral merupakan satu bentuk fahaman negatif yang telah menghakis pengalaman nilai moral dan pembentukan insan serta menghakis pembudayaan ilmu pengetahuan.Set tingkah laku luhur sudah tidak di jadikan fahaman sebaliknya terus di sisih-sisihkan.Apabila kita berbicara tentang petanda keruntuhan tamadun pula,kita sebenarnya perlu untuk mengetahui dan memahami bahawa istilah tamadun ini berasal daripada perkataan arab madain atau madana yang telah menggabungkan aspek keluhuran budi bahasa dan ketinggian akal fikiran manusia dalam mengimbangi kemajuan material yang di miliki oleh sesebuah bangsa dan

negara.Apalah gunanya kekayaan material semata-mata tetapi masyarakatnya kontang dari pengisian jiwa dan pembangunan minda.Tuntasnya,kebejatan moral petanda keruntuhan tamadun berkehendakan kita untuk berbicara tentang kepentingankepentingan pengamalan nilai moral dan nilai murni sebagai asas pembentukan tamadun yang berkualiti.( Syed Hussein Ali bin Abdullah bin Muhsin Alatas , 1986). Apabila kita merenung kembali lembaran sejarah tamadun kita dapat mengambil,panduan dan pengajaran daripada tiga zaman ini.Pertama,zaman keagungan dan kegemilangan yang perlu untuk kita contohi.Kedua,zaman kejatuhan yang perlu untuk kita insafi dan yang ketiga kita perlu bermuhasabah diri dengan menilai isu yang berlaku hari ini.Isi-isi Zaman pertama iaitu zaman keagungan dan kegemilangan.Menurut pandangan Hericletus iaitu seorang ahli falsafah Greek Kuno menyatakan bahawa pengamalan nilai moral yang di lengkapi dengan pembudayaan ilmu pengetahuan.Kepimpinan dan pemerintahan yang berpaksikan keadilan serta ruang lingkup kehidupan yang dihiasi dengan warna-warna keperimanusian.(Hericletus,1997).Hal ini demikian kerana,pemerintahan yang berprikemanusian merupakan satu bentuk pakej yang tidak boleh di pisah-pisahkan di ibaratkan irama dan lagu,ibaratkan isi dan kuku.Kesemua ini haruslah selaras bagi membina sebuah tamadun jitu.Buktinya,bagaimana kebangkitan kerajaan Turki Uthmaniyah misalnya adalah di sebabkan oleh masyarakat islam ketika itu yang mempunyai semangat kecintaan dan penghayatan yang tinggi terhadap setiap patah perkataan ilmu yang di pelajari sehinggakan kota Cordava dan kota Andalus telah di angkat menjadi pusat pengembangan ilmu sejagat yang di segani dan di hormati kerana ilmu yang di miliki oleh tamadun islam sebelum ini.(Osman Awang,1990). Lantaran menyedari akan hakikat ini,pelbagai strategi di rangka,pelbagai usaha telah di rencana.Dari pelan induk pembangunan pendidikan sehinggalah pembangunan pusat kemahiran .Segala-galanya kita laksanakan bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan.Namun,apabila kita melihat situasi yang berlaku hari ini,ilmu telah kita miliki,yang menjadi persoalannya adakah ia sudah di aplikasi selaras dengan apa yang kita pelajari?Apa yang menjadi permasalahannya,masyarakat hari ini hanya belajar sahaja tanpa mengaplikasi apa yang di pelajari. Permasalah ini hendaklah di bendung hingga akar umbi jika kita mahu melahirkan sebuah tamadun yang megah suatu hari nanti yang bukan hanya megah pada namanya tetapi megah pada masyarakatnya yang berilmu. Zaman kedua,zaman kegemilangan yang wajar untuk kita contohi dan kita perlu beralih bagaimanakah keadaan yang perlu untuk kita insafi.Pernahkah kita terfikir dan sedari,jatuh dan bangunnya sesebuah tamadun bangsa itu ditunjangi oleh aspek keperibadian yang di miliki oleh sesebuah bangsa itu sendiri.Apabila kita melihat corak pemerintahan dari seorang raja sehinggalah pengabdian seorang hamba.Daripada kejujuran seorang pemimpin sehingalah ketaatan kelompak yang di pimpin.Pemimpin hendaklah menerapkan amalan nila-nilai moral dalam masyarakat kerana pemimpin merupakan role model kepada masyarakatnya.Kesemua mereka perlu untuk menjadikan nilai-nilai murni dan integriti sebagai asas jati diri.Menurut Edward Gibbon

menerusi karyanya the decline and fall of the roman empirer menceritakan bagaimana maharaja Lucius telah menanamkan bibik-bibik kehancuran empayar Rom melalui masalah korupsi dan penyalahan gunaan kuasa di era pemerintahannya.Apabila kita membaca secara terperinci,semasa pemerintahan maharaja Lucius ini,kehidupan dan nasib rakyat tidak terbela.Yang kaya bertambah kekayaannya manakala yang miskin bertambah penderitaannya.Akhirnya empayar ini tidak kemana.Hari ini,mereka hanya tinggal pada namanya sahaja.(Edward Gibbon,1992).Namun,di Malaysia ini,saya cukup berbangga sekali apabila kepemimpinan berintegriti di jadikan asas utama dalam pentadbiran.Pelan integriti nasional telah dilaksanakan bagi menjaga kebajikan rakyat jelata tanpa mengira bangsa,agama dan juga budaya. Ketiga,kita perlu bermuhasabah diri dengan menilai isu yang berlaku hari ini.Dunia pada hari ini sememangnya di akui hebat dari segi pembangunan materialnya.Situasi hari ini,persaingan untuk mendapatkan kekayaan memang berlaku di mana-mana termasuklah negara kita Malaysia.Seperti yang kita ketahui,negara kita Malaysia akan menuju ke pintu gerbang negara-negara membangun menjelang tahun 2020. Namun,adakah kita layak di katakan sebagai manusia dan bangsa yang bertamadun sekiranya pengamalan moral tidak turut sama diadun.Bertamadunkah kita,sekiranya pembangunan ekonomi yang dijana telah menghalalkan alam sekitar diseksa dan diperkosa oleh kerana kerakusan tangan-tangan manusia.Mengikut kajian pakar,bumi yang kita huni hari ini mengalami peningkatan suhu yang berada di tahap yang amat membimbangkan dari tahun ke tahun.Dek kerana kerakusan tangan-tangan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab, inilah bumi yang kita cintai ini sedang mengalami proses kerosakan dan menuju ke arah kehancuran.Sudah terang lagi bersuluh tentang kepentingan-kepentingan alam sekitar yang bersih kepada hidupan.Bertamadunkah kita sekiranya senjata yang dicipta telah menghalalkan kekejaman,penindasan dan pembunuhan kepada mereka yang tidak berdosa.Dari serangan pengganas di Mumbai sehinggalah pertelingkahan antara Israel dan Palestin.Contohnya penciptaan bom misalnya boleh menyebabkan ramai yang terkorban tanpa mengira siapakah mangsanya.Menitis air mata ini tatkala melihat mangsa korban di Palestin.Apabila kita melihat senario tentang masalah sosial yang berlaku hari ini.Kes jenayah,pembuanagan bayi sering menghiasi dada-dada akhbar menunjukan masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin meningkat.Adakah ini yang kita katakan sebagai tamadun dan yang kita bangga-banggakan? Sememangnya,isu gejala sosial ini ibarat tiada noktahnya.Semakin berkembangnya dan majunya sesebuah negara bangsa itu semakin bertambah masalah sosial.Beginilah kesannya kepada sesebuah bangsa dan negara sekiranya pengamalan nilai moral tidak turut sama diadun. Intihanya,dunia pada hari ini sudah penat untuk menyaksikan masalah sosial yang semakin melarat.Seks bebas sudah dijadikan adat.Hubungan sejenis pula sudah mendapat tempat dan untuk menjadi hebat,ilmu tidak lagi di angkat sebaliknya korupsi yang menjadi syarat.Adakah ia hanya perlu untuk dilihat atau sebenarnya ia perlu

segera di ubat.Sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu matlamat,kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat yang ringan sama dijinjing,yang berat sama dipikul,hati gajah sama di lapah,hati kuman sama di cecah,gunung sama di daki,lurah sama di turuni.Semoga kesedaran kita hari ini dapat memberi peluang dan ruang kepada generasi yang akan datang untuk menyanyi,menari dan hidup dalam keadaan harmoni.Tidak mengapa kita kehilangan harta yang kita miliki hari ini,tetapi jangan kita kehilangan tamadun yang kita sayangi dan cintai.Hargailah kerharmonian dan keamanan yang kita kecapi hari ini dan jangan kita gadainya dek kerana kepentingan diri sendiri.Ingatlah kesedaran kita hari ini akan menjamain kesenangan kita dan generasi yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai