Anda di halaman 1dari 2

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yg ditauliahkan segala umat Seribu katanya menjadi hikmat Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca Dimana mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang di apungkan di dulang ilmu Panggilan keramat cikgu kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sejarah perubatan telah mencatatkan bahawa bedah siasat atau post-mortem ke atas mayat, atau dengan lain perkataan ilmu perubatan forensik mula diperkenalkan dari Negara Arab, kemudian berkembang ke Greek dan negara-negara barat seterusnya ke seluruh dunia. Perkembangan kemajuan sains perubatan dalam ilmu pembedahan adalah berasaskan kepada keilmuan yang dibawa oleh Ibnu Sina. Perkembangan dari semasa ke semasa melalui kajian dan pengajian ahli sains perubatan telah menghasilkan teknologi moden dalam ilmu bedah siasat mayat dengan cara lebih saintifik bagi mencari keadilan yang dikehendaki. Pada abad ke 21 ini, bedah siasat mayat merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan bukan asing di kalangan umat Islam. Ini kerana ia adalah tindakan yang perlu diambil dan dilakukan untuk kepentingan masyarakat seperti untuk menyelesaikan kes-kes jenayah atau bukan kes jenayah serta kajian dalam bidang perubatan. Walau bagaimana pun dalam urusan bedah siasat mayat, Islam telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu diikuti supaya tidak timbul percanggahan antara tuntutan syarak dengan amalan yang dilakukan dalam bidang perubatan.

Anda mungkin juga menyukai