Anda di halaman 1dari 12

NOTA PUTERI BONGSU

TAJUK KEROHANIAN
ISI PENTING: WUDUK
NIAT SOLAT
RUKUN SOLAT
TAJUK: KEROHANIAN
ISI PENTING: RIWAYAT HIDUP RASULULLAH

RIWAYAT HIDUP RASULULLAH S.A.W

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( ‫ ) نبي محمد صلى هللا عليه وسلم‬adalah pesuruh
Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan
Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan
satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan
yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang
mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia,
mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya
kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi


Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh
alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin
(‫ )األمين‬yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah;
sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan
bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah.
Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah
kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan
dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di
kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-
187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda
menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah
sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan
kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti
Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain
pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang
berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-
Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W


1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W


1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak
Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim
iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia
dewasa.
TAJUK: KEROHANIAN

ISI PENTING: CIRI CIRI AKHLAK MULIA

TAJUK: KEROHANIAN

ISI PENTING: SIFAT 20

: RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM


TAJUK: KESIHATAN DAN PEMBANGUNAN DIRI

ISI PENTING: PENAMPILAN

: PENJAGAAN DIRI

: MAKANAN SEIMBANG

: PENYAKIT BERJANGKIT

ADAB BERTATARIAS

1. MENGGUNTING RAMBUT
2. MEMOTONG KUKU
3. MENGGOSOK GIGI
4. BERPAKAIAN KEMAS
5. BERSIH DAN MENUTUP AURAT
6. DILARANG MEMBAZIR
7. KETERLALUAN
PENJAGAAN DIRI

MAKANAN SEIMBANG

PENYAKIT BERJANGKIT
TAJUK KELUARGA DAN MASYARAKAT
ISI PENTING: SALASILAH KELUARGA
: ADAB BERJIRAN
: ADAB MENGGUNAKAN KEMUDAHAN AWAM

SALASILAH KELUARGA ( HASILKAN SALASILAH KELUARGA ANDA)

ADAB BERJIRAN

ADAB MENGGUNAKAN KEMUDAHAN AWAM

TAJUK: KELUARGA DAN MASYARAKAT


ISI PENTING: GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU
TAJUK: KEMAHIRAN
: MEMASANG CADAR
: MEMBERSIHKAN KASUT DAN STOKIN
: JAHITAN

MEMASANG CADAR ( JELASKAN TEKNIK DI DALAM BUKU LOG MASING-MASING)

MEMBERSIHKAN KASUT DAN STOKIN( Nyatakan langkah di dalam buku log masing-masing)

ASAS JAHITAN
JAHITAN ASAS
SEMBAT

INSANG PARI

KIA
TAJUK: KEMAHIRAN
ISI PENTING: PENYEDIAAN SARAPAN PAGI
PENYEDIAAN SARAPAN PAGI SANDWICH.

Masa: Penyediaan: 10 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 15 minit


Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:

 4 biji telur, direbus


 8 keping roti sandwich
 Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
 1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
 2-3 sudu besar mayonis
 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
 1/4 sudu kecil garam
 Daun salad
 Tomato

Cara Penyediaan:

1. Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.


2. Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur.
Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.
3. Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati.
4. Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di
antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut
kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.

TAJUK: KEMAHIRAN
ISI PENTING: GUBAHAN BAHAN TERBUANG
(HASILKAN BAHAN)

TAJUK: PERTOLONGAN CEMAS


ISI PENTING:CARA MEMBALUT LUKA KECIL
: CARA MENGGUNAKAN ALATAN TAJAM
: CARA MENGGUNAKAN ANDUH
CARA MEMBALUT LUKA KECIL.

CARA MENGGUNAKAN ALATAN TAJAM


(NYATAKAN)

CARA MEMBALUT ANDUH


TAJUK: ALAM SEKITAR
ISI PENTING: PROJEK TAMAN PUTERI
( GAMBAR TAMAN HERBA)

TAJUK: ALAM SEKITAR


ISI PENTING: PROJEK PENGEDARAN UDARA YANG BAIK.
AKTIVITI ( MEMBUAT KUIZ BERTEMAKAN ALAM SEKITAR)

TAJUK : ALAM SEKITAR


ISI PENTING: CINTAI SUNGAI KITA
AKTIVTI : MEMBUAT POSTER

TAJUK: ALAM SEKITAR


ISI PENTING: TUMBUH-TUMBUHAN DAN FUNGSINYA.
AKTIVITI: MEMBUAT SKRAP TUMBUH-TUMBUHAN.

Anda mungkin juga menyukai